View: 2019|Reply: 19
|
Mutiara NQ ~ Bicara Keluarga Bahagia
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum buat para sahabat yang dihormati....
Selamat mengikuti KOLEKSI BICARA ILMU dari Nur Qudrah....semoga perkongsian dan jariah ilmu yang dibawakna membawa manfaat dan keberkatan buat semua...Panjang-panjangkan ia sekiranya anda merasakan ilmu ini memberi manfaat, moga-moga ianya mampu menjadi penyelamat dan PASIF PAHALA buat kita di akhirat kelak
BAITI JANNATI (Koleksi 2006)
Alhamdulillah petangnie rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang aniz perolehi dalam bilik kuliah baru-baru ini...Pensyarah mengajukan persoalan kpd kpd kami...KENAPA/PUNCA MASALAH ATAU KEMELUT RUMAHTANGGA MELANDA? Pelbagai hujah, pandangan dan pendapat dilontarkan...namun bagi saya sendiri hujah juga pandangan yang dikongsikan agak terpencil, unik dan tersendiri...berbalik pada konsep yang pernah saya lontarkan dalam write up saya beberapa bulan yang lalu...
1) Manusia dijadikan Allah dgn darjat yang istimewa diberikan nikmat fakulti akal dan iman bg yang Muslim lebih dari itu dibekalkan Al-Qur'an dan Sunnah sbg panduan..manakala syaitan pula dijadikan Allah untuk menghuru-harakan manusia carik geng utk lepak dgn diaorg kat neraka MAKA MENGAPA HARUS MANUSIA ITU SENDIRI MEMPERLEKEH JUGA MERENDAHKAN MERTABAT MENURUTI JALAN SYAITAN...just like fooling yourself macam tempah tiket plak nak lepak dgn spesisniekan.. Nauzubillahminzalik
2) Dunia hanya singgahan sementara...jangan terpedaya dengan nikmat dan pesonanya...harta, pangkat, anak, isteri merupakan ujian dr Allah...ada manusia diuji Allah dgn kesenangan juga kemewahan manakala sebahagiannya pula diuji dgn musibah, penyakit dan sebagainya...Namun yg senang, aman bahagia juga meriah dgn nikmattu saya fikir yang lebih bahaya...yang bisa menjatuhkan kita...suami lupa pada amanah difikirkan keperluan wang ringgit, makan minum dan tempat tinggal juga kemewahan memadai hakikatnya tuntutan Allah lebih hebat dari itu pengorbanan juga pengisian yang perlu diuntukkan untuk sama-sama kita mencipta bahagia di dunia dan akhirat dan dalam redha Allah...Hanya 3 perkara shj kita bawa pulangkan I) Doa dr anak yg soleh (dah jika diri sendiri tak soleh bagaimana harus anak itu mencari idole utk menjadi soleh), 2) Ilmu yang memberi manfaat ( Sibuk dan alpa dgn pesona dunia...duniawi dan ukhrawi tidak seimbang...ilmu yg diperolehi untuk kepuasan dan kepentingan diri bukan memakmurkan ummah) dan 3) Amal jariah kita...
Saya fikir jika para suami juga isteri mempunyai kefahaman dan sedar matlamat ikatan suci perkahwinan yang dibina...takkan timbul konflik kritikal dalam rumahtangga...ini kadang usia perkahwinan baru setahun jagung suami dah buat hal...zuriat terlalu rapat isteri tiada ruang untuk menjaga penampilan mahupun melayan suami si isteri sibuk melayan anak dan tugasan rumahtangga dijadikan alasan si suami mencari layanan dan perhatian di luar sedangkan alangkah bagusnya dan bertuah jika dapat diusahakan sama-sama mengembeling tenaga dan menikmati hari-hari dalam perkahwinan menolong tugasan rumahtangga mahupun melayan kerenah anak-anak...saksikan perkembangan anak-anak...hargai anugerah juga amanah yang dikirimkan Allah....infact jalan ini yang kalian pilih MAKA SEHARUSNYA KALIAN LALUI DAN PIKULNYA DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN BANGGA...ini jalan mengutip pahala disisi Allah...aset akhirat, betul tak? Why must complaint???? Maaf kadang saya perhatikan ada kalangan para suami pandai buat anakjer jaga anak....si ibulaa terkiak-kiak berkejaran...terkiak-kiak sana-sini...pastu expect sang isteri budiman melempar senyuman semanis dan seayu pertemuan pertama, boleh???Nampak sangatlah unrealistiknya...tu tak masuk lagilaa bab nak entertain "big baby" night dutynyerkan...tak dapeklaa akak nak jawabkan...
Bersambung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan apa bila saya lihat persekitaran yang berlaku dan juga kata-kata Allah rasanya mudahjer hidupnie...simple konsep Allah kata jaga diri sendiri juga keluarga daripada api dunia dan akhirat...dalam maksudnya...rasanya jika betul-betul pegangnya takut dan khuatir pastinya kita akan cuba terbaik untuk memelihara mereka daripada pesona dunia dan siksa di akhiratukan....yelaakan tak pasal-pasal elok-elok ayah/suami nak masuk syurga tersangkut bila amanah kita anak-anak mahupun isteri komplen mana aci apa ceeta dulu kat dunia siayah atau suami takde pun tunjuk ajar ilmu Allah...solat, mengaji dsbgnya...tak pasal menderita kita kat sanakan...so nak ikutkan takde masa suami nak buat endah tak endah berfoya-foya....mengisi masa...riadah kononnya...suka-sukakan...tambahan maut bukannya kita tahu datang menjemput kalau dah buat pedajal menganiayai hidup anak isteri...menzalimi hak orang lain sama jugalaa menganiaya hak diri sendiri...cari murka Allah ikut telunjuk syaitan...tempah pasport lagik lepak kat n....sape yang rugi?????Sendiri kasi jawablaakan...
