CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3372|Reply: 21

35 Orang Warga Cari.com Diperlukan ! Daftar Segera !

[Copy link]
Post time 21-11-2007 03:03 PM | Show all posts |Read mode


35 orang warga Cari.com yang amat prihatin diperlukan untuk merealisasikan satu lagi aktiviti ibadah yang sangat-sangat dituntut dalam agama islam. Iaitu ibadah qurban.

Setiap seorang akan menyumbang RM10 Sahaja. 35 orang akan melengkapkan satu bahagian RM350. Cari.com akan menerima satu sijil penghargaan dari muslim aid kerana turut serta dalam aktiviti qurban (sedekah).

Hanya 35 orang diperlukan. Jangan berlengah lagi, jadikan Raya Haji anda pada tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini. Orang lain hanya solat sunat hari raya, tapi kita ade extra dengan menyumbang untuk melaksanakan ibadah qurban.

Apa lagi yang ditunggu-tunggu ? Hanya RM 10. InsyaAllah.

Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Cepat ! 35 orang sahaja. Sesiapa yang terbaca dan terlintas hatinya untuk menyumbang, usah ragu2. Setiap amal yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah, cuma kita tak sedar waktunya bila.

Membantu orang lain dalam kesusahan, insyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kita seharian.


Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."(Hadis riwayat Thabrani)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Program Qurban For Life (Q4L) telah 17 tahun dilaksanakan oleh rangkaian Muslim Aid dan pengagihannya telah dihantar hampir ke seluruh dunia Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti di Acheh. Afganistan, Afrika, Palestin, Lebanon, Iraq, Pakistan, Kashmir, Kemboja dan lain-lain.

Bertemakan Sedekah dari Rakyat Malaysia untuk masyarakat dunia, Muslim Aid Asia, sebuah organisasi bantuan dan pembangunan antarabangsa yang bekerja keras membasmi kemiskinan dan mengurangkan penderetiaan dikalangan masyarakat termiskin didunia. Menerusi program ini, Muslim Aid Asia telah melaksanakan ibadat qurban dengan pendekatan teknologi dan sistem pengagihan yang teratur agar manfaatnya dapat dirasai masyarakat Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Malaysia, daging daripada ternakan yang dikorbankan hanya dinikmati oleh masyarakat setempat dan penerimanya bukanlah mereka yang betul-betul kelaparan, malah masyarakat mewah dan sederhana turut menerimanya.

Hubungi - Hanif Nordan 017-3297123 ( SMS pun saya layan ), Then sms bagi tau dari cari.com. Submit untuk berapa Unit.
Emailkan juga ke [email protected]. Saya sukarelawan muslim aid. saya bekerja di UM. Sekiranya ada masalah, boleh hubungi mana2 pihak yang berkaitan sama ada pihak muslim aid sendiri or mana2 sahaja.

Bank in ke akaun

Maybank - Hanif Bin Nordan 1660-1007-4403
CIMB      -  Hanif Bin Nordan 1215-0069-4195-28

Terima Kasih.

Muslim Aid

http://youtube.com/watch?v=eQeA9OzqIWM

http://youtube.com/watch?v=LgvzIuTTGZA

Baik, Dah ade ahli Cari.com yang menyumbang.

1) 1 Unit. - RM10
2) 1 Unit - RM 10
3) 2 Unit - RM 20
4) 1 Unit - RM 10
5) 2 Unit - RM 20

Ada lagi 28 Unit tinggal.

Saya juga ada membuat kutipan di dua forum ini..

Ittutor.net
Putera.com

Saya tak paksa anda memberikan sumbangan. Terpulang pada pemikiran waras anda semua.

Website

http://muslimaidasia.com
http://donateforummah.blogspot.com
http://www.sedekahjariah.com

Sila hubungi no ini untuk keterangan lanjut.

03-22881996 ( Pejabat Urusan Muslim Aid Asia di Malaysia )

Jadikan raya qurban kali ini penuh makna.

[ Last edited by  slaughters at 23-11-2007 04:17 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2007 03:15 PM | Show all posts
betul ker nieh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 03:16 PM | Show all posts
betul ker nieh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 03:18 PM | Show all posts
nak daftar mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 03:22 PM | Show all posts
boleh caya ke....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 03:35 PM | Show all posts
entah ye..cam leh caya ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2007 03:38 PM | Show all posts
eh??... ade link direct ke page tu tak yg ade pasal sumbangan ni ... aku cari x de la...



http://muslimaidasia.com/component/page,shop.product_details/flypage,shop.flypage/product_id,19/category_id,10/manufacturer_id,0/option,com_virtuemart/Itemid,26/
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 03:46 PM | Show all posts
bodohnya rupe,buat muke tercengang2..mcm nak mintak jolok duit rasuah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 11:32 AM | Show all posts
mmg betul lah..!! mcm mana nak join??? terus masuk ke mbb ke??
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 11:41 AM | Show all posts

Reply #7 carold's post

kalau kat sini, nama tuan tanah ni kategori org baru tapi kalau kat putera, nama dia popular gak .
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 12:03 PM | Show all posts

Reply #11 kubong's post

sy pun dah pernah baca tuan punya thread masa derma utk masjid terbakar ari tuh kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2007 04:11 PM | Show all posts

Reply #12 zamnie's post

Ye, itu saya la tu, tapi tu masjid ke, saya rasa tu madrasah ar rashid kat kelang tu yang terbakar...

Hehe, takpe la.. same aje. Saya gunakan konsep yang sama. Terpulang a pada semua.

