View: 16274|Reply: 23
|
belum sempat mandi hadas,haid datang!
[Copy link]
|
|
saya ingin bertanya kepada sesiapa yang arif,bagaimanakah hukum wanita yang tidak sempat mandi junub tiba2 dia datang haid.adakah perlu dia mandi junub walaupun dia sedang haid?atau tunggu sehingga habis haid baru mandi untuk kedua2 hadas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam mana kalau belom sempat mandi junub dah buat projek pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miftahuljamilah at 18-12-2007 04:41 PM
saya ingin bertanya kepada sesiapa yang arif,bagaimanakah hukum wanita yang tidak sempat mandi junub tiba2 dia datang haid.adakah perlu dia mandi junub walaupun dia sedang haid?atau tunggu sehing ...
Kenapa perlu mandi hadas kalau sedang haid? Tujuan mandi hadas untuk melakukan solat kan? bila tak boleh solat, tak boleh puasa, tak boleh tawaf maindi biasa ajalah ya tak? tunggulah sampai selesai...
Ni aku jawab ikut hukum akal ja ni tak rujuk mana-mana nas, sekiranya terdapat mana-mana dalil yang bertentangan dengan sendirinya pendapat aku terbatal. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bawanghitam at 18-12-2007 04:51 PM
macam mana kalau belom sempat mandi junub dah buat projek pulak
apasal gelojoh sangat? mandilah dulu solat dulu barulah fresh kalau nak on balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 ianho's post
bukan gelojoh tu.... bukan jugak sbb tak sempat... tu sengaja melengah2kan mandi junub...pastu terlupa... |
|
|
|
|
|
|
|
abes.. cuti seminggu.. mana leh tahan |
|
|
|
|
|
|
|
maybe ada orang saja lewat2kan sampai terlupa,nauzubillah...saya maksudkan memang tengah nak mandi sebelum solat subuh alih2 dah datang haid!mungkin soalan saya remeh tapi saya betul2 takutsebab saya baca buku mandi hadas kata siapa melambatkan mandi hadas malaikat rahmat tak masuk rumah.even lepas bersama kita disunatkan berwudhu'untuk mebatalkan perkara makruh seperti makan minum dan bersetubuh semula. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah dengar mandi hadath masa haid.
Tapi ada pulak pendapat yg kata satu mandi hadath untuk satu kes. macam memula haidh, bila suci wajib mandi hadath utk suci dari haidh. kemudian baru boleh berjunub dan selasai tu mandi hadath. tak boleh lepas haid, belum mandi dah berjunub, kemudian mandi hadath untuk suci dari haid dan junub.
Actually aku pun tak berapa paham, apasal tak boleh 2 in 1. Apasal kena 1 to 1?
Yang aku tahu sebelum suci dari haid (mandi hadath) adalah haram untuk bersama. Ni memang dalam quran ada sebut. Itu jer yg aku tahu. Tak tahu pulak samada 2 in 1 ni boleh ke tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
so kesimpulannya korang semua berpendapat tak perlu mandi hadas slps junub jikasetelah berjunub haid datang,disebabkan dia still berhadas.jadi tak berdosalah jika dia tidak mandi hadas.
aku rasa lega dengan pendapat korang kiranya betul la tindakan tak mandi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat empat mazhab muktabar menyatakan apabila berlaku pengulangan sebab-sebab mewajibkan mandi, sama ada beberapa kali persetubuhan ataupun dua sebab berlainan seperti persetubuhan dan haid, memadailah dengan sekali mandian sahaja. (lihat Muhammad Khalid Mansur. Al-Tadakhul wa Atharuhu fi al-Ahkam al-Syariyyah. ms 81-82 ).
Fuqaha Syafie dan Hambali menyatakan harus bagi perempuan sedang haid mandi junub ataupun mandi-mandi sunat yang lain seperti mandi memasuki Mekah. Bahkan ada pendapat yang menggalakkannya. (lihat Wahbah al-Zuhayli. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. jilid 1 ms 388 & 469).
