CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1728|Reply: 11

IDUL FITRI - IBADAH DI MLMNYA - MAAF ZAHIR BATIN

[Copy link]
Post time 30-9-2007 07:38 AM | Show all posts |Read mode
pada malam hariraya apakah sunat, afdhol kita lakukan selain dr takbir....?





MAAF ZAHIR BATIN DARI IN, BUAT SEMUA FORUMER M&M....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2007 08:05 AM | Show all posts
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 08:10 AM | Show all posts
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 慉bbas dan Al-Fakih bin Sa慸 ra bahawa Rasulullah saw melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Diriwayatkan daripada Ja慺ar bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Rasul saw memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."  (Hadits riwayat Al-Syafi慹 dan Al-Baghawi)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas ra beliau berkata:
Maksudnya: "Nabi saw tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."   (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:00 PM | Show all posts
Salam
Tumpang ya In!
Definisi Id (Hari Raya)
Ibnu A抮abi mengatakan: 揑d1 dinamakan demikian karena setiap tahun terulang dengan kebahagiaan yang baru.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:01 PM | Show all posts
Rasulullah telah menganjurkan supaya umat Islam pergi kekawasan lapang menunaikan solat Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Kaum-kaumperempuan, kanak-kanak dan kaum wanita yang uzur akibat haid dan nifas, jugadisarankan menghadiri solat Aidilfitri biarpun tidak dapat menunaikannya keranauzur syarie. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memanfaatkan khutbah Hari Rayayang dibacakan oleh khatib.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: ``Bagaimana kalau kita tidakmempunyai pakaian untuk pergi ke tempat solat Aidilfitri itu?'' Rasulullahmenjawab; ``Orang yang mempunyai dua persalinan pakaian hendaklah meminjamkankepada saudaranya.''

Menurut sunnah lagi, pada Hari Raya Aidilfitri, kita dianjurkan mengucapkan``Taqaballahu minna wa minkum'' yang bermaksud `mudah-mudahan Allah menerimaibadah puasa yang baru kita laksanakan'. Selain daripada itu, sudah menjadikebiasaan kita saling mengucapkan `Minal aidin wal faizin' yang bererti`mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang yang kembali dari medan perangdengan memperoleh kemenangan yang besar'. Diceritakan bahawa mengucapkankata-kata `Minal aidin wal faizin' itu adalah kebiasaan para sahabat di zamandahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan perangdengan mengibarkan bendera kemenangan.


Mari kita lihat apa ygada dlm lafaz kalimah takbir, tahlil, tahmid:
`Allahu akbar, la ilaha ilallah, walillahil hamd' yangbermaksud `Allah Maha Agung, tiada Tuhan selain Allah, dan Dialah yang harusdipuji'. Kalimah suci ini diiringi pula dengan ikrar `Shadaqa wa'dah, wanashara abdah, wa a azzajun wahazamal ahza bawahdah', yang bermaksud `Allahsentiasa benar janji-Nya, menolong hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya, menghalaukekuatan musuh dengan kekuatan-Nya sendiri'. Ikrar seperti inilah yangmemperkuat semangat tauhid dan memberikan optimistik (pengharapan) umat Islampada masa hadapan.

Dalam satu riwayat, para sahabat Rasulullah bertemu sesama mereka pada HariRaya Aidilfitri mereka akan mengucapkan ``Mudah-mudahan Allah menerima amalkami dan amal kamu. Taqabballahu minna wa minkum. (Hadis riwayat Ahmad).

Kenapa zakat fitrah diwajibkan kepada setiap umat Islam?
Tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, Kaya atau miskin, lelaki atau wanita sehinggalah kepada golongan hamba atau merdeka.Keutamaan zakat fitrah ini adalah untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskindan anak-anak yatim. Falsafah dan hikmah menunaikan zakat fitrah ini adalahuntuk memastikan tidak adanya orang yang miskin dan melarat atau menderitakebuluran pada Hari Raya Aidilfitri. Inilah satu-satunya perayaan yang bersangkutpaut dengan hubungan manusia sesama manusia serta terkandung unsur-unsur sosialdan kemasyarakatan yang tinggi nilainya.