Masing2 ada perndirian masing2, and masing2 ada cara masing2 untuk mendekatkan diri pada Allah. Terpulang, Saya hanya niat nak bantu anda semua, menunjukkan jalan..

pada sapa2 yang tak nampak jalan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2007 04:24 PM | Show all posts

Reply #10 zamnie's post

Ye, masukkan ke akaun maybank or BCB, kalau ade masalah, boleh datang jumpe saya sendiri di UM. Takde masalah. Saya kerja di UM. Jangan lupe sms pada saya, jumlah unit yang disubmit serta dari group cari.com. InsyaAllah.

email saya, [email protected]

Saya nak  ucapkan terima kasih pada yang memberikan sumbangan tanpa banyak soal. Sebab mende ni memang la, kadang2 memang susah nak percaya, sebab banyak kes tipu, saya dah cuba yang terbaik. Jadi terpulang pada kita semua.

[ Last edited by  slaughters at 23-11-2007 04:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 04:44 PM | Show all posts


Mengikut apa yang aku dengar dari orang tua-tua,dia kata korban bagi lembu boleh kepada 7 bahagian. Betul le tuuu....orang muda-muda pun cakap macam itu TETAPI.....

Yang tak syoknya,dia kata, lembu itu digunakan untuk meniti titian sirat. 7 orang pada 1 lembu. Kau bayangkanlah kalau mengikut orang tua-tua 1 lembu dipacu oleh 6 + 35 = 41 orang untuk meniti titian sirat itu,barulah betul!

Bengkok lembu itu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2007 12:54 AM | Show all posts

Reply #15 Amir's post

macam2, hehe..

kalau nak ikutkan pada cerita nie, maka kita kene azam untuk lakukan korban sekor lembu agar memudahkan kita meniti titian sirat tu nanti.( saje je gurau ).

Ok, masih ada lagi ruang kosong untuk beramal.

Pada sape2 yang berminat untuk mengambil satu bahagian RM350 pun boleh, or kalo nak ambil 7 bahagian sekaligus pun boleh diuruskan.

Aqiqah, sedekah pun boleh diuruskan. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2007 12:57 AM | Show all posts
Baik, untuk pengetahuan anda semua, memang muslim aid takda buat kutipan untuk unit2 nie, tapi saya sengaja bahagikan satu bahagian kepada 35 Unit agar umat islam yang kurang berkemampuan seperti kita dapat belajar and merasai bagaimana konsep qurban dilakukan.. dan didoakan agar mereka2 yang menyertai agar dapat menyumbang 1 bahagian penuh kelak.

Perlahan2 la didik diri ke arah menjadi insan yang menyayangi sedekah, amalan yang amat dituntut. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2007 07:48 AM | Show all posts
erm.. cam nak join jew.. tapi tak faham lar.. remaja bawah umur leh masuk tak?   lagi pun RM10 jew, daripada habis bukan2 waktu cuti, menderma lagi baik..

"Sebaik-baik amalan adalah bersedekah.."

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 10:45 AM | Show all posts
good boy kroit... moga pmr dapat 9a ko nantii..
aku nk join tp cmner nk hntr duit? selain dr maybank?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 02:35 AM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 24-11-2007 07:48 AM
erm.. cam nak join jew.. tapi tak faham lar.. remaja bawah umur leh masuk tak?   lagi pun RM10 jew, daripada habis bukan2 waktu cuti, menderma lagi baik..

"Sebaik-baik amalan ad ...


Takde masalah dengan bawah umur ke tak, janji kita faham konsep die, iaitu sentiasa menyayangi amalan sedekah dan memperbanyakkan amalam sedekah.

Cuma apa yang saya lakukan ini adalah untuk menunjukkan bahawa cara untuk kita melakukan sedekah itu pelbagai. dan kita boleh perluaskan lagi sedekah kita itu. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui mana yang benar dah salah, dan perhitungan Allah terhadap amalan setiap hambaNya di akhirat nanti tepat. Seandainya apa yang saya anjurkan ini salah ataupun mempunyai niat yang terpesong, sudah tentu Allah akan beri balasan yang setimpal kepada saya.

Ok, pada yang lelaki, boleh biasakan diri dengan sedekahkan RM1 pada tiap2 kali solat jumaat di masjid.
Kemudian meningkatkan dengan membiasakan sedekahkan RM1 pada tabung tiap2 masjid or surau yang kita ziarahi.
Seterusnya berazam untuk menambahkan jumlah yang disedekahkan, InsyaAllah, sekiranya kita mempunyai azam untuk menyumbang lebih banyak, Allah ta'ala pasti akan mengetahuinya dan memberikan kita jalan agar kita dapat menyumbang dengan lebih banyak samada dengan memberikan limpahan rezeki kepada kita. InsyaAllah.

Segala yang baik hanyalah dari Allah.

p/s : saya masih mencari surau2 or masjid2 yang mana tidak mempunyai dana bantuan tetap dari mana2 organisasi. Untuk diuruskan bantuan. hubungi saya di talian di atas, sms pun saya layan. Selain dari maybank, saya ada CIMB, Bank islam, Muamalam, Bank Pertanian ( dah tak pakai lame ) BSN. tapi aktif just CIMB dan Maybank, BSN, itu aja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 09:50 AM | Show all posts
adat lah tuh encik hanif , bila nk wat sesuatu yg baik jer, ramai yg pertikaikan ..

smoga usaha encik hanif dan kiter semua mendapat keberkatan dari-Nya ..

p/s: dah ada tambahan unit belum? meh kiter promote ramai2..up
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.160604 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list