CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1672|Reply: 13

Sejak bila "Korban" disambut dalam Islam?

[Copy link]
Post time 27-10-2007 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Satu soalan aku nak tanya...
Umat Islam sambut Raya Korban kan? Sejak bila?
Kalau orang yahudi..diorang sambut since day 1... but not in the form of KORBAN...
and also they believe that Ibrahim sacrifice isaac ... but not ishmael like the muslim believe..

so soalan aku nak tanya

1. When did the Muslim starts the Practice of KORBAN?
2. Why is it ISHMAEL are the one that were to be sacrifice but not Isaac ( it was written in Torah that it was Isaac) but in Koran it doesnt mention whether it is ISHMAEL or ISAAC but "ABRAHAM SON" so why Ishmael?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2007 02:51 PM | Show all posts
1.Eid al-Adha (Arabic: عيد الأضحى
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 03:09 PM | Show all posts
ia dilaksanakn setelah rasulullah berjaya menakluki kota mekah drp golongan musyrikin, iaitu setelah turunnya ayat yg memerintahkn ibadah korban.

2. ismael yg dikorbankan kerana dia mempunyai kaitan dgn peristiwa ibrahim meninggalkan ismail bersama isterinya hajar di tapak kaabah..cuba anda bc sejarah bagaimana permulaan berlakunya ibadah korban..ni hnya sebahagian yg sy paste drp kisah mereka.

Aidiladha mengandungi kisah sejarah tiga manusia agung, yang sepatutnya di contohi oleh segenap lapisan masyarakat, terutama para pemimpin, ibu bapa dan para remaja, demi membina sahsiah diri dan seterusnya meraih kecemerlangan demi kecemerlangan, yang meliputi aspek jasmani dan rohani, duniawi dan ukhrawi. Bagi diri individu, keluarga dan umat. Demikian juga bagi sesebuah kampung, mukim, daerah-daerah negeri dan negara, semoga segala-galanya dalam keadaan terpimpin, mendapat sinar petunjuk Ilahi, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan, untuk menuju suasana aman dan makmur, penuh kebahagiaan dan keharmonian.

Tiga manusia agung yang di maksudkan tadi ialah : Nabi Ibrahim sebagai bapa, Hajar sebagai isteri solehah yang bertakwa kepada Allah dan ibu penyayang, mempunyai kesabaran luar biasa yang tiada tolok bandingnya dan seorang lagi ialah Nabi Allah Ismail sebagai anak soleh yang berjiwa takwa, berjiwa tawakal hingga sanggup disembelih oleh bapanya demi menjunjung titah perintah Allah azzawajalla.

Nabi Allah Ibrahim sentiasa berdakwah bukan sahaja kepada diri dan keluarganya, malah kepada kaumnya dan orang lain, bukan sahaja di tanahair tempat kelahirannya, bahkan Baginda selalu berpindah-randah, mengajak manusia beriman dan membangun agama. Dalam melaksanakan tugas mulia dan suci ini, beliau menghadapi tentangan yang hebat daripada kaumnya hingga ke peringkat rancangan membunuhnya yang di lakukan oleh Raja Namrud, beliau ditangkap lalu dicampakkan ke dalam unggun api yang marak menyala menjulang tinggi, kesemuanya itu tidak mematahkan semangatnya, di hadapi dengan sabar dan penuh tawakal, Alhamdulillah- Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah kerana beliau adalah khalilullah ( yakni Rasul yang mempunyai hubungan sangat akrab dengan Tuhannya.)

Nabi Allah Ibrahim dilahirkan telah menempa sejarah gemilang, meninggalkan warisan berharga kepada umat Islam seluruhnya, yang terus dinikmati daripada dahulu hingga sekarang, bahkan selagi masih wujud cahaya matahari dan bulan. Ya, Nabi Ibrahim bersama isterinya Hajar dan Puteranya Nabi Ismail , telah meneroka dan membangun Mekah menjadi Kota Suci dan pusat ibadat bagi orang Islam.

