|
salam kawan2..
pekaba? harap2 sihat walafiat ek..
aku nak tanya tentang hyderabad, india
kalau sesapa yg penah ke sana, atau tahu ttg tempat ni
sila2lah citer kat sini
aku nak tau bbrp perkara..
- apa yg bestnya tempat ni? (suasana? persekitaran? adakah nampak mcm bandar moden atau kawasan kampung)
- dia bandar besar atau bandar kecil atau mcm mana?
- senang tak nak dpt makanan halal
- hotel yg best?
- dr mesia kalau nak flight MAS, route dia mcm mana? (ada transit tak? atau direct?)
- berapa jam dr mesia?
- flight tu if dari KL naik MAS, akan sampai hyderabad atau kena tukar flight kat mana2?
- dan lain2lah yg korang rasa nak kongsikan dengan aku..
tq. |
|
|
|
|
|
|
|
- apa yg bestnya tempat ni? (suasana? persekitaran? adakah nampak mcm bandar moden atau kawasan kampung)
Best.. big town.. bandar moden tu taklah tapi best (atleast for me)
- senang tak nak dpt makanan halal
Makanan halal memang senang sebab hyderabad ni kira kawasan islam.
- hotel yg best?
Dulu me duduk tak jauh dr train station.. Backpacker punya standard aje..
- dr mesia kalau nak flight MAS, route dia mcm mana? (ada transit tak? atau direct?)
Me datang dr Hampi.. so dari situ naik ketapi balik semua ke Chennai dan balik msia.
Banyak tempat boleh dilawat. dorang ada struktur seni bina menarik.. bangunan mahkamah dorang cantik, lepas tu pegi colconda fort, minar.. tenguk pintu gerbang kat masjid tertua kat situ, sesatkan diri dalam pasar... |
|
|
|
|
|
|
|
u tanya dengan forumer Neotoxin.
dia penah pi sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 nenektua's post
alaa.. nenek ni.. kaco ahhh..
- apa yg bestnya tempat ni? (suasana? persekitaran? adakah nampak mcm bandar moden atau kawasan kampung)
ada kawasan bandar dan ada kawasan kampung. Kawsn bandar terbahagi 2, iaitu bandar lama (bangunan lama2) dan bandar baru (sini suma bangunan moden). Bandar lama ni majoriti muslim. Mesjid ada banyak kat sini.. senang nk cari. Nk cari makan pun senang (cuma kena tgk2 tahap kebersihan laa). Bandar baru dia suma bangunan baru... Terletak antara bandar lama ke arah llapangan terbang. Sini byk bangunan baru. Ada gak shopping complex. Kat bandar lama atau baru, jgn terkejut lak kalu nampak lembu kat tengan bandar. mmg ada merayau2
- dia bandar besar atau bandar kecil atau mcm mana?
Bandar besarrrr... Tapi masa aku kat sana aku dok kat pinggir bandar. Nama tempat tu Tarnaka. Terkenal dgn nasi briyani yg paling glemer kat India (tapi xde la sedap sgt pun pd pendapat ak u. Sedap lagi kat gerai mat syah batu pahat tuu )
- senang tak nak dpt makanan halal
Senang sgt nk dpt makanan halal. Gerai2/warung muslim banyak. CUma lalu @ tak lalu makan je laaa.. Kalu pentingkan kebersihan, gi kat restoran atau hotel. Byk server halal food.
Yg ni aku tak tau sbb masa tu aku dok kat rumah tetamu dlm CCMB (Centre of Molecular and Biological Research). Buleh cari kat intenet kot? atau tanya travel agent utk hotel yg beshhh
- dr mesia kalau nak flight MAS, route dia mcm mana? (ada transit tak? atau direct?)
Direct flight dari KLIA ke Hyderabad. Naik kapal terbang MAS tapi makanan indian
Tak lama laa... Naik kapal terbang, makan, tido, dah sampai. Lebih kurang 3.5 - 4 jam jee
- flight tu if dari KL naik MAS, akan sampai hyderabad atau kena tukar flight kat mana2? Direct.. xde tukar2 flight pun... MCm pegi sabah je ha rasanya..
- dan lain2lah yg korang rasa nak kongsikan dengan aku..
