CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5745|Reply: 27

cinta dua mazhab

[Copy link]
Post time 11-11-2007 05:47 AM | Show all posts |Read mode
Salam.

Aku ni ada kemusykilan sikit la. tapi sebenarnya ni bukan problem aku. aku tolong bagi pihak org je. macam ni, aku ada cousin yang memang aku close gila2. tak lama dulu dia bagitau aku yang dia dah bf. aku suka jela kan.. tumpang happy dengan pilihan dia.
then suatu hari... dia ajak aku kuar malam2. aku pun follow je la dan dengar apa masalah dia. dia cite la kat aku.

rupa2nya bf dia ni syiah. dia kata dia tau lama dah, before dia kapel ngan mamat, diorang kawan biasa pun dah lama. masa tau tu dia terkejut tp dia still kawan lagi. sekarang ni dia nak kawen ngan mamat ni, tapi sebelum tu dia penah la try risik2 kat mak dia, apa pandangan mak dia ttg syiah. mak dia (mak su aku) terus direct cakap,"jangan terpengaruh, syiah kapirkan sahabat bla bla bla..." setiap kali dia cuba bawak perbincangan syiah, mak su aku ni mesti cantas habis2an la. macam orang syiah penah pedajal dia ke apa. tapi tak tau la kot maksu aku tu dok selalu dengar ceramah wahabi ke apa pulak. Cousin aku ni tak tau macam mana cara paling halus nak bgtau mak dia yang bf dia skarang syiah. dia tak tau nak citer kat sapa ni sebab drpd bf dia punya citer, kalau dia reveal kan yg bf dia syiah, mesti akan membahayakan nyawa bf dia tu. khabar2nya byk org syiah kena tangkap masuk isa.

so macam mana ye? aku tak tau nak bagi pendapat camana. bagi aku, sunni ke syiah ke sembah Tuhan yang satu, baca Quran yg sama. tapi bab2 akidah ni tak reti la aku nak kasi cadangan. kadang2 bila aku teringatkan dia, aku rasa macam dia ni bercinta dengan org lain agama pulak. sian dia... bukan semua sunni boleh terima syiah. dan cousin aku ni sendiri dalam dilema, perlu ke dia ikut syiah pulak ke, atau stay jadi sunni.

aku tak tau nak tanya sapa dan aku tak tau ada ke ini bod yang betul. aku pun tau yang my cousin tu lagi la dalam dilema, dia takleh nak citer kat sape2 masalah dia tu sebab nanti org akan tau la bf dia syiah. tak pasal2 lak kena tangkap nanti.

tengkyu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2007 06:09 AM | Show all posts

Reply #1 tengku_juh's post

A'kum...

Dari penjelasan awk di atas, jelas menunjukkan awk sendiri tak faham apa itu ajaran Syiah. Sbb itu awk rasa tak salah kalau sepupu awk berkahwin dgn org Syiah. Sbnrnya apa yg Mak Su awk ckp tu mmg betul. Syiah ni mengkafirkan ahli sunnah wal-jamaah. Mereka anggap kita bukan lagi Islam tapi agama lain...

Jika awk faham sejarah Syiah tu sendiri, awk akan tau kenapa Mak Su awk ckp mcm tu. Syiah ni kalau nk diikutkan sudah terkeluar dari ajaran Islam yg sbnr. Mereka masih mengaku mereka Islam tapi bagi pandangan ahli Sunnah Waljamaah, mereka bukan lagi Islam kerana byk ajaran2 dlm mazhab Syiah yg jelas menunjukkan mazhab tersebut sudah terpesong dari ajaran Islam tu sendiri...

Saya menemui satu laman web yang bertajuk 'Mengapa Syiah wajib ditolak'. Awk baca la laman web tu dan fahami isi kandungannya. Ia menerangkan dgn jelas mengapa Syiah WAJIB ditolak oleh ahli Sunni. Kasi la sepupu awk tu baca sekali. Biar dia faham mengapa dia WAJIB menolak cinta pakwe dier tu...

