View: 3580|Reply: 21
|
Aurat Isteri Tanggungjawab Suami
[Copy link]
|
|
Bicara Agama
Aurat isteri tanggungjawab suami
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN:
ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?
JAWAPAN:
RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.
Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).
Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.
Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.
Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.
Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.
Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.
Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.
Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).
Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acura at 7-12-2007 07:26 AM
Bicara Agama
Aurat isteri tanggungjawab suami
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN:
ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan ...
Terima kasih kerana sudi menyiarkan ulasan..:handshake: :victory: :flower: |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka ni pemimpin negara Islam bersama isteri atau pemimpin beragama Islam ? Tetapi engkar mengikut suruhan Allah dalam syariat yang telah ditetapkan oleh NYA? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 mamicun's post
Kita rakyat biasa je . Mana boleh tegur Pemimpin ? Lagi pun suami mereka dah benarkan ? Buat apa nak pikiaq berpusing-pusing ? |
|
|
|
|
|
|
|
macamanelah bala' tak datang kalau suruhan di langgar? Allah kalau dah murka tak turunkan bala' kat orang yang buat maksiat tu jer, tapi untuk seluruh kawasan.. jadi secara automatik para mufti yang ada lebih ilmu agama dari aku nih kenelah tegur secara ilmiah, kat pak pemimpin kita ni agar berlaku perubahan... yang pelek, kenapa permaisuri agung yang lebih muda dari meka boleh pula nak bertudung...
sekadar perbincangan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Tok imam sekarang dah letak underscore pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 saya terfikir, pemimpin kita org yg berpengetahuan ugama yg tahu hukum halal haram, tetapi kenapa isteri tak bertutup aurat..nak je tanya ader ke dlm kitab mana2 tak pe tak tutup aurat..sbb saya sendiri yg naif psl ugama sentisa mak n ayah nasihatkan pasal aurat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 mekma's post
tapi yg silapnya kita gak yg terus menerus memilih pemimpin yg mcm nih utk memimpin sebuah negara Islam!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalu paler betututp mane blh nak bersosial
leceh sbb nak jimat mase sarong tudong kan takes time
derang bini pemimpin ni terkejar sane sini so panas la
pastu nanti tak nampak plak emas kat telinger dan leher dan
juge labuci mengelip kat leher baju kalu yg pakai rambut palsu plak
tu dah di kire bertudong la tuh huu huu
satu lagi suami dorang tak kesah apesal rakyat nak kecoh prrfhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kes kawan kerja saya..dia memang bising bila org kat tempat kerja pakai tudung, tapi bila keluar jln2 tak pakai..ari tu dia bising2 kat saya, sbb dia terserempak dgn budak tu kat luar tak pakai tudung, " si N tu gi jln tak pakai tudung pun, kalu kat kawasan rumah tak pe ler, aku cukup menyampah dgn org mcm tu" saya diamkan je tetapi dlm hati saya berkata (sbb masa umah dia buat open house dia tak pakai pun tudung n kat kaw umah pun tak betudung) nak bising psl org, diri sendiri pun hampehhh,
org mcm ni ke dipanggil munafik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekma at 7-12-2007 10:25 AM
teringat kes kawan kerja saya..dia memang bising bila org kat tempat kerja pakai tudung, tapi bila keluar jln2 tak pakai..ari tu dia bising2 kat saya, sbb dia terserempak dgn budak tu kat luar ta ...
depan ipar duai pun tak pakai tudung sebab sangka mrk 'kaum keluarga'. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekma at 7-12-2007 09:26 AM
kadang2 saya terfikir, pemimpin kita org yg berpengetahuan ugama yg tahu hukum halal haram, tetapi kenapa isteri tak bertutup aurat..nak je tanya ader ke dlm kitab mana2 tak pe tak tutup aurat..s ...
Kenapa para ISTERI tak tutup aurat???
1. Suami tak ambil berat perihal aurat isteri (jd....dier tak suruh or marah)
2. Isteri degil or enggan
3. Suami isteri yg memandang ringan akan ISU Aurat ini
4. didikan dari kedua ibubapa
5. merasakan diri mereka TIDAK BERSEDIA lagi (nanti tak bley nak pi disco, dancing dancing...pergi Bollywood, tengok wayang etc)
6. tidak mendapat taufiq n hidayah
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
itu yang kita nampak bab aurat
kalu bab lain2 yang bkaitan agama
contohnya solat????
wallahualam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Hi_fi's post
Yang jelas aku tak nampak siapa nick kau yang sebenar. Kerana asyik bertukar newbie :@ |
|
|
|
|
|
|
|
menjadi lumrah manusia suka pada kecantikan..
yang dah cantik nak tunjuk kecantikanya...
yang tak cantik nak tujuk juga apa kurang dirinya....
nak cari calon isteri... yang selalu di utama kan ada lah kecantikan...
nak cari boyfriend pun kena tunjuk kecantikan juga...
oleh itu ... aurat jadi pekara penting untuk kecantikan dan menaikkan apa yang patut...
bertudung pun dah jadi fesyen.. untuk di peragakan bukan lagi tuntutan agama
mustahil orang yg mengakui dirinya islam tk tahu menutup aurat itu adalah wajib...
sedangkan penganut agama lain tahu atas pekara ini.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|