CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17073|Reply: 42

Kelebihan Kayu Kokka

[Copy link]
Post time 21-6-2007 02:16 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,


nak bertanya pada member sekalian,

saya ada terdengar tentang kelebihan kayu kokka, ada yg kata, kayu ni banya khasiat dan punyai sejarah yg tersendiri. Pernah seorang bercerita pada saya kayu kokka ni digunakan oleh nabi Nuh dalam membuat bahtera, digunakan olih nabi musa pada tongkatnya, dan macam macam lagiah. pada anda, kayu kokka ni ada apa ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2007 12:17 PM | Show all posts
kau try baca harakah (versi paper) yg last week punya.
Dr. Harun Din ada bercerita pasal kayu kokka ni.
Ringkasannya, kayu kokka ni takde makna pun, malah boleh membawa kpd syirik pasal percaya pada kepoweran kayu tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 12:38 PM | Show all posts
tu la pasal, aku ada terbaca pasal tu kat harakah. tai ada sesetengah orang membuat alasan atas keberkatan kayu tersebut kononnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 07:09 PM | Show all posts
Mufti Perlis kata tiada nas hadith dan Quran yang mengaitkan kayu tu dengan bahtera Nabi Nuh dan tongkat nabi Musa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 02:07 AM | Show all posts

Reply #4 zerozone's post

kalau anda pergi ke Makkah jangan terpengaruh dengan orang yang jual kayu kokka kerana kalau kita mempercayainya boleh membawa kepada syirik. Walaubagaimana pun mungkin juga ia boleh jadi ubat berdasarkan herba , bukan kelebihan yang ada padanya. Saya sendiri tak galakkan jemaah saya membelinya untuk azimat. Wallaahu `aa`lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 02:12 AM | Show all posts
buat azimat ? ader gak org yg dok terfikir sampai ke situ ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2007 09:08 AM | Show all posts
dalam majalah i tahun lepas pun ada membahaskan tentang kayu kokka ni boleh jadi syirik klau mempercayainya......dan tak de dalil pun yg menceritakan bahtera nabi nuh diperbuat dari kayu kokka.....klau tak silap kayu kokka ni mahal harganya....

dlm buku ma'thurat keluaran mana ntah ada crita kelebihan kayu kokka....tak logik rasanya......mungkin nak mempromosikan kayu kokka kot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 10:19 AM | Show all posts
bukan kayu kokka jer, mcm2 azimat & tangkal orang islam guna walaupun dlm masa yg sama mrk tahu syirik kpd Alllah itu berdosa. kalau kita tengok budak2 kecik selalu dipakaikan gelang hitam oleh dukun utk halau hantu dgn sangkaan itulah ajaran islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2007 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 23-6-2007 10:19 AM
bukan kayu kokka jer, mcm2 azimat & tangkal orang islam guna walaupun dlm masa yg sama mrk tahu syirik kpd Alllah itu berdosa. kalau kita tengok budak2 kecik selalu dipakaikan gelang hitam ol ...


Sama gak macam wahabi...kalau kata ubat tu menyembuhkan penyakit boleh jadi syirik pulak. Bendulnya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 02:23 PM | Show all posts

Reply #9 pizzafin's post

aku tak pernah amik tahu apa wahabi cakap. tapi my pegangan is ubat takkan menyembuhkan tanpa izin Allah. ubat hanya asbab. kalau seseorang perempuan dirogol & mengandung, bukanlah perogol or air mani perogol yg menyebabkan perempuan itu mengandung kalau tanpa izin Allah. tapi kalau bawak ke court, DNA bayi yg diberanakkan oleh perempuan yg dirogol itu boleh membuktikan siapa perogolnya. Court tak boleh salahkan Tuhan kalau perempuan itu mengandung. mudah bukan? buat apa nak pening2 berbahas isu yg tak signifikan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:29 PM | Show all posts

Reply #10 tobby's post

:setuju:

Setuju dengan tobby.....

  pizzafin's post;

Sama gak macam wahabi...kalau kata ubat tu menyembuhkan penyakit boleh jadi syirik pulak. Bendulnya....


