|
Apabila wajah seiras selebritiOleh Fairuz Zaidan
[email protected]Persamaan karektor undang perhatian ramai, masalah
PUAS menjelaskan kedudukan sebenar serta memperkenalkan identiti diri sendiri tetapi jawapannya tetap sama. Orang ramai masih juga berkeras untuk mengambil gambar, mendapatkan tandatangan, selain bertanyakan perkembangan terkini.
Begitulah senario dilalui insan berwajahkan selebriti yang terpaksa menghadapi hampir setiap ketika disapa sebagai insan terkenal. Walhal, realitinya mereka bukanlah seperti yang disangka-sangka peminat fanatik sesetengah artis terkenal.
Jika dilihat daripada aspek berbeza, mungkin ada untungnya memiliki paras rupa umpama bintang terkenal. Layanan yang diterima, sanjungan serta perhatian sudah cukup memberikan keselesaan. Namun, bagaimana pula jika setiap masa diri diganggu dengan kegilaan peminat fanatik sehingga merimaskan dan mengurangkan privasi diri akibat populariti insan lain.
Itu belum lagi mengambil kira soal gosip serta perilaku artis sebenar yang turut `terpalit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ikuti, paparan serta pengalaman insan bertuah kerana memiliki rupa paras bintang pujaan!
Naomi Campbell ada dua
SUDAHLAH masyhur, ternama dan menjadi buruan pereka fesyen terkenal dunia pula. Bagaimanapun, bukan mudah sebenarnya menjadi supermodel seperti Naomi Campbell. Model berkulit gelap ini menjadi perhatian peminatnya sehingga ada yang sanggup meniru penampilan serta wajahnya.
Bayangkan, peminatnya berani tampil sebagai Naomi ketika majlis penganugerahan Brit Awards. Kejadian ini membuatkan Naomi geram dan cemas.
Dia meminta penganjur berhati-hati terhadap wanita yang meniru perwatakannya.
Naomi mengetahui perkara itu selepas kemunculan wanita terbabit pada malam Anugerah Brit Awards yang dianjurkan kumpulan muzik Inggeris, Oasis, Rabu lalu.
Naomi berkata, sesiapa yang memalsukan identitinya bertuah kerana boleh masuk ke majlis itu secara percuma.
"Siapa dia sebenarnya? Saya tidak percaya dia sanggup menyamar sebagai saya dan berjalan pada majlis anugerah itu juga sebagai saya.
"Sebenarnya saya tiada di London pada Rabu lalu. Waktu itu saya di Paris untuk sesi penggambaran," katanya.
Muskil gara-gara Fahrin
PARAS rupanya memang saling tidak tumpah seperti pelakon dan model popular, Fahrin Ahmad. Ketinggian, bentuk muka, berat hinggalah caranya tersenyum. Berkali-kali pun bila diperhatikan, memang kelibat aktor itulah seakan berada di samping anda.
Begitulah senario yang membelenggu penasihat undang-undang di sebuah bank terkemuka di ibu negara, Ahmad Munir Mohamad, 30, yang sering dikaitkan dengan Fahrin. Ke mana saja, bila-bila masa, perkara itulah yang dibangkitkan orang di sekelilingnya sehingga membataskan pergerakannya.
揜amai kenalan dan saudara mara mula menyedari wajah saya saling tidak tumpah seperti Fahrin sejak iklannya bersama Maggie Sup disiarkan di kaca televisyen.
揘aik panik dibuatnya bila ramai menegur kerana ingatkan saya yang berlakon iklan itu, |
|
|
|
|
|
|
|
PAHRIN N TWIN TU X NAMPAKK SAMA SGT |
|
|
|
|
|
|
|
fahrin tu tak sama pun... |
|
|
|
|
|
|
|
itu yg media carik, yg forummer jumpe takder ker?
bley aa tepek menepak gmbo kat sini .. hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
tu arr tak same pon |
|
|
|
|
|
|
|
macam kevin zahri adalah |
|
|
|
|
|
|
|
ziana zain --- j lo |
|
|
|
|
|
|
| |
|