CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68635|Reply: 142

kelonggaran vagina

[Copy link]
Post time 8-6-2007 01:51 AM | Show all posts |Read mode
khas kpd wanita yg sudah longgar

MASALAH wanita yang paling utama apabila melepasi usia melahirkan anak adalah kekenduran otot dan ligamen di sekeliling lantai pelvik. Faktor penuaan pula menjadikan keadaan lebih buruk.

Justeru, bukan sesuatu yang luar biasa apabila wanita pada usia begini selalu mengalami masalah dalam mengawal pundi kencing. Ini diikuti dengan penurunan keinginan seksual.

Memang masalah ini disifatkan sebagai masalah peribadi dan tersembunyi. Mungkin sikap dan budaya warga Asia yang selalu melihat seks sebagai taboo.

Bagaimanapun disebabkan terlalu peribadi dan rahsia, selalunya wanita yang kerap menjadi mangsa. Hilang kawalan pundi kencing menjadikan mereka selalu terkucil setiap kali bersin atau ketawa. Keinginan seksual yang menurun membuka jalan pada pasangan mencari pengganti apabila usia semakin meningkat.

Kerap kali usia dijadikan faktor untuk tidak lagi mementingkan keintiman suami isteri. Usia juga sering dikaitkan dengan masalah kelemahan otot lantai pelvik. Jalan mudah, pakai saja lampin pakai buang di pasaran. Atau lakukan senaman kemut sekerapnya.

Tahukah anda, senaman kemut tidak memberi kesan kepada sesetengah wanita? Malah, melakukan senaman kemut dengan teknik yang salah akan memburukkan lagi keadaan.

Wanita pada usia muda memiliki struktur tubuh yang kemas dan mantap. Tetapi pada setiap kali melahirkan anak, otot dan ligamen yang menyokong vagina akan mengendur.

Untuk kembali normal, ia mengambil masa yang panjang. Malah bukan rahsia, ada sesetengah otot dan ligamen langsung tidak pulih seperti asal.

Apabila menopaus, trauma melahirkan anak dan penuaan membuatkan otot lantai pelvik semakin kendur. Justeru, antara 27 hingga 58 peratus wanita menopaus mengalami masalah kekenduran otot dan ligamen yang serius. Keseriusan itu boleh membawa kepada rahim jatuh.

Sejak bertahun-tahun lalu, di negara jiran seperti Singapura pembedahan laser mengembalikan ketegangan otot lantai pelvik sangat popular.

Di Malaysia, prosedur yang dinamakan Laser Vaginal Rejuvenation (LVR) buat pertama kalinya diperkenalkan di Pusat Perubatan Sunway.

Mengimbas sejarah LVR, ia dirintis dan dipatenkan Dr David Matlock dari Beverly Hills, Los Angeles, Amerika. Ia dimulakan 12 tahun lalu dan sudah dibuat kepada ratusan wanita di Amerika dan 30 negara lain di dunia.

Disebabkan LVR begitu popular dan berkesan Dr Wong Chin Yuan, pakar perbidanan dan sakit puan mengambil inisiatif mempelajari dan mengamalkannya di Malaysia.

Sebelum ini prosedur yang hampir sama diamalkan di Malaysia. Bagaimanapun prosedur itu dianggap menyakitkan dan mengambil masa lama untuk sembuh.

Prosedur LVR yang mengambil masa satu setengah jam bertujuan memulihkan kelonggaran otot pelvis dan memberi kesan yang lebih segar dalam hubungan suami isteri.

揚embedahan ini menggunakan laser, selamat dan tidak berdarah. Masa untuk pulih juga singkat. Selalunya sehari selepas prosedur, pesakit sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mr.Z This user has been deleted
Post time 8-6-2007 08:46 AM | Show all posts
Rawatan herba ade....murah je....diperbuat daripada 100% akar kayu..hanya sapu je kat tut....akan kembali padat...rapat......
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 08:50 AM | Show all posts
benda2 nie terlalu subjektif .. wife dah guna macam2 utk hal nie . .tapi saya rasa same jerr dr dulu, kini dan mungkin selamanyerr ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 08:58 AM | Show all posts
wahhh satu lagi alternatif baru tp kalau takmo guna byk duit....ermmm cuba buat senaman kegel 100x sehari kalau larat....mula sikit2..30 dulu then 50...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 09:31 AM | Show all posts

Reply #3 shahampang's post

ape wife u guna...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 11:21 AM | Show all posts