Cam tak der belajar akidah jer engkau ni.... nf:

[ Last edited by  saifulms at 24-6-2007 03:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by pizzafin at 23-6-2007 09:49 PM


Sama gak macam wahabi...kalau kata ubat tu menyembuhkan penyakit boleh jadi syirik pulak. Bendulnya....


betul ke wahabi kata macam tu
atau ajaran asyaairah yang menghilang sebab musabab ni....!      
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 06:10 PM | Show all posts
kalau kayu kokka ni wat kayu penggaru dosa tu...
berapa ribu agaknya la leh jual ni........................!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 08:41 AM | Show all posts

Kayu Kokka

Kayu Kokka adalah sejenis kayu yang merupakan kayu yang paling tinggi nilai dan mutunya dari semua jenis kayu yang lain.  Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi Nuh a.s (bahtera Nabi Nuh a.s), Nabi Musa (tongkatnya), dan juga Nabi Syuaib a.s.
Kelebihan Kayu Kokka adalah sebagai penawar, pelindung dan juga penyembuh dengan izin ALLAH s.w.t.
Kayu Kokka juga boleh terdapat dalam bentuk tasbih dan cincin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 03:39 PM | Show all posts

Reply #14 putra_bengal's post

kayu kokko sebagai pelindung?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 08:18 PM | Show all posts

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka, Oleh Dato' Dr Haron Din

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin.

Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor

Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.

Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.

Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.

Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.

Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.

Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.

Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.

Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.

Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.

Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.

Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja. Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.

Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.

Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.

Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan' , 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan. Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.

Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.

Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.

Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.

Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.

Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."

Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."
  
Wallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 08:29 PM | Show all posts

