CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2779|Reply: 13

Soalan-soalan mengenai adat resam Islam.

[Copy link]
Post time 23-10-2007 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan Muslim sekalian.

Saya ni bukan Muslim, tetapi ada beberapa pekara yang sudah 20+ tahun saya dengar dan lihat....

Anehnya aku masih tidak faham maksudnya: -

1. Apa itu Aidilfitri?

Selalu aku dengar Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidilfitri.. apa itu sebenarnya?

2. Maaf zahir batin?

Perkataan ini pun aku selalu dengar, tapi apa maksudnya?

3. Sembahyang tutup sebelah muka atau kepala dengan tangan? (minta maaf kalau saya tersinggung perasaan anda)

Selalu aku lihat kat TV, orang yang melafazkan sembahyang tu, menutup mukanya dengan tangan seolah-olah seperti sakit gigi atau sakit kepala.. Kenapa ye?

4. Salam semasa makan.
Biasanya kalau kawan menghulurkan tangan untuk memberi salam, kita pengang tangan dia dengan tangan kanan atau kedua-dua tangan sekali.
Kalau tangan kau berminyak sebab kau sedang makan, dan dia hulur juga tangan dia tu, apa korang yang buat? Pegang dengan tangan kiri kira tak sopan ke?

[ Last edited by  Milo_Ice at 23-10-2007 11:16 PM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 23-10-2007 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by Milo_Ice at 23-10-2007 11:14 PM
Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan Muslim sekalian.

Saya ni bukan Muslim, tetapi ada beberapa pekara yang sudah 20+ tahun saya dengar dan lihat....

Anehnya aku masih tidak faham maksudnya: -

1. Apa itu Aidilfitri?

Selalu aku dengar Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidilfitri.. apa itu sebenarnya?

Salam perkenalan dan terima kasih atas ucapan Hari Raya dan pertanyaan anda

1. Aidilfitri secara ringkas dari dua perkataan Eid dan Fitr (عيد الفطر )
Eid: perayaan
Fitr: buka puasa atau fitrah (nature)

2. Maaf zahir batin?

Perkataan ini pun aku selalu dengar, tapi apa maksudnya?

2. Maaf  = perbuatan saling berbaik dengan mohon maaf atas kesilapan (jika ada)
zahir = luaran (apa2 yang nampak, jelas, nyata)
batin = dalaman (apa2 yang tak nampak/tersirat/tersembunyi)

3. Sembahyang tutup sebelah muka atau kepala dengan tangan? (minta maaf kalau saya tersinggung perasaan anda)

Selalu aku lihat kat TV, orang yang melafazkan sembahyang tu, menutupmukanya dengan tangan seolah-olah seperti sakit gigi atau sakitkepala.. Kenapa ye?

3. Tidak pasti saya apa yang anda maksudkan kerana tiada dalam Islam bersolat (sembahyang) cara sedemikian . Mungkin anda maksudkan ketika azan dilaungkan, tangan diletakkan berdekatan dengan telinga?

4. Salam semasa makan.
Biasanya kalau kawan menghulurkan tangan untuk memberi salam, kitapengang tangan dia dengan tangan kanan atau kedua-dua tangan sekali.
Kalau tangan kau berminyak sebab kau sedang makan, dan dia hulur jugatangan dia tu, apa korang yang buat? Pegang dengan tangan kiri kira taksopan ke?

4. Boleh sekadar isyarat salam, atau pegang kat bahagian tangan yang tidak berminyak

dan Allah Maha Mengetahui...
and Allah Knows Best...
WAllahu a'lam...

[ Last edited by  mnm77 at 23-10-2007 11:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by Milo_Ice at 23-10-2007 11:14 PM
3. Sembahyang tutup sebelah muka atau kepala dengan tangan? (minta maaf kalau saya tersinggung perasaan anda)

Selalu aku lihat kat TV, orang yang melafazkan sembahyang tu, menutup mukanya dengan tangan seolah-olah seperti sakit gigi atau sakit kepala.. Kenapa ye?

tak paham aper yg anda maksudkan?? mungkin tutup muka sebelah tanga ketika azan kot. bukan sembahyang...

aku tak arif, tp aku rasa, tutup muka sebelah masa azan tu sebenarnya bukan tutup muka, tp tutup telinga agar laungan azan lagi sedap....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by Milo_Ice at 23-10-2007 11:14 PM
Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan Muslim sekalian.

Saya ni bukan Muslim, tetapi ada beberapa pekara yang sudah 20+ tahun saya dengar dan lihat....

Anehnya aku masih tidak faham maksud ...