Seperkara lagi yang aniz ingin kongsikan, jadi isteri kita kena tahu, faham dan jelas tentang hak kita...sememangnya suami harus dimuliakan dalam kamus seorang isteri namun harus diingat jangan sesekali membiarkan kebaikan diri dipergunakan oleh suami...ada sebahagian isu atau keputusan perlukan ketegasan diri isteri nyatakan dengan terus-terang dan jujur, InsyaAllah suami akan faham...niat kita kerana Allah...kita tidak mahu kebaikan yang dihulurkan akan mengundang dosa pula bg suami akhirnya...leka, alpa akan tanggungjawab sebab isteri boleh ambil-alih, isteri mampu buat itu ini...memang oklaakan tapi akhirnya boleh membuka ruang dosa buat suami yg dikasihi, apa ceritakan...kesian suami kita berdosa...terleka lepak dgn syaitan pulak kat akhirat nantikan...
"Kasih dan sayang tak semestinya dalam bentuk yang memberi kegembiraan dan kelapangan...Lihat sahaja pentadbiran Allah untuk mencipta kematangan, kekuatan dan kebijaksanaan juga kejayaan dalam hidup manusia...kita diduga dahulu...itu pengisian yang lebih tepat dan berkesan begitu jugalah dalam rumahtangga jadi isteri jangan terlalu baik hati demi menjaga kepentingan diri sendiri dan juga suami yang dicintai (ini pelan jangka panjang sampai akhiratnya projection)...sebab kita khuatir isu-isu beginilah bila isteri baik hati sangat, sedia ambil-alih sebahagian role dlm rumahtangga at the end of the day isteri kembali yang memendam perasaan, pilu hati, makan hati...suami aman bahagia...bersuka ria...LUPA DIRI & AMANAH YANG DIJANJI DI AWAL PERKAHWINAN DULU...kan ke tak eloktu untuk iklim rumahtangga...:re: :cf:
"Jadi isteri kita perlu bijak menjaga kebajikan diri remember bukan atas nama kepentingan diri sendiri semata, tamak mahupun sebagainya tetapi sebab kita sayang semua...kita cari redha Allah kita ingin sama-sama bahagia di dunia dan akhirat...bersama suami juga anak-anak yang dikasihi...InsyaAllah"
Dan InsyaAllah dengan kehidupan contoh yang kita bawakan ini, anak-anak akan mencontohinya dan begitulah seterusnya mereka akan bawa dalam rumahtangga yang mereka bina dan masyarakat yang mereka wakili...macam "proses duplicate" so just imagine kalau keluarga porak-peranda haa macamtulaa juga mereka akan bawa kepada kehidupan mereka generasi ke generasi sehinggala INTERVENSI/ RAWATAN atau kesedaran diberikandan bayangkan keadaan ini juga yang akan dibawa ke dalam masyarakat...Itu pasallaa masalah sosial dsbgnya makin menjadi-jadi inilah realiti yang dibawa dalam kuliah yang saya hadiri...kekawan kaunselor rata-ratanya memberi komen kebanyakan masalah displin yang dihadapi di sekolah bermula dari keluarga yang bermasalah....Nah!! dapat lihat tak impaknya? nampak shj kecil tapi....
Kesimpulannya kebahagiaan juga kesejahteraan dalam kehidupan itu boleh kita cari....paling penting ianya dalam redha Allah, beri keutamaan pada yang sepatutnya....cari ilmu....perkemaskan hubungan dengan Allah so that jalan masuk syaitan mampu kita tutup...InsyaAllah akan mudah usaha kita...imbang-imbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi agar kita beroleh keberuntungan di kedua-duanya. Tidak mustahil dengan ilmu juga redha Allah yang kita buru...aura keluarga yang harmoni, sejahtera, ceria dan bahagia mampu kita kecapi.
Ilmu Allah sangat luas...sama-sama kita integrasikan bagi kelangsungan kehidupan yang bahgia di dunia dan akhirat...Amin...InsyaAllah...
Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ [email protected]
Master In Counselling
Counsellor / Therapist / Trainer
Nur Qudrah Holistic Solution |
|
|
|
|
|
|
|
KOLEKSI 2006
Bicara Keluarga Bahagia
Syukur dpt kita bertemu kembali di medan maya ini...sekadar ingin berkongsi cerita dan ikhtibar paginie...juga secebis pandangan ikhlas dari Aniz tentang kemelut yang menjadi lumrah kini...masalah rumahtangga...Sempena lebaran baru-barunie, dapatlaa berkumpul juga bertemu sanak-saudara, sahabat-handai jauh dan dekat...alhamdulillah dpt mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin...namun yang sedikit istimewa kalinie Aniz balik Melaka heboh bercerita tentang saudara yang tidak disangka membuka "cawangan" baru...di Shah Alam pun begitu juga...agaknya musim buka "cawangan"...ingat waktu-waktu terejal di kampus dulu...kalau dok kat library ngan coursemate lelaki nampak junior comel mulalaa nak mengorat...tapi bila tiba time final exam, pelik jugak...hawat depa tak mengayat?Jawab depa...aku takde moodlaa...ini bukan musim mengawan aku...otak tepu masuk air nak mengadap final...Ohh! bermusim juga rupanya diaorangnie yer...haa...itulaa sebhgn pengalaman manis waktu di kampus, memang brutal sket...sebab major yg Aniz ambil rata-ratanya ramai lelaki...IPTA selatan tanahair...rasanya satu-satunya IPTA yg majoriti pelajarnya lelaki...Namun disebabkan dah jatuh cinta dgn counseling...peringkat sarjana Aniz sambung di UPM...
