CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6742|Reply: 0

TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH

[Copy link]
Post time 11-11-2007 03:57 AM | Show all posts |Read mode
TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH KE UNIVERSITI-UNIVERSITI TIMUR TENGAH
(MESIR DAN JORDAN BAGI TAHUN 2007/08)



Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) mempelawa calon yang berkelayakan daripada penuntut Tahun 2 hingga 4 di Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti di Jordan untuk memohon pinjaman pendidikan.


KELAYAKAN MEMOHON PINJAMAN PENDIDIKAN
1. Anak Negeri Kedah Darul Aman seperti takrif berikut :
a. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman DAN;
b. Pemohon dan keluarga bermaustautin di Negeri Kedah Darul Aman
2. Sedang menuntut di tahun 2 atau 3 atau 4 di Universiti Al Azhar, Mesir atau Jordan; (Penuntut Tahun 1 tidak dibenarkan memohon).
3. Lulus dengan pangkat baik dalam peperiksaan setiap tahun pengajian;
4. Belum pernah mendapat bantuan/tajaan mana-mana pihak;
5. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya mendapat pangkat Jayyid Jiddan dan;
6. Lulus Sijil Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred 3B dalam mata pelajaran Melayu, Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin.


CARA MEMOHON
1. Borang permohonan Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan boleh didapati di pejabat Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) di Mesir atau Majlis Pelajaran Kedah Jordan.
2. Sila lengkapkan borang berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan dan keputusan penuh peperiksaan setiap tahun beserta dokumen kelahiran pelajar dan kedua ibubapa yang telah disahkan.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah di Mesir atau Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jordan bolehlah dihantar terus kepada YIKED pada atau sebelum 15 Disember 2007. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi terus ke :

Yayasan Islam Negeri Kedah
No. 56 A, Jalan Telok Wanjah
05200 Alor Star
Tel: 604-7302703
U.P. Tuan Haji Zulkif Bin Hassan, BCK.


Borang permohonan ini boleh dimuat turun di bahagian Muat Turun pada laman web http://www.yiked.gov.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058122 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list