View: 3022|Reply: 1
|
LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN
[Copy link]
|
|
Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka
ia termasuk sunnah Rasulullah SAW
1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.
LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk
tinggal didalamnya."
HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini,
melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 leogal_1428's post
Thanks...
Jagalah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
1. Masa SIHAT sebelum masa SAKIT
2. Masa LAPANG sebelum masa SIBUK
3. Masa KAYA sebelum masa MISKIN
4. Masa MUDA sebelum masa TUA
5. Masa HIDUP sebelum masa MATI |
|
|
|
|
|
|
| |
|