Memang tepatlaa, tak dinafikan latar belakang keluarga turut memainkan peranan profesion anak-anak...ayah Aniz sendiri terlibat dlm perubatan Islam berbagai rencam kehidupan yang keluar masuk rumah Aniz...dan atas dorongan serta ikhtibar kesilapan yang mereka lalui (pesakit ayah)...Aniz menyambung pengajian di bidang ini untuk mempersiap juga memperkemaskan diri moga-moga InsyaAllah dapat aniz memberikan hak yang terbaik selaku isteri, anak, ibu...dan seterusnya masyarakat dgn lebih baik lagi..."ILMU ITU PELITA HIDUP"...Ilmu itu amat penting utk kita membina kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat...Tanpa ilmu hidup kita kelam, kabur....itu yang buat silap...buat dosa...menganiayai kehidupan sendiri dan orang lain...tak gitu?Nauzubillah...
Bicara kembali tentang isu 'panas' dikalangan saudara-mara juga kenalan Aniz lebarannie...
Kes 1 : Seorg suami yg mempunyai perwatakan yg pendiam, baik..fitrah pekerjaan yg terpaksa menghabiskan banyak masa di luar waktu pejabat...manakala isteri pertama beliau seorangyg budiman Aniz kira, suri rumah mengambil upah sbg baby sitter. utk menambah pendapatan keluarga yg kabarnya tidak mencukupi...tidak pantas berhias utk menambat hati suami dr ceritanya....Alkisah di sebalik ini semua si suami mengabaikan tanggungjawab/tak cukup belanja rupanya gara-gara telah bernikah dgn isteri keduanya seorang ibu tunggal beraranak 3...dan menariknya utk mempertemukan kedua-dua isteri tercintanya...si suami masuk hospital...mcm berlakon drama lak yer...
Kes 2 : Seorg pesakit ayah Aniz, siisteri seorg Doktor kini mengandung zuriat keenam manakala si suami seorg Kadi...nafkah bulanan yg diberikan si suami hanyalah RM400 sebulan selebihnya ditanggung oleh isteri yg budiman dan solehah ini yg pastinya memiliki pendapatan yg lebih lumayan dr suami...Kini si suami berhajat utk bernikah dgn gadis idamannya...masalah yg timbul bila diajukan soalan "cepu emas" oleh bapa mertuanya yg juga seorang tokoh agama yg terkenal...tak dapat jawab...so secara tidak langsung terlihat ketidakadilan yg tidak dpt dielakkan...Jadi kelakar pun ada dikalangan kenalan kami...maaflaakan...bukanlah maksud kami mengharamkan yg halal...cuma agaknya selalu sangat menikahkan orang...tak tahanlaa kot...apa ceetakan...ini tak boleh jadi I pun nak join the grouplaa buka 'cawangan'...
Teringat Aniz kata-kata ayah...Jatuhnya lelaki selalunya disebabkan 3 Ta..Harta, Takhta dan Wanita...so berhati-hatilaa para lelaki... Berat sebenarnya memikul amanah sbg seorang suami..."Kena jaga diri sendiri dan para keluarganya dari api dunia dan api neraka"...Pengisian utk mencapai kesejahteraan keduanya bukan mudah...kita tak nak di akhirat nanti gara-gara kealpaan kita menunaikan amanah yg diberikan elok-elok nak masuk syurga kena tahan dgn Allah disebabkan aduan pimpinan kita...anak...isteri...suami juga ayah tak memberikan pimpinan yg sempurna...bayangkan betapa frustnyer jika situasi ini yg berlaku...Remember keadilan dan penelitian Allah sangat halus!!!...Macam biasa kena ingatkan diri selalu...Kat dunia kita kena TANGGUNG kat akhirat nak kena JAWAB...so waspada awasi langkah...Rasanya kalau Aniz sendiri jadi lelaki sangat takut wooh!!!...isteri seorang juga anak-anak yg adanie pun cukup besar amanah dan tanggungjawab yg perlu disisi...dahlaa dgn amalan diri yg serba kekurangan tak sangguplaa rasanya nak "jalan-jalan cari pasal"....hee...pinjam frasa Apek Senario sat....
Tapi jika bertemu situasi dimana isteri-isteri juga suami yang ada ilmu...kefahaman...kemampuan...bertanggungjawab...mampu bersikap adil....InsyaAllah tiada masalah...apa salahnya...malah rasanya akan lebih manis krn memiliki keluarga yang besar...Tapi utk menikmati kemanisan itu juga bukan sedikit pengorbanan yang perlu diuntukkan...betul tak?...Sedang wali Allah juga kecundang di tangan wanita inikan pula kita insan biasa...namun beringatlaa...jangan biarkan syaitan memperlekeh dan menjerat kita...agar terpesona dgn nikmat yang sementara...dan huru-hara...
Bersambung...
[ Last edited by Aniz at 16-9-2007 10:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Itu satu sudut satu sudut lagi suka Aniz melihat psychology rumahtangga...fiitrah manusia semenangnya tertarik pd yang indah dan cantik lebih lagilah mereka yg bergelar suaminiekan...dalam sibuk-sibuk para isteri memenuhi tuntutan keluarga...kerja-kerja rumahnie...ingat-ingat kebajikan diri sendiri jangan lupa...Jangan asyik sibuk berkorban memenuhi kewajipan anda pd org lain, kewajipan pd diri sendiri terabai...tubuh kita...kecantikan yg dianugerahkan Allah itu juga amanah Allah...suatu aset utk menambat hati suami juga tak lupa juga keindahan akhlak dan peribadi isteri juga...Jika ada kelapangan dr sudut kewangan janganlah kedekut berbelanja untuk kesejahteraan tubuh juga kecantikan...Jangan sampai suami dah menyebut baru nak ambil tindakan....Dan PARA SUAMI JUGA Janganlah pandai komplen sahaja...sedia-sedialahkanlah resolusi yang berpatutan ikut kemampuan anda untuk membantu para isteri agar tampil lebih cantik...sihat...menawan di dalam dan di luar...bukan siapa punkan nak pakaikan...awak juga..., tak gitu? Jangan maranaa para suami...ini realitinyakan...Yang manis jangan terus ditelan yang pahit jangan terus dibuang...selalunya yang pahit-pahit tulaa ubatnyakan...begitu jugalaa realiti kehidupan yang boleh kita jadikan ikhtibar...
