|
Apakah salah bagi org Islam yg menyambut perayaan Christmas even though x ke arah ke agamaan cuma membeli hadiah utk k'ga dan teman2.
Selain dari itu turut menghiasi rumah dgn X'mas tree dan lain2 x'mas decoration?
Esp. yg berkahwin dgn org asing dimana keluarga di seblh pihak lagi menyambut Christmas secara besar2an.
Saya sekadar ingin tahu dan musykil setelah mendengar berbagai pendpt.
Saper2 yg ada hujah yg lebih baik serta hadis...silakan beri pendapat. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
anwar ibrahim menghormati perayaan hindu dgn mengucapkan Hepi Deepavali & memakai pakaian sempena menghormati Deepavali. so mungkin ada kena mengena dgn isu cristmast, deepavali, wesak day etc. harap para ilmuan dpt memberikan penjelasan berkenaan hal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku percaya bahawa Nabi Isa adalah salah seorang rasul yang diutuskan oleh Allah untuk membawa risalah kebenaran kepada umat yang telah menyeleweng khususnya bani Israel. Walaupun tarikh sebenar kelahiran nabi Isa dipertikaikan dan diperselisihkan namun telah disepakati bahawa ia adalah antara didalam bulan Disember (berdasarkan tarikh Syamsiyah) justeru ketika inilah aku juga merasakan perlu untuk menzahirkan rasa kegembiraan ku. Ketika inilah jika ada cuti maka aku akan membawa keluargaku jalan-jalan cari makan dan berkelah-kelah di tempat2 favourite ku. Jika ada rezeki lebih maka aku akan memberi sedekah kepada orang2 yang memerlukannya.
Mempercayai kelahiran nabi Isa as adalah mempercayai juga bahawa beliau sebenarnya adalah manusia juga yang diberi kelebihan dan mukjizat dan bukannya Tuhan seperti yang dipercayai oleh orang2 Kristian. Tuhan tidak akan dilahirkan dan inilah kesilapan yang dipercayai oleh orang Kristian.
SELAMAT BERGEMBIRA DI HARI KELAHIRAN NABI ISA DAN SESUNGGUHNYA RAHMAT ALLAH MELIPUTI SEKELIAN ALAM DAN DI SETIAP MASA. MERRY CHRISTMAS AND HAPPY SCHOOL HOLIDAYS. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Christmas berasal dari sambutan kelahiran matahri di zaman manusia menyembah matahari.
25 December adalah bersamaan selepas dari winter soltis iaitu apabila waktu siang bertambah panjang di hemisfera utara.
oleh sebab matahari bagi manusia zaman dahulu ni macam keramat dan tuhan, hari-hari gelap semasa musim winter ni dianggap kehilangan tuhan. dan bila cahaya matahari mula nak bertambah ia disambut sebagai kelahiran matahari. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu saya Christmas tu...sempena hari kelahiran Nabi Isa (Christ)..apa pulak sembah matahari? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sisqeen's post
tu zaman sebelum nabi isa... bila orang greek dan rom masuk keristian, semua diubah ikut agama sembah matahari. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sisqeen's post
Sebenarnya orang kristian sendiri tidak pasti sama ada 25/12 tu hari kelahiran nabi Isa atau tidak. Ada yg mengatakan 25/12 adalah hari nabi Isa disalibkan. Apa yg dikatakan Ibnur ada juga kebenarannya...
"The date of December 25th comes from Rome and was a celebration of the Italic god, Saturn, and the rebirth of the sun god.
This was done long before the birth of Jesus.
It was noted by the pre-Christian Romans and other pagans, that daylight began to increase after December 22nd, when they assumed that the sun god died.
These ancients believed that the sun god rose from the dead three days later as the new-born and venerable sun.
Thus, they figured that to be the reason for increasing daylight."
Apabila orang2 Rom ni masuk kristian mereka masih meneruskan adat tradisi lama (sebelum kristian) untuk menarik golongan lain (pagan) supaya masuk kristian.
