CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4482|Reply: 16

Apa yang aku nampak kat Banjaran Crocker, Sabah

[Copy link]
Post time 21-10-2007 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Pada tahun lepas sewaktu belajar di Universiti Malaysia Sabah, aku dengan kawan - kawan aku pergi ke Banjaran Crocker sebagai salah satu daripada puluhan kerja lapangan yang perlu kami penuhi untuk program kami. Kami tiba di sana agak lewat, lebih kurang pada waktu petang. Sewaktu kami sampai, keadaan di puncak Banjaran itu sangatlah sejuk...kabus tidak berhenti-henti melalui kawasan perkhemahan kami. Malam tu kami takmandi sebab dah sejuk sangat...tak berpeluh pun, lagipun, malas nak berebut tandas dengan diaorang.

Sebenarnya, sebab kami ke sana adalah untuk mengira taburan kupu-kupu malam kat kawasan tu. Waktu petang tu, sewaktu makan malam,sebenarnya aku dah rasa tak sedap hati dah.Bulu roma meremang jer..Tapi, relax je la...Lagipun waktu tu kitaorang ramai, jadi tak larasa takut sangat.

Bila malam semakin gelap, kitaorang pasang lampu kat tempat berkumpul dan kitaorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ditugaskan untuk menangkap sebanyak mana kupu-kupu pada malam ini....Lebih kurang 30 minit diberi dan selepas itu, kitaorang kembalikepada tempat perhimpunan tadi dan mengumpulkan semua kupu-kupu yang ditangkap tadi.

Kitaorang dibantu oleh pembantu makmal gak.[size=1.2em]Dan apa yang menakjubkan ialah pembantu makmal itu berjaya menangkap seekorkupu-kupu yang pada sayapnya ada tulisan khat Arab iaitu Alif Lam LamHa (ALLAH)

Aku memang takpercaya dengan apa yang aku nampak dan kerana terpana, aku langsung tak terfikir nak tangkap gambar kupu-kupu tersebut...Pergh!!! ruginya.Akubersyukur diberikan peluang untuk melihat itu semua.Bukan aku sahajayang nampak, tapi kawan aku seperti Najwa, Fariha, Along dan ramai lagimerasa sangat gembira...Mulut kami tak habis-habis menyebutAllah...Allah...Kupu-kupu itu kemudiannya disimpan oleh pembantu makmal dalam bekas khas.

Macam tadi, perasaan tak sedap hati masih ada..waktu tu dah sekitar kul 10~11 malam.Nak pergi toilet yang terdekat pun rasa macam tak sedap hati.Kena berteman.Untuk mengurangkan rasa boring sambil-sambil mengirabilangan kupu-kupu yang ditangkap dan mengasingkannya mengikut spesies,pensyarah kitaorang, En. Adul memainkan lagu menggunakan gitar.
Waktu tu, kawan aku, Apeng, dia duduk kat hujung sekali, berhampirandengan hutan dan kat depan dia adalah Alex. Tiba-tiba Apeng menunjukkan reaksi terperanjat dan tiba-tiba dia menjadi pendiam sekali selepas tu. Walaupun ketika berada di dalam khemah selepas kerja menangkap dan megira taburan kupu-kupu tamat, dia masih diam dan aku bertanya kepada dia, apa yang dia nampak?.Tapi dia tak nak beritahu.

Pada esok paginya, aku dan Apeng bangun awal, untuk mandipagi.Sejuknya, tapi nak buat macammana?.Kalau tunggu sampai matahari terbit, maksudnya tak dapat lah kami nak mandi sebab nak kena berebut tandas dengan pelajar lain.[size=1.2em]Selepas bersiap dan bersarapan, barulah Apeng bagitahu aku yang dia nampak langsuir kat belakang si Alex. Malah waktu aku tanya Alex, Alex katadia memang ada rasa orang bernafas kat tepi dia, tapi sekejap sahaja.

Apengkata muka langsuir tu putih dan dia sekadar menjenguk apa yang kami sedang buat dari belakang Alex.Berderau darah aku bila dengar.Nasib baik aku tak nampak benda tu...

Setelah sampai di Universiti Malaysia Sabah, aku berjumpa dengan pembantu makmal tersebut untuk bertanyakan tentang kupu-kupu yang unikitu untuk aku tangkap gambarnya sebagai bukti untuk kawan-kawan dan saudara-mara. Malangnya, pembantu makmal itu kata dia dah buang sebabbenda tu dah hancur....Sedihnya aku tak dapat tangkap benda tu..Memang nyatalah yang Allah nak kami tengok keunikan tu pada waktu itu sahaja...
Jadi aku amat berharap aku akan diberi peluang untuk melihat keajaiban dari Tuhanku sekali lagi dan kali ini aku takkan lepaskan peluang untuk menangkap gambarnya dan menunjukkan kepada kengkawan Islam semua.InsyaAllah


-Eastrun-

[ Last edited by  eastrun at 21-10-2007 08:58 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2007 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 21-10-2007 20:55
Malangnya, pembantu makmal itu kata dia dah buang sebabbenda tu dah hancur....


