CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7263|Reply: 57

Menyambut Deepavali

[Copy link]
Post time 7-11-2007 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Fahamilah wahai kaum Muslimin bahawa Allah tidak redha kepada mana-mana agama selain Islam. Rasulullah diutus dengan kalimah "La ilaha illallah" (tidak ada Tuhan selain Allah) yang membawa maksud "La ma'buda illallah" (tidak ada Tuhan yang boleh disembah melainkan Allah). Semenjak Muhammad di angkat oleh Allah menjadi Rasul, maka baginda tidak pernah berhenti mengajak manusia untuk menyembah Allah semata-mata tanpa mensyirikkanNya dengan suatu apa pun. Nabi Sallallahu `alaihi wa Sallam tidak pernah redha terhadap manusia yang menyembah selain Allah dan baginda berusaha berdakwah bersungguh-sungguh agar mereka hanya menyembah Allah yang Satu, walaupun Nabi terpaksa berhadapan dengan penentangan dan penyiksaan yang keras dari golongan musyrikun.



Perlu difahami dengan sejelas-jelasnya bahawa kita umat Islam tidak boleh redha kepada agama selain Islam, kerana Allah sendiri tidak meredhainya. Kita umat Islam tidak boleh redha melihat manusia mempercayai wujudnya tuhan lain (dan menyembah) selain Allah. Allah adalah Tuhan kita, Tuhan bagi semua manusia (termasuk orang-orang kafir) dan Tuhan sekelian alam. Di dalam hal ini, apa yang tidak boleh kita lakukan ialah memaksa mereka untuk memeluk Islam. Tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam tidak bermakna kita boleh redha kepada agama mereka atau kita bermusuhan dengan mereka (kecuali kafir yang memerangi Islam). Ia juga tidak bermakna kita melarang mereka merayakan hari agama mereka. Apa yang haram kepada kita adalah memaksa mereka masuk Islam, sebaliknya apa yang wajib kepada kita adalah berdakwah kepada mereka agar masuk Islam. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita. Kita meyakini bahawa aqidah kita (Islam) adalah satu-satunya aqidah yang benar. Maka kita wajib menerangkan kepada mereka tentang aqidah yang benar ini dan menjelaskan kepada mereka kesalahan aqidah mereka.



Wahai kaum Muslimin! Kita haruslah membezakan sambutan keagamaan dan sambutan yang bukan berlandaskan agama. Sambutan Deepavali berbeza dengan sambutan Hari Kemerdekaan atau Tahun Baru. Deepavali adalah `sambutan agama'. Jika kita kaji sejarah disebalik perayaan ini, kita akan dapati bahawa Deepavali (atau Diwali) di sambut kerana memperingati peristiwa Dewa (Tuhan) Krishna yang telah membunuh syaitan (demon) bernama Narakasura. Diriwayatkan bahawa Narakasura adalah pemerintah sebuah negeri yang bernama Pradyoshapuram. Di bawah pemerintahannya, rakyat menderita pelbagai kesusahan. Dia menzalimi rakyatnya dan menculik wanita-wanita dan memenjarakan mereka di istananya. Melihat kejahatannya, maka Dewa (Tuhan) Krishna lalu turun memusnahkannya dan hari pembunuhan/kematian Narakasura ini diraikan sebagai Deepavali, sebagai kemenangan sebuah kebaikan mengatasi kejahatan. Ada juga beberapa riwayat lain tentang asal-usul perayaan Deepavali. Ada yang berpendapat ia diraikan sempena perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu. Ada juga yang menyatakan hari restu di mana Dewa (Tuhan) Rama kembali ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana dan terdapat beberapa kisah lain lagi. [http://www.abcmalaysia.com/tour_malaysia/deepavali.htm]. Inilah kepercayaan penganut Hindu terhadap Deepavali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2007 10:13 PM | Show all posts
Wahai kaum Muslimin, cubalah fikirkan dengan sejernih-jernihnya tentang mengucap selamat atau menghadiri majlis Deepavali. Bukankah ucapan Selamat Menyambut Deepavali bermakna, "Selamat meraikan hari di mana Dewa (Tuhan) Krishna berjaya membunuh syaitan Narakasura" atau "Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu"!!! Apakah ini tidak terkait dengan persoalan aqidah? Walaupun kita hanya mengeluarkan ucapan `selamat' kepada `individu' yang beragama Hindu, tetapi terfikirkah kita tentang maksudnya dan kepada `siapakah' ucapan itu pergi? Pernahkan Rasulullah mengucapkan selamat untuk Latta dan Uzza atau kepada penyembah-penyembahnya. Pernahkah Rasulullah mengiktiraf agama penyembah Latta dan Uzza dan meraikan perayaan mereka? Adakah Rasullullah berdiam diri (apatah lagi membenarkan) penyembah-penyembah berhala yang mensyirikkan Allah? Pernahkah Rasulullah berkompromi dengan mana-mana kaum Musyrikin dalam masalah aqidah?



