CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4193|Reply: 25

Memahami Makna Bacaan Di Dalam Solat...

[Copy link]
Post time 8-9-2007 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Saja nak buat survey sket..

Baper ramai antara korang yang memahami makna bacaan di dalam solat..

Sebab aku mcm agak terkejut tadi bila tanya sorang kawan ni.. Dia cakap dia tak tahu maksud al-Fatihah.. Pastu dia kata masa sekolah dulu adalah dia hafal maksudnya..




Single Polls, Total 7 Users voted
28.57% (2)
71.43% (5)
0.00% (0)
0.00% (0)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2007 01:05 AM | Show all posts

Apsal semua vote ikut aku ni??

Btw.. apa pendapat korang.. Kalau org tu umur dia dah 24 tahun tp dia solat tak tahu maksud al-Fatihah?



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 07:48 AM | Show all posts

Reply #2 freekey's post

sah solatnya. namun cubalah sedaya upaya mengetahui maksud al Fatihah tak kiralah brp usianya...

sesuatu yg mudah utk mdptnya skrg... malas atau rajin jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 08:04 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 9-9-2007 07:48 AM
sah solatnya. namun cubalah sedaya upaya mengetahui maksud al Fatihah tak kiralah brp usianya...

sesuatu yg mudah utk mdptnya skrg... malas atau rajin jer...

Thanks for your response..

Tp kan yang peliknya.. Dia banyak gak buat solat sunat..

So I was really surprised and shocked bila dapat tahu dia tak faham pun makna bacaan di dalam solat even al-Fatihah sekalipun..

Actually ceritanya bermula begini.. Saya tanya dia.. tahu tak apa maksud 'Ali'?

Dia kata tak tahu.. So saya tanyalah dia takkan tak tahu kot.. Perkataan tu tiap kali kita sebut dlm solat waktu tahiyyat akhir..

Then dia kata memang dia tak tahu.. So sy tanya lagi.. Maksud al-Fatihah, sujud & rukuk tahu tak.. Dia jawab tak tahu gak..




Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 08:04 AM | Show all posts
Yup solat sah...tapi itukan perkara common sense...

takkan ler selama dia solat dia tk fikir utk tahu apa yg dia baca...apatah lagi al fatehah....

tapi apa nk kisahkan...kdg2 solatpun org tk buat.....

tetapi org ramai tak tahu, dosa yg paling besar lebih dr arak, judi dan zina adalah meninggalkan SOLAT...

apasal yer....ramai yg tak tahu atau tak perihatin...

bukan ker solat itu amalan yg dihisab dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 08:06 AM | Show all posts
Originally posted by freekey at 9-9-2007 08:04 AM

Thanks for your response..

Tp kan yang peliknya.. Dia banyak gak buat solat sunat..

So I was really surprised and shocked bila dapat tahu dia tak faham pun makna bacaan di dalam solat eve ...



laaaa.....baik kau nasihatkan dier, sian lak aku tgk kwn kau nih.....

ni ler, masalahnya bila fadilat yg dikejar, bukan redha Allah yg dicari.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2007 08:06 AM | Show all posts

So kemusykilannya di sini ialah wajarkah jika saya meragui tahap pengetahuan agama perempuan tersebut??



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 9-9-2007 08:04 AM
Yup solat sah...tapi itukan perkara common sense...

takkan ler selama dia solat dia tk fikir utk tahu apa yg dia baca...apatah lagi al fatehah....


tapi apa nk kisahkan...kdg2 solatpun org t ...

Itulahpasalnya...

Thanks for your response..

So, apa pendapat ko? To be honest.. she's the one who I'm planning to marry..

Tp belum ada apa2 ikatan lagilah.. Baru je sebulan kenal..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2007 08:14 AM | Show all posts

Pastu kan..

Boleh plak kata.. Suruh aku ajarkan.. baru berkat..

Then aku cakaplah bila masalah pulak aku nak ajar dia.. Bukannya tinggal dekat2.. dan buka tinggal serumah pun lagi..

Aku suruh dia hafal sendiri mulai sekarang.. Tak salah kan?



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 08:44 AM | Show all posts
ooooo.....cam tu ceritanyer...

cam ni ler, kau tlg belikan dia buku yg ada tafsiran ayat2 dlm solat....minta dia baca..lepas tu, bila2 masa senang kau test ler dia dah hafal belum....

alaa....kau test rambang2 jer...klau dia dah tahu, maknanya dia ada usaha utk perbaiki solat dier...tp klau nampak tk der usaha, itu aku rasa berat sikit...

kena lak kau selidik apa tujuan dia solat selama ini....

hermmmm.....tak semua org Allah bagi hidayah utk ambil berat soal kekhusyukan dalam solat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by freekey at 9-9-2007 08:06 AM

So kemusykilannya di sini ialah wajarkah jika saya meragui tahap pengetahuan agama perempuan tersebut??


http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
http://planet.time.net.my/Cen ...


yer...sy agak meragui jadi baik ler saudara bantu dier kembali utk memperhalusi tuntutan2 solat dari segi syariat lahir dan syariat batin.

