View: 4835|Reply: 30
|
Isu Pemakaian Gelang Magnetik [merge + salimrock]
[Copy link]
|
|
Subject: RE: Ada rujukan lain??
Waalaikumussalam,
Berhubung persoalan gelang ini, berikut ana kutip soal jawab dari forum al-ahkam :
Assalamualaikum w.b.t
saya ingin bertanya, apa hukum lelaki memakai gelang magnet??.
1. Bukan ke lelaki haram memakai gelang?
2. Jika ditinjau, pd zaman Rasulullah s.a.w juga telah wujud pemakaian gelang utk tujuan kesihatan kononnya utk elak rasa panas dll. namun, Rasulullah s.a.w telah melarang perbuatan ini. Masalahnya, jika gelang magnet dikatakan mmg mempunyai manfaat utk kesihatan, maka boleh ke memakai gelang magnet utk kesihatan?
[ Sehingga skrg sy tidak menjumpai rujukan yg m'yakinkan sy ttg manfaat gelang magnet ni, melainkan drpd penjual2 gelang magnet sendiri]
3. Jika terbukti secara sainstifik gelang magnet mempunyai manfaat kpd pemakai nya, adakah hukum haram lelaki memakai gelang boleh berubah menjadi harus?.
4. Adakah memakai gelang magnet merupakan bentuk tasyabuh[penyerupaan] kpd agama lain juga?.
al-Jawab (thtl):
1. Benar, kerana gelang adalah perhiasan perempuan.
2. Kami tidak menemui akan kisah keujudan gelang di zaman Nabi SAW dan larangan baginda memakainya. Kami juga tidak menemui suatu kajian yang saintifik mengenai kebaikan memakai gelang magnetik. Dalam Islam, membenarkan penggunaan barangan larangan hanya dikhususkan kepada keadaan dharurat sahaja. Kita tidak nampak apa-apa keadaan dharurat utk lelaki memakai gelang seperti itu.
3. Jika terbukti gelang itu terbukti memberi manfa'at, Islam tidak menolak apa jua yg baik-baik dan yg memberi manfa'at, cuma design atau rekabentuknya tidak menyerupai gelang wanita.
4. Benar sekali, pemakaian gelang menyerupai perhiasan wajib bagi lelaki kaum Sikh. Maka tasyabuh orang kafir adalah dilarang oleh Nabi SAW.
sekian. [lihat http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33820 ]
_______________________________
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoakan sdr dzinnur dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Perhiasan seperti rantai, gelang, anting-anting dsb merupakan pakaian insan yang bergelar wanita. Scenario diatas menunjukkan bahawa terdapat juga kaum-kaum lelaki yang berjinak-jinak memakai barang perhiasan wanita. Untuk apa dilakukan; Wallahu'alam. Mungkin katanya moden, rock, trend dsb. Islam hanya memberi 'guide line' akan jenis-jenis pakaian yang boleh dipakai oleh seorang lelaki; dan diantaranya ialah pakaian/perhiasan tersebut tidak dipakai atau menyerupai pakaian/perhiasan kaum hawa. Dari Ibn 'Abbas ra meriwayatkan bahawa :
"Rasulullah saw melaknat lelaki yang menjadikan diri mereka kelihatan seperti wanita dan wanita menyerupai lelaki" - [Hadith riwayat al-Bukhaari, no:5435].
Abu Hurairah ra berkata :
"Rasulullah saw melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki" - [Hadith riwayat Abu Daud didalam al-Sunan].
Berdasarkan dua hadith diatas ini menunjukkan bahawa tidak dibenarkan kaum lelaki memakai perhiasan wanita seperti gelang, rantai dsb.
Islam telah memberi skop perhiasan yang mencukupi untuk kaum lelaki seperti membenarkan kaum lelaki memakai cincin perak, sebagaimana Ibn Umar ra. meriwayatkan bahwa Nabi saw memakai cincin yang diperbuat dari perak, dan orangpun melakukan begitu [Hadith riwayat al-Bukhaari, no:5417]. Islam juga membenarkan lelaki menggunakan emas dan perak apabila perlu menggantikan gigi atau hidung yang hilang.
Memakai perhiasan dan perhiasan begini juga merupakan ikut-ikutan dari budaya kuning barat. Sehubungan dengan ini memakai perhiasan ini seolah-olah menjadikan dirinya sama seperti orang kafir. Contohnya kaum lelaki barat memakai anting-anting, bertindik hidung, memakai gelang, rantai dsb. Nabi saw bersabda :
"Barangsiapa yang meniru-niru satu kaum, maka dia adalah dari kaum mereka" - [Hadith riwayat Abu Daud, al-Sunan].
Jelas dari dalil diatas bahawa lelaki yang memakai gelang, rantai, anting-anting dsb, sebenarnya melakukan 2 kesalahan (atau salah satu):-
(a) Golongan lelaki yang cuba menyerupai kaum wanita, dimana ia dilaknat oleh Nabi saw
(b) Golongan lelaki yang cuba meniru-niru golongan barat, yang mengambarkan bahawa mereka itu juga mewakili golongan tersebut.