Pernah Abdullah bin Salam dan beberapa sahabat yang lain meminta kepada Rasulullah agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan hari kebesaran orang Yahudi (Hari Sabtu) di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka akan keharaman menyertai perayaan seperti itu. Larangan ini dinyatakan dengan jelas oleh junjungan besar kita Muhammad Sallallahu `alaihi wa Sallam dengan sabdanya, "Barangsiapa di kalangan kaum Muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan orang kafir, maka dia itu adalah di kalangan mereka (orang-orang kafir)" [HR Abu Daud, Al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ad-Daruquthni]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2007 10:31 PM | Show all posts
Deepavali or no deepavali esok gue akan tetapkan teruskan projek gue yang udah lama terhenti semasa Ramadhan dulu.....tapi 2 orang pekerja gue masih belum pulang dari Indon lagi sejak dari hari raya lagi. Waduh....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 12:02 AM | Show all posts
kita boleh sentiasa berharap rakan2 india kita sentiasa gembira dan sihat2 saja......di mana saja mereka berada ....tanpa dikaitkan ngan  deepavali.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 12:19 AM | Show all posts
tak payah sibuk sama nak sambut deepavali. sapa ajar kongsi raya ni? byk lagi cara utk pupuk perpaduan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 05:16 AM | Show all posts
cam ne ek... housemate ku tu india.. sambut deepavali!!aritu time raya dia wish kat aku slmt ari raya..
aku nak wish deepavali tapi dah bile baca tadi... rasanaya tak boleh wish lagi..

aku takut nanti dia kecik ati coz aku tak wish kat sier deepavali... perkra yg sama time krismas nanti... aduhhhh cam ne ek???
perlukah aku juz meng ignorekan saja??? aku cuma takut dia kecik ati jer... nanti dia cakap.."aritu aku wish akt dia slmt ari raya... tapi dia tak wish pon aku deepavali..."

or juz wish kat dia cma ni... " Kavita, deepavali ya"... bole ka cam tu???

tapi dipendekkan cerita aku rasa.. aku takkan wish kot...   aku cembunyi dlm bilik jer arrr..

[ Last edited by  zasieka at 8-11-2007 05:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-11-2007 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by zasieka at 8-11-2007 05:16 AM
cam ne ek... housemate ku tu india.. sambut deepavali!!aritu time raya dia wish kat aku slmt ari raya..
aku nak wish deepavali tapi dah bile baca tadi... rasanaya tak boleh wish lagi..

aku ta ...


Kes ini kena berfikiran kreatif sikit. Anda ucapkanlah saja ' semoga anda bergembira di hari ini' atau 'wishing you happiness on your special occassion". Ini mungkin tak salah kerana kita tidak dilarang untuk mengucapkan kegembiraan kepada seseorang tu. Yang dilarang ialah kita ucapkan selamat pada hari tersebut seperti 'Selamat Hari Deepavali' kerana ini memberi pengertian bahawa kita juga turut sama merayakannya.
Teringat cikgu sekolah aku dulu melarang membuat ucapan 'Selamat Pagi cikgu' kerana dia kata pagi tu dah selamat tapi dia tak tentu selamat lagi. So dia suruh kami orang supaya mengucapkan 'Selamat Sejahtera cikgu'....barulah dikatakan mendoakan untuk keselamatan dan kesejateraan untuk diri dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-11-2007 09:28 AM


Kes ini kena berfikiran kreatif sikit. Anda ucapkanlah saja ' semoga anda bergembira di hari ini' atau 'wishing you happiness on your special occassion". Ini mungkin tak salah kerana kita tid ...


