View: 1754|Reply: 10
|
Rasulullah boleh membaca dan menulis?
[Copy link]
|
zasssss This user has been deleted
|
Ada pendapat menyatakan rasulullah bukan buta huruf.. bahkan boleh membaca, menulis, mengira..
antara pendapat:
Itu kepada yang percaya Nabi buta huruf. Saya beriman(percaya)dengan Nabi yang pandai menulis dan mengira, kerana Baginda ialah seorang peniaga/usahawan. Cuma Baginda sepanjang hidup baginda tidak pernah menulis sebarang kitab. Tidak pernah menulis sebarang kitab bukan bermakna tidak tahu menulis.
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.
Sesungguhnya Baginda Muhammad SAW adalah manusia yang Allah kurniakan dengan berbagai keistimewaan termasuklah bijaksana dan pandai menulis, mengira dan membaca. Pada saya sesiapa yang menyangkal, mereka itu patut berundur selangkah dari segi berfikir sebelum menghayun langkah baru dalam beragama. Tinggalkan keyakinan bahwa Muhammad itu buta huruf disepanjang hayat Baginda.
apa pendapat? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 zasssss's post
"Saya beriman(percaya)dengan Nabi yang pandai menulis dan mengira, kerana Baginda ialah seorang peniaga/usahawan. "
tahu mengira tak semestinya tahu menulis
17:106 Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.
anak sedara aku boleh juga membaca al fatihah tapi suruh dia tulis/baca quran tak pandai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 kyas's post
simple...
nabi dpt direct dari malaikat.. pastu hati nabi suci, dengor skali je terus lekat... bukan mcm hati kite, baca 10 x pun x masuk2 gak |
|
|
|
|
|
|
|
tahu mengira tak semestinya tahu membaca/menulis
budak kecik tahu baca bismillah tapi tak tahu menulisnya |
|
|
|
|
|
|
|
knape la nak pertikaikan benda yang jelas dah tu
kan dah dikatakan tak tau membaca
terima je la apa yang dikatakan
jangan nak buat penin kepala
yang patut dibuat ialah berselawat ke atas nabi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 1-10-2007 03:16 PM
knape la nak pertikaikan benda yang jelas dah tu
kan dah dikatakan tak tau membaca
terima je la apa yang dikatakan
jangan nak buat penin kepala
yang patut dibuat ialah berselawat ke atas nabi
tak tahu ke..
tu ikut terjemahan & tafsiran golongan anti-hadis.
anti-hadis ni suka terjemah & tafsir Al-Quran guna akal sendiri tanpa rujuk ulamak,
tanpa perlu ada ilmu tafsir yg tinggi,
tanpa perlu ada ilmu lugha dan balagha Arab.
tu yang jadi haru biru golongan anti-hadis ni... |
|
|
|
|
|
|
|
kira golongan antihadis rasa depa tu setaraf le dengan imam yang 4 tu ker |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Equalizer's post
aku lebih suka guna perkataan anti sunnah. golongan anti sunnah ini tidak perlu dilayan.. kerana selagi akal mereka mampu mencipta hujah2, selagi itu lah mereka akan sedaya upaya cuba menolak sunnah.. bkn itu sahaja, ade juga golongan anti sunnah yg menolak beberapa ayat al-quran kononnya ayat tersebut telah dibatalkan oleh Allah dgn ayat yg lain.. cthnya ayat2 al-quran berhubung permasalahan hukum minum arak.. perdebatan dgn mereka tidak akan ade penghujungnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 1-10-2007 05:45 PM
kira golongan antihadis rasa depa tu setaraf le dengan imam yang 4 tu ker
mrk ni tendency utk tafsir ayat secara harfiah dan zahir ayat shj.
bila ada pihak cuba terangkan tafsiran dari segi lugha dan balagha Arab, mrk tak terima...
sedangkan bahasa Arab ni kedudukan nahu & sastera nya sangat tinggi & complex.
Kalau ambik contoh yg mudah dalam bahasa Inggeris,
perkataan "fire" pun boleh berubah makna & maksud mengikut keadaan dan susunan ayat.
Perkataan "fire" tu boleh bermaksud "api",
boleh juga bermaksud "pecat",
atau pun "tembak",
boleh juga bermaksud "objek yg bercahaya" dan banyak lagi.
Bahasa Arab ni ada jauh lebih complex dari bahasa Inggeris. Setiap ayat tidak mudah utk diterjemahkan secara zahir semata spt mana yg golongan anti-hadis ni amalkan.
Yg malangnya, dahlah jahil dalam bab tafsir dan lughah Arab, tak mahu pulak rujuk pada ulamak2... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua...amiin...
Kan umat Islam yakin Nabi tu mulia, manusia paling tinggi darjat dan paling hampir dengan Allah...
Dan Allah meletakkan kejayaan seseorang itu bukannya dalam kebolehannya semata-mata, yang pasti bila seseorang itu taat kepada Allah dia berjaya
Nabi Musa AS terkenal dengan Nabi yang dapat berkata-kata terus dengan Allah. Namun, bila nak dakwah Fir'aun Nabi Musa minta Allah jadikan Harun AS sebagai teman untuk berdakwah. Ada pendapat menyatakan Nabi Musa ada sedikit masalah dalam percakapannya disebabkan lidahnya tercedera sewaktu kecil.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada Nabi-Nabi Allah ini tidak dapat dipertikaikan, tatkala manusia suka melihat sesuatu kekurangan itu sebagai sesuatu yang tak masuk akal, walhal akal itu juga dijadikan Allah. Sesuatu yang zahirnya kurang tak semestinya ia benar2 tidak sempurna.
* satu lagi, dalam agama, sesiapa yang suka guna akal dan falsafah berlebihan dia akan dibelenggu pelbagai soalan2 yang akhirnya membawa dia kepada kekeliruan dalam memahami hal2 agama.
Sama-samalah kita nasihat menasihati dengan yang haqq dan dengan kesabaran |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Equalizer at 1-10-2007 06:01 PM
Bahasa Arab ni ada jauh lebih complex dari bahasa Inggeris. Setiap ayat tidak mudah utk diterjemahkan secara zahir semata spt mana yg golongan anti-hadis ni amalkan.
Yg malangnya, dahlah jahil dalam bab tafsir dan lughah Arab, tak mahu pulak rujuk pada ulamak2...
Cara ni juga biasa digunakan oleh musuh2 islam untuk memutarbelitkan maksud quran dan seterusnya menimbulkan keraguan kepada generasi muda islam yang memang dah sedia jauh dari quran. |
|
|
|
|
|
|
| |
|