So, inilah sebenarnya erti hari raya bg org Islam. Seharusnya Hari Raya Aidilfitri ini menjadi medan untuk kita umat Islam menilai segala usaha dan perjuangan yang telah kita lakukan pada tahun-tahun yang lalu. Kita harus segera merenung dan bertafakur apakah umur yang kita telah lalui diredai oleh Allah? Kita perlu melakukan intropeksi, apakah neraca kehidupan kita lebih berat kepada amalan baik ataupun amalan kejahatan?

[ Last edited by  HOTlips at 30-9-2007 04:04 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 06:28 PM | Show all posts
thanks kak hot.... selamat hari raya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2007 03:08 PM | Show all posts
Selamat menyambut hari raya In (pasal belum raya lg. )
Tepek lg ek.

BAGAIMANAKAHCARA RASULULLAH SAW MENYAMBUT HARI RAYA?
1.Mengumandangkan takbir semenjak matahari terbenam pada malam 'idul fitri sampai dilaksanakannya shalat 'id, sebagai ungkapan rasa syukur kepada Allah atas nikmat ibadah puasa yang telah kita jalankan selama sebulan, karenamelalui ibadah ini dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama sebelas bulan dihapuskan.

Allah berfirman: "匒gar kalian bertakbir atas apa yang Ia tunjukan kepadamudan agar kalian bersyukur" (QS al-Baqarah:185)

Semua kaum muslimin, baik laki-laki, wanita, orang dewasa maupun anak-anak dianjurkan mengumandangan takbir sejak matahari terbenam sampai dilaksanakan shalat 'Id ,di rumah-rumah, masjid-masjid, jalan-jalan, pasar, di sepanjang perjalanan menuju lokasi shalat dan di tempat-tempat lain dengan suara keras, sesuai perintah ayat diatas dan sebagaimana yang dilakukan oleh para  sahabatRasulullah dan para tabi'in.

Ibnu Umar bertakbir di khemah tempat tinggalnya pada hari Mina(hari raya Idul Adha dan hari Tasyriq) hingga terdengar oleh orang-orang yangberada di masjid, mereka pun bertakbir dan orang-orang di pasar juga ikutbertakbir hingga menggoncangkan kota Mina dengan gema takbir. Ibnu Umar juga bertakbir pada hari Mina setelah shalat, di tempat pembaringannya, tempat tinggalnya, di tempat duduknya dan di tengah perjalanannya. Maimunah juga bertakbir pada pada hari raya Idul Adha, dan para wanita bertakbir dibelakang Abban bin Usman dan Umar bin Abdul Aziz pada malam hari tasyriq dimasjid-masjid. (HR. Bukhari).

Imam Bukhari juga meriwayatkan dari Ummu Atiyah, katanya: "Kami diperintahkan keluar pada hari raya, hingga kami keluarkan para gadis daripingitannya dan wanita-wanita yang haid, mereka bertakbir bersama laki-laki, berdoa bersama mereka dan mengharapkan keberkahan hari ini serta kesucianya." (HR Bukhari)

2.Pada hari raya, disunnahkan mandi lalu memakai pakaian yang bagus dan wangi-wangian sebagai tanda rasa syukurkepada Allah dan untuk menampakkan nikmat-Nya, karena hari ini merupakan hari yang penuh kebahagian.

Ibnu Qayyim berkata: "Rasulullah` memakai pakaian terbagus yang beliau miliki ketika akan pergi melaksakan shalat 'idul fithri dan 'idul adhha, beliau memiliki baju khusus untuk hariraya" (Zadul Ma'ad:1/425).
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Amara ia berkata: "Ummar membawa baju kurung terbuat dari sutra tebalyang dijual di pasar, lalu ia mendatangi Rasulullah dan berkata kepadanya:"Ya, Rasulullah belilah baju ini untuk berhias pada hari raya dan menyambut para tamu" Rasulullah menjawab: "Baju ini adalah milik orang yang tidak mendapatkan bagiannya di akhirat kelak" Ummar lalu terdiam dalam beberapa lama sampai Rasulullah mengirimkan kepadanya baju kurungterbuat dari sutra pula, Ummar lalu membawa baju ini kepada Rasulullah dan berkata: "Wahai Rasulullah engkau mengatakan bahwa baju ini adalah milik orang yangtak mendapat bagiannya di akhirat kelak, dan sekarang engkau kirimkan kepadasaya baju ini?" Rasulullah menjawab: "Baju ini engkau jual danuangnya engkau gunakan untuk membeli kebutu*anmu" (HR. Bukhari).