Dalam solat, roh atau syariat batin itu penting utk dapatkan khusyuk dan agar solat itu diterima Allah bukan setakat sempurna rukun 13 dlm solat itu sahaja...

kdg2 bab rukun 13 dlm solat ni pun ada yg belum faham lagi...baik kau check juga setakat mana kefahaman dier...bermula dari ambil wuduk...

senang-senang kau suruh dia ambil kelas pengajian fardhu ain, apa kata kaupun join sekali utk buat ulangkaji balik.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by freekey at 9-9-2007 08:06 AM

So kemusykilannya di sini ialah wajarkah jika saya meragui tahap pengetahuan agama perempuan tersebut??



kena bersangka baik.  mungkin dia trick ajer tu yg dia tak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 10:13 AM | Show all posts
fenomena tak faham bacaan dalam solat ini bukan pekara ajaib dlm masyarakat kita ibnur.....sebb ada dibuat statistik, yg solat lengkappun dlm 20%-30% sahaja.......

jadi klau dah cam tu, hal2 tk faham bacaan solat ni, kalau ikut logik mgkin dlm 25%....hanya 5% yg betul2 faham apa yg disolatkan...

bersangka baik itu memg tuntutan agama, tetapi BERSANGKA BAIKpun ada syarat-syaratnya,,,,....kerana terlalu bersangkabaik, nanti  jadi lak ISLAM LIBERAL....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 11:07 AM | Show all posts
apakah syarat-syarat utk bersangka baik?  tak pernah pulak dengar ada syarat-syarat?

macam syarat-syarat sah wudhu' atau solat ke?

kalau orang yg rajin solat dan tambah solat sunat, mengapa kita tak mahu bersangka baik kepadanya?

[ Last edited by  ibnur at 9-9-2007 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 9-9-2007 11:07 AM
apakah syarat-syarat utk bersangka baik?  tak pernah pulak dengar ada syarat-syarat?

macam syarat-syarat sah wudhu' atau solat ke?

kalau orang yg rajin solat dan tambah solat sunat, mengapa ...

Ibnur.. thanks for your response..

Ermm.. saya tidak merasakan begitu..

Sebab 2 kali dia menyatakan kepada saya.. dia cuma ingat makna bacaan tu masa sekolah dulu..

Dan dia baru sahaja hantar SMS kepada saya mengatakan bahawa dia sedia berundur jika saya merasakan masalah ini berat..

Sedangkan sebelum ini dia begitu sayang dan suka kepada saya.. Dan apa yang terjadi pada malam semalam adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan di luar jangkaan.

So, macam mana tu?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 9-9-2007 10:13 AM
fenomena tak faham bacaan dalam solat ini bukan pekara ajaib dlm masyarakat kita ibnur.....sebb ada dibuat statistik, yg solat lengkappun dlm 20%-30% sahaja.......

jadi klau dah cam tu, hal2 t ...

Sejurus selepas mendapat tahu, saya terus SMS kawan saya tanya dia faham tak makna bacaan di dalam solat sekurang-kurangnya makna al-Fatihah.. Kawan saya tu pun dengan segera menjawab TIDAK..

Tapi di dalam kes si A ni.. Adalah sungguh memusykilkan saya.. sebab dia kata dia selalu juga buat solat tahajjud jika terjaga di awal pagi..

Even saya sendiri pun belum pernah buat solat tahajjud setakat ni..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2007 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 9-9-2007 08:48 AM


yer...sy agak meragui jadi baik ler saudara bantu dier kembali utk memperhalusi tuntutan2 solat dari segi syariat lahir dan syariat batin.

Dalam solat, roh atau syariat batin itu penting u ...

Terima kasih rainbows di atas cadangan tersebut..

Aku pun bukanlah arif pasal agama ni.. terlalu banyak kekurangan.. Tapi rasa pelik gaklah kan bila seseorang yang seems to be more Islamic than me boleh pulak tak tahu maksud al-Fatihah..

Seingat aku, aku mula hafal penuh maksud al-Fatihah masa Tingkatan 3/4/5..

Pasal makna bacaan dalam solat pula.. Ermm... Masa umur 21 tahun kot.. start sket demi sedikit..

Errr rasa macam lebih kurang je pulak...




Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 11:56 AM | Show all posts
Adab-adab utk khusyuk dalam solat adalah :

mestilah faham apa yg dibaca dengan akal,
dapat menghayati apa yg di baca dengan hati....

jika bertutur seperti burung kakaktua, hanya sebutan tetapi tidak tahu apa yg disebut dan diperkatakan, di manakah dtg khusyuk tersebut, sebb tk fahampun apa yg dibuat....

Kalau dah 10 tahun solat, tetapi masih tk tahu apa makna yg diebut dlm solat...hermmm...secara logiknya, sy melihat ini adalah satu KELALAIAN dan sikap yg KURANG PERIHATIN,,,.....

KELALAIAN ini yg diberi amaran oleh Allah SWT dgn neraka wail....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 9-9-2007 11:56 AM
Adab-adab utk khusyuk dalam solat adalah :

mestilah faham apa yg dibaca dengan akal,
dapat menghayati apa yg di baca dengan hati....


jika bertutur seperti burung kakaktua, hanya sebutan t ...

yep...

Aku mula tergerak hati nak mendalami maksud bacaan di dalam solat sebab nak rasa khusyu'..

Sebab aku ni mudah hilang fokus.. So aku fikir kalau sambil baca tu aku cuba memahami makna bacaannya sudah tentu boleh improve khusyu'..

Setakat ni aku faham semua bacaan kecuali..
1. Beberapa bahagian Doa Iftitah
2. Surah al-Quran kecuali Al-Ikhlas
3. Beberapa Bahagian Tahhiyyat Awal
4. Doa Qunut





Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 11:26 PM | Show all posts
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.


Apa yang dikatakan faham maksud Al Fatihah? Kalau kita tahu translation macam kat atas tu, belum tentu kita faham maksud keseluruhan surah Fatihah tu. Bagi aku, kalau dikatakan faham maksud nie, kita tahu huraian secara details, apa yang ingin disampaikan.

Contoh: Freekey
Makna ayat: Kunci Percuma.

Tapi, belum tentu kita faham apa makna sebenarnya apa maksud freekey tu, mungkin dia rujuk ke kunci kebebasan manusia ke, apa ke. Bagi aku, maksud nie merefer kepada Tasfir (huraian, penerangan, exegesis). Manakala makna merujuk kepada Terjemahan (translation, alih bahasa).

Aku setuju dengan Ibnur, apa apa hal, kena prasangka baik. Tak payah lah sampai meragui tahap pengetahuan agama dorang. Mungkin dari sudut makna/maksud Quran dia kantoi, tapi siapa tahu dalam part part usuluddin dia lebih expert dari kita. Aku rasa dalam hal nie, memang jadi tanggungjawab awak untuk mengajar dia, kerana awak yang membawa persoalan tersebut kepada dia. Bagi aku, apabila kita membuka ruang persoalan, tak kiralah sama ada hal agama atau hal dunia, kita sebenarnya terikat untuk memberi jawapan atau solution. To be honest, aku cukup tak gemar dengan segelintir orang yang membawa pendapat, pandangan, persoalan kepada umum, kemudian apabila orang dok bertanya, jawapan poyo yang menjadi standard mereka: kena belajar ngan guru mursyid lah, tak dak masa lah, itu lah, ini lah. (Benda nie selalu terjadi kat dua forum melayu yang berunsurkan keagamaan. Mujurlah kat sini, tak banyak yang buat macam nie.)

Sebab itu, seboleh bolehnya, kita jangan tanyakan sesuatu yang didalam hati atau ghaib, nanti menyusahkan diri sendiri. Macam tu jugak dengan apa yang zahir pada pandangan. Seboleh bolehnya kita prasangka baik. Apa bezanya kita macam burung kakak tua, kalau sekadar melaungkan ini salah, itu salah, ini halal, itu haram, tapi dimasa yang sama kita takdak niat untuk mengajar dan membimbing orang orang nie ke jalan yang benar?

Aku tak nampak kat mana salahnya kawan awak nie. Dalam isu nie aku prasangka baik, dia dah tunaikan kewajipan dia sebagai umat Islam, sembahyang, then awak bawa ajaran baru (untuk dia) yang sembahyang kena faham maksud, but bila dia minta ajar, awak ngelat dan suruh plak dia belajar sendiri. Nak salahkan dia tak kena pulak, sebab dia memang betul betul tak tahu dan menyangkakan takdak kewajipan sebegitu rupa. Mungkin bagi kita, sembahyang dia belum cukup sempurna kerana tak faham maksud Fatihah, tapi siapa tahu disisi Allah, sembahyang dia sempurna kerana dia betul betul ikhlas untuk bersembahyang, bukannya kerana memenuhi kewajipan sembahyang.

Dalam isu Fatihah nie, berapa ramai yang benar benar tahu mengapa ianya dirukunkan didalam sembahyang?

[ Last edited by  St.Yeepi at 9-9-2007 11:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 1.856425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list