ULASAN SAHABAT SAYA USTAZ ZAHARUDIN TENTANG KAYU KOKA

Saya telah lama menyatakan berkenaan kekarutan kayu kokka ini sejak dari Jordan, saya juga sempat bertemu dengan bapa kayu kokka Malaysia di Jordan. Dia mengakui tiada sebarang hujjah berkenaan kesohihan dakwaan berkenaan kayu ini.
Malah saya juga telah cari apa jua hadith dalam beratus buah kitab hadith berkenaan kayu ini, juga tiada.
Saya juga sempat bertanya kepada Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqar ketika menziarahi beliau di rumahnya pada tahun 2004. Beliau menyatakan, orang yang percaya kayu ini adalah orang-orang yang jahil sahaja. Itulah yang disebut oleh Syeikh Atiyyah.
Selain itu, saya juga sempat berbincang dengan Syeikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa'di (Ulama Iraq yang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah Jordan), beliau mengatakan pemakai cincin kokka, rantai, tasbih dan lain-lain yang berikitikad dengan kehebatan ghaib kayu serta boleh mendatangkan kesan baik atau menolak keburukan adalah termasuk dalam kategori tangkal yang syirik hukumnya.
Saya juga pernah berbincang personally dengan Dato' Dr Haron Din pada hujung tahun 2004, maka cukuplah saya copykan jawapan beliau di atas.
Dari sudut hukum jual beli
Ringkasnya, penjual kayu ini kerap mewarwarkan 'kuasa ghaib' kayu ini, jualan begini adalah haram tanpa syak lagi.
Penjual kayu ini juga melakukan penipuan apabila menyebut ia kayu tongkat Nabi Musa a.s dan Bahtera Nabi Nuh a.s demi untuk meyakinkan si pembeli, ini adalah satu pembohong di dalam jualan. nabi SAW bersabda :-
إن التجار هم الفجار قالوا يا رسول الله أليس قد أحل الله البيع قال بلى ولكنهم يحلفون فيأثمون ويحدثون فيكذبون
Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : wahai Rasulullah , bukankah Allah telah menghalalkan jual beli , Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat ) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap ( ketika promosi ) mereka akan sentiasa berbohong.  ( Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Bukhari & Muslim  ; Al-Baihaqi)
Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini apabila ia berkempen kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa a.s dan boleh menghadang Jin dan Syaitan. semuanya adalah berupa penipuan semata-mata. Bagi saya, kayu ini boleh membawa keseronokan kepada Jin dan Syaitan kerana lebih mudah merosakkan aiqdah umat Islam dengan kewujudannya.
Mereka juga menaikkan harga kayu murah dari Jordan, Mesir dan Syria ini dengan harga yang mahal kerana kehabatan ghaib kayu ini. Hal ini menyebabkan timbul masalah Shariah dari sudut aqad jual beli pula.
Kayu itu sendiri atau orang yang percaya bermasalah?
Ada yang bertanya serta memberikan pandangan kepada saya bahawa yang salah adalah kepercayaan itu dan bukannya kayu itu pada fizikalnya.
Benar, saya bersetuju dari satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah tentulah neutral, sebagaimana kubur yang disembah, kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah si pemuja.
Justeru, saya tidak menafikan harus hukumnya membeli dan memakai kayu ini dengan TUJUAN HIASAN SEMATA , tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya. Bagaimanapun, sayugialah ia dijauhi juga, kerana apabial sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun anda memakainya hanya untuk kecantikan, ia seperti bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika anda memakainya.
LIhat bagaimana Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur dan dalam kawasan masjid dan banyak lagi ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)
Kempen  
Berikut adalah antara bentuk kempen kehebatan kayu kokka ini. Terlalu banyak dakwaan palsu, karut dan boleh membawa syirik di dalamnya :-
ANTARA DAKWAAN PENJUAL BERKENAAN KHASIAT MINYAK KOKKA
1.  Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam.  Insya-Allah suhu badan menurun.
2.  Sekiranya tidak lena tidur, sapu pada kedua-dua belah kening.  Insya-Allah tidur akan lena. (Boleh di jadikan benteng dengan menyapu pada sendi-sendi tubuh badan sebelum tidur setiap malam).
3.  Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.
4.  Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia.  (Sapu sedikit sudah cukup).
5.  Andai terkena santau atau terminum racun, hendaklah diminum dengan air suam.  Insya-Allah santau dan racun tersebut akan keluar.
6.  Dapat melegakan sakit gigi, sakit kepala, sakit dada, berak berdarah atau angin dalam badan dengan meminum satu sudu teh pagi dan malam.
7.  Dapat menawarkan bisa akibat gigitan binatang berbisa (lipan, kala jengking dan lain-lain).
8.  Jika sakit sendi atau badan, sapu dan gosok di tempat yang sakit.
9.  Jika melecur kerana terkena air atau minyak panas sapukan segera di tempat yang melecur itu.
10. Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini.  Insya-Allah.
11. Binatang-binatang berbisa akan menjauhi kita jika kita memakainya.
12. Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.
Sumber : http://www.freewebs .com/adeqanuar/ kayukokka. htm
Telah saya sebut dalam artikel lepas berkenaan kepercayaan karut yang merbahayakan aqidah umat Islam. Antaranya adalah :-
Tamimah (Tangkal Azimat ) : Tamimah atau tangkal berasal dari perkataan ( أَتَمَّ - يُتِمُّ - تَمِيْمَةً ) : menyempurnakan. Menurut bahasa Tamimah akan menyempurnakan apa yang dimaksudkan. Tamimah (tangkal) telah digunakan oleh orang Arab di zaman jahiliyah untuk tujuan agar terhindar dari sihir atau niat jahat orang lain.
Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.
Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
Daripada 慤qbah Bin 慉amir (marfu') :
مَنْ عَلَقَ تَمِيْمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Ertinya : Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.
Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.
Sekali lagi malang, kerana kebanyakkan penjual kayu ini adalah ustaz-ustaz lepasan Jordan, Syria dan Mesir. Sudahlah ustaz juga yang ramai menjadi kiblat dalam pelaburan haram cepat kaya internet, MLM piramid yang dipenuhi syubhat, kali ini kumpulan harapan ini sekali lagi yang menjadi 'imam' dalam penjualan kayu ini. Saya benar-benar sedih dengan fenomena sebegini. Jika para ustaz bermasalah, sudah tentu akan diturunkan masalah itu melalui pengaruhnya kepada anak muridnya. Maka merebaklah gejala tidak sihat di kalangan ummat. La hawla wala quwwata Illa billah.
Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/
15 Jun 2007