Ni nak pegi sana wat pe? Nk further study ke? Sbb kat sana ada Universiti yg kira terkenal kat india gak. Kiranya, hyderabad ni bandar teknologi derang la. Microsoft pun ada kat sini (buat development punya tauu). Pastu kat sini gak ada tempat2 kajian sains. Derang punya satelit control station pun dekat2 situ gak
Dan lagi.. ada Film City (tempat penggambaran citer2 bollywood).
Satu lagi jangan terkejut kalu:
1) Nampak orang tido tepi jalan - kat sini ramai org merempat, takde umah. Kemah2 pun byk tepi jalan tuu
2) Kat jln raya, ramai org bunyikan hon - Kat sini mmg cenggitu. Hon bukan untuk marah org tapi utk nk bagitau kepada pemandu lain, kita ada kat belakang
3) Nampak org kencing kat tembok @ tepi jalan - kat sini derang selamba jek kencing tepi jalan atau kat tembok. So... jgn le gatal2 sandar2 kat tembok nunnn..
4) trafik kat sini huru hara. Sila biasa2kan dgn cara traffic kat sini. Peak hour mmg jem gileeeeerrr
5) Minyak kat sini mahal, so kebanyakan kenderaan adalah diesel. Tu pun derang amat2 jarang guna ekon dlm kenderaan. Malah, ada yg tutup enjin kalu traffic lite merah... hehehhe
ADa lagi nak bagitau:
1) Kat sini kalu nk seberang jalan mcm sain surat mati.. takde yg akan bagi laluan.. Kena pandai2 la seberang jalan...SERAMMMMMM.. polis pun derang wat derkk je kat traffic lite
2) Tempat2 menarik lain spt Charminar (ni kat tengah bandar lama ). Buleh pegi sambil cari oleh2.. Tak jauh dari masjid lama tu. Ada gak Golconda Fort.. Kat sini pegi lepas maghrib sbb masa tu ada light show sambil ada cerita tentang kubu ni. Jarak perjalanan dlm 1 jam dari bandar.
3) Jalan kat sini mmg tak elok, banyak lubang.. So kat sini sangat2 jarang keta yg guna sport rim.. Aku tak penah nampak kedai sport rim pun kat sini. Rim cover ada laaa..
4) keta yg byk kat sini adalah Tata Indicar (mcm kancil tapi guna diesel). Motor lak.. errr... Honda versi india.. lupa lak nama dia.. ekkekekke.. Penunggang motor kebanyakkana pakai full face helmet
5) kenderaan awam adalah Bas, teksi (van) atau keta roda tiga (tut-tut, tp derang panggil auto). Nk murah naik auto je laa.. bas pun murah tapi sesat lak kang. Bas pun ada tempat khas lelaki dan pompuan. Tgk kaler kat seat. Belah depan biasanya pompuan. lelaki dok kat belakang. Bas pun tinggi semacam je.. Kalu nk rasa gayut2 kat bas buleh try. Atau dok kat atas bumbung tuuu.. kekekke
lupa lak nak bagitau...
Tentang matawang pulak, kalu nk tukar duit kena tukar kat pengurup wang. Kat bank takleh tukar kecuali ko ada akaun bank kat sana.. gile tulll...
[ Last edited by neotoxin at 11-1-2008 06:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by neotoxin at 11-1-2008 06:26 PM
alaa.. nenek ni.. kaco ahhh..
ada kawasan bandar dan ada kawasan kampung. Kawsn bandar terbahagi 2, iaitu bandar lama (bangunan lama2) dan bandar baru (sini suma bangunan moden). Bandar ...
neotoxin, tima kasih byk2 atas penerangan pjg lebar ko tu...
at lis dptlah gambaran serba sikit ttg tempat tu
aku gi sana sbb berkursus...
lagi satu nak tanya, kat mana lagi murah kalau nak tukar duit?
terus tukar kat mesia byk2 atau kat sana kalau tukar pun taklah mahal sgt rate dia?
cadangan ko?
tq. |
|
|
|
|
|
|
|
neotoxin, satu lagi nak tanya...
perlu visa tak nak kesana?
tq. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 tictactoe's post
Pasal duit ek? Mcm aku dulu, aku buat sikit western union pastu bawak cash (dlm bentuk USD). Tapi sebenarnya kalu bawak duit tak banyak, bawak je la duit mesia (RM). Kat sana pun buleh tukar kepada rupee. Kalau nk selamat, buat kombinasi travellers cheque, western union, cash . Bukan apa, kalu bwk cash suma, takut kena kebas, ilang suma. Kalu suma dlm bentuk western union lak, takut susah nk jumpa pengurup wang. Kat sana tempat tukaran wang tak sebanyak kat malaysia. Agak susah juga nk jumpa. Walaupun bank ada banyak, tapi mcm aku ckp sblm ni, kalu nk tukar duit kat bank, kena ada akaun dulu.