So Aniz kira cukuplaa coretan Aniz..renung-renung...fikir-fikir utk kesejahteraan rumahtangga kita...Semoga rumahtangga kita dihiasi dgn kasih sayang dan rahmat Allah...Jadikan kita pasangan suami isteri yang soleh dan solehah hidup bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat...Amin...InsyaAllah...Silap salah..terkasar bahasa Aniz mohon kemaafan...yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya...
InsyaAllah jika ada kesempatan nanti kita akan sambung pula perkongsian ilmu BICARA MAHU DISAYANG SUAMI... |
|
|
|
|
|
|
|
Jumpa LAgiii....
Emmm...sebagaimana yang dijanjikan IKUTI BICARA ILMU...MAHU DISAYANG SUAMI....sebuah artikel yang cukup menarik!!! Para isteri patut mengambil ikhtibar dari petikan...saya sendiri banyak belajar darinya...
Syukur dpt kita bertemu kembali dlm bicara juga tips berkaitan rumahtangga...rentetan "Bicara lalu" yang menyentuh isu poligami...
Jutaan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang terus diberikan semoga perkongsian ini mampu menyediakan kita ke arah mancapai kebaikan kesejahteraan diri rakan-rakan juga insan-insan tersayang di dunia dan akhirat...sama-sama kita kongsikan ilmu utk kemakmuran di bumi Allah...InsyaAllah...(Agak pjg juga sebenarnya tapi aniz kira amat bermakna pengisian di dlmnya...moga kita beroleh manfaat)
Imbas kembali bicara kita tempoh hari...bukan maksud Aniz mengharamkan yang halal...cuma disini renung-renung...fikir-fikir para suami pengisian yang perlu diisi untuk kita sama-sama mencipta bahagia di dunia dan di akhirat, bukan sekadar diri kita seorang atpi juga pimpinan kita anak isteri...kalau dah orang kanan kita 'isteri' kita diabaikan...silap haribulan boleh jatuh dizalimi bila haknya tidak diberikan dgn sewajarnya dan secara tidak langsung cuma kekawan dalami maksud ayat aniznie bukan sekadar menzalimi org lain tapi juga menzalimi diri kita, bukankah membuka ruang dosa disitu,itu tak masuk lagi kisah anak-anak..(aset kitatu nak tolong doakan kita di hari kemudian, doa dari anak yg soleh dan solehah jika kita kembali ke alam barzakhtu)...jika pengisian mereka ini kita abaikan, aset apa, modal apalaa agaknya yg boleh kita gunakan sbg "bantuan kita"..."sumber makanan" juga kegembiraan kita di negeri "abadi" itu...Haa??Soalan cepu emaskan...FIKIR JANGAN TAK FIKIR?Jika kita sibuk, alpa..dgn nikmat dunia yg sementara...sehinggakan utk menyediakan aset-aset akhirat kita tercicir, bukankah satu kerugian yg amat besar???...betul tak, sedangkan disana nanti lebih kekal? Syaitan memang seronok...suka kita huru-hara, leka ..alpa...betul tak? Dah memang spesistu modus-operandinya nak cari geng lepak dgn "mereka"kan...maka takkanlah kita yg dikirimkan Allah nikmat akal..nikmat iman...Al-Qur'an dan Sunnah sbg panduan hidup senang-senang & suka hati memperbuduhkan diri sendiri...kasi can spesis tersbt MEMPERKOTAK-KATIKKAN kita...
Sentuh pasal sunnah...hee, orang lelaki musti sukakan...spashly tang "bab menikah lagi", cuma yg peliknya tang satunie diaorg suka nak praktik..tang sunnah nabi yg lain tercicir tu yang tak cantiktu...Teringat Aniz kata-kata Dr Masitah...Poligaminie ibarat ubat..panadol kalau kita kita tak sakit tak perlulaa ambil...org tak sakit telan panadol emm mudaratlaa jadinya...huru-hara...Renung-renung..fikir-fikir...
Ok...sentuh tentang tajuk kita harinie, aniz sendiri terpanggil utk berkongsi "excerpt" dr Dr Ikmalnie sebab PENGISIANNYA AMAT PADU DAN BERTEPATAN Aniz kira dlm suasana dan femenomena rumahtangga hari ini...Harinie kita cuba memahami '"ruang rujuk" para suami dan apa sebenarnya "pengharapan "mereka...terhadap suri hati yang juga isteri tercinta... moga-moga ianya boleh dijadikan panduan dan ikhtibar utk kita sama-sama mencipta bahagia di dunia dan akhirat dan menuju redha Ilahi...Amin...InsyaAllah...
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
MAHU DISAYANGI SUAMI? ~ By Dr Ikmal
Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak
mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia
telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang
manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain
kecuali orang gila.
Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya
renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan
selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara
biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang
menderita.
Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat
menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?
Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita
hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi
jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam
keamanan di dalam rumahtangga.
Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup
berbelanja beratus malah beribu ringgit atau
berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan
seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan
hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan
penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta
pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu
untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam
rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang
ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak,
wajib dipenuhi.
Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan
kesunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu
tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan
anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan
hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar,
wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala
kemewahan.
Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para
isteri perlu menjawab soalan ini;
1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda
melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi
sepenuh perhatian dalam urusan itu?
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah
anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja
yang diperlukan?
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga
begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di
dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila
memandangnya?
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan
gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada
suami bahawa anda benar-benar merelakan dan
menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya
padanya?
Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di
atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau
telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di
dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani
kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka
hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia
keletihan pulang dari kerja.
Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan
anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan
bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan
cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih
sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah
bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga
kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan
kemahuan suami.
Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan
memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri
sendiri 搈emerlukan |
|
|
|
|
|
|
|
PENENANG HIDUP BOLEH MENYELAMATKAN SUAMI DI AKHIRAT ~ By Dr Ikmal
Seorang lelaki yang belum berkahwin tentu bercita-cita
untuk memiliki seorang wanita yang boleh menjadi teman
hidup, boleh memberi kebahagiaan zahir dan batin dan
ketenangan dalam rumahtangga.Mereka yakin hanya wanita
yang 慴aik |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri sebegini, yang tidak nampak lelaki lain yang
lebih hebat, lebih baik terhadap dirinya melainkan
suaminya akan meletakkan sepenuh kasih sayang, cinta
dan ketaatan pada suaminya. Dia akan sentiasa
mencari-cari apa saja perlakuan yang menyenangkan hati
suami. Mencari apa yang menjadi keghairahan suami dan
menjauhkan diri dari membuat perkara yang suami tidak
suka dan boleh menghilangkan bahagia pada hati suami.
Seterusnya sangat takut untuk melakukan perkara yang
boleh menggugat kebahagiaan dalam rumahtangga yang
telah dibina. Lebih takut lagi untuk derhaka pada
suami kerana takut kemurkaan Allah yang akan
melemparkan isteri-isteri yang derhaka dalam neraka.
Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: Di tanya orang, 揧a
Rasulullah manakah wanita yang baik? |
|
|
|
|
|
|
|
CINTA ITU SUATU IRADAT (pemberian) ILAHI
DIKIRIMKANNYA KE DUNIA SUPAYA IA TUMBUH
JIKA IA TUMBUH PADA TANAH YANG LEKANG DAN TANDUS
MAKA TUMBUHNYA AKAN MENYIKSA ORANG LAIN
JIKA IA DATANG KEPADA HATI YANG KERUH DAN BERBUDI PEKERTI RENDAH
MAKA IA AKAN MEMBAWA KEPADA KEROSAKAN
JIKA IA HINGGAP PADA HATI YANG SUCI DAN BERSIH
IA PASTI MEWARISKAN KEMULIAAN, KEIHLASAN DAN KETAATAN PADA ILAHI...
(Semoga kita dikalangan yang bertuah dan terpilih untuk menikmati CINTA YANG HINGGAP PADA HATI YANG SUCI...insyaAllah..)
Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362/ [email protected]
Master In Counselling
Counsellor / Therapist / Trainer
Nur Qudrah Holistic Solution |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi rakan-rakan yang MENGIKUTI PENULISAN SAYA...mungkin sekarang anda JELAS DAN FAHAM PERKAITANNYA...
TENTANG KEPENTINGAN ILMU...
"RAHSIA LANGSING "MENAWAN" YANG SAYA MAKSUDKAN PENYELAMAT SUAMI DI AKHIRAT"...menawan dalam erti kata mencari redha Allah...dunia dan akhirat tidak kita pisahkan...
~Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362/ YM: [email protected]
Master In Counselling
Counsellor / Therapist / Trainer
Nur Qudrah Holistic Solution
[ Last edited by Aniz at 16-9-2007 12:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih kerana kaunseling percuma di forum ni.
Agaknya kalau kaunseling terus dengan puan ni berapakah agaknya bayaran satu jam?
Mungkin ada pakej istimewa kot di bulan Ramadhan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 Gravedigger's post
Kelmarin ada juga yang bertanya pada saya...
Kak aniz bagik kaunseling percuma, kak aniz tak dapat apa-apalaa... senyumjek saya membaca YM beliau....takper jawab saya, saya sekadar berkongsi ilmu yg dimanahkan Allah sekiranya ada di kalangan rakan-rakan di luar sana memerlukan TAHULAA APA YANG PERLU MEREKA LAKUKAN..dan yangnie mungkin imbuhan saya di dunianie...
Bab kaunseling percumanie...insyaAllah inilah diharapkan PENYELAMAT ...dan PASIF PAHALA...di akhirat nanti...
Per sessi buat masanie :
RM40 sejam ~ kaunseling individu melibatkan isu stress, kerjaya, percintaan, akademik, low self esteem, trauma, grieving dll
RM50 sejam ~ kaunseling keluarga & rumahtangga (yang melibatkan couple atau isu-isu anak malas belajar, ponteng sekolah, degil, melawan org tua, mangsa penceraian ~ kemurungan dsbgnya)
Berminat boleh dapatkan INVENTORI PROFAIL KLIEN NQ (email ke [email protected]) ~ maklumat yg dilengkapkan dapat membantu saya untuk pnyediaan TREATMENT PLAN untuk setiap klien hadir sesi. (Jadi masa sesi nanti tak perlu buang masa ZOOM IN TERUS PADA MASALAH...manfaatkan RM40 dan SEJAM anda bersama NQ)
PERKONGSIAN ADALAH RAHSIA...itu merupakan sebahagian ETIKA KAUNSELING!!
Sesi dilakukan menerus :
1) Bersemuka
2) YM
3) telefon
Ada yang bertanya...saya sudi MENJAWAB....nanti jangan pulak dilocked topiknie yer MOD...sekadar memenuhi PERMINTAAN...i |
|
|
|
|
|
|
|
Salam buat semua...
INGIN MENGETAHUI RAHSIA DAN KEHEBATAN KUASA DOA, MEDITASI ISLAM DAN SAINS MINDA...tertib dan cara melontar hajat @ doa PLUS TIPS-TIPS MENANGANI STRESS bersama Pengasas NQ....sila dapatkan MAJALAH MIDI KELUARAN 15HB SEPT 2007 (cover Ustazah Nor Bahyah)
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam buat semua...