Byk masalah akan timbul kalau berkahwin dgn org Syiah ni... Fikirkan sekiranya mereka berkahwin, apakah mazhab agama bg anak2 mereka nnt? Adakah Sunni atau Syiah? Sepupu awk jugak yg berdosa nnt kerana anak2 dier sesat...

ni url laman web tu - http://members.tripod.com/rasuldahri/articles/kka1_tiga.htm

[ Last edited by  ijad_adiputera at 11-11-2007 06:17 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 06:57 AM | Show all posts
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتِعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ سُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ .
أمَّا بَعْده:

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 08:42 AM | Show all posts

Reply #1 tengku_juh's post

syiah mempunyai akidah lain dari sunni..
sebaiknya ko suruh cousin ko tu tanya kat Pejabat Ugama untk mendaptkn penerangan lanjut mengenai syiah nie..
klu nak sngt kawin dngn bf dia tuh suruh bf dia yng syaih tu masuk sunni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 12:25 PM | Show all posts

Reply #1 tengku_juh's post

sama cam masalah kwn In.....

In paste kt bod MM....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 12:26 PM | Show all posts

Reply #1 tengku_juh's post

sama cam masalah kwn In.....

In paste kt bod MM....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2007 05:21 PM | Show all posts
Thanks bagi yg mereply.

Aku pun baca jugak la sikit sebanyak asal syiah lepas cousin aku citer kat aku.

Ijad_adiputra, link yang ko bagi tu dari ustaz rasul dahri. ustaz tu kan terkenal sebagai pendokong wahabi? aku baca sejarah, sejak dulu2 lagi memang wahabi tu anti dengan syiah. kalau boleh aku nak pendapat orang yang tak menyokong mana2 pihak.

bukan apa, aku penah baca Dr Yusuf Qardawi pun dah penah kuarkan fatwa yang sunni boleh kawin dgn syiah.

aku tak berani nak ngutuk ngata yang syiah ni kapir dsbnya, sebab mereka ni penyokong keturunan Rasulullah saw. Abih tu keturunan Rasulullah saw ni kapir ke? kalau baca sejarah, 4 mazhab utama kita pun belajar dari Imam Jaafar al Siddiq yakni imam syiah. jadi camane tu?

In, kat mana link soalan in tu?

thanks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2007 05:22 PM | Show all posts
Thanks bagi yg mereply.

Aku pun baca jugak la sikit sebanyak asal syiah lepas cousin aku citer kat aku.

Ijad_adiputra, link yang ko bagi tu dari ustaz rasul dahri. ustaz tu kan terkenal sebagai pendokong wahabi? aku baca sejarah, sejak dulu2 lagi memang wahabi tu anti dengan syiah. kalau boleh aku nak pendapat orang yang tak menyokong mana2 pihak.

bukan apa, aku penah baca Dr Yusuf Qardawi pun dah penah kuarkan fatwa yang sunni boleh kawin dgn syiah.

aku tak berani nak ngutuk ngata yang syiah ni kapir dsbnya, sebab mereka ni penyokong keturunan Rasulullah saw. Abih tu keturunan Rasulullah saw ni kapir ke? kalau baca sejarah, 4 mazhab utama kita pun belajar dari Imam Jaafar al Siddiq yakni imam syiah. jadi camane tu?

In, kat mana link soalan in tu?

thanks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2007 12:43 AM | Show all posts

Reply #8 tengku_juh's post

In tak tahu kenapa semua tred yg In buka xde linknya..... semua tred link ni je jadi.....

http://forum3.cari.com.my/frame.php?frameon=yes

xtahu nk buat cmne.....

cuma pegi kat bod M&M dan pd page ke 7... tajuknya SATU KEBUNTUAN....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 09:53 AM | Show all posts
cari maklumat dgn tepat. cuma yg aku diajar masa sekolah dan melihat sejarah..syiah mengangkat Ali r.a lebih tinggi dari Nabi Muhammad S.A.W. dan ada yg mengatakan fahaman syiah menolak terus Nabi Muhammad. Kalu salah sila betulkan aku.