Reply #5 dayang_baiduri's post

mini I selalu ada problem ni...kesina aku kat dia....tapi ai bagi sokongan.,....always make her positive thinking...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2007 11:27 AM | Show all posts
kalau setakat anak baru 1-2 rasanya takdelah longgar lg kan....kalau 3-4 tu maybelah...tp my frend yg ada 3..jaga gile2..pantang mmg betul2 pantang..segala tok nenek jamu dia telan...kata dia hubby dia tak merungut...malah asyik meminta..so i guess dia punya harta tu masih terpelihara....

moral of the story---------> org pompuan...wake up!!! jagalah harta anda sebaik mungkin sebelum ia musnah! hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 12:57 PM | Show all posts

Reply #7 lady_in_red's post

harta u ok ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2007 01:45 PM | Show all posts
sibuk je....
sendiri mau ingatlah...badan sendiri, harta sendiri...nk pakai lama kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 03:07 PM | Show all posts

Reply #6 dinserian78's post

kl nak try herba tu leh la.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #7 lady_in_red's post

tul....benda tu kena jaga...pandai2 la...usah risau...herba kan ade..macam2 ubat leh pulihkan benda tu..mcm malam pertama...
Reply

Use magic Report

Suttera This user has been deleted
Post time 8-6-2007 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by Mr.Z at 8-6-2007 08:46 AM
Rawatan herba ade....murah je....diperbuat daripada 100% akar kayu..hanya sapu je kat tut....
akan kembali padat...rapat......



herba dayang-intim ke







RAMAI MENENDANG & MEMIJAK KEPALA IBU BABI DARSITA
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 04:41 PM | Show all posts
walau telan apa jamu pun , kelonggaran tetap ada .. tak sama seperti anak dara yang belum bersalin
Reply

Use magic Report

Mr.Z This user has been deleted
Post time 8-6-2007 07:31 PM | Show all posts

Reply #12 Suttera's post

dayang?....dayang_baiduri ker?aku kenal la...a'a....herba dia la....
Reply

Use magic Report

Mr.Z This user has been deleted
Post time 8-6-2007 07:32 PM | Show all posts

Reply #13 DecK's post

tapi kita leh cuba kan utk harmonikan rumah tangga..memang la tak sama nga dara...sekurang2nye SEDAP
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 11:33 PM | Show all posts


Ni ada teknik urutan...Kalau nak cuba   lah...
Baring menelentang. Rilekskan perut dan otot dada. Gosokkan tapak tangan.Letakkan tangan kanan keatas geduk-di antara bulu ari dan pusat.
Tekan tangan kanan dalam tekanan yang sederhana mengikut putaran jam.
Mula mula ke atas di antara pusat hingga ke dada.Kemudian turun semula ke pusat. Jadikan pusat sebagai titik tengah.Kemudian lakukan semula , kali ini tangan kiri pula tetapi dalam pusingan lawan jam. Setiap satu dalam 50 pusingan(dari pusat ke dada dan turun juga tangan kiri.)
Pastikan tekanan yang sederhana. Apabila perut sudah dapat membiasakan diri lakukan sehingga 1-2 minggu.Pada kali ini naikkan jumlahnya menjadi 100 pusingan.

Selepas 2 minggu lakukan pada kawasan yang tadi tapi kali ini dengan menggunakan tangan kanan di bawah dan tangan kiri di atas tangan kanan. Tekan tangan kiri pada tangan kanan dengan tekanan yang sederhana. Daripada pusat , naik ke dada tetapi kali ini bukan dengan putaran tetapi selari(ke atas dan ke bawah) sahaja. lakukan sebanyak 50 kali dan dinaikkan kepada 100 kali apabila perut telah biasa.
Pastikan anda menggosokkan ke dua dua belah tapak tangan supaya ia suam..
Senaman urut ini adalah untuk perempuan sahaja yer...
Tapak tangan haruslah suam untuk menggerakkan putaran "chi" (tenaga/kuasa dalaman)

Untuk lelaki pun ada tapi tak de permintaan ....

[ Last edited by  rdzaccess at 10-6-2007 11:35 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mr.Z This user has been deleted
Post time 11-6-2007 07:58 AM | Show all posts

Reply #16 rdzaccess's post

camne utk lelaki.....kot ade senaman yang bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 08:32 AM | Show all posts

Reply #13 DecK's post

nk dapat yg dara sentiasa senang je..u kahwin dgn anak dara...agak2 dh longgar.cerai kahwin lg dgn anak dara..dan seterusnya sampailah u rasa lotih nk kahwin cerai ni..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 08:55 AM | Show all posts

Reply #18 lady_in_red's post

ade ke u suruh dia kawin cerai...habis la org pompuan kena cerai...pastu sape nak kawin nga janda....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 09:10 AM | Show all posts
abisss dah nak yg dara aje.....mengarut btullah sesetgh lelaki ni kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.819616 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list