CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 15

Kemusykilan: Nuzul Quran dan Qada & Qadar

[Copy link]
Post time 28-9-2007 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,
Sempena menyambut Nuzul Al-Quran ini, terlintas kemusykilan kat saya. Seperti yang difahami semua, AlQuran pada awalnya telah diturunkan sekaligus ke Luh Mahfuz dan kemudian di turunkan secara berperingkat kepada Nabi SAW.

Di zaman kehidupan Nabi SAW, kita ada terbaca bahawa adakalanya Nabi SAW ditegur melalui wahyu atas keputusan yang Nabi SAW ambil atau yang berkaitan dengan para Ummul Mukminin.

Kemusykilan saya... bagimanakah penerangan kepada peristiwa-peristiwa yang ditegur atau dibetulkan melalui wahyu itu apabila kita mengaitkannya dengan qada dan qadar atau kelebihan akal dalam membuat keputusan. Seolah-olah apa yang tejadi keatas kehidupan Nabi SAW telah di 'preconfigured' oleh Allah SWT sebelum lagi kejadian itu berlaku.

Mohon pencerahan kepada yang arif. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2007 09:30 PM | Show all posts
Aku nak jawab..teringin sgt nak jawab...tp aku pass jelah pd org lain..havoc jadinya nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 28-9-2007 09:30 PM
Aku nak jawab..teringin sgt nak jawab...tp aku pass jelah pd org lain..havoc jadinya nanti


Alaa... jawab jer ler Bateesta... havoc pun bukan apa2 sangat... setakat kat dalam ni jer... bagus jugak untuk latihan saraf

Any respon dari yang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 29-9-2007 08:53 AM


Alaa... jawab jer ler Bateesta... havoc pun bukan apa2 sangat... setakat kat dalam ni jer... bagus jugak untuk latihan saraf

Any respon dari yang lain?

Masalahnya bro , bnda ni x akan ada ending
So no point jg pd akhirnya , thats the real problem
Masing2 akan tetap dgn pendirian msg2 in the end , trust me
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 10:40 AM | Show all posts

Reply #4 Bateesta's post

  btl tu encik batista.. nnt jd perang saraf lak..

tp kalau saudara awgsagi btl nak tau, aku nasihatkan supaya fahami dulu maksud "asbabul nuzul".. bila dah faham, insyaAllah, sauadara awgsagi tak kan keliru atau pening kepala bila perdebatan bermula dlm thread ni..

bile perdebatan bermula, byk mazhab akan keluar, akan ade byk fatwa dari org2 jahil. jahil dari segi ilmu ulumul quran, ulumul hadis, usul fiqh, sirah nabawi, bahasa arab. mereka akan tafsir ayat al-quran dan hadis berdasarkan terjemahan dlm bahasa melayu atau inggeris, bukan dari bahasa arab. maka kesudahannya akan ade perdebatan yg tidak berpenghujung, malah sesat lagi menyesatkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 11:25 AM | Show all posts
Bro Bateesta n Goldraja... saya bukan nak berdebat lah... cuma saya sedikit musykil sebab mungkin ilmu belum sampai ketahap apa yang saya pikirkan tu. Saya cuma nak tahu pendapat yang lain lah. Saya pernah mendengar mengenai satu teori atau ia lebih berupa kepada kiasan dan sekarang berpegang dengannya.

Ianya adalah berkisar dengan ayat yang lebih kurang maksudnya... Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kamu... sehinggalah kaum itu sendiri merubah nasibnya. Background saya ialah computing.

Jadi sebagai kiasan... semua yang Allah jadikan ini adalah seperti programming yang maha complex. Kalau programmer membuat sesuatu coding ia tak akan lepas dari semua logical statement seperti if... else... while... loop dan yang sepertinya. Tetapi programming Allah adalah maha complex untuk hamba2nya.

Apa yang saya faham secara peribadi mengikut background saya... kita semua memang di tentukan takdir masing2... semua end result adalah bergantung kepada manusia itu sendiri menggunakan akalnya... of course masih berdasarkan programming Allah. Jadi kemana hala-tuju kita... itu semua berdasarkan pilihan kita... dan juga perbuatan-perbuatan baik sebagai bonus tambahan untuk mencapai ending yang baik.

Sama jugak macam main computer game... end target kita ialah nak mengarah ke satu destinasi atau menang. Dalam perjalanan computer game tersebut... kita akan berhadapan dengan berbagai rintangan... dan disamping rintangan itu akan ada peluang2 mencari bonus tambahan atau peluang2 yang apabila diambil berguna untuk membantu meneruskan game dengan mencapai matlamat yang disasarkan.

Tetapi apabila saya memikirkan menenai dengan nuzul quran ini... saya faham dan percaya bahawa memang Allah telah menurunkan Al Quran sekaligus ke Loh Mahfuz sebelum menyampaikan secara berperingkat kepada Nabi SAW. Ertinya yang saya paham... apa2 yang telah termaktub di dalam AlQuran yang masa itu terdapat di Loh Mahfuz tidak akan berubah. Dan mengikut kefahaman saya... saya ambil contoh kisah Abu Lahab. Nasib beliau memang telah di tentukan dan telah dirakam awal oleh Allah SAW lama sebelum wahyu di turunkan kepada Nabi SAW. Dan ini bermakna... mengikut ilmu saya yang cetek ini... beliau tidak mempunyai pilihan lain... memang nerakalah bahagiannya sebelum lagi Nabi SAW lahir ke dunia.