Visa ke India diperlukan. Lepas buat paspot, pegi la kat kedutaan India untuk buat Visa. Nk senang biar travel agent uruskan. Aku dulu pi buat sendiri.. seksa ooo.. yg keje kat kedutaan tu suma india mariiii |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by neotoxin at 12-1-2008 03:54 PM
Pasal duit ek? Mcm aku dulu, aku buat sikit western union pastu bawak cash (dlm bentuk USD). Tapi sebenarnya kalu bawak duit tak banyak, bawak je la duit mesia (RM). Kat sana pun buleh tukar kepa ...
bro, western union ni macam mana plak?
explen skit..
ooo kena wat visa ek...
erm... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 tictactoe's post
nak pegi india memang kena ada visa.... kalu tk silap dalam RM160, untuk double entry |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 tictactoe's post
western union mcm kiriman wang antarabangsa.. MCm aku dulu, aku kirim utk diri aku sendirik! Tapi charge banyak la.. lagi untung kalu bawak cash |
|
|
|
|
|
|
|
bebudak kat porem ni selalu sajes tukar duit kat mid valley.
ada satu kedai tu bleh dapat rega lagi mahal daripada yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
up kan semula..
nak dptkan pandangan lg..
aku akan ke hyderabad,india pertengahan oct nnt...
tq. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 BeskotCekelat's post
aku baru balik dr training 2 mgu kat hyderabad.
masa aku pegi 5 hari x hujan, pastu baru hujan.
tp ya ampun, panas giler, smpai berdarah hdung aku..dgn debu nye...
then lembu jln tgh jalan, org suka suki kencing tepi dinding2...
minum air pon kena byk, mkn n minum standard jek...lg murah kot...
depends pd kedai, tp baiknya minum air mineral, sbb air kat sn x bersih...
makanan pon aku x brani nak makan kat tepi2 kedai...
org nye jgn ckp la...mmg rmai sgt2...
ade jugak a few place yg menarik, cam golconda, husein nagar lake, charminar etc...
sng jek nak dptkan auto atau teksi, hotel pon byk...tp xde la hebat sgt hotel2 die...
aku g ats sbb training, so everythg provided...
klau convert ke duit RM kira standard je la, murah skit je la kot... |
|
|
|
|
|
|
|
me dah jawab dengan nama faraway,
tapi nak jawab lagi hehehe
i love hydreabad...
masa sampai pagi tu dengan tenguk bangunan lelama..
wah menarik sangat.... naik bas ke station ketapi dan duk
hotel tak jauh dari sana..
masa sampai berebut orang nak tunjukkan hotel
sbb me travel sorang, ppuan pulak tu..
duk hotel murah situ.. tapi best
tempat strategik sbb dr situ me ambil train balik semula
ke chennai dan ambil plane balik msia...
kalau ppuan senang travel sorang sbb dr pengalaman
me, me selamat selama kat sana.. kena pandai bawak diri
dan kena suka india.. kalau tak suka
memanglah pengalaman buruk..
setakat tenguk org kencing..
uh kat msia pun me tenguk. jadi tak dalah jadi kejutan budaya
sangat pun..
kesimpulan love india...
berjalan dalam pasar kat hyderabad tak tercakap
camana me rasa... best..
antara pengalaman paling berharga dalam idup yang akan dikenang
seumur idup....
[ Last edited by faraway1 at 3-4-2009 20:26 ] |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya mmg derang suka suki hon sana sini, sbb budaya tu terbawak2 at dubai ni, naik bingit telinga, sana sini derang suka hon.. tebiat kencing kat wall tu kat egypt pun derang suka kencing kat dinding2 tu, so bukan kat india je, lagi satu tebiat ludah sana sini, pehh.... certain part kat dubai ni penuh ngan air sireh...
kalau drive mcm org mabuk, org egypt pun drive lagu tu, mmg boleh tercabut nyawa kalau nak melintas tu, tapi biasa la disebalik tu sume, sure ada yg menarik utk kita explore kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|