|
Assalamualaikum,
Saya nak tnya ttg memberi salam oleh orang bukan Islam.
Kes :
semalam rakan sepejabat saya berbangsa India "memberi salam" kepada rakannya yang juga berbangsa India.Mungkin niat mereka hanya untuk bergurau tnpa menyedari saya telah mendengarnya.Saya buat xtau saja,wlupun dlm hati saya rasa amat bersalah kerana mendiamkan diri setelah mendengarnya.
Soalan : Apakah tindakan yg sepatutnya sy lakukan dlm kes spt di atas?
Terima kasih atas penerangan yg diberikan. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
mungkin mereka tak faham
istilah salam itu
jadi apa salahnya menerangkan kepada mereka
pengertian salam itu sendiri
iaitu MENDOAKAN/MEMOHON KEBAIKAN/KESEJAHTERAAN/KESIHATAN....
jadi tak salahlah kot
mendoakan orang lain dalam bahasa ARAB maupun dalam bahasa yg lainnya
tapi NABI ada berpesan
bila di beri salam -ASSALAMMUALAIKUM maka belaiu menjawab
WAALAIKUM (keatas kamu juga)
kan baik tuuuuuuu
SESUNGGUHNYA ISLAM ITU TERTEGAK DGN TIGA:
IAITU MEMBERI SALAM, MELAYAN TETAMU DAN MENJAMU MAKAN |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 orangbesi's post
Terima kasih atas penerangan.
Tapi bagaimana pulak klu mereka memberi salam dengan tujuan untuk mempersenda Islam( jangkaan) sayala ?
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
kan saya dah terangkan apa yg NABI buat
iaitu menjawab WAALAIKUM
maksudnya KEATAS KAMU JUGA
dan sekiranya dia hanya bermain-main salam itu
adakah saudara mahu turut sama bermain-main????
bersyukurlah saudara dah FAHAM erti SALAM itu
kalaulah manusia mengetahui KEBESARANNYA SALAM itu
nescaya manusia berebut-rebut mendahului memberi SALAM
SALAM kepada sekalian alam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 orangbesi's post
Terima kasih orang besi atas penerangan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
hanya sekadar renungan sahaja
bukan utk diikuti
tapi ikutlah APA YANG DITURUNKAN TUHAN
dan APA YANG DIPESAN OLEH NABI kepada umatnya
itulah yang paling baik
dan agar kita dapat bersatu padu kembali |
|
|
|
|
|
|
|
Memberi dan menjawab salam orang bukan Islam adalah isu khilafiyah. Ini bermakna ulama tidak sependapat tentang hukumnya.
揝ebahagian salaf berpendapat harusnya memberi salam kepada ahli kitab dan musyrikin, sesungguhnya Ibn Mas抲d telah melakukan perkara itu, dan beliau berkata: 揝esungguhnya ia (memberi salam kepada bukan Muslim) itu adalah antara hak persahabatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم ),
maksudnya: 揷ukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam. |
|
|
|
|
|
|
|
memulakan salam
Daripada Abi Umamah katanya:Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:Sesungguhnya seutama-utama manusia bagi Allah ialah sesiapa yang memulakan memberi salam.(Riwayat al-Imam Abu Daud) |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Seorang pengendara hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan jamaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jamaah yang beranggota lebih banyak
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4019 |
|
|
|
|
|
|
|
Memberi salam dan bersalaman adalah amal yang mulia dan sangat digalakkan dalam agama Islam sebagaimana di dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dari Abu Hurairah Radiallahuanhu maksudnya : 揂pabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam ke atasnya |
|
|
|
|
|
|
|
RESPONS TERHADAP PANDANGAN MUFTI PERLIS MENGENAI HUKUM MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM KEPADA BUKAN ISLAM
Saya merujuk kepada tulisan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disiarkan di Berita Harian pada 24 Mac 2007 di bawah tajuk 慐nggan Jawab Salam Guris Wajah Islam |
|
|
|
|
|
|
|
ULASAN DAN PERBAHASAN
1. Dalam membahaskan dalil-dalil di atas, kita hendaklah mengikut kaedah dan usul al-Qur抋n dan hadis yang betul. Dari segi matan (teks) al-Qur抋n dan hadis yang dijadikan dalil tidak ada satu pun bukti bagaimana bentuk penghormatan atau salam diterangkan. Maka, di sinilah punca perselisihan di kalangan para ulama |
|
|
|
|
|
|
|
6. Tafsiran Syeikh Al-Albani (rahimahullah) terhadap ayat 8-9 surah al-Mumtahanah juga kurang tepat dan agak mengelirukan. Sebagaimana yang disebut dalam kitab-kitab tafsir, ayat ini sebenarnya mempunyai asbābun nuzul (sebab kenapa ayat itu diturunkan) yang tersendiri dan tiada langsung berkaitan dengan hukum memberi dan menjawab salam kepada orang bukan Islam. Kaedah qiyas yang dilakukan oleh al-Albani berhubung menjawab salam bukan Islam juga menyimpang dan tersasar. Pandangan Syeikh al-Albani atau sesiapapun tidak semesti menjadi hujah yang benar melainkan pandangan mereka menepati kaedah dan disiplin ilmu yang diterima dan disepakati oleh ahli-ahli ilmu yang berautoriti dan berkelayakan.