SEKIRANYA ANDA MERASAKAN PERKONGSIAN ILMU INI MEMBERI MANFAAT DAN KEBAIKAN...DIPERSILAKAN PANJANG-PANJANGKAN JARIAH ILMU INI UNTUK TATAPAN DAN PERKONGSIAN ILMU BUAT RAKAN-RAKAN DI LUAR SANA...
SAYA IZINKAN...
After all ilmu,pengalaman, pengetahuan ini pinjaman & datangnya dari ALLAH maka izinkan saya kembalikannya atas nama Allah untuk kemakmuran dan manfaat semua...
MOga-moga dengan pengisian juga ilmu yang diterokai dapat memelihara kita dari dosa dan yang pentingnya dalam membantu kita untuk memberikan "HAK" YANG LEBIH ADIL & BIJAKSANA demi kesejahteran hidup di dunia dan akhirat....AMin...InsyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
TIPS BUAT MEREKA YANG MENJALANI KEHIDUPAN BERMADU...
Bebaru ini saya telah ditemuramah utk slot di majalah karangkraf tentang isu MEMINANG MADU SENDIRI...
Beginilah adakalanya tidak semua yang kita suka itu baik di sisi Allah dan juga tak semua yang tidak baik itu...tidak baik di sisi Allah...
Bersangka baik pada Allah , bersangka baik pada persekitaran...MOHONLAH KEKUATAN & BANTUAN ALLAH dlm melewati hari-hari yg mencabar dlm meneruskan kehidupan bermadu. Bukan semua wanita sanggup menerima keadaan ini.Tinggi makam 'mereka' yang dipilih Allah dengan redha menjalani kehidupan bermadu.
Sbg isteri yang solehah adalah menjadi peranan kita untuk mengingatkan suami yang dikasihi AGAR berlaku adil dalam pemberian "HAK"NYA almaklum esok-esok kat akhirat kena jawab...KAT DUNIA KENA TANGGUNG KAT AKHIRAT KENA JAWAB..tak kena gaya dibiarkan ketidakadilan berlaku...neraka jawabnya tempat suami tercinta beristirehat!!!
Carilah PENGIKTIRAFAN ALLAH dlam setiap tindak-tanduk kita, insyaAllah nikmat iman dan kelazatan bermadu itu mampu dilewati...
Semoga tips ini membantu |
|
|
|
|
|
|
|
Bersambung...
Buat suami pula yang ada 'cita-cita' untuk berpoligami atau telahpun berpoligami..."BERHATI-HATI" dalam memberikan hak anda!!!
Jangan mudah terpesona dengan tipu muslihat duniawi yang penuh dengan onak dan duri...untuk memberi PENGISIAN DUNIAWI DAN UKHRAWI SBG PEMIMPIN KELUARGA BUKAN SESUATU YANG MUDAH!!!
Jangan kerana muslihat dan pesona anda TERJERAT berehat di neraka di akhirat nanti...elok-elok nak masuk syurga kena tahan...malaikat quiry, anak dan isteri buat komplain...Nie! Suami dan ayahnya dulu kat dunia buat hilang ingatan akan 'tanggungjawab' dan 'amanah' yang diberikan...
Didikan dan asuhan serta kasih sayang diabaikan...tanpa pengisian anak dan isteri hilang arah akhirnya mereka juga terjebak dengan maksiat...berbuat dosa, siapa yang harus dipersalahkan
Jangan main-main...MENZALIMI KEHIDUPAN ORANG LAIN SAMA SEBENARNYA ANDA MENZALIMI KEHIDUPAN ANDA SENDIRI!!!...
Teringat refleksi kami bersama Prof Madya Dr Lily, kalau nak diikutkan sebenar-benarnya TUNTUTAN & PENGISIAN yang perlu diberikan oleh seorang suami @ ayah...takde masa sebenarnya nak minum kat kedai kopi, main golf dsbgnya...mana tahu esok lusa 'awak' pulang mengadap Allah...anak tak tahu mengaji, anak tidak diddidik RUHnya mengenal Allah...SIAPA nak tolong anda kat alam barzakh dan akhirat nanti...jiran sebelah 'meriah' anak isteri hantar 'hadiah'...awak...kebuluran dipukul dipalu setiap hari...sesal di akhirat tiada gunanya lagi...
Sebagai suami...berat sebenarnya 'amanah' yang perlu ditunaikan...KENA JAGA KELUARGA DARI API DUNIA DAN API AKHIRAT ~ dlm maksudnyatu...
Keadilan dan penelitian Allah sangat halus...kadang belum sampai akhirat kat dunia Allah dah tunjukkan kifarahNYA...masa gagah takpelaa cuba bayangkan sekelip mata Allah tarik nikmat jika jalan tak betul...itupun mujur baik Allah sayang...bagi kifarah kat dunia untuk ringankan pembalasan di akhirat kelak...kalau idak berkontena-kontenalaa kumpul dosa...sama-sama join orang kafir yang jadik kayu api kat nerakatu...nak ke lepak kat sana??
Haah!!!Renung-renungkan sejenak...berhati-hati melewati kehidupan
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362
Master In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution |
|
|
|
|
|
|
|
"WE COME TO LOVE NOT BY FINDING A PERFECT PERSON...
BUT BY LOOKING AT THE IMPERFECT PERSON PERFECTLY..."
Well, after all kita sendiri pun BUKANNYA SEMPURNA that is why we need to compliment each other...saling menghargai...saling menyayangi antara satu sama lain...lagipun hidup ini sebenarnya amat singkat untuk diisi dengan perkara-perkara yang sedih dan menyakitkan...kehidupan di akhirat nanti YANG LEBIH KEKAL...maka sama-sama sebagai suami isteri kita ingat-memperingati agar sama-sama nanti diketemukan...dikumpulkan bersama-sama di akhirat nanti di dalam syurga...kita nak sama-sama di dalam syurga BUKAN SEKADAR MACAM CERITA KAT ATASTU...TERSANGKUT KAT PINTU SYURGA...apa ceeta kan???Nauzubillahminzalik...