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 09:27 PM | Show all posts

JAWAPAN TERHADAP PENAFIAN MUFTI BAHAWA KAYU KOKKA BERKHASIAT

&
DAKWAAN LEBIH KEPADA MOTIF PERNIAGAAN
BERITA HARIAN - 28 November 2006. m/s 4
&
HARIAN METRO - 5 Januari 2007 m/s V4
Tiada dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu diperbuat daripada kayu Kokka, namun tiada juga dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu tidak diperbuat daripada kayu Kokka. Tiada juga dalil sahih yang menyatakan tongkat dan bahtera tersebut diperbuat daripada jenis kayu jati, cengal, berlian, balak dan sebagainya.

Di dalam sebuah artikel muka penuh Berita Harian bertarikh 31 Disember 2005 menyatakan, menurut fakta & sumber hasil kajian arkeologi bahawa Bahtera Nabi Nuh atau Noah Ark's itu diperbuat daripada kayu jenis Kokka (Gopher) yang sukar ditemui. Kayu tersebut juga menjadi bahan utama membuat bahtera dan ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan cuaca dan alam semula jadi. Keputusan ujian makmal pada Jun 1987, membuktikan ia mengandungi logam & fosil (tinggalan tumbuhan atau haiwan dalam kerak bumi yang wujud semenjak dari zaman geologi lalu). Penemuan Dr Ronald Eldon Wyatt mendakwa menemui dan membuktikan kewujudan bahtera Nabi Nuh dengan menggunakan radar Geophysical Survey Systems Incoparated (GSSI).

Ramai telah menggunakan kayu Kokka dan merasai keberkesanannya. Ada segelintir yang menggunakan kayu Kokka dan tidak merasai keberkesanannya. Ada juga yang menggunakan kayu Kokka namun tidak menyedari keberkesanannya. Ada dikalangan mereka yang tidak menggunakan kayu Kokka kerana tidak tahu mengenainya. Samada ia berkesan atau tidak, semua bergantung kepada amalan individu tersebut disertai keizinan dari Allah SWT dan bukan kerana kepercayaan bahawa kayu Kokka itu berkhasiat semata-mata. Ini semua telah terbukti menurut pengalaman si pemakai.

Nabi Musa as. memiliki mukjizat dan tongkat beliau juga adalah mukjizat disebabkan beliau adalah seorang Rasul. Bagi manusia biasa, kita mempercayai bahawa kayu Kokka mempunyai kelebihan yakni bukanlah mukjizat. Kita juga sedia maklum bahawa manusia biasa tidak memiliki mukjizat namun dengan amalan kita dan gandingan kelebihan yang ada pada kayu Kokka disertai dengan keizinan Allah SWT yang akan membuahkan keberkesanannya.

Allah SWT jualah Pemilik kuasa yang mutlak di atas segalanya.

Adalah wajar jika penjualan kayu Kokka yang berleluasa pada masa kini dikawal. Tidak dinafikan ada peniaga mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai kelebihan kayu Kokka. Ianya boleh menyebabkan ramai orang keliru dan tertipu serta menyebabkan penyelewengan aqidah kerana tidak mendapat penerangan dan pemahaman yang jelas tentang definisi penggunaannya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 10:26 PM | Show all posts
Kesahihan kajian Dr Wyat belum dan tidak pernah disahkan oleh sesiapa.  Termasuk GSSI yang tidak memberi apa-apa komen.  Kesempatan ini digunakan oleh Dr Wyatt utk menunjukkan bahawa fakta dia kemungkinan benar.  

