View: 1716|Reply: 2
|
TEKNIK MENULIS DI INTERNET
[Copy link]
|
|
TEKNIK MENULIS DI INTERNET
Oleh Alexanderwathern
Menulis untuk dipaparkan di internet ada beberapa perbezaan dengan menulis untuk dipaparkan di tempat lain seperti untuk buku, akhbar dan majalah. Sering berlaku paparan tidak seperti yang kita harapkan. Yang lebih penting lagi, apa yang hendak kita sampaikan melalui penulisan kita boleh menjadi kurang berkesan akibat permasalahan di internet. Apatah lagi jika bahan tersebut dipindahkan ke tempat lain bukan daripada laman asalnya. Kadang-kadang artikelnya baik tetapi malas hendak kita baca kerana susunan dan bahagian-bahagian penting dalam artikel itu sudah jadi tidak tentu hala.
Saya melihat perkara ini sudah lama dan ada mengambil beberapa inisiatif. Di sini saya ingin berkongsi hal ini dengan para pembaca. Ia hanya saranan dan perkongsian, tidak lebih daripada itu. Bukan bermaksud untuk mengajar ataupun menolak teknik penulisan orang lain. Selain itu ia juga dapat mengingatkan saya tentang hal ini kerana kadang-kadang saya terlupa juga.
PERTAMA: TAB
Kita menulis dengan baik sesuatu perenggan baru seperti di bawah:
[ Barisan pencetus Ikhwanul Muslimin pada awalnya terdiri daripada tujuh orang anak muda saja dan mereka bukan ulama. Mereka hanya berbekalkan serba-sedikit pengetahuan agama dan semangat.] (1)
Namun apabila kita paparkan di ruang maya internet, kadang-kadang fungsi “tab” tidak ada seperti:
[Barisan pencetus Ikhwanul Muslimin pada awalnya terdiri daripada tujuh orang anak muda saja dan mereka bukan ulama. Mereka hanya berbekalkan serba-sedikit pengetahuan agama dan semangat.]
Ada penulis yang bersungguh-sungguh mengambilkira “tab”. Karyanya cantik di laman asal tempat bahan tersebut diletakkan. Tapi jika bahan itu dipindahkan ke tempat lain melalui “copy and paste” sama ada oleh penulis asal ataupun pelayar lain, fungsi “tab” boleh hilang. Hendak kita perbetulkan satu-persatu setiap perenggan, rasanya tidak akan kita buat kerana mengambil banyak masa.
Untuk menjimatkan masa, sekiranya tulisan kita khas untuk paparan internet, disarankan kita abaikan saja “tab” semasa menulis.
KEDUA: BOLD
Kita tulis cantik-cantik untuk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan tertentu seperti:
[Mereka menghabiskan sebahagian besar masa, tenaga dan harta untuk membincangkan isu-isu khilaf. Seolah-olah itu sajalah perjuangan utama mereka dan itulah agama Islam. Usaha golongan ini direstui penuh musuh-musuh Islam. Mereka mahu umat Islam terutamanya golongan ulama sentiasa dalam keadaan bertelingkah. Kalau para ulama sudah berbalah, apa lagi orang awam.] (2)
Tapi yang terhasil:
[Menghabiskan sebahagian besar masa, tenaga dan harta untuk membincangkan isu-isu khilaf. Seolah-olah itu sajalah perjuangan utama mereka dan itulah agama Islam. Ushaa golongan ini direstui penuh musuh-musuh Islam. Mereka mahu umat Islam terutamanya golongan ulama sentiasa dalam keadaan bertelingkah. Kalau para ulama sudah berbalah, apa lagi orang awam.]
Kita terpaksa “bold” semula setiap satu perkataan penting tersebut. Hal ini juga merugikan masa. Jika kita seorang pendakwah, kerugian kita adalah lebih besar. Disarankan huruf “bold” digantikan dengan huruf besar seperti:
[Menghabiskan sebahagian besar masa, tenaga dan harta untuk membincangkan ISU-ISU KHILAF. Seolah-olah itu sajalah perjuangan utama mereka dan itulah agama Islam. Usaha golongan ini DIRESTUI penuh MUSUH-MUSUH ISLAM. Mereka mahu umat Islam terutamanya golongan ulama SENTIASA DALAM KEADAAN BERTELINGKAH. Kalau para ulama sudah berbalah, apa lagi orang awam.]
Dengan teknik ini, perkataan-perkataan penting dalam tulisan kita tetap dapat dikesan oleh para pembaca tidak kira ke mana saja ia dipindah dan dipaparkan.
KETIGA: PERENGGAN
[Yang kita usahakan 8 jam, 10 jam malah 12 jam sehari untuk mendapatkan bekalan makan, pakai dan tinggal di dunia ini pun tak pernah mencukupi kehendak kita. Maka bagaimana pula bekalan yang kita usahakan hanya sejam sehari kita yakin boleh mencukupi keperluan kita untuk makan, pakai dan duduk di akhirat kelak? Pelajar-pelajar fikir-fikirkanlah.
Oleh kerana kita sudah faham yang hidup kita di dunia ini tidak lama, boleh berakhir pada bila-bila masa, maka gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya untuk menyediakan perbekalan-perbekalan untuk hidup di dunia dan hidup di akhirat mengikut pertimbangan yang sesuai dengan tempoh masanya.] (3)
Apabila dipaparkan:
[Yang kita usahakan 8 jam, 10 jam malah 12 jam sehari untuk mendapatkan bekalan makan, pakai dan tinggal di dunia ini pun tak pernah mencukupi kehendak kita. Maka bagaimana pula bekalan yang kita usahakan hanya sejam sehari kita yakin boleh mencukupi keperluan kita untuk makan, pakai dan duduk di akhirat kelak? Pelajar-pelajar fikir-fikirkanlah.