Rasulullah tidak mengingkari mengenakan pakaian indah untuk berhari raya, namun yang beliau ingkari adalah memakai baju terbuat dari sutra.


3.Melaksanakan shalat dua raka'at.
Ibnu Abbas berkata: "Kami mengikuti shalat 'id bersama Nabi saw, Abu Bakar, Ummar dan Usman semuanya shalat sebelum khutbah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 03:13 PM | Show all posts
5.Sebaiknya shalat 'id dilaksanakan di tanah lapang kecuali jika ada uzur seperti karena hujan. Ibnu Qoyyim berkata: "Rasulullah ` shalat 'id dilokasi shalat (bukan masjid), yaitu lokasi yang berada dekat pintu timur Madinah, tempat ini merupakan tempat para jama'ah haji menyimpan barang mereka, beliau belum pernah shalat di masjid kecuali sekali ketika hujan turun"(Zadul ma'ad:1/425).
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abi Sa'id al-khudri, katanya: "Rasulullah ` keluar pada hari raya 'idul fithri dan 'idul adhha kelokasi shalat, dan pertama yang beliau lakukan adalah shalat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2007 03:16 PM | Show all posts
9.Tidak disyari'atkan azan dan iqamah pada shalat 'id.

Ibnu Qoyyim berkata: "Jika Rasulullah ` tiba di lokasi shalat, beliau memulai shalat tanpa azan dan iqamah atau mengucapkan: as shalatu jami'ah" (Zadulma'ad:1/427)


10.Tidak ada shalat sunnah yang dilakukan sebelum dan sesudah shalat 'id.
Imam Bukhari menuliskan bab dalam kitabnya: "Bab shalat sebelum 'id dansetelahnya" Beliau membawakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh IbnuAbbasa ia berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah ` keluar pada hari raya 'idul fithrikemudian beliau shalat dua raka'at tanpa shalat sebelumnya maupunsetelahnya" (HR. Bukhari).

Jika shalat 'id dilaksanakan di masjid, maka boleh shalat sunnah tahiyyatul masjid dan tidak boleh melaksanakan shalat sunnah selainnya. Sedangkan jika dilaksanakan di tanah lapang, maka tidak ada shalat sunnah yang dilakukan sebelumnya berdasarkan hadis di atas dimana Rasulullah ` setelah tiba di lokasi shalat 'id beliau tidak melaksanakan shalat sebelum dan setelahnya.


11.Khutbah 'idul fitri dan 'idul adhha dilakukan setelah shalat dengan dua kali khutbah.
IbnuUmmar berkata: "Sesunggauhnya Rasulullah `, AbuBakar dan Usman ra semuanya melaksanakan shalat 'id sebelum khutbah" (HR.Bukhari).
Jabir berkata: "Saya menghadiri shalat 'id bersamaRasulullah `, beliau memulai shalat sebelum khutbah tanpa azan dan iqamah lalu beliau berdiri bersandarkan kepada Bilal, memerintahkan (manusia) bertakwa kepada Allah dan mentaatiNya, memberikan peringatan dan nasehat kepada mereka lalu beliau menuju ke tempat kaum wanita untuk memberikan peringatan dan nasehat kepada mereka" (HR Bukhari Muslim).

Mendengarkan khutbah bukanlah syarat sah shalat 'id, karena itu tidak mengapa jika seseorang pulang setelah melaksanakan shalat, namun mendengarkanya adalah lebih baik agar seseorang memperoleh ilmu yang disampaikan khatib.