Nabi Ibrahim telah membawa isterinya Hajar, bersama Puteranya Ismail yang masih bayi, meredah lautan padang pasir yang luas serta cuacanya yang panas terik waktu siang dan terlalu dingin waktu malam, dari Palestin menuju ke Mekah, yang jarak di antara kedua-duanya lebih seribu batu. Beginilah betapa sulit dan susahnya pada waktu itu, tiada sebarang kemudahan kenderaan seperti yang ada sekarang ini. Kalau ada tunggangan pada waktu itu, mungkin binatang unta yang berjalan seperti kura-kura.

Alhamdulillah, berkat kesabaran serta cita-cita yang menggunung tinggi, akhirnya Nabi Allah Ibrahim a.s. bersama isteri dan anaknya selamat menjejakkan kaki di bumi suci di sisi Baitullahilharam, yang telah wujud sejak jutaan tahun yang silam.

tidak lama selepas itu Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar, menerima satu lagi ujian yang lebih berat. Allah memerintahkan Rasulnya supaya pulang ke Palestin, kerana di sana telah wujud manusia yang ramai, yang perlu terus dipimpin, di beri dakwah serta Tarbiah oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Cuba gambarkan di hati kita saudara-saudara, betapa sedih dan pilunya seorang insan hendak berpisah daripada isteri dan anak yang disayangi. Demikian juga Hajar, betapa derita yang bakal ditanggungnya, kerana di tinggalkan oleh suami tersayang di tempat yang sunyi sepi, tiada manusia, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan, namun ujian yang sangat berat itu di terima oleh Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar dengan penuh rela dan penuh kesabaran.

Sebelum meninggalkan anak dan isteri yang disayangi disisi Kaabah, Nabi Ibrahim A.S telah berdoa yang terakanm dlaam Al-Quran surah Ibrahim ayat 37:

Bermaksud: "Wahai tuhanku, aku telah menempatkan keluargaku disebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tandus, tiada tumbuh-tumbuhan di sana, disisi rumahmu yang diharamkan mencerobohnya. Wahai tuhan kami, (mereka ditempatkan disana) supaya mendirikan solat (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah sebahagian daripada manusia tertarik hati kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke sana), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur.

"Nabi Allah Ibrahim berdoa lagi:Maksudnya: "Wahai tuhanku, jadikanlah (negeri Mekah) ini sebagai negeri yang aman dan sentosa, dan berikanlah rezeki dari pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat diantara mereka."Alhamdulillah, berkat doa Nabi Ibrahim A.S dan berkat ketaqwaan dan kesabaran Hajar, akhirnya telah wujud "Telaga Zam-Zam", yang airnya tidak putus-putus dan Mekah pula mula dikunjungi manusia. Akhirnya Mekah telah menjadi sebuah kota suci yang aman dan makmur, sentiasa dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh pelusuk muka bumi sepanjang tahun, kerana menunaikan umrah, ziarah dan haji.Kemudian sampai ke satu peringkat saudara-saudara, Nabi Ibrahim menerima ujian yang sangat berat iaitu ketika beliau sedang bermesra dengan anak kesayangannya setelah sekian lama tidak bertemu, tiba-tiba beliau diperintahkan oleh Allah supaya menyembelih anak tersebut.

Allah merakamkan kisah simbolik yang amat bermakna dan menyayat hati ini didalam Al-Quran surah As Saffat ayat 102 hingga 108:Bermaksud: "Maka anak itu sampai (kepada kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: " Wahai anak kesayangannku!, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!". Anaknya menjawab: "Wahai bapaku!, jalankalah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar."

Maksud ayat: "Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : " Wahai Ibrahim !, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu !, demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata. Dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yan gbesar dan kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian".