Jangan mudah terpedaya dengan SPESIS BERTANDUKNIE...NIE DAH MEMANG DUTY DIA CARIK GENG NAK JOIN CLUB DIA KAT AKHIRAT NANTI...manusia...kejadian insan yang cukup indah, cantik dan mulia diberi nikmat iman, akal...ilmu terbentang luas untuk diteroka...cari...isi..mantap...gilapkan...perkemaskan agar TIADA PELUANG JALAN MASUK SPESIS BERTANDUK DALAM KEHIDUPAN KITA!!!...
Ilmu...iman...akhlak ...amal...agama perlu kita cari...Jangan dok carik aset dunia...aset akhirat yang LEBIH ABADI tercicir....maut tidak menunggu kita...pendek kata persediaan di kedua-duanya kita 'adakan' |
|
|
|
|
|
|
|
KOLEKSI CUIT-CUIT RUMAHTANGGA 2006
Cuit-cuit Rumahtangga Part 1
Bertemu lagi kita dalam bicara DI SEBALIK TABIR KEHIDUPAN... lama aniz tidak mengulas & menulis di bawah topik DSTK...sibuk dengan rutin harian kebetulan musim-musim raya ramai pula tetamu berziarah... alhamdulillah bawa "rezeki & berakah' buat kami seisi keluarga...Hee, macam lipas kudung jugalaa buat kerja rumah spashly bab memasak ala-ala CHEF PROFESIONALlaa konon-kononnya ~ bersilih ganti menu utk hidangan tengahari, petang dan malam mujur ayah dan suami sudi membantu...manakala ibu tercinta pula jadi tuan puteri since kurang sihatnie, beliau jadi intruktor shj...masanielaa bakat terendam dan terpendam keluar. Seronok bila melihat juadah yang dihidangkan habis licin dibereskan tetamu...hilang skejap penat & keletihan tapi bila tidur malam ....hee pengsanlaa.
Sambung kembali bicara DSTK , dalam sibuk-sibuk berhari-raya tak sepi juga ngupanya dari kisah-kisah insan yang dilanda stress...kesempatan menjaga ibu di hospital tempoh hari aniz berpeluang bertemu dengan pesakit-pesakit di hospital...pelbagai kaum, agama & budaya..berbagai rencam masalah manusia. Syukur banyak pengalaman yang aniz perolehi, rata-ratanya yang dirawat mempunyai kisah dan rahsia tersendiri dan apabila dikupas tidak dapat terpisah dengan STRESS. Tambah pula bulan Raya segala macam juadah ditelan yang darah tinggi, kencing manis, lemah jantung...astma, pnemonia dan pelbagai lagik
Pelbagai ragam manusia...dalam pada itu tak kurang juga yang dimasukkan gara-gara melakukan PERCUBAAN MEMBUNUH DIRI ~ telan cloroxlaa, pil tidur, racun tikus. Ramai juga yang mengambil ubat anti-depression. Bagi yang Muslim ...nauzubillahminza lik...sebenarnya banyak lagi pendekatan dan usaha yang boleh dilakukan untuk merawat STRESS ini. INILAH MPAK STRESS JIKA TIDAK DIKAWAL BOLEH MENGAKIBATKAN KEMURUNGAN dan AKHIRNYA TIDAK MUSTAHIL TERJEBAK DENGAN MASALAH KESIHATAN MENTAL. Salah-satunya pendekatan adalah menerusi 'komunikasi' , ada masalah usah dibiarkan @ dipendam sampai ianya terendam dan terpendam akhirnya memudaratkan diri...Dalam hidup ini kita dianugerahkan Allah KEKUATAN DALAMAN yang berhubungkait dengan kekuatan FIZIKAL, MENTAL, EMOSI & SPRITUAL ~ aset @ sumber ini ada dalam diri kita untuk dibangunkan. Manakala sumber kedua pula adalah KEKUATAN LUARAN yang berhubungkait dengan insan-insan yang signifikan dengan diri kita iaitu ibubapa, adik-beradik, suami isteri,
anak-anak , saudara-mara mahupun sahabat-handai. KEDUA-DUA SUMBER MEMPUNYAI PERANAN & FUNGSINYA YANG TERSENDIRI ~ namun apa yang lebih UTAMA adalah ASET @ SUMBER YANG ADA DALAM DIRI KITA. Kurangkan pergantungan pada orang lain...bentuklah diri kita menjadi orang yang jiwanya MERDEKA & BEBAS...PUNYA JATI DIRI & SEMANGAT JUANG YANG TINGGI, insyaAllah sekiranya sesuatu berlaku ataupun anda diduga sama ada dari segi perpisahan, pengkhianatan, kesusahan mahupun musibah ~ mudah lagilaa insyaAllah cara anda untuk mengendalikannya.
BERSIKAP ASERTIF, TEGAS DIRI, JUJUR, ADIL, BIJAKSANA, HIKMAH DAN TOLERANSI kena pada tempatnya agar hak anda tidak dicerobohi. Senangjer... takde masalah jangan carik masalah...ada masalah jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja, masa baik oklaa namun IMPAKNYA tanpa disedari masalah yg pada mulanya "tidak apa" bakal menjadi PUNCA TERCETUS & MELETUPNYA gunung berapi yang selama ini mungkin pasif tetapi makan hari, makan bulan...makan tahun bisa AKTIF & memudaratkan diri dan hubungannya khususnya hubungan suami isteri dan insan yang signifikan @ rapat dengan kita.
OK KER BERTENGKAR SUAMI ISTERI???
