View: 1854|Reply: 9
|
Manusia, Malaikat dan Syaitan
[Copy link]
|
|
Manusia , Malaikat , Syaitan ...
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu... |
|
|
|
|
|
|
|
tambah sikit...
Manusia - Berapa lama aku boleh hidup?
Malaikat - Wahai anak Adam, ajalmu terlalu hampir..antara 2 nafas sahaja
Syaitan - Ehh, berseronoklah dulu!!! sementara masih bernyawa..
Kubur - mari oh mari...tak sabar aku menjemputmu |
|
|
|
|
|
|
|
salam
ataupun
reenz- ingatlah tuhan banyak banyak
moderators - ingatlah DIA sentiasa
tapi aku - lalai dan selalu dalam kelalaian |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 orangbesi's post
salam
Allah akan ingat sesiapa yang ingatkan Dia
Allah juga akan bagi peringatan pada yang tidak ingat Dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 moderators's post
|
|
|
|
|
|
|
Semuanya membawa tugas masing-masing
Sifat malaikat mesti baik
Sifat setan mesti jahat
Manusia pula ada dua-dua sifat setan dan malaikat
Itu yang uniknya , memang sengaja allah rancang benda ni supaya banyak warna yang ada
Cuba bayangkan kalau allah letak semua malaikat kat dunia ni , semua putih je
Cuba bayangkan pulak kalau allah letak semua setan je kat dalam dunia ni , gelap je
Pun tak best kan
Pasal tu ada manusia , ada putih , ada hitam , dan bila mix , jadi warna lain |
|
|
|
|
|
|
|
salam
kalau dah mix tu
cam rojak lah ye kot
kejap dok kat masjid
nanti midnight lepak kat pub
pagi dah tercorot kat pintu surau.....
mix cam tu keeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 iza_yuss's post
jgn takot kat mulut je..kene ikut perintahNya juga semestinya..
contoh paling hampir..tutup aurat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|