Demikianlah tadi kisah perjuangan dan pengorbanan agong yang dilakukan oleh nabi allah ibrahim dan keluarganya. ..........

mmg patut allah memerintahkan ibrahim menyembilih ismail atas perkaitannya dgn kota mekah...
masa tu isteri pertamanya sarah bersama ishak berada di Palestin, ape kes nk sembelih ishak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 03:14 PM | Show all posts
klu anda ingin memahami sejarah islam, anda perlu membacanya, bergaul dgn org yg tahu mengenainya..
Al-quran adalah panduan dan peringatan, rasulullah diutus utk memberi kefahaman yg lebih jelas lagi ttg islam islam..
utk belajar mengenal islam anda harus menghayati al-quran dan hadis2 nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 03:44 PM | Show all posts
hurm...memang betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2007 03:58 PM | Show all posts
Masalahnya orang yahudi dah comemmorate ibrahim willingness to sacrife isaac beribu tahun sebelum muhammad.... sebelum muhammad? tiada islam? kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2007 05:11 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Urban_Iz at 27-10-2007 03:44 PM
hurm...memang betul
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 05:16 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Urban_Iz at 27-10-2007 03:44 PM
hurm...memang betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2007 05:22 PM | Show all posts
setahu aku ibadah korban bermula dalam islam setelah turunnye ayat al-Quran yang mensyariatkannye..

fasollilirobbika wanhar.. `maka bersolatlah dan lakukanlah korban'- dalam surah kauthar..

bila diturunkan, tidaklah ku pasti..

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by sLapshock at 27-10-2007 03:58 PM
Masalahnya orang yahudi dah comemmorate ibrahim willingness to sacrife isaac beribu tahun sebelum muhammad.... sebelum muhammad? tiada islam? kan..

soalan ni aku tak reti nak explain jawapannye.. takut tersalah faham..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 06:09 PM | Show all posts
Cuba baca kitab taurat tu betul-betul.  Di bawah sebahagian dailog bekas keristian dan seorang muslim.

Q. But the Bible mentions that Isaac was to be sacrificed.

A. The Islamic version states that the covenant between God, Abraham, and his only son Ishmael was made and sealed when Ishmael was supposed to be sacrificed.  On the very same day, Abraham, Ishmael, and all the men of Abraham's household were circumcised.  At that time, Isaac had not even born: Genesis 17:24-27: "And Abraham was ninety years old and nine when he was circumcised in the flesh of his foreskin. And Ishmael his son was thirteen years old, when he was circumcised in the flesh of his foreskin.  In the selfsame day was Abraham circumcised, and Ishmael his son.  And all the men of his house, born in the house, and bought with money of the stranger, were circumcised with him."

A year later, Isaac was born and circumcised when he was eight days old: Genesis 21:4-5: "And Abraham circumcised his son Isaac being eight days old, as God had commanded him. And Abraham was an hundred years old, when his son Isaac was born unto him." So when the covenant was made and sealed (circumcision and sacrifice) Abraham was ninety-nine and Ishmael was thirteen. Isaac was born a year later, when Abraham was one hundred years old.

The descendants of Ishmael, Prophet Muhammad including all Muslims, remain faithful until today to this covenant of circumcision. In their five daily prayers, Muslims include the praise of Abraham and his descendants with the praise of Muhammad and his descendants.

Q. But in Genesis 22 it is mentioned that Isaac was to be sacrificed.

M. I know, but you will see the contradiction there. It is mentioned "shine only son Isaac."  Shouldn't it be "shine only son Ishmael," when Ishmael was thirteen years old and Isaac had not even been born? When Isaac was born, Abraham had two sons. Because of chauvinism, the name of Ishmael was changed to Isaac in all of Genesis 22.  But God has preserved the word "only" to show us what it should have been.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2007 01:37 AM | Show all posts
Tapi di dalam Quran tiada tulis nama, kenapa? Kenapa tuhan tidak tulis nama sedangkan kitab sebelumnya dia tulis nama? kenapa tka tulis terus ISHMAEL...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 10:18 AM | Show all posts
Betul ke nama yang ditulis dalam kitab sebeluj Al-Quran tu wahyu dari Allah?

Kalau wahyu dari Allah, macamana boleh jadi konpius?  Contoh: "shine my only son Isaac" ????

Bukan ke Isaak ada abang nama Ismail?  So mana boleh my only son tu Isaac.  !!!

Kalau shine my only son Ismael tu logic jugak. Sebab masa tu Isaac belum lahir lagi.  Jadi Ismael jadi the only son.


Pikir jer laaa...  baik-baik pikir....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2007 10:52 AM | Show all posts
yup. betul jugak. now aku faham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 1.145703 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list