7. Memberi salam bermakna kita mendoakan seseorang. Memberi dan menjawab salam ada hubung kaitnya dengan urusan pahala. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (radiallahua抋nh) yang bermaksud:
揝eorang lelaki melintasi Rasulullah (sallallahu 慳laihi wasallam) sewaktu baginda duduk bersama beberapa orang yang lain dan berkata 揝alaamu 慳laikum (salam sejahtera ke atas kamu). Rasulullah bersabda: Dia mendapat sepuluh kebaikan (ganjaran). Lelaki lain melintas dan berkata: Salaamu 慳laikum warahmatullah (salam sejahtera ke atas kamu dan dengan rahmat Allah). Rasulullah bersabda: (Dia akan mendapat) dua puluh kebaikan. Lelaki lain melintas dan berkata 揝alaamu 慳likum warahmatullahi wabarakatuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aleem at 13-12-2007 11:59 AM
Terima kasih atas penerangan.
Tapi bagaimana pulak klu mereka memberi salam dengan tujuan untuk mempersenda Islam( jangkaan) sayala ?
Terima kasih.
Kita tak pasti mereka mempersendakan atau ikut2 saja. Saya pernah ada sahabat bangsa Cina yang berutus surat sesama mereka, mereka tulis Assalamualaikum...
Dia kata dia saja2 ikut cara orang 'Melayu' tulis surat... (tapi dia ni jenis dan dia suka dengar pasal Islam)
Kita doakan mereka dapat hidayah. Kalau sah mereka mempermainkan, abaikan saja. Tiada guna betulkan mereka kalau mereka jenis yang tidak menerima teguran.
Kalau kita sakitkan hati mereka (atau singgung mereka dengan teguran kita), mungkin mereka akan buat lebih dari itu. Sebaiknya kita tunjukkan akhlak yang baik.
Wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
haku pon ader kawan berbangsa India dipejabat.....kerap beri salam pd org2 muslim......pada haku dier bukan nak menghina......ttp lebih kepada persahabatan.....dier pon tak taw maknernya.......ttp yg jelasnya kat pejabat haku tuh ramai muslim yg tak solat fardhu dan solat jumaat.....kdg2 haku pon malu sbb....budak India nih ler yg beria2 agar derang nih pi solat bila cukup waktu.....ttp budak2 melayu nih wat derk jerk.....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
salam
bagi salam kat manusia
pun kekadang jawab tak ikhlas ajeeee
baik bagi salam kat pokok kayu binatangx alam yg dijadikan ini
pasti mereka menjawabnya
dan mendoakan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 2-1-2008 09:35 AM
salam
bagi salam kat manusia
pun kekadang jawab tak ikhlas ajeeee
baik bagi salam kat pokok kayu binatangx alam yg dijadikan ini
pasti mereka menjawabnya
dan mendoakan......
waalaikum salam
kita tau ke yang jawab salam tu ikhlas ker tak |
|
|
|
|
|
|
|
salam
iye tak ye jugak
hanya TUHAN yang MAHA MENGETAHUI
apa yang tersembunyi dan apa yang nyata
dan memberi PETUNJUK dan HIDAYAT
kepada hamba-hambanya yang mendekatkan
walaupun DIA amat hampir dengan CIPTAANYA
maukah ada yg mengambil iktibar!!!!!
camna ye yang dikatakan PETUNJUK tuuuuuuu
konfius gak kejapppppp |
|
|
|
|
|
|
| |
|