Allah swt menjadi lelaki dan perempuan itu sebagai dua jenis hamba dan insan yang berlainan, yang mempunyai naluri, bentuk fizik, psikologi dan beberapa perkara yang membeza. Begitu juga dilihat dari aspek hukum, terdapat beberapa hukum-hukum khas yang hanya dikenakan pada kaum wanita, sesuai yang semulajadi mereka eg: datang haid, beranak dsb. Allah swt menghalalkan emas dan sutera hanya pada kaum wanita, sesuai dengan sifat mereka yang gemar kepada kecantikan. Kaum lelaki merupakan satu lambang kepada kekuatan dan wanita digambarkan dengan ciri-ciri kelembutan. Sesuai dengan sifat ini, mereka juga mempunyai bentuk pakaian dan juga barang perhiasan yang mengambarkan kelembutan mereka. Alangkah sumbangnya kalau kaum lelaki juga telah cuba berkongsi hak-hak kepunyaan wanita lantas meletakkan kehormatan lelaki itu pada tingkatan yang terbawah. WA
[ Last edited by ibnur at 12-12-2007 10:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ikut2an yang menjadi amalan tanpa mengetahui punca amalan menyebabkan ramai yang menjadi pengikut tanpa sedar yang akhirnya dikuatiri boleh menjejas akidah |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat ramai bukannya bleh dijadikan ukuran hukum!Mesti berdasarkan Al-Quran & hadis,fact & figure....Sila rujuk kolum DR MAZA dlm mingguan smlm..... |
|
|
|
|
|
|
|
baru dapat e-mail nih..
Rasulullah melarang memakai gelang tangan bagi kaum lelaki walaupun untuk tujuan perubatan.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya daripada 慖mran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini? (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), beliau berkata : Ia adalah gelang perubatan, tegas baginda Rasulullah : Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan selamat selama-lamanya. Hadis Sohih yang ke 19885 riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.
Memakai gelang tangan menjadi 憈rend |
|
|
|
|
|
|
|
gelang haram dipakai oleh lelaki ????
assalamualaikum para forumers
wa dpt satu info, dari email kawan ini dia
sekadar makluman utk semua.......bab hukum halal/haram tu, cuba la bertanya kpd yg lebih arif.
Subject: Fw: Fw : Lelaki haram bergelang tangan
Lelaki haram bergelang tangan???
Wallahualam卻ila tanya pada yg lbih pakar
Lelaki Haram Bergelang Tangan
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia )
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
wallhualam.
Ustaz Zainuddin Hashim
betul ke ni?
jadi bagaimana pula dgn jam tangan ?
bukan ke jam tangan pun seperti gelang jugak ? |
|
|
|
|
|
|
|
jam tangan pun macam gelang jugak kan??
pada mod dan pembuka thread ni, sori wa dah buka satu lagi topik pasal nie........ |
|
|
|
|
|
|
|
ya, aq pon ade bace psl ni baru |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: 揂pakah bendanya ini. |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana gelang getah yg besar kaler merah mcm Unity Band tu?? org yg bersukan pon byk pakai nih..rupanya mmg xsama dgn gelang yg dipakai wanita..
bleh tak pakai?? |
|
|
|
|
|
|
|
Bkan ke pakai gelang, apa jenis pun la, kan ke HARAM sebab menerupai wanita? Klau dah Haram tu, haram jgak la... Kecuali 'terpaksa' (mcm penunai Haji tu) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 10-12-2007 06:06 PM
bagaimana gelang getah yg besar kaler merah mcm Unity Band tu?? org yg bersukan pon byk pakai nih..rupanya mmg xsama dgn gelang yg dipakai wanita..
bleh tak pakai??
2 x 5 laaaa.......................
Hanya 'NAMA' dier jer berbeda......konon konon nya utk UNITY. |
|
|
|
|
|
|
|
jam bolehkan...?
kalau suatu hari nanti ada jam + gelang magnet barulah boleh....
hmmm....
musykil jugak ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 10-12-2007 09:39 PM
jam bolehkan...?
kalau suatu hari nanti ada jam + gelang magnet barulah boleh....
hmmm....
musykil jugak ek?
Kui kui kui pandai pandai ......
Bergeliga paler otak miker nih.
Bley jadik usahawan yg berjaya nih. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi wa kalo dah tak leh pakai gelang, unity band tu tak payah la pakai........
rubber band pun tak leh pakai kat tangan .....utk tujuan perhiasan...
tapi bagai mana pula dgn jam tangan, jam tangan pun cam gelang kan ???
tapi kalo kata kerna terpaksa, sebab nak tgk waktu, tapi wa rasa sekarang dah tak buleh dah, pasal ada henfon yg menunjuk kan jam. jadi baik la pakai henfon utk menunjukkan waktu dari pakai jam tangan, takut2 ia haram |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Lah kan pakai gelang magnetik tu..
camne isle hadhari ni..:cf: |
|
|
|
|
|
|
|
pada pemahaman aku, hadis berhubung masalah pemakaian gelang perubatan pada lelaki ni adalah hadis ttg gelang yg dianggap sebagai tangkal. bkn sebagai perhiasan yg berkaitan dgn perhiasan wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 salimrock's post
rasanya la kan
gelang ngan jam tangan tu kan ada perbezaan yang ketara
kalau jam tu dibentuk sebagai gelangpun ia kan tetap jam bukan gelang
krn pandangan kita tetap mengatakan jam itu jam dan gelang itu gelang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by salimrock at 11-12-2007 09:06 AM
bagi wa kalo dah tak leh pakai gelang, unity band tu tak payah la pakai........
rubber band pun tak leh pakai kat tangan .....utk tujuan perhiasan...
tapi bagai mana pula dgn jam tangan, jam ...
Jam pung ada 2 jenih...
Satu utk jantan (besor)
Satu lagi utk tiner (kecik)
Kalau oghang jantan pakai jam kecik kepunyaan om tiner...............tu dah menyerupai.
Sebab oghang jantan nie suker pada sesuatu yg 'KASAR' ', BESAR' berbanding dgn om pompuan yg suker pada kelembutan, hiasan, kecantikkan dll. |
|
|
|
|
|
|
shaidah This user has been deleted
|
gelang magnet tu kan bentuk nya sama cam gelang jam tgn lelaki yg stainless tu,besar.haram gak ker???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|