Lagi satu dlm syiah ini ade kawen mutaah (kontrak). dan fahaman mereka menyambut akan menyambut peristiwa karbala dgn menyebat diri mereka sndiri dgn pisau smpai berdarah. bg aku bukan tak baik memudaratkan diri sndiri dan Allah s.w.t sndiri menegahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2007 02:40 PM | Show all posts
In, thanks.

itik_magic, a'ah... yg tu pun aku tau. tapi kan... bila aku baca balik kalau ada je dialog sunni-syiah ni kadang2 ikut logik betul gak hujah2 syiah.

ntah la.. aku lak yg buntu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2007 02:42 PM | Show all posts
In, thanks.

itik_magic, a'ah... yg tu pun aku tau. tapi kan... bila aku baca balik kalau ada je dialog sunni-syiah ni kadang2 ikut logik betul gak hujah2 syiah.

ntah la.. aku lak yg buntu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 02:43 PM | Show all posts

Reply #12 tengku_juh's post

sbb tu perlu Ilmu.....dan kna melihat sejarah. aku pun x tau sngt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2007 03:03 PM | Show all posts
In, thanks.

itik_magic, a'ah... yg tu pun aku tau. tapi kan... bila aku baca balik kalau ada je dialog sunni-syiah ni kadang2 ikut logik betul gak hujah2 syiah.

ntah la.. aku lak yg buntu...
Reply

Use magic Report

tristan99 This user has been deleted
Post time 14-11-2007 03:56 PM | Show all posts
SA,

Saya ni tahu sedikit sebanyak tentang Syiah ni (ade kawan Syiah). Saya tak ada opinion mengenai madhab ini. Macam awak juga, dah lama dah tengok debat antara Syiah-Sunnah. Tak berani saya nak kafirkan mereka. Ustaz saya kat sek. menengah pun tak berani nak kata Syiah to kapiaq.

Sayyidina Ali:
Diaorang panggil  Imam Ali. According to Syiah nak banding dengan Rasulullah (SAW), tak boleh la. Rasulullah (SAW) ni dia leader Sayyidina Ali. Dia tidak menerima wahi seperti Rasulullah (SAW).  According to Syiah also, Rasulullah (SAW) is makhluk yang tertinggi. Tak boleh di banding dengan sesiapa atau apa pun. Hadhrat Jibrail pun tak boleh pergi ke tempat yang Rasulullah (SAW) boleh pergi, contohnya ke Sidratul Muntahar. And Rasullullah (SAW) dia ni maksum, samada masa menerima wahi atau pun masa tidak menerima wahi. Sayyidina Ali ni, diaorang kata, dia Imam, dan pemilihara dan perlaksanakan mesej/sunnah/ajaran Rasulullah (SAW). Tak lebih dan tak kurang daripada itu.

Ashura:
Syiah pukul diri sampai berdarah dengan menggunakan rantai ke pedang ke....masa Ashura (mengingati peristiwa Karbala),  amalan itu tidak debenarkan oleh ramai ulama Syiah. Tetapi biasala, manusia tu manusia juga, kalau dia rasa nak buat dia buat juga. Yang di benarkan takat pukul dada dengan tangan sahaja, untuk express your sympathy for Sayyidina Hussein.

Mutaah:
Kalau perempuan dengan lelaki nak ber-couple, haram, unless kahwin atau ber-mutaah. Mutaah ni bukan untuk seks saja ya. Kena ada persetujuaan(kontrak) antara pihak lelaki dan perempuan, dalam kontrak tu kena tulis, apa batasan (contohnya, tidak boleh melalukan hubungan seksual) dan sebagainya lah. Mutaa ni, according to Syiah people, sesuai untuk masa nak bertunang. Sebeno nye tunang ni pun....adat melayu. Bila dah tunang ramai yang anggap laki dan pompuan boleh pegang tangan etc. Tapi ini masih haram, according to both Sunni ke Syiah. Bezanya, according to Syiah kalau ada kontrak antara lelaki dan perempuan dan lafazkan kalimah tertentu, baru boleh pegang tangan ke apa ke. Kalau dah laki dan pompuan rasa ok, suka sama suka, then patut kahwin. Mutaa ni taraf dia tak sama dengan kahwin. Kahwin ni tinggi dari segi spirituality.