Oleh kerana kita sudah faham yang hidup kita di dunia ini tidak lama, boleh berakhir pada bila-bila masa… maka gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya untuk menyediakan perbekalan-perbekalan untuk hidup di dunia dan hidup di akhirat mengikut pertimbangan yang sesuai dengan tempoh masanya.]
Bayangkan jika artikel kita ada sepuluh perenggan, tidakkah “sakit mata” kita membaca kerana tiada tempat rehat. Jadi sebagai saranan, asingkan perenggan dengan “enter”:
[Yang kita usahakan 8 jam, 10 jam malah 12 jam sehari untuk mendapatkan bekalan makan, pakai dan tinggal di dunia ini pun tak pernah mencukupi kehendak kita. Maka bagaimana pula bekalan yang kita usahakan hanya sejam sehari kita yakin boleh mencukupi keperluan kita untuk makan, pakai dan duduk di akhirat kelak? Pelajar-pelajar fikir-fikirkanlah.
Oleh kerana kita sudah faham yang hidup kita di dunia ini tidak lama, boleh berakhir pada bila-bila masa… maka gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya untuk menyediakan perbekalan-perbekalan untuk hidup di dunia dan hidup di akhirat mengikut pertimbangan yang sesuai dengan tempoh masanya.]
Mata pembaca lebih santai insyaallah.
KEEMPAT: PERENGGAN MINI
Kadang-kadang isi sesuatu perenggan agak panjang seperti:
[Mencintai Nabi Muhammad, kenalah kita mencintai bahasa Arab- iaitu bahasa pertuturan baginda, bahasa ilmu-ilmu Islam, bahasa syurga dan lain-lain lagi keutamaan dan kelebihannya. Tak mampu belajar Bahasa Arab, sekurang-kurangnya belajarlah perkataan-perkataan Arab, jadilah. Kononnya ada orang Melayu berkenderaan di Tanah Arab, kenderaannya tersadai di padang pasir kerana kehabisan petrol. Terjumpa orang Arab maka dikatanya: “Ya syeikh, petrol… innalillahi wainnailaihi rajiun”, untuk memaklumkan petrol kenderaannya dah habis. Kononnya ada orang Melayu sesat di Makkah, tak dapat cari jalan balik ke hotel. Jumpa orang Arab dikatanya: “Ihdinassiratal mustaqim”, untuk minta orang Arab itu menunjukkan jalan ke hotel.]
Kita hendak jadikan perenggan yang lain rasa tidak sedap kerana isinya berkait rapat. Lagi pula nampak kurang sesuai kalau paparannya:
[Mencintai Nabi Muhammad, kenalah kita mencintai bahasa Arab- iaitu bahasa pertuturan baginda, bahasa ilmu-ilmu Islam, bahasa syurga dan lain-lain lagi keutamaan dan kelebihannya. Tak mampu belajar Bahasa Arab, sekurang-kurangnya belajarlah perkataan-perkataan Arab, jadilah.
Kononnya ada orang Melayu berkenderaan di Tanah Arab, kenderaannya tersadai di padang pasir kerana kehabisan petrol. Terjumpa orang Arab maka dikatanya: “Ya syeikh, petrol… innalillahi wainnailaihi rajiun”, untuk memaklumkan petrol kenderaannya dah habis.
Kononnya ada orang Melayu sesat di Makkah, tak dapat cari jalan balik ke hotel. Jumpa orang Arab dikatanya: “Ihdinassiratal mustaqim”, untuk minta orang Arab itu menunjukkan jalan ke hotel.]
Oleh itu, kita boleh buat “perenggan mini”. “erenggan mini” adalah baris yang lain tetapi masih dalam perenggan yang sama. Istilah “perenggan mini” itu saya adakan untuk memudahkan penerangan sahaja. Istilah sebenarnya tidaklah saya ketahui. Lihat contohnya:
[Mencintai Nabi Muhammad, kenalah kita mencintai bahasa Arab- iaitu bahasa pertuturan baginda, bahasa ilmu-ilmu Islam, bahasa syurga dan lain-lain lagi keutamaan dan kelebihannya. Tak mampu belajar Bahasa Arab, sekurang-kurangnya belajarlah perkataan-perkataan Arab, jadilah.
Kononnya ada orang Melayu berkenderaan di Tanah Arab, kenderaannya tersadai di padang pasir kerana kehabisan petrol. Terjumpa orang Arab maka dikatanya: “Ya syeikh, petrol… innalillahi wainnailaihi rajiun”, untuk memaklumkan petrol kenderaannya dah habis.
Kononnya ada orang Melayu sesat di Makkah, tak dapat cari jalan balik ke hotel. Jumpa orang Arab dikatanya: “Ihdinassiratal mustaqim”, untuk minta orang Arab itu menunjukkan jalan ke hotel.
Akhirnya, sebagai bukti kita mencintai baginda hendaklah kita mencintai jihad.]
Isi perenggan nampak berkait rapat walaupun Kemudian barulah diadakan perenggan baru.
baca seterusnya di
http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0 |
|
|
|
|
|
|
| |
|