1. Aidil Fitri
Aid = Hari Raya
Fitri =  fitrah/sifat semulajadi manusia
2.maaf zahir batin
permohonan maaf atas kesalahan yang dilakukan oleh seseorang keapda seorang yang lain yang meliputi zahir dan batin
zahir = fizikal  = kesalahan yang dilakukan oleh tangan, kaki, mulut dll pancaindera
batin = hati  = kesalahan yang dilakukan oleh perasaan dalaman / hati spt dengki, tidak amanah dll
3.Sembahyang tutup sebelah muka atau kepala dengan tangan?
Itu bukan dinamakan sembahyang tetapi azan iaitu dengan menutup kedua2 belah telinga kerana laungan azan yang kuat. Azan dilaungkan untuk mengajak manusia mengerjakan solat/sembahyang . .  selalu disiarkan dalam tv
4. Salam semasa makan.
sepatutnya semasa sedang makan tak payah la bersalam kerana perbuatan menggunakan tangan kiri adalah kurang sopan
wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 12:06 AM | Show all posts

Reply #4 ianho's post

motif tutup telinga tu supaya boleh dengar suara sendiri supaya tak sumbang azan tu...tapi kebanyakan orang tetap sumbang bila time azan so tutp telingan tu sebenarnya unnecessary...

Follow Us
Post time 24-10-2007 12:14 AM | Show all posts
1. Apa itu Aidilfitri?
Selalu aku dengar Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidilfitri.. apa itu sebenarnya?

Aidilfitri ialah sebutan melayu.. sebutan arab ialah Eidulfitri.. Eidul bermaksud hari raya yang juga bermaksud kembali..
Fitri pula bermaksud fitrah yg bermaksud asal.. jadi gabungan Eidulfitri bermaksud kembali kepada fitrah (asal).. ia dinamakan begitu kerana selepas menunaikan puasa selama sebulan di bulan ramadan, umat Islam yang ikhlas dan penuh keimanan menunaikan ibdat kerana Allah, akan diampunkan dosa2nya yg lalu.. jadi mereka seperti kembali ke asal kejadian..asal kelahiran iaitu tidak ada dosa..

2. Maaf zahir batin?
Perkataan ini pun aku selalu dengar, tapi apa maksudnya?
Maaf zahir dan batin maksudnya maaf kalau ada salah yg nampak dan salah yang tidak nampak..

3. Sembahyang tutup sebelah muka atau kepala dengan tangan? (minta maaf kalau saya tersinggung perasaan anda)
Selalu aku lihat kat TV, orang yang melafazkan sembahyang tu, menutup mukanya dengan tangan seolah-olah seperti sakit gigi atau sakit kepala.. Kenapa ye?

Itu bukan sembahyang rasanya, itu laungan azan.. tak pasti plak kenapa derang tutup telinga sebelah.. mungkin lebih khusyuk, or suara jadi lebih kuat kot..

4. Salam semasa makan.
Biasanya kalau kawan menghulurkan tangan untuk memberi salam, kita pengang tangan dia dengan tangan kanan atau kedua-dua tangan sekali.
Kalau tangan kau berminyak sebab kau sedang makan, dan dia hulur juga tangan dia tu, apa korang yang buat? Pegang dengan tangan kiri kira tak sopan ke?

memadai dengan mengucapkan salam..

wallahua'alam (hanya Allah yang lebih mengetahui)

[ Last edited by  eddysheddy at 24-10-2007 12:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 12:21 AM | Show all posts
tutp teliga time azan tuh sbb dia wat sore nyaring laaaa....

macam penanyi slalu wat gak.. macam jamal abdilla slalu wat time nyanyii.. macam peserta akedemi al quran laa
mende ni bukan sengaja di buat2 laaa

aku pon tak tau pekename kaedah nie... sesaper yg ariff pls...

[ Last edited by  True-X at 24-10-2007 12:23 AM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 24-10-2007 12:32 AM | Show all posts
Originally posted by True-X at 24-10-2007 12:21 AM
tutp teliga time azan tuh sbb dia wat sore nyaring laaaa....

macam penanyi slalu wat gak.. macam jamal abdilla slalu wat time nyanyii.. macam peserta akedemi al quran laa
mende ni bukan senga ...

ha tulah pekataannye.. nyaring! lupa pekataan tu.. tulis `kuat' plak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:55 AM | Show all posts
sejak biler islam ader adat resam ..... setau aku islam manaader adat budaya ....pengikut dier jerk yg mewujudkan sumer tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2007 10:05 AM | Show all posts
Oh begitu rupanya...

Itu tutup telingga, bukan muka

Tapi kalau tak tanya, memang tak tahulah

Kalau azan seperti saudara ini, memanglah kita boleh lihat tangannya di telinggalah...

Kalau yang aku lihat kat tv tu, aku memang tak tahu dia tutup bahagian mana sebab dia tutup telingga dan bibir sekali.

[ Last edited by  Milo_Ice at 24-10-2007 10:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 11:09 AM | Show all posts
Rasanya bukan tutup telinga pada asalnya.  Dulu mana ada speaker, jadi dia macam buat tangan macam kita pelaung orang kat jauh-jauh tu.  Kemudiannya evolve jadi tutup telinga.

Ni teori aku jer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:55 PM | Show all posts

Reply #10 fish_o7's post

kalu tak silap . . .  adat adalah salah satu sumber dalam menentukan hukum
selepas rujukan kepada alquran dan hadis
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by ianho at 24-10-2007 01:55 PM
kalu tak silap . . .  adat adalah salah satu sumber dalam menentukan hukum
selepas rujukan kepada alquran dan hadis

yup! adat/ 'uruf merupakan salah satu sumber..

[ Last edited by  eddysheddy at 25-10-2007 10:13 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.071544 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list