Jika seorang perempuan itu dalam haid beserta junub, dia boleh memilih untuk mandi setelah berhenti haid dengan satu mandian sahaja ataupun mandi junub sebelum berhenti haid iaitu dua kali mandi.
Jika dia mandi junub ketika sedang haid, sah mandinya dan terangkat janabah tetapi haid tidak terangkat hinggalah berhenti darah.
Perempuan itu wajib mandi sekali lagi apabila tamat tempoh haidnya. (lihat Ibn Qudamah. Al-Mughni. Jil 1 ms 210; Abdul Karim Zaidan. Al-Mufassal. Jil 1 ms 107). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 19-12-2007 08:26 AM
Fuqaha Syafie dan Hambali menyatakan harus bagi perempuan sedang haidmandi junub ataupun mandi-mandi sunat yang lain seperti mandi memasukiMekah. Bahkan ada pendapat yang menggalakkannya. (lihat Wahbahal-Zuhayli. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. jilid 1 ms 388 & 469).
Jika seorang perempuan itu dalam haid beserta junub, dia boleh memilihuntuk mandi setelah berhenti haid dengan satu mandian sahaja ataupunmandi junub sebelum berhenti haid iaitu dua kali mandi.
Maksudnya orang perempuan yang haid dan junub dalam satu masa, boleh memilih anatara dua:-
1. Mandi sekali selepas berhenti haid.
2. Mandi hadas dulu ketika masih dalam haid, dan mandi lain sekali lagi ketika berhenti haid.
Menimbulkan sedikit persoalan adakah sah atau diterima mandi hadas seorang wanita ketika dia masih di dalam haid?
Umpama satu contoh seorang wanita yang sedang dalam haid dan junub, sedangkan dia terpaksa masuk ke dalam masjid untuk tujuan penting menuntut ilmu (kuliah ke atau klas ugama). (Berbeza pendapat ulamak ada yang kata dia tak boleh masuk masjid, ada yang kata boleh - yang jelas dia tak boleh sentuh atau pegang mushaf). Kita tau bagi haid memang tak ada jalan keluar bagi dia, so dia terpaksa mandi hadas untuk keluar dari junub keran mungkin terpaksa membaca Quran dari punca2 selain mushaf. Adakah sah mandi hadasnya ketika dia masih dalam haid?
[ Last edited by kupia at 19-12-2007 12:33 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 kupia's post
Mengikut pendapat pada pos no 12 saya diatas, sah mandi junubnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 19-12-2007 08:26 AM
Pendapat empat mazhab muktabar menyatakan apabila berlaku pengulangan sebab-sebab mewajibkan mandi, sama ada beberapa kali persetubuhan ataupun dua sebab berlainan seperti persetubuhan dan haid, ...
Nak tanya sikitlah zero, keliru jugak ni, macamana kita nak mandi junub ketika sedang haid, kerana apabila kita nak mandi kita berniat mengangkat hadas besar, sedangkan masa tu kita sedang haid, iaitu sedang berhadas besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 haniman's post
kalau nak spesifik niat mandi janabah (junub) |
|
|
|
|
|
|
|
Jika seorang perempuan itu dalam haid beserta junub, dia boleh memilih untuk mandi setelah berhenti haid dengan satu mandian sahaja ataupun mandi junub sebelum berhenti haid iaitu dua kali mandi.
merujuk post zerozone...maksudnyer 2 kali mandi ek...satu bila haid abes (ni kes junub), satu lagik mandi haid..
kalau tak : junub + haid = boleh disatukan niatnyer = mandi junub
tlg clearkan, tq.... |
|
|
|
|
|
|
|
tadek org nak jawab soklan den ko |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 lyly's post
Boleh disatukan mandi sehingga haid selesai dengan niat mengangkat hadath besar. Jika nak pisahkan juga boleh. Mandi junub dahulu dengan niat mandi junub. Dan bila haid selesai mandi hadath besar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|