Semalam saya mendengar ceramah berkaitan dengan Nuzul Quran... dan sebelum ini pun... tidaklah banyak perkara baru yang disentuh... cerita yang diceritakan semua yang kita pernah dengar. Saya berharap adalah orang yang boleh membawa logiknya kaitan Nuzul AlQuran dengan Qada & Qadar Allah yang ditentukan untuk hamba2nya... seperti contohnya Abu Lahab, Sahabat yang buta dan yang lain2 lagi.

Insyaallah saya akan cuba memahami apa yang kawan2 semua terangkan... samada ianya pro atau kontra... dan kalau boleh elakkan lah perdebatan mengenai mazhab... itu kalau boleh lah yer.

p/s: Saya memang tak pandai bahasa arab... asas ugama pun basic saja... tapi berminat untuk meningkatkan kefahaman saya mengenai dengan kepercayaan saya. So faham2 ler yer... jangan terus matikan niat saya dengan kata2 seperti... komputer lain pemahaman ugama lain kerana apa yang saya faham semua karier yang baik didunia ini... kita boleh kiaskan kepada ciptaan Allah untuk makhluknya. Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2007 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 29-9-2007 11:25 AM
Bro Bateesta n Goldraja... saya bukan nak berdebat lah... cuma saya sedikit musykil sebab mungkin ilmu belum sampai ketahap apa yang saya pikirkan tu. Saya cuma nak tahu pendapat yang lain lah. S ...

Aku fhm apa yg ko nak tau bro ......

Malangnya ko x akan dpt jawapan tu dr manusia lain..yg sama je mcm ko iaitu variable2 yg sbnarnya CONSTANT dlm " big coding pogramming tu:

It is what it is
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 01:15 PM | Show all posts
errmm... difahami bro...

kalau ibarat robot yer... apa nama tu... mosimos? apa hak dia nak persoal orang jepun yang cipta dia... yer tak?

tapi kengkadang tu nak tau jugak jawapan persoalan yang terlintas tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


grugals This user has been deleted
Post time 29-9-2007 01:23 PM | Show all posts

Reply #2 Bateesta's post

jwb le..aku pun nak tau neh..ada terkurang lebih kot2 aku tau leh gak tambah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 29-9-2007 01:15 PM
errmm... difahami bro...

kalau ibarat robot yer... apa nama tu... mosimos? apa hak dia nak persoal orang jepun yang cipta dia... yer tak?

tapi kengkadang tu nak tau jugak j ...

Tu yg aku malas bg hint tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by grugals at 29-9-2007 01:23 PM
jwb le..aku pun nak tau neh..ada terkurang lebih kot2 aku tau leh gak tambah

Ntahlah sis... psl aku pun creation je , sama je cam ko , x ada lbh krg , yg beza cuma skrip kita je
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 01:44 PM | Show all posts

Reply #8 AwgSagi's post

1 lg hint utk ko bro..pasni aku x reply lagi..bkn psl aku marah ko..cuma aku dah letih bincang bnda2 camni

Let say ko robot mosimos tu kan..cuba k bayangkan ko robot mosimos tu.....

Ko sedar x diri ko ialah robot dan sbnarnya ko dah diprogramkan utk execute coding yg dah ditulis utk ko

Let say..mosimos tu diprogramkan utk buat bnda lain tp..TIDAK BOLEH BERCAKAP....tp " ko pandai2 je sedar sendiri dan mula mencuba nak bercakap"...ada ke mcm tu

U tell me bro , jgn jwb kat sini , jwb dlam hati je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 03:12 PM | Show all posts
makasih Bro... Insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 03:38 PM | Show all posts
destinasi akhir kita di hujung kehidupan ini tidak perlu dipersoalkan, ini adalah pengetahuan mutlak Yang Maha Pencipta.

tp Allah Maha Adil. DIA bagi peluang utk kita ubah kehidupan kita (atau takdir kita) berdasarkan firmannya : Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah nasibnya sendiri.

kita tak perlu fikir lebih dari itu, tak boleh bandingkan dgn computer programming kerana perbandingan itu tidak sesuai. hakikat akal manusia ini amatlah terbatas.

ramai yg makin keliru apabila mula mempersoalkan hal ini berdasarkan falsafah. kononnya ingin berfikir diluar kotak..

kenali diri kita dahulu, kenali pencipta kita dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 03:51 PM | Show all posts

Reply #14 goldraja's post

ini ye yg boleh aku terangkan.. nnt kalau dtg penerangan berdasarkan tarekat atau makrifat atau sifat 20 atau wahdatul wujud atau plan alam, aku harap ko pandai2 la tapis berdasarkan keyakinan ko terhadap janji Allah, Allah Maha Adil..

ok saudaraku, semoga ko mendapat kefahaman yg benar berdasarkan petunjuk Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2007 04:14 PM | Show all posts
bro goldraja... makasih... Insyaallah... setakat ni perbincangan yang berat2 bahagian specific dan specialise area saya jarang join... selalu baca saja untuk pengetahuan... mana tahu masa akan datang terbuka peluang untuk saya menambah pemahaman dan pengetahuan mengenai dengan topik yang dibincangkan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051753 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list