Dah hancur? apanya yg dah hancur? Kupu-kupu tu ke?
Awatnya cuai sgt pembantu makmal tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 10:13 PM | Show all posts
jpg tarak ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 09:41 AM | Show all posts
ni patut post kat board paranormal rasanya. ramai peminat hantu & tahyul kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 09:54 AM | Show all posts
kalimah Allah pada kupu-kupu dan Langsuir, dua benda yang berbeza..

Si Langsuir menjengok untuk melihat apa yang sedang koworang kerjakan.. Atau dia juga berminat dengan kupu-kupu yang ajaib tu..

Nampaknya bukan manusia saja yang berminat mengumpul koleksi seumpama itu, si Langsuir jugak ada minat itu... Mesti teruk si pembantu makmal itu di'kerja'kan lansuir tu bila dia tahu kupu-kupu itu sudah dihancur luluhkannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2007 10:23 AM | Show all posts

Reply #3 iweed's post

Tak ada jpg...kan aku kata aku terlupa tangkap gambar....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2007 10:25 AM | Show all posts

Reply #2 ~boolean's post

Banda tu dia simpan dalam tempat membunuh kupu-kupu ( yang mana kita letak alkohol kat dalam bekas itu bagi melemaskan serangga). Pembantu makmal tu yang nak simpan...so kami pun biarlah je dia simpan...tapi tak sangka pula dia boleh begitu cuai....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 22-10-2007 10:25 AM
Banda tu dia simpan dalam tempat membunuh kupu-kupu ( yang mana kitaletak alkohol kat dalam bekas itu bagi melemaskan serangga). Pembantumakmal tu yang nak simpan...so kami pun biarlah je dia simpan...tapitak sangka pula dia boleh begitu cuai....


Mungkin bukan cuai, tapi telah ditaqdirkan yang kupu2 tu akan hancur... kalau dapat tunjukkan pun, orang yang percaya saja yang akan terima. Orang yang tak percaya, mereka boleh beri berbagai-bagai alasan...

Kawan aku pernah makan kurma dan jumpa biji kurma yang ada kalimah Allah dan Muhammad (tulisan Arab), dia simpan baik2 dalam bekas tapi boleh hilang jugak bila dia check bekas tu!

Banyak dah kes2 Kalimah Allah dijumpai pada haiwan dan tumbuhan, inilah yang sepatutnya menguatkan IMAN kita. Pada masa yang sama, ujian pun datang juga...dunia/syaitan/nafsu/langsuir..... so apa yang perlu diambil iktibar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 11:18 PM | Show all posts
bagaimana dgn kalimah Allah yg dikatakan dijumpai ditempat2 yg hina spt atas lantai yg pijak2 oleh orang ramai? adakah Allah sengaja membiarkan kalimahNya dipijak-pijak? Allah memang Maha Besar, tapi jangan dek kerana terlalu ghairah hingga akhirnya diketawakan orang bila ada yg claim jumpa kalimah Allah atas lantai yg selalu dipijak orang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 11:30 PM | Show all posts

Reply #10 tobby's post

Mungkin Allah nak sedarkan manusia.Kat mana2 pun Dia tetap berkuasa walaupun tmpt yg anda kata tu "hina".
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 22-10-2007 09:41 AM
ni patut post kat board paranormal rasanya. ramai peminat hantu & tahyul kat sana.


oit, terasa aku.. dah ler aku slalu lepak kat sana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #5 saifulms's post

Mari kita berdoa supaya diberikan peluang untuk tengok apa yang aku dapat tengok.Amin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2007 09:48 AM | Show all posts

Reply #8 mnm77's post

Yang langsuir tu, juga nak membuktikan bahawa apa yang Allah Firmankan adalah benar. Sebab Allah kan ada Firmankan bahawa jin dan syaitan memang wujud...Dan hanya Allah sahaja yang tahu benda-benda ghaib tu...sebenarnya aku dah agak dah mesti ramai tak percaya sebab benda tu benda yang susah nak dibuktikan...tapi aku nampak dengan mata aku sendiri...cuma langsuir tu, kawan aku yang nampak,bukan aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 11:22 AM | Show all posts
subhanAllah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 05:35 PM | Show all posts
langsuir + pontianak + hantu raya + jembalang + toyol = one big happy family of jinns in halloween costumes trick or treat
Reply

Use magic Report

asalehe This user has been deleted
Post time 24-10-2007 01:26 AM | Show all posts
anyway, citer ni jadi pengajaran sekurang2nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 09:35 PM | Show all posts
aku pun orang islam jugak, api sadly cerita dongeng camni orang islam je percaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.308622 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list