CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1929|Reply: 4

Khatan - Why oh Why

[Copy link]
Post time 27-7-2007 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Saya bawa topik ni dari board CI. Saya percaya Allah jadikan setiap sesuatu tu mesti bersebab. Tapi saya tak boleh jawap soalan ni, either untuk orang lain, mahu pun untuk diri sendiri. Jadi saya rasa tak salah kalau saya kemukakan soalan ini.

Seperti yang kita tau, berkhatan dituntut dalam Islam. Dan saya juga tahu, berkhatan tu tak wajib, tapi kalau buat lebih molek. Jadi adalah seorang hamba Allah yang bukan Islam pertikaikan, jika Allah jadikan manusia sebaik baik kejadian, perfect dari segala segi, then kenapa kita perlu berkhatan? Kenapa allah tak jadikan alat sulit tersebut sedia semulajadi perfect?

Jawapan saya pada beliau, hidup adalah tentang pilihan. Kita di dunia ni diberi pilihan samada nak jadi baik atau jahat, nak masuk neraka atau tak, dan last sekali nak sunat atau tak, sedangkan dipandukan pada kita sunat ni bawak banyak kebaikan. Tapi jawapan saya ini tidak memuaskan hati beliau, dan I am sorry to say, juga tidak memuaskan hati saya sendiri.

Kenapa tidak Allah jadikan alat sulit tersebut sedia semulajadi perfect? Kenapa harus bersunat untuk menjadikannya perfect; terhindar dari najis dan penyakit?

Please jangan cakap pada saya, dia tu non-muslim, so jangan layan. I want to know for my own knowledge too

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2007 10:22 AM | Show all posts

Reply #1 artgeex's post

Kita balik kepada asal fitrah bagaimana manusia dijadikan. Adapun yg diterangkan kita dijadikan dari pati keji, tanah dan lumpur yg berbau. Secara fitrah lahirnya manusia adalah kotor. Akan tetapi Allah telah berfirman sebaik-baik kejadian yg dia cipta adalah manusia, kenapa pula?

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. [2:34]


So sifat zahirnya manusia sentiasa kotor dan kita perlu sentiasa membersihkan diri dgn kita mandi, wuduk, dan mejaga kebersihan diri. Supaya 1) elak peyakit 2) sentiasa suci( syaitan suka yg kotor) 3)sembahyang sempurna. manusia di anugerahkan akal dan nafsu juga dari dua keadaan tersebut lantaran diri kita akan selalu terdedah kepada perkara yg tak elok sebab kondisi fitrah dan nisbah jiwa antara yg baik dan jahat adalah (1:2). Tetapi jika manusia itu mengunakan akalnya dia akan dpt membezakan dan menilai kebaikannya, manakala bagi yg mengikut kehendak hati adalah zalim(kpd diri sendiri) dan jahil(bodoh).

Jadi takkan mak kita nak ckp hari-hari kat diri kita " Atan, bau busuk pegi mandi!" Akal adelah anugerah Allah, terpulang kita nak bersihkan diri ataupun tidak. Ini baru persoalan fizikal diri belum lagi jiwa kita, jika fizikal pun tak leh terima sama ada kondisi mane yg lebih bagus jauh sekali jiwa akan bersih . Dan seperti fizikal(berkhatan), jiwa juga perlu dibersih/sucikan iaitu melaui taubat.

kawan awak takkan faham kondisinya sendiri kerana akalnya dah berselaput;

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis,..[9:28]

[ Last edited by  Syarul at 27-7-2007 10:42 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 10:46 AM | Show all posts
Ini semua ada hikmahnya. Betul la Allah jadikan pilihan pada manusia supaya dia belajar. Kalo buat ini jadi apa, kalu tak buat jadi apa. Kan baru2 ni ada dlm akhbar, golongan yg tak berkhatan lebih tinggi risiko nak dapat AIDS. Org Yahudi berkhatan dan keturunan Yahudi berkhatan, diturunkan hingga zaman sekarang.
Allah maha kuasa, sama jugak la kalo dia jadikan semua manusia ni Muslim dan semua manusia masuk Syurga. Tak ada dosa, tak ada jenayah, tak ada bangsa2 lain. Allah juga merancangkan dan ditentukan manusia dihantar ke dunia sebagai khalifah. Bukan ke lebih 'mudah' sebagai pencipta yg terus menciptakan manusia kat dalam syurga je? Sebaliknya Allah jadikan kita berbagai2 supaya kita belajar. Wallahu'alam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 10:48 AM | Show all posts

yup setuju ngan syarul...

tambah sket,

kalau nak semua baik, baik manusia ada sayap...pastu siap2 ada bulu badan...takyah pakai baju dah...

ada 6 tangan ke...boleh buat banyk kerja...

ingatlah, mmg kita ciptaan yg terbaik...berbanding ciptaan yg lain2....

ygterbaik itu bukan dari segi saiz(matahari jauh lebih besardarimanusai)....bukan dari segi kekuatan(lembu pun lagi kuatdarimanusia)...

bukan dari segi perkara2 yg tak fizikal seperti itu...

tapidari segi ciptaan Jiwa..itu paling sempurna.......dari segi laintentusaja kita serba kekurangan....tapi itu tak sepenting penciptaanhatikita(Jiwa)...

ni sy amek dari surah As-Syams...ayat2 awal2 surah tuu...

Bismillah...

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari, demi bulan yang menurutinya,
Demi siang yang memancarkan sinarnya, demi malam yang menutupinya,
Demi langit dan seluruh binaanya, Demi bumi dan seluruh hamparannya
Demi hati dan penyempurnaannya....

ciptaan terbaik itu adalah Jiwa manusia(hati)...

bila kita faham yg ni , maka walaupun manusia dikatakan ciptaan ygsempurna, bila dikatakan tentang kelemahan2 fizikal tertentu, rasanyakita boleh terima dan tiada masalah....

berkhatan, tiada masalah...sedangkan kita sentiasa memperbaharui teknologi untuk tampung kelemahan manusia,
maka berkhatan adalah salah satu cara tampung kelemahan fizikal manusia...

[ Last edited by  ussopp at 27-7-2007 10:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2007 11:13 AM | Show all posts
alhamdulillah saya cukup berpuas hati dengan jawapan anda semua. walaupun saya tidak lagi berpeluang nak jawap untuk dia, tapi yang lebih penting saya dapat jawap pertanyaan diri saya. memang betul kan, Islam tu agama yang sempurna, dan Allah memang Maha Bijaksana

thank you! thank you! dan terima kasih juga pada mod yang beri kacang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069918 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list