Tiada salah kita mengucap begitu, sbb niat kita memupuk perpaduan. Kalau kita bersikap mcm yg u cadangkan, adakah u rasa hubungan antara kaum lebih erat ? Dont think like an extremist. Niat dihati tu yg penting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2007 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by Png_Prince at 8-11-2007 10:05 AM


Tiada salah kita mengucap begitu, sbb niat kita memupuk perpaduan. Kalau kita bersikap mcm yg u cadangkan, adakah u rasa hubungan antara kaum lebih erat ? Dont think like an extremist. Niat d ...


Apakah anda sanggup untuk menggadai akidah anda untuk memupuk perpaduan??
Orang bukan Islam sepatutnya menghormati keyakinan orang Islam yang tidak boleh sama2 merayakan hari perayaan mereka lebih2 lagi yang ada berunsurkan ugama seperti Deepavali. Barulah dengan demikian wujud perpaduan kerana ada persefahaman serta memahami antara satu sama lain.
Berbeza dengan perayaan tahun baru Cina kerana ia tiada unsur2 ugama kerana mereka hanya menyambut kedatangan tahun baru mereka saja. Orang Cina islam pun turut merayakannya dan tiada bantahan dari ulama2 terkemuka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-11-2007 11:49 AM


Apakah anda sanggup untuk menggadai akidah anda untuk memupuk perpaduan??
Orang bukan Islam sepatutnya menghormati keyakinan orang Islam yang tidak boleh sama2 merayakan hari perayaan mereka ...


Saya tak suruh sama2 merayakan perayaan mereka. Tapi, kalau takat wish Happy Deepavali, its nothing wrong. Niat kita ikhlas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2007 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by Png_Prince at 8-11-2007 11:59 AM


Saya tak suruh sama2 merayakan perayaan mereka. Tapi, kalau takat wish Happy Deepavali, its nothing wrong. Niat kita ikhlas.


Wishing them happy deepavali tu sama jugak ler seolah-olah menyambut sama perayaan mereka. Lisan dan perbuatan tidak boleh dibezakan. Begitu juga niat yang baik tidak boleh menghalalkan perbuatan yang haram.

I'm no extremist but only a realist.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-11-2007 12:12 PM


Wishing them happy deepavali tu sama jugak ler seolah-olah menyambut sama perayaan mereka. Lisan dan perbuatan tidak boleh dibezakan. Begitu juga niat yang baik tidak boleh menghalalkan perbu ...


Who said so wishing them happy deepavali same with celebrate with them ? U have an extemist like thinking.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2007 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by Png_Prince at 8-11-2007 12:17 PM


Who said so wishing them happy deepavali same with celebrate with them ? U have an extemist like thinking.


Please refer to post #2 and try to read it with understanding.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 12:32 PM | Show all posts
Pernah Abdullah bin Salam dan beberapa sahabat yang lain meminta kepada Rasulullah agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan hari kebesaran orang Yahudi (Hari Sabtu) di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka akan keharaman menyertai perayaan seperti itu. Larangan ini dinyatakan dengan jelas oleh junjungan besar kita Muhammad Sallallahu `alaihi wa Sallam dengan sabdanya, "Barangsiapa di kalangan kaum Muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan orang kafir, maka dia itu adalah di kalangan mereka (orang-orang kafir)" [HR Abu Daud, Al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ad-Daruquthni]


You should understand, menyertai perayaan agama lain sama sekali berbeza dgn mengucap "Happy Deepavali". Apa yg tertera diatas menharamkan kita menyertai perayaan keagamaan agama lain. Tapi apa yg anda akan rugi takat mengucap Happy Deepavali ? ALLAH maha mengetahui niat sebenar kita. Takat mengucap tu takkan akidah kita dah terpesong ? Kita hidup dgn masyarakat berbilang kaum, takkan takat nak wish pun kita nak buat mcm tu ? THINK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2007 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by Png_Prince at 8-11-2007 12:32 PM


You should understand, menyertai perayaan agama lain sama sekali berbeza dgn mengucap "Happy Deepavali". Apa yg tertera diatas menharamkan kita menyertai perayaan keagamaan agama lain. Tapi a ...


