CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 13

OAG

[Copy link]
Post time 21-8-2007 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Konsert pertama OAG selepas 15 tahun
21-08-2007 01:32:56 PM
oleh WAHIDA ASRANI
Pembabitan kumpulan OAG di persada muzik tanahair sudah mencecah usia kira-kira 15 tahun. Walaupun tidak lama dulu ahli kumpulan OAG sering bertukar ganti, tetapi muzik mereka masih utuh malah tetap mempunyai pengikutnya tersendiri sehingga hari ini.

Kini, juara IKON Malaysia bagi kategori berkumpulan ini melahirkan rasa terharu mereka kerana selain mendapat pengiktirafan digelar IKON Malaysia baru-baru ini, buat pertama kalinya juga mereka mendapat peluang untuk mengadakan konsert setelah berbelas-belas tahun berada di dalam industri ini.

"Kami memang sangat gembira akhirnya dapat adakan konsert sendiri tidak lama lagi. Ia akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 September ini bertempat di Kadazan Dusun Culture Association (KDCA).

"Walaupun dibuat di Sabah, kami yakin ia boleh mendapat sambutan memandangkan OAG juga memang ada fan base yang ramai di sana. Malah, ada juga yang beritahu kami, konsert seperti ini selalunya memang diterima ramai di sana," ujar Fizul, atau nama sebenarnya Hafizul Azim, salah seorang ahli OAG.


OAG akan adakan konsert pertama mereka di Sabah pada 1 September nanti

Konsert yang dibawakan oleh Horizon Bespoke itu akan berlangsung selama sejam, di mana OAG dijangka akan mempersembahkan kira-kira 20 buah lagu termasuklah beberapa lagu daripada album-album yang terdahulu.

"Kami ditawarkan untuk konsert ini sebelum sertai IKON lagi dan kami memang berharap untuk cuba tampilkan kelainan, memandangkan ini bukan showcase biasa, tetapi adalah konsert.

"Buat masa ini, kami tengah pening memikirkan bagaimana corak persembahan kami dan lagu mana yang akan dipersembahkan. Yang penting, OAG tidak akan lari dengan imej kami seperti biasa.

"Harapan kami, biarlah jumlah penonton boleh menjangkau 10,000 orang sebab kami diberitahu lokasinya juga agak besar.

"Kami juga ada perancangan untuk adakan konsert di Kuala Lumpur juga, tetapi buat masa ini biarlah kami lakukan satu demi satu secara perlahan-lahan dulu," kata Fizul lagi.

Tiket untuk menyaksikan konsert OAG di Sabah itu boleh didapati dengan harga RM20, RM40, RM60, RM80 (percuma poster OAG), RM100 (poster dan t-shirt OAG percuma) dan RM120 (poster, t-shirt dan CD OAG percuma) dengan menghubungi talian 013-3304047 dan keterangan lanjut juga boleh dibuat melalui e-mel di [email protected]


Baju melayu dan songkok akan kekal sebagai imej OAG

Walaupun tewas di tangan IKON Filipina, Kjwan pada IKON Asean yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini, kumpulan yang terdiri daripada lima jejaka ini tidak merasakan keputusan itu boleh melemahkan semangat mereka untuk terus memperjuangkan muzik mereka.

Masakan tidak, setelah berakhirnya IKON, kumpulan yang telah melahirkan album OrAnG EP1 pada tahun lalu ini tidak nafikan undangan untuk mengadakan show semakin banyak diterima oleh mereka.

Namun, bagi kumpulan ini, apa yang penting walau sebanyak mana pun show yang dijayakan, mereka akan sedaya-upaya cuba kekal dengan imej 'unik' mereka yang seringkali tampil bersongkok dan berbaju melayu di pentas.


Imej bersongkok dan baju melayu akan kekal dengan OAG

"Kami tidak nafikan, mula-mula kami keluar dengan imej seperti ini di show Jom Heboh tahun lepas, memang kami ada terima feedback negatif sesetengah pihak yang merasakan kami seperti mempersendakan dan merosakkan budaya.

"Kami tidak pernah berniat dan rosakkan budaya. Ini adalah inisiatif kami untuk tonjolkan budaya Malaysia dan tampil dengan imej bersongkok dan baju melayu di pentas.

"Kami adalah penghibur. Kami ingin menghibur dengan gaya sebagai rakyat Malaysia. Jadi, saya tidak rasa apa yang kami buat ini salah.
"Mungkin persepsi masyarakat yang sering anggap jika bersongkok dan berbaju melayu, tingkah laku juga kena jaga kerana ia mencerminkan budaya kita.

"Terserah kepada persepsi masing-masing kerana bagi kami, walaupun kami buat macam-macam aksi di pentas, yang penting niat sebenar kami. Sebab itu sehingga hari ini, OAG masih dengan imej seperti ini," kata Fizul.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 02:48 PM | Show all posts
dulu masa zaman 60's tv suka gak budak2 oag ni.. tapi skang ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 03:36 PM | Show all posts
pe kehel diorg neh pakai bju melayu ngan songkok tp terkinja2 cam munyet....dah abes pesen goknyer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 03:56 PM | Show all posts
aku tak suka sebutan nyanyian si radhi tu..so annoying
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 04:02 PM | Show all posts

Reply #4 kerz's post

performance OAG masa Ikon asean tu nampak overr, macam 'trying too hard' nak menang tsk tsk..  kalau kat konsert sendiri tu bolehlah wat macam monkey gitu.
Reply

Use magic Report

pisangmanis This user has been deleted
Post time 21-8-2007 05:08 PM | Show all posts
apa maksud OAG?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2007 05:16 PM | Show all posts

Reply #6 pisangmanis's post

Mulanya: Old Automatic Garbage
Sekarang: Orang Asia Genius
Reply

Use magic Report

pisangmanis This user has been deleted
Post time 21-8-2007 05:28 PM | Show all posts

Reply #7 scorpio_mmiv's post

thanx much
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 06:58 PM | Show all posts

Reply #7 scorpio_mmiv's post

aku ingat Orang Asia Gila
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 09:33 AM | Show all posts
aku ingatkan, orang asli gombak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 03:33 PM | Show all posts

Reply #9 ahtentuya's post

aduhlah

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 04:29 PM | Show all posts
halo...

lama aku ngga gabung di forum ini,

oh ngomongin O@G ya,

pertama lihat O@G waktu mereka perform kat asen ikon,

wow....mengerikan, kalo kata orang indonesia sangat norak,
saya tak percaya pemilihan ikon malaysia yang orang kata 70% juri ternyata hanya memilih band yang katro macam O@G, macam kat malaysia tak ada band yang lebih best dari O@G,

terlalu over acting,
memalukan.....

skill kurang,

suara lemah

aksi panggung superjelek,
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 05:11 PM | Show all posts

Reply #12 julius@dunk's post

aksi panggung superjelek.. yeah ku suka ayat mu itu..  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 05:23 PM | Show all posts

Reply #12 julius@dunk's post

tapi apa nak buat lagi julius, selain OAG yg tinggal rocker2 kapak yg penampilannya macam x pernah mandi, lagu rock jelek (terutama Amuk-"YEAA YEAAHH ) boleh bikin malu juga,
hanya Flop Poppy yg aku rasa okey dr OAG tu, tapi mungkin judge merasakan member2 nya sudah terlalu tua untuk tarik perhatian agaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.172595 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list