"In short, the Romish church told all of these pagan cultures, "Bring your gods, goddesses, rituals and rites, and we will assign Christian sounding titles and names to them." |
|
|
|
|
|
|
|
British Encylopedia dan American Ensyclopedia turut menyatakan bahawa 25 Disember bukan hari lahir Nabi Isa.. |
|
|
|
|
|
|
|
so boleh ke tak boleh turut menghormati Krismas dgn memakai topi krismas, sebagaimana yg dipakai oleh pekerja2 Tesco & Giant yg beragama islam tiap kali Krismas? |
|
|
|
|
|
|
|
Isu di sini bukannya nak mengetahui tarikh sebenar kelahiran nabi Isa tapi isunya ialah wajarkah kita juga turut meraikan kelahiran Nabi Isa. Dikalangan orang2 Kristian sendiri mempunyai berbagai pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi Isa namun mereka akhirnya telah sepakat demi perpaduan untuk agama mereka. Mereka akhirnya telah menetapkan satu tarikh yang boleh berkongsi sama merayakannya. Tarikh tidak penting tapi semangat dan penghayatan itulah yang lebih diberi perhatian. Kalau sekiranya kerajaan memberikan cuti 6 Januari (Sebelum itu dan masih pada hari ini dalam agama Kristian Timur, tarikh lahir Jesus secara umumnya dirayakan pada 6 Januari sebagai sebahagian perayaan Theophany) maka sewajarnya kita mengambil kesempatan tersebut untuk turut merayakan ia juga.
Kita umat Islam pun mempunyai pendapat yang berbeza tentang kelahiran Rasulullah saaw iaitu antara 9 Rabiulawal, 12 Rabiulawal dan 15 Rabiulawal, namun akhirnya menetapkan 9 Rabiulawal sebagai tarikh diraikan bersama seluruh umat Islam. Alangkah malangnya umat islam yang dilihat berpecah jika merayakan ia mengikut tarikh2 yang berbeza. Dari itulah Imam Khomeini menetapkan antara 9 dan 15 Rabiulawal dijadikan sebagai hari perpaduan umat Islam seluruh dunia tidak kira apa mazhab. Rayakanlah ia mengikut mana-mana tarikh yang sesuai dengan keadaan negara tersebut melainkan yang bermazhab wahabi saja yang menolaknya kerana dikatakan bidaah sesat dan boleh masuk neraka.
Sewajarnya kita mengambil peluang cuti umum 25 Disember sebagai hari peringatan bahawa Nabi Isa pernah dilahirkan untuk membawa risalah kebenaran dari Tuhan. Waktu ini kita boleh merayakannya dengan mengadakan jamuan2 dan ceramah2 tentang kebenaran yang sebenar siapa Nabi Isa dan mengkisahkan sejarah2nya yang asli mengikut al-quran. Waktu ini juga ada kesempatan anak2 di ceritakan kisah2 sejarah Nabi Isa yang sebenarnya disamping seluruh keluarga dapat bersama kerana cuti.
Sekadar untuk pengetahuan.....terdapat juga dikalangan penganut Kristian yang menolak perayaan Krismas ini kerana bagi mereka ia juga adalah perbuatan yang diada-adakan dan tidak mengikuti ajaran Kristian yang sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 20-11-2007 03:46 PM
so boleh ke tak boleh turut menghormati Krismas dgn memakai topi krismas, sebagaimana yg dipakai oleh pekerja2 Tesco & Giant yg beragama islam tiap kali Krismas?
Memakai topi krismas itu adalah meniru sebagaimana orang Kristian merayakan hari tersebut. Ia terdapat dalam kepercayaan agama Kristian dimana pada asalnya adalah dari kisah St.Nicholas atau Santa Claus yang membuat kebajikan pada hari tersebut dan menjadi satu tradisi dalam merayakan Krismas.
Mengapa tidak kita merayakan hari kelahiran Nabi Isa mengikut budaya kita sendiri? Perayaan ini kita samakanlah juga macam sambutan perayaan hari-hari penting kita spt hari jadi atau hari ulangtahun perkahwinan dsbnya. Jangan kita kaitkan dengan keugamaan dan menganggap ia sebagai satu ibadah sudahlah....nanti sure puak2 wahabi akan anggap sesat pulak dan boleh masuk neraka nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
For advance reading....
Pemerian yang terperinci mengenai kelahiran Jesus terkandung dalam Gospel Matthew (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 90 Masihi) dan Gospel Luke (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 100 Masihi). Terdapat juga banyak perdebatan tentang perincian-perincian kelahiran Jesus di kalangan cendekiawan Kristian, dengan sebilangan cendekiawan mendakwa bahawa mereka tahu dengan tepat, baik tentang tahun mahupun tentang tarikh kelahiran dan/atau kematiannya.