Tidak salah sebenarnya untuk kita menyuarakan rasa hati (nie bahasa baiknyalaa manakala bahasa kurang moleknya 'bergaduhlaa' suami isteri) kerana apa???Haa... ianya ibarat SISTEM PEMBETULAN DALAM RUMAHTANGGA @ HUBUNGAN TERSEBUT...setiap kita dilahirkan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.. .apatah lagi sifat manusia yang mudah lupa maka TIDAKLAH SALAH SEBENARNYA ~ sekali-sekala ribut petir @ hujan melanda kerana apa... PERHATIKAN METAPHOR KEJADIAN ALAM???Lazimnya selepas hujan yang lebat ....cuaca lebih cantik dan mengheningkan, betul tak? Dapat kita langit yang biru, cuaca yang cerah...sungguh cantik kejadian Allah...
Haa begitu jugalaa dalam rumahtangga CUMA PESAN SAYA JANGANLAA PULA SISTEM PEMBETULAN ITU GAGAL BERFUNGSI SEHINGGA PUTING-BELIUNG MAHUPUN TSUNAMI MELANDA...dalam menyelesaikan masalah lakukanlaa dengan cara berhikmah, sabar dan bersikap terbuka. BERI RUANG & PELUANG untuk kalian menikmati perubahan dan mengecapi impian yang diidamkan.
BERSIHKAN HATI...niatkanlah untuk kebaikan dan mencari REDHA ALLAH...buangkanlaa yang keruh ambil yang jernih. BERDOA DAN BERUSAHALAH YG TERBAIK UTK RUMAHTANGGA ANDA....
Pernah satu kes singgah ke teratak kami...
KISAHNYA MENGENAI KEMURNIAN DAN KESABARAN SEORANG ISTERI YANG SOLEHAH ~ suami beliau seorang tokoh korporat yang budayanya sering 'makan luar' dan bertukar-tukar pasangan. Namun si isteri ini tidak pernah putus harap terus munjat dan berdoa dan mengharapkan agar suami yang dikasihi kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah AKHIRNYA DOA SI ISTERI DIMAKBULKAN ALLAH ~ hinggalah suatu ketika yang dijanjikan Allah sedang si suami ingin memulakan "ACARA" bersama teman wanita TIBA-TIBA TERBAYANG DI BENAK SUAMINYA ISTERI YANG DIKHIANATI & DIANIAYAI BELIAU SEOLAH-OLAH SEDANG BERZINA DENGAN LELAKI LAIN. Lantas beliau segera bingkas bangun bersiap dan pulang terus ke rumah....DAN ALANGKAH TERSENTUH & TERHARUNYA BELIAU KETIKA ITU SI ISTERI SEDANG BERMUNAJAT MENDOAKAN KEAMPUNAN DAN KEINSAFAN BUAT SUAMI YANG DIKASIHI...Alhamdul illah sejak insiden itu suami beliau terus insaf & bertaubat mengakui kesilapan dan segala perbuatan zalimnya
sebelumnie. Emmm...memang zalim, betul tak? Toksah katakan zalim pada orang lain..ZALIM PADA DIRI SENDIRI kerana apa??? Itu sebenarnya yang lebih utama...berbuat zina, dosa dan melakukan kemungkiran sehingga boleh menjebakkan diri ke NERAKA JAHANAM...ala- ala tempah tiket, gitu?...Hati- hati...KEHADIRAN 3 TA DALAM KAMUS KEHIDUPAN LELAKI ~ harta, takhta & wanita....LAZIMNYA INILAH PUNCA KEJATUHAN ANDA....sejarah dan peradaban manusia telah membuktikannya. ..macam kes yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini...kisah penganalisis politik & model luar negara....HATI- HATI DENGAN TIPU MUSLIHAT SYAITAN DURJANA!!!! Spesisnie memang carik geng lepak dengan diorang kat neraka...Nikmat iman, akal. Al-Qur'an dan Sunnah dan juga anugerah kasih sayang, kesihatan, wang ringgit dan segala macam lagi nikmat pinjamanNYA usah kita CEMARI dengan melakukan kemungkaran dan kekufuran...
Manakala jadi isteri pula...JANGANLAA LUPA JADI KEKASIH, SAHABAT KARIB DAN PENDENGAR YANG SETIA UNTUK SUAMI TERCINTA.... teguran mahupun ingatan dari roomate tersayang ini janganlaa dipandang sepi...takut- takut kurang perhatian dan kasih sayang di rumah...mata- mata yang liar yang disubahatkan syaitan terpaut pula pada yang haram....sian suami kitakan...? Iringilah dengan doa dan wujudkanlah kasih sayang dan binalah "BERAKAH" dalam rumahtangga. ..InsyaAllah jika suami isteri bijak mengendalikan peranan & fungsi...saya percaya apajua masalah yang timbul kita mampu mengatasinya dengan cara yang baik dan berhikmah. Buangkanlah ego dan sikap ingin mencari kelemahan diri pasangan.... after all semua dari kita tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan diri CUMA DAH BUAT SILAPTU JANGANLAA DIULANG KESILAPAN YANG SAMA...BELAJAR DR SEJARAH...sebolehny a biarlah sama-sama sejahtera di dunia dan berehat di syurga di akhirat kelak...
Oklaa panjang pula DSTK kita...InsyaAllah ada kesempatan nanti aniz akan sambung tips-tips rumahtangga yang lain...semoga ianya memberi manfaat dan kebaikan buat semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri
Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution
[ Last edited by Aniz at 20-9-2007 05:42 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sesi kaunseling pagi...he2....
trimakaseh utk pn Aniz.... |
|
|
|
|
|
|
|
KOLEKSI ARTIKEL ~ CUIT-CUIT RUMAHTANGGA 2006
Cuit-cuit Rumahtangga
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua |
|
|
|
|
|
|
| |
|