Abdullah al-musayyib berkata: "Saya mengikuti shalat 'idbersama Rasulullah saw, ketika telah selesai melaksanakannya, beliau berkata:"Kami akan menyampaikan khutbah, siapa yang ingin mendengarkannya duduklah dan siapa yang ingin pulang pulanglah" (HR. Nasai dan Ibnu Majah)


12.Diperbolehkan mengisi hari raya dengan bentuk hiburan dan permainan yangmubah dan tidak mengandung kemaksiatan untuk menambah suasana kegembiraan pada hari ini.
Imam Bukhari menulis sebuah bab di dalam kitabnya dengan judul: "Bab sunnah hari raya 'idul fithri dan 'idul adhha bagi ummat Islam" dalam bab ini beliau membawakan dua buah hadis, salah satunya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah rha ia berkata:
"Abu Bakar menemui kami ketika dua orang gadis dari kalanganAnshar sedang bernyanyi menuturkan peristiwa hari Buak (hari kemenangan sukuAus atas suku Khazraj) yang menjadi buah bibir kalangan Anshar. Aisyah berkata: "Keduanya bukan penyanyi". Abu Bakar berkata: "Apakah pantas seruling syetan di rumah Rasulullah?". Hari itu adalah hari raya. Rasulullah saw berkata: "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya dan ini adalah hari raya kita" (HR. Bukhari).
Hadis ini juga dibawakan oleh Imam Muslim di dalam kitab shahihnya dengan judul: "Bab rukhshah (diperbolehkan) permainan yang tidak mengandungi maksiat padahari raya"

13.Diperbolehkanmengucapkan selamat hari raya.
Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Bahri: "Kami meriwayatkan dalam Al-Mahamaliyah dengan isnad yang baik dari Jubair bin Nafir: "Para sahabat Rasulullah jika bertemu saling mengucapkan kalimat: "Taqabalallahu minna waminkum" semoga Allah menerima ibadah kita." (Fathul-Bahri 2/575)

Maraji':
1. Ibnu Hajar Al-'Asqalani: Fathul-Bahri Syarhu shahihil-bukhari
2. An-Nawawi: Syarhu shahihi-bukhari
3. Ibnu Shalih Ali Basam: Taisirul'alam
4. An-nawawi: Al-Majmu' syarhul-muhazzab
5. Ibnu-Qoyyim al-jauziyyah: Zadul-Ma'ad fi hadyi khairul-'ibad
6. Sayyid sabiq: Fifhussunnah

Sumber: Majalah Dakwah Online

Sekadar copy n paste. Jika ada kesilapan harap sama2 perbetulkan






[ Last edited by  HOTlips at 1-10-2007 03:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 09:58 AM | Show all posts
Salam

SUNNAH VS BUDAYA DLM MENYAMBUT HARI RAYA
                                                                    
Meh kita bandingkan sambutan hari raya yg kita amalkan berbanding sunnah
1.Amalan bermaaf-maafan
Kita digalakkan memohon maaf sesama kita terutamanya kpd keduaibu bapa, suami /isteri, anak2, adik beradik, sahabat handai dan jiran tetangga. Tp amat syg sekali kita terlupa kita bersalaman dgn bukan mahram spt ipar duai dan juga sanak saudara serta jiran tetangga yg dtg

2. Persiapan hari raya. Kita disunnahkan memakai pakaian baru,berwangi2an serta
menyediakan juadahketika menyambut hari raya.

Malangnya persiapan kita lebih kpd amalan membazir. Kita selalu berbelanja berlebih2an. Kalau boleh semua nak baru. Baju baru, langsir baru,kasut baru cadar baru dan lg kelakar pakaian dlm pun mesti baru. Baju tidurraya pun ada tau! (tak caye, baca kat parenting ) Penyediaan biskut raya pulakntah berapa puluh jenis.

Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya".
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 11:00 AM | Show all posts
Selamat Hari Raya buat In jugakkk....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 12:53 PM | Show all posts

Reply#10 HOTlips (SUNNAH VS BUDAYA DLM MENYAMBUT HARI RAYA)

Bab No 5....
pasal tempoh beraya di Mesia ni kelakar sikit...sebulan, ada tu wat rumah terbuka dah abis bulan syawal.
Alhamdulillah Shima pernah(ada pengalaman) beraya di Mekah tahun lepas...amat berbeza sekali n seronok beraya di Mekah.
Solah zuhur 1 syawal di Masjildil haram tak ramai org. Mula ramai 2 syawal tapi ramai yg berpuasa sunat (puasa nam)..time berbuka tak la semeriah buka puasa ramadhan... Masing-masing bawa bekalan sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.155912 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list