Pemerian kelahiran Jesus dalam Gospel Matthew dan Luke tidak menyebut tarikh atau tahunnya. Dalam agama Kristian Barat, perayaan diadakan secara tradisi pada musim liturgiKrismas, iaitu pada 25 Disember, suatu tarikh yang dapat dikesan sehingga seawal 330 Masihi di kalangan orang-orang Kristian Rom. Sebelum itu dan masih pada hari ini dalam agama Kristian Timur, tarikh lahir Jesus secara umumnya dirayakan pada 6 Januari sebagai sebahagian perayaan Theophany juga dikenali sebagai perayaan Epiphany. Perayaan Theophany ini memperingati bukan sahaja kelahiran Jesus, tetapi juga pembaptisannya oleh John di Sungai Jordan dan mungkin juga peristiwa-peristiwa lain dalam kehidupan Jesus. Banyak cendekiawan memperhatikan bahawa pemerian kegiatan gembala-gembala dalam Gospel Luke menunjukkan tarikh musim bunga atau musim panas untuk kelahiran Jesus. Mereka meneka bahawa tarikh perayaan telah dipindah sebagai suatu percubaan untuk menggantikan perayaan Saturnalia Rom (atau lebih khusus, hari jadi Sol Invictus, dewa pagan).
Pada tahun ke-248 dalam eraDiocletian (berdasarkan naik takhta Diocletian di Rom), Dionysius Exiguus mencuba menentukan bilangan tahun sejak kelahiran Jesus, dan mendapat angka 753 tahun selepas pengasasan Rom. Dionysius kemudian menetapkan tarikh kelahiran Jesus sebagai 25 Disember1 ACN (untuk "Ante Christum Natum", atau "sebelum kelahiran"), dan menetapkan 1 Masihi (1 AD) untuk tahun yang berikutnya. Dengan itu, sistem penomboran tahun yang dikira dari tarikh kelahiran Jesus diasaskan: Anno Domini (yang diterjemahkan sebagai "dalam tahun Tuhan kami"). Sistem ini menyebabkan tahun Dionysius Exiguus itu menjadi tahun 532 dan hampir dua abad kemudian, sistem ini diterima dan menjadi kalendar utama dalam tamadun Barat, disebabkan perjuangan lanjutan oleh Bede.
Bagaimanapun, berdasarkan gerhana qamari yang dilaporkan oleh Josephus, tidak lama sebelum kematian Herod Agung (yang memainkan peranan utama dalam pemerian Matthew) serta juga pemahaman yang lebih tepat tentang pewarisan Maharaja-maharaja Rom, kelahiran Jesus harus merupakan tahun pada atau sebelum 4 SM. Menghadapi lagi kurang sumber-sumber dan juga kini lagi jauh daripada masa pengarang-pengarang Wasiat baru, penentuan tarikh kelahiran yang lebih boleh dipercayai adalah sangat susah.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jesus_Christ |
|
|
|
|
|
|
|
topi krismas atau pakaian santa claus itu syiar agama kristian ke? jika ya, maka kita tidak boleh pakai. masalah ini sama seperti memakai rantai salib.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa faedahnya nak pertahan 25 disember utk sambut hari kelahiran nabi isa a.s.???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 ibnur's post
Ya setuju. Kalau orang Kristian sendiri tak pasti dan berbantah2, kenapa kita pula yg sebok nak sambut krismas. Saya ada terbaca bahawa Prof Hamka mengatakan sambut krismas tu haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun keliru dan tak nampak keperluannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sisqeen at 20-11-2007 09:20 AM
setahu saya Christmas tu...sempena hari kelahiran Nabi Isa (Christ)..apa pulak sembah matahari?
ikut logiknya kalau sambut maulud dibolehkan menyambutnya besar-besaran maka apa salahnya umat Islam buat upacara menyambut kelahiran nabi2 lain selain Nabi Muhammad SAW?
bukankah Nabi Isa, Nabi Musa itu juga Nabi utusan Allah. tapi adakah upacara sambutan ini pernah diajar oleh Rasulullah? |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika Rasulullah tinggal diMadinah beliau berjiran dengan orang2 Yahudi dan Nasrani ni; tapi tak pernah dengar beliau bersama2 menyambut perayaan mereka. Selama ini tak pernah terjumpa ada hadith tentang hal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana dengan kirim kad ucapan chrismas pada mentua adik beradik. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat menyambut nak hormati jiran/ saudara kristian apa salahnya, asal jangan sampai etika* perayaan pun diikut udah
*cthnya; pakai baju santa, nyanyi cam choir, |
|
|
|
|
|
|
| |
|