Yang tu saya tak mahu komen dulu.  Sebab ini masuk bab-bab kajian Sains Bumi yang banyak terma-terma saintifik.

Kita tengok di antara benda yang Dr Wyatt dakwa dia jumpa (saya boldkan yang penting):

But the most interesting feature of this site was what was in the front yard- there were 2 large stones, one setting upright and one lying flat on the ground. Carved on these stones were a most exciting picture: across the top of each was an arc-shape; below this was a curly-cue which looked like an ocean wave, and atop it was a very simple boat-shape; walking away from this boat and wave were 8 people- the first and the largest was a man; next and second largest was a woman; the next 3 were all the same size and all smaller than the largest woman, and they were men; and the last 3 and the smallest, were 3 women. It seemed quite obvious to Ron that these were iconographic representations of the 8 survivors of the flood, all walking away from the ship with a rainbow overhead. But what did it all mean?

When he studied these 2 large monuments more closely, he noted that on the one lying on the ground, the largest woman (the one representing Noah's wife) had her eyes closed and her head tilted downward.
On the larger one which was still standing, he saw that BOTH the 1st woman AND the 1st man (Noah) had their eyes closed and heads tilted downward. Since these were in front of the house, he believed they were the actual tombstones of Noah and his wife. The iconography showed that FIRST his wife died, and on her stone, only HER eyes were closed. When Noah died, BOTH of them were represented as dead.


Dr Wyatt jumpa batu nisan yang ada lakaran isteri Nabi Noh a.s. yang terselamat dari banjir.  Umum ketahui bahawa isteri Nabi Noh mati kufur dalam banjir.

Secara tak langsungnya, sekiranya hujah Dr Wyatt kita rasa benar, maka secara tak sedar kita telah bersamanya menyatakan fakta kitab perjanjian lama adalah benar.  

Antara fakta lain adalah, dalam injil menyatakan bahawa tiada pokok di atas gunung yang tidak diliputi banjir.  Menurut kajian sains ini amat mustahil sebab bungkah-bungkah ais yang berumur puluhan ribu tahun di kutub utara dan selatan tidak pernah di mnunjukkan kesan banjir.  Sekiranya benar banjir menyeliputi pokok tertinggi di atas gunug tertinggi, pasti bungkah ais di kutub utara akan cair atau pecah.  Tapi ini tidak terdapat bukti langsung.  

Berikut fakta dari Dr Wyatt:
....it looked as if the ship had been transported down the mountainside by the lava flow (which covered the ship) and, sliding sideways, it hit this large outcropping of limestone which caused it to be "racked", exactly like a car that it literally wrapped around a telephone pole.

Yet, the Bible is so clear in the fact that it came to rest in the "mountains" of Ararat- GEN 8:4 And the ark rested in the seventh month, on the seventeenth day of the month, upon the mountains of Ararat.

The next verse goes on to state that even after the ark had come to rest, the tops (plural) of the mountains .......

The present location of the site fits this description perfectly- it was located at 6,300 feet above sea level in a mountain valley surrounded by higher mountains on 3 sides.....




Hujah Dr Wyatt boleh dapat di sini:  http://www.pilgrimpromo.com/WAR/discovered/html/chapter01.htm

[ Last edited by  ibnur at 26-6-2007 10:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 06:18 PM | Show all posts
SAYA TIDAK MENAFIKAN KAYU KOKKA mungkin boleh jadi ubat berdasarkan herba , SAMA JUGA DENGAN TONGKAT ALI, KACIP FATIMAH DAN LAIN-LAIN DENGAN IZIN ALLAH. Walaubagaimana pun kita perlu berhati-hati dengan kepercayaan yang bukan-bukan tentang kayu kokka ini.

kalau anda pergi ke Makkah jangan terpengaruh dengan orang yang jual kayu kokka yang berkempen macam-macam fadhilatnya sehingga boleh membawa kepada syirik. Saya sendiri tak galakkan jemaah saya membelinya untuk azimat. Wallaahu `aa`lamWallaahu `aa`lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062592 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list