CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3557|Reply: 10

Berhenti Menggunakan Produk Ini..

[Copy link]
Post time 29-5-2007 09:17 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Pengguna kanta lekap yang memakai larutan Advanced Medical Optics' (AMO) Complete MoisturePlus harus berhenti menggunakannya serta-merta.

AMO berkata ia dengan sukarela menarik balik produk itu dari pasaran walaupun, menurutnya, tidak terdapat bukti wujud pencemaran pada produk tersebut. "Langkah ini tidak memberi kesan kepada produk lain jagaan kanta lekap AMO, termasuk larutan nyahjangkitan hidrogen peroksida."

Penarikan balik itu dibuat berasaskan maklumat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengenai jangkitan akibat Acanthamoeba, sejenis organisme yang hidup di dalam air, yang boleh membawa jangkitan serius pada mata.

CDC telah menemubual 46 pesakit yang mengalami jangkitan Acanthamoeba keratitis sejak Januari 2005 dan 39 daripada mereka terdiri daripada penggunan kanta lekap, dan 21 dilaporkan menggunakan produk Complete MoisturePlus.

Acanthamoeba keratitis boleh menyebabkan kecederaan kornea dan mengakibatkan hilang penglihatan dan buta. Tanda-tanda serangan antaranya mata menjadi merah dan kesakitan yang berulang-ulang.

CDC menganggarkan, mereka yang menggunakan larutan tersebut boleh terdedah kepada risiko jangkitan itu tujuh kali ganda berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pengguna 03-7710 6311 dari Isnin hingga Jumaat (9 pagi ke 6 petang) atau melawat laman web www.amo-eyecare-sea.com.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 09:27 AM | Show all posts
bahaya

thank for info
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 09:30 AM | Show all posts
nak kena rujuk ke amerika, baru la ditarik balik produk tu.
kalau kat sini yg buat larangan tu, mesti senyap je & tak mau umumkan nama kompeni/produk tu ...... hampeh betol
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 09:36 AM | Show all posts
looorrrr........ Malaysia baru nak kuarkan berita ni ... iiissshhhhhhh....

mender ni dah lama terjadi....... negara lain dah lama warning the public not to use this product..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #4 Lina66's post

yup yup.. skarang diorg da kuarkan yg baru.. n berita nih sbenarnyer da back-dated da.. last yr lagi da disebarkan kt org ramai bende nih merbahaya. n last yr lagi diorg da tarik balik product nih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 09:45 AM | Show all posts
hah! apsal aku tgok berlamabak lagik jual kat farmasi2 tu? aku pakai product ni sbnrnye.. isk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2007 12:26 PM | Show all posts
bukan bausch n lomb ke yg kena withdraw dr market tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 12:46 PM | Show all posts
nasib baik aku tak pakai brand ni...lgpun brand ni mahal nak mampos...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 11:24 AM | Show all posts
ada sesapau dah refund ke benda ni?

kalau tak de resit pembelian mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 03:34 PM | Show all posts
aku dulu pakai contact lense ni...lps ada mcm2 kes contact lense dan produk pencucinye aku stop pakai...tak sanggup amik risiko.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 12:36 PM | Show all posts
yeaa aku pakai spek... amoeba takleh hinggap kat spek hehehe :cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086521 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list