CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1983|Reply: 10

Adakah Balasan Bagi Setiap Perbuatan?

[Copy link]
Post time 25-10-2007 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Saya telah bercerai setelah tidak tahan lagi didera mental dan fizikal. Sekarang saya dalam proses memaafkan perbuatan dia dan juga ppuna simpanan dia agar hidup saya lebih tenang walaupun luka dihati saya masih belum sembuh.

Sepanjang tempoh perkahwinan, selain dari curang, dia juga angkuh dan riak. Dia pernah cakap yg dia tak perlu solat dan berdoa pada Tuhan sbb segala nikmat & kejayaan yg dia dapat adalah berdasarkan usaha dia sendiri. Dia juga dengan bangganya cakap dia boleh dapat ppuan yg lebih muda dan seksi dengan sekelip mata dan buat masa ini dia tak mau sembahyang sebab dia suka dgn cara hidup dia yg bergelumang dgn maksiat.

Selepas bercerai, saya dapati hidup dia makin meningkat, baru2 ini dia dinaikkan pangkat dan saya pernah terserempak dengan dia dia shopping mall dengan ppuan muda yg sebaya dgn anak gadis dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 09:17 AM | Show all posts
Akhirat itu pasti dan pasti (cuma ingatkan diri sendiri jer).
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 10:03 AM | Show all posts
anggap itu semua satu dugaa allah terhadap kita....
teruskan penghidupan baru dengan mencari keredaan allah...

org yg suka menyakiti org lain sebenarnya kehidupannya tidak pernah tenteram...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 10:09 AM | Show all posts
Selepas bercerai, saya dapati hidup dia makin meningkat, baru2 ini dia dinaikkan pangkat dan saya pernah terserempak dengan dia dia shopping mall dengan ppuan muda yg sebaya dgn anak gadis dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 02:42 PM | Show all posts

Reply #1 Aja's post

Assalamualaikum aja,

Apa yg nk dirunsingkan lg. Anda dah memilih jln yg baik serta bebas utk melakukan suruhan Allah tanpa ade halangan & deraan dr 'x hubby'.
Semua perbuatan kite akan diadili oleh Allah S.W.T walaupun sekecil zarah.
Balasan dr Nye x semestinye di dunia jer. Ade yg dibalas ketika di alam kubur @ barzakh & di akhirat. Ade gak yg dibalas ketika menghadapi sakratul maut @ sedang nazak.
So, don't worry bout it. Jaga je amalan sndiri & gangguan dr pihak dia 2 umpama ujian utk anda agar anda terus mendekatkan & menyerahkan diri kpd Nya.
Berdoalah agar diberi kekuatan utk menempuh hidup seharian.
Sekian Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 08:10 PM | Show all posts

Reply #1 Aja's post

Salam aja...

Usah berduka dengan keperitan yg kamu lalui krn ia tersembunyi rahmat dr Allah.. Janji Allah, setiap kebaikan dan kejahatan akan dibalas walupun sebesar zarah. Aja perlu bersyukur kerana sudah terlepas dan jauh dari manusia yang mengengkari perintah Allah.. Janganlah merasa hairan dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada bekas suami aja... Allah bersifat Uluhiyyan dan Rububiyyah terhadap insan yang dikasihinya. Dan Allah tetap bersifat ihsan namun tidak kasih kpd hamba yang menyekutukanNya...

Lihat saja Amerika dan sekutunya yang kaya raya... dan lihat saja negara yang ramai penghuni Islam namun  miskin.... kenapa Allah membiarkan semua ini...?

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. - maksud An Nisaa - 104

pedih dan perit jalur hidup kita, kita tenang setelah memohon rahmat Allah... namun org2 yang lari dr Allah kpd siapa mereka merintih...? mereka tdk merasakan nikmat bermunajab di atas keperitan yg kita lalui.. dan kita sering mengharap keredhaan dari Allah yang tidak mereka harapkan... ayat di atas sebagai penenang, beza kita dgn org yg engkar kpd Allah..

bekas suami Aja tidak ada apa yg perlu dibanggakan kalau sekadar kekayaan dan wanita jelita/muda yg dimilikinya... semua ini akan ditinggalkan suatu hr nanti... Allah membiarkan dia leka dgn kesenangan dan wanita... krn ia lalai dan tdk mengingati Allah..

Dan Aja... mari kita beringat bersama, Allah akan menguji setiap hamba yang kasih kpdNya, dan Allah kasih kpd hamba yg menangis krnNya... Dan Aja,, senyumlah di atas berita ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2007 08:15 PM | Show all posts
Az-Zalzalah
[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Luqman
[6] Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
[7] Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
[8] Sesungguhnya orang-orang yang berIMAN dan berAMAL soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,        
[9] kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[ Last edited by  mnm77 at 25-10-2007 08:24 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2007 10:49 PM | Show all posts
Kepada kawan2 yang sudi beri naihat dan komen pada saya....saya amat2 hargai.Terima kasih....atas nasihat yg diberikan dapat membantu saya memikir dan menilai diri saya sendiri dan mententeramkan perasaan saya. Terima kasih banyak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 03:01 AM | Show all posts
Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Tiap permohonan akan ditunaikan walaupun oleh mereka yang tidak taat (derhaka) kepada Nya
Musibah yang melanda boleh jadi sebagai dugaan atau kifarah atas dosa yang lalu
Tiada yang lain melainkan Dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 12:13 PM | Show all posts
bersedih di dunia berbahagia di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 01:34 PM | Show all posts

Reply #1 Aja's post

Aku pun ada kawan macam ni..Bila aku berselisihan faham dengan dia, dia kata dengan aku yang dia takkan naik kereta aku, sekalipun dia dah nak mati ataupun dah apapun terjadi, dia takkan naik kereta aklu lagi, dia takkan sentuh apa-apapunn kepunyaan aku...

Tapi sekarang, aku tengok, dia mempermainkan aku...dia pakai kereta aku tak beritahu, main ambil kunci kereta aku dan main pakai je kereta..Pastu muka macam tak bersalah. Aku rasa macam nak tampar je. Aku ingatkan sekali je dia buat.. pastu dia buat lagi dan buat lagi.

Aku geram la...aku sabar dan sabar, tapi dia pijak kepala...aku tak nak berdosa...aku tak nak orang kata aku kedekut, tapi aku tengok dia langgar sumpah dia banyak kali.Muka dia yang selamba tu yang buat aku naik menyampah...aku tak nak buat macam ni...tapi kena buat...tensionnya..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.080637 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list