|
ABU, MAN, YUS & MUS
Kumpulan MAY adalah kumpulan rock lagenda. Mereka dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh nusantara ini. MAY bukan sahaja berbakat bermain alat muzik tetapi boleh juga mencipta lagu dan kesemua album mereka diterbitkan sendiri oleh mereka. Setelah sekian lama memperjuangkan muzik hard rock tersendiri mereka, website rekaan aku ini adalah website tribute untuk kumpulan lagenda ini.
Kumpulan MAY telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh empat anak muda yang berasal dari Manjoi, Perak Malaysia. MAY adalah pangkal huruf bagi Man (ketua/drummer), Mus (vokalis), Abu (guitar) dan Yus (bassist). Mulanya MAY adalah ketika mereka menyertai pertandingan Juara Juara Rock 1986. Dalam pertandingan tersebut, MAY telah dinobatkan sebagai juara. MAY berjaya mengalahkan kumpulan kumpulan hebat yang lain seperti Febians, Metalian dan Scandals. Mus telah memenangi anugerah vokalis terbaik dalam pertandingan tersebut. Sebelum terkenal, MAY selalu mengiringi konsert bersama kumpulan SYJ.
Album pertama MAY diterbitkan pada tahun 1987 berjudul 'Dilema' dan diterbitkan sendiri oleh MAY. Sebelum 'Dilema', MAY merakamkan sebuah mini album 'Juara Juara Rock' mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.
Album kedua MAY yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang telah menaikkan nama MAY. Album ini berjaya dijual sebanyak 200 000 unit. Lagu lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi hits lantas menjadi siulan anak anak muda diketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir dalam Muzik Muzik.
Rahsia' adalah nama album MAY yang ketiga. Ia diterbitkan pada tahun 1990. Lagu hits mereka ketika itu adalah 'Gadis Bertudung Putih' dan 'Pahlawan Mimpi'. Lagu lagu heavy mereka dalam album ini seperti 'Pahlawan Mimpi', 'Rahsia Kota' dan 'Black Area' amat diminati ramai.
Pada tahun 1991, MAY telah menerbitkan album keempat mereka berjudul 'Strategi'. Lagu hits adalah lagu 'Strategi' dan 'Abadi'. Album ini juga menampilkan satu lagu ala trash yang berjudul 'A.L.A.M' (Aku Lahir Antara Mereka).
Mus mengundurkan diri sebagai vokalis utama MAY selepas album ini.
Pengunduran Mus tidak sedikit pun menjejas ahli kumpulan MAY yang lain. Malah mereka berjaya mengantikan Mus dengan seorang penyanyi rock lagenda iaitu Yantzen (bekas vokalis kumpulan Rusty Blade). Bersama Yantzen, MAY telah berjaya menghasilkan empat buah album iaitu 'Ziet Geist' (1992), 'Wira Cyborg' (1993), Layar dan Ideologi (1995). Antara lagu hits mereka adalah 'Meniti Suratan', 'Renda', 'Suci', 'Layar' dan 'Janji'. Bersama Yantzen, MAY juga membuat percubaan baru menghasilkan lagu lagu English. Title lagu lagu English MAY adalah : 'Atomic War', 'Don't Stop MAY From Rock N Roll', 'Vision Of Emotions', 'Obsessions', 'Exorcism', 'Steel Warriors', 'Genocide' dan 'Let's Get Real'. MAY juga telah menghasilkan sebuah telemovie yang berjudul 'Penyu'.
Apabila Yantzen tidak bersama MAY lagi, Oney (bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara) pula menyertai MAY. Bersama Oney, MAY telah menghasilkan 2 buah album berjudul 'Penaklukan' (1997) dan 'Keras (1998). Lagu 'Jemu' adalah lagu hits MAY ketika Oney bersama mereka. Album 'Keras' pula adalah album lain dari yang lain MAY kerana MAY telah memetalkan lagu lagu lama. Lagu hits dalam album itu adalah 'Hoi Ho Ya Hoi Lagu Penyamun'.
Setelah album 'Keras', MAY seolah olah lenyap dari industri muzik rock tanahair. Ditahun 2002 ada khabar khabar angin yang Mus mungkin akan kembali kepada MAY. Mus akan kembali pada asal usulnya menjadi vokalis MAY setelah bergiat secara solo, bersama kumpulan Strangers dan Wings. Pada tahun 2003, khabar angin itu menjadi kenyataan apabila MAY mengumumkan tentang album terbaru mereka 'Sinar' dan Mus kembali menjadi vokalis utama mereka. Album 'Sinar' adalah album yang dinanti nantikan peminat setia MAY kerana MAY telah 'menghilang' selama lima tahun. Album ini dapat sambutan hangat dari peminat muzik rock tempatan. Lagu hits dalam album ini ialah 'Sinar', 'Mai Pen Rai', Ketat & Sendat' dan 'Jiwa Karat'. Lagu 'Sinar' ciptaan Mus telah berjaya memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik pada tahun itu. Album 'Sinar' ini juga telah dinobatkan sebagai 'Album Hard Rock Terbaik 2004' Anugerah Industri Muzik (AIM).
Dengan kejayaan 'Sinar', MAY telah menghasilkan sebuah lagi album pada tahun 2005. Album yang bergelar 'Otai Jamm' ini adalah album special buat peminat setia MAY. Ini adalah kerana MAY telah merecord kembali lagu lagu lama mereka seperti 'Hakikat Perjuangan', 'Dari Kacamata', 'Rahsia Kota' & Sendiri dengan muzik yang terkini tetapi tidak hilang dari identiti sebenar MAY. Ada satu lagu baru dalam album ini iaitu 'Dalam'. Album ini juga telah merangkul 'Album Hard Rock Terbaik 2005' Anugerah Industri Muzik (AIM).
Otai Jamm 2 adalah album yang menyusul. Ia diterbitkan juga pada tahun 2006. Menariknya album ini ialah Mus telah menyanyikan semula lagu lagu lama MAY yang dinyanyikan oleh Yantzen dan Oney. Antara lagu lagunya ialah 'Taklukan', 'Senjata Gila', 'Resah' dan 'Jemu'. Man selaku drummer juga telah menyanyikan satu lagu 'Bergegar Segunung Rindu'. Ada dua lagu baru dalam album tersebut iaitu 'Hiasan Kalbu' dan juga 'Riwayat Mandolin'.
Perjuangan MAY dalam muzik Rock tanahair masih belum berakhir. Sebagai peminat, kita masih menantikan kumpulan lagenda ini untuk meneruskan perjuangan mereka. 'Hidup Rock, Hidup MAY'! |
|