Like i said lisan dan perbuatan tidak boleh dibezakan kerana jika ia bertentangan maka jadilah seseorang itu sebagai munafiq. Begitu juga niat yang baik tidak boleh menghalalkan perbuatan yang haram...got it?
Read again....

  Bukankah ucapan Selamat Menyambut Deepavali bermakna, "Selamat meraikan hari di mana Dewa (Tuhan) Krishna berjaya membunuh syaitan Narakasura" atau "Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu"!!! Apakah ini tidak terkait dengan persoalan aqidah? Walaupun kita hanya mengeluarkan ucapan `selamat' kepada `individu' yang beragama Hindu, tetapi terfikirkah kita tentang maksudnya dan kepada `siapakah' ucapan itu pergi? Pernahkan Rasulullah mengucapkan selamat untuk Latta dan Uzza atau kepada penyembah-penyembahnya. Pernahkah Rasulullah mengiktiraf agama penyembah Latta dan Uzza dan meraikan perayaan mereka? Adakah Rasullullah berdiam diri (apatah lagi membenarkan) penyembah-penyembah berhala yang mensyirikkan Allah? Pernahkah Rasulullah berkompromi dengan mana-mana kaum Musyrikin dalam masalah aqidah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-11-2007 12:42 PM


Like i said lisan dan perbuatan tidak boleh dibezakan kerana jika ia bertentangan maka jadilah seseorang itu sebagai munafiq. Begitu juga niat yang baik tidak boleh menghalalkan perbuatan yan ...


Its their belief, tak semestinya takat i mengucap mcm tu, akidah i dah terpesong? U went to ur Hindu friend house, shake their hands, but rasa berat nak wish ? Common la brader, jangan fikiran extreme. Dengan pemikiran mcm ini la Islam dianggap extremist. Baik gali lubang dan hidup dalam lubang tu senang, takyah bercampur gaul dgn agama atau bangsa lain.  Think positive. Enough said. I have to go.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2007 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by Png_Prince at 8-11-2007 12:49 PM


Its their belief, tak semestinya takat i mengucap mcm tu, akidah i dah terpesong? U went to ur Hindu friend house, shake their hands, but rasa berat nak wish ? Common la brader, jangan fikira ...


I don't go to my Hindu friend's house on deepavali's day 'cause i have no intention celebrating with them. It's their occasion based on their faith and why the hell should i celebrate it too.  

Untuk menggadai maruah dan keyakinan kononnya untuk perpaduan berbagai bangsa maka jawapannya ialah sorry!

Yeah you can go enjoying urself at ur Hindu friend's house while i'm here working and waiting for my customers. No holiday for me today 'cause holiday also mean't celebrating it too.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-11-2007 01:23 PM


I don't go to my Hindu friend's house on deepavali's day 'cause i have no intention celebrating with them. It's their occasion based on their faith and why the hell should i celebrate it too. ...


Better gali lubang dan hidup dalam lubang tu la senang. Easy for u. Pegi rumah depa maksudnya celebrate ke? Nape pemikiran u cetek sangat ? Better jgn buat bisnes dgn bangsa lain atau agama lain. Live in ur own world!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2007 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by Png_Prince at 8-11-2007 01:26 PM


Better gali lubang dan hidup dalam lubang tu la senang. Easy for u. Pegi rumah depa maksudnya celebrate ke? Nape pemikiran u cetek sangat ? Better jgn buat bisnes dgn bangsa lain atau agama l ...


Oohh...so u pergi rumah depa bukan untuk celebrate yer? Cuma minum2,makan2 , berseronok-seronok dan bergumbira sajalah yer??  Heheh....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 06:01 PM | Show all posts
bagi aku...wish x salah.....even bende tu sume bergantung pd niat kita kan....bkn kita ade niat nk merayakan atau ape2 pon kan.....tp bab sama2 rai tu mmg aku setuju 100%...dilarang n ditegah sama skali sbb deepavali ni perayaan agama....mcm pegi rumah mkn2 masa hari deepavali tu samala ngn meraikan bg aku...kalo pegi hari lain bkn time deepavali xpela.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.602215 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list