Tapi awas ya, berjaga-jaga ada orang yang menyalahgunakan mutaah ini. Nak rosakkan perempuan. Macam orang suka kahwin ramai lah. Memang boleh, tapi keluarga pertama diabaikan.

Ni bukan apa, nak beri keterangan je sket. Yang nak detail detail tu aku tak tahu lah. Kalau nak mendalami lebih, kena tanya lah sapa yang madhab Syiah ke ulama Syiah ke JAKIM ke JAIS ke .

[ Last edited by  tristan99 at 14-11-2007 03:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 04:38 PM | Show all posts

Reply #15 tristan99's post

tul ...x leh mengkafirkan seseorg dgn mudah.....selagi b'pegang pada rukun iman dan islam dan melakukan rukun2 tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2007 03:21 AM | Show all posts
tristan99,
thanks 4 d info.

tu la pasal. kalau baca sejarah, aku pun buntu. since baca perang jamal lagi aku  dah pelik. nak sokong mana la agaknya kalau aku hidup zaman tu - nak sokong Saidatina Aisyah ke Saidina Ali?

itik_magic,
kadang2 aku perasan ramai gile org benci syiah ni macam diorang tu dah agama lain pulak. ada yang sampai kata darah syiah lagi halal dari darah zionis la apala.. ngeri den...


Eh, macam dah jadi bod MM la pulak. Sorry ye mod.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2007 03:21 AM | Show all posts
tristan99,
thanks 4 d info.

tu la pasal. kalau baca sejarah, aku pun buntu. since baca perang jamal lagi aku  dah pelik. nak sokong mana la agaknya kalau aku hidup zaman tu - nak sokong Saidatina Aisyah ke Saidina Ali?

itik_magic,
kadang2 aku perasan ramai gile org benci syiah ni macam diorang tu dah agama lain pulak. ada yang sampai kata darah syiah lagi halal dari darah zionis la apala.. ngeri den...


Eh, macam dah jadi bod MM la pulak. Sorry ye mod.
Reply

Use magic Report

tristan99 This user has been deleted
Post time 15-11-2007 05:33 AM | Show all posts
Salamun Alaykum (SA)

Ya, ramai dari golongan kita ni suka kafirkan dan halalkan darah Syiah. Entah kenapa. Ulama besar meraka sekarang, seperti Sayyid Ali Khamenei (dia ni Ayatollah rasanya, atau Imam ke apa ke, tapi the big one lah) menggalakkan Syiah ber-salat bersama sunni (berjemaah) untuk menyatupadukan Islam. Mereka menganggap Sunni tu Islam lah, bukan kafir. Kalau kafir mengapa diaorang (Iran) support Hamas? Mungkin hal Syiah-Sunnah ni besar kat Malaysia dah Saudi je kut. Kat Iraq, Lebanon, Palestine, takde la jadi hal besar sangat.

Tapi bab Syiah Sunnah ni tak berapa relevan sekarang. Yang relevan, BF your cousin tu baik ke orang nya? Tahu ke dia ahkam masa "bercouple" ni? Yakni, main pegang2 tangan je, kira tak elok lah kalau tak ada mutaah ke apa ke. Tak semestinya dia Syiah maknanya dia baik atau sebaliknya. Ada yang Syiah tapi tak habis2 nak mutaah. Bukan untuk nak get to know the girl better, tapi nak rosakkan je.

Jangan salah faham yek, bukan nak kutuk Syiah ataupun BF your cousin tu, tapi just becareful.

Kalau dia tu orang baik, baiklah dia samada dia Sunni ataupun Syiah.

P/S Sunni pun ada juga kahwin kontrak, misyar namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 09:33 AM | Show all posts

Reply #18 tengku_juh's post

sejarah telah berlalu.....para ulamak sepakat kedua2nya x bersalah krn masa tu anasir fitnah sngt berleluasa. aku pun hnya membaca peringkat permukaan tp menyelami dsrnya. pengeseran ini mencetuskan perang saudara pertama dlm islam (walau x jd perang). mksudnya mcm mna pun pertelagahan sesama Islam mesti berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Dan jika dilihat pada thun2 ini berlakunya permainan politik dan tipu helah.

sebab tu fitnah sngt bhya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.488831 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list