View: 13261|Reply: 63
|
Untuk yg dah lama couple
[Copy link]
|
|
Cetusan chemistry, mabuk cinta dan perasaan asyik memang lazim bagi mereka yang baru melanglah ke alam percintaan.
Segalanya tentang pasangan anda indah belaka.
Kekurangan si dia tentu sekali tidak ada kerana cinta itu buta.
Apabila melihat dia, anda ceria dan jika dia tiada anda berduka.
Namun begitu, bagaimana pula dengan pasangan yang sudah bertahun-tahun bercinta tetapi masih belum berumahtangga?
Adakah perasaan-perasaan indah ini masih wujud atau anda sudah semakin nampak kecacatan pasangan anda? Ada juga mereka yang sudah benci dengan perangai si dia tetapi tidak tahu bagaimana untuk menamatkan hubungan yang sudah menjangkau ulangtahun jubli perak.
Di saat ini apabila melihat si dia anda rasa biasa, jika dia tiada, ada terasa sedikit suka.
Disebabkan sudah begitu lama mengenali antara satu sama lain dengan tiada ikatan yang sah, anda meneruskan sahaja perhubungan walaupun semuanya sudah hambar, sudah tiada rasa lagi.
Ramai pasangan yang terjerat di dalam situasi ini dan tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri.
Walaupun hati sudah tidak cinta atas alasan alang-alang dah lama bersama, ku teruskan sahaja dan akan ku tempuh segala buruk baik yang mendatang.
Disebabkan perkara ini juga, orang-orang tua sering ingin mempercepatkan perkahwinan apabila si teruna dan dara sudah mula memadu asmara kerana mereka tahu apa akibatnya apabila bercinta kosong lama-lama.
Mereka makan garam dulu dari kita dan mereka sudah arif tentang perhubungan Uda dan Dara.
Mula-mula bercinta, berjumpa itu indah; lama kelamaan, sudah tidak tahu ke mana arah tuju, semuanya jadi biasa dan masing-masing meneruskan perhubungan kerana terpaksa.
Satu lagi sebab ialah mereka takut apabila sudah lama bercinta, banyak territory larangan yang akan dijelajahi pasangan ini.
Pasangan hambar begini tidak harus meneruskan perhubungan atas alasan sudah lama bercinta kerana apabila mereka mengambil keputusan untuk berumahtangga, adalah sukar untuk mengukir bahagia.
Perkahwinan seharusnya dibina atas dasar kasih sayang, hormat menghormati dan rasa cinta yang tidak berbelah bagi.
Apabila pasangan sudah mula bosan antara satu sama lain, bagaimana untuk meneruskan perkahwinan yang sepatutnya kekal sehingga ke akhir hayat.
Hati-hati yang hambar ini akan senang teruja apabila ada insan-insan baru yang menunjukkan minat untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.
Lantas, ada yang mengadakan affair di luar sana walaupun sudah ada suami dan isteri kerana dengan pasangan baru perasaan indahnya percintaan akan muncul semula.
Oleh kerana itu, sering kita dengar pasangan yang sudah bertahun-tahun bercinta bercerai hanya selepas sebentar berumahtangga.
Untuk pasangan yang sudah lama bercinta dan merasakan antara kamu berdua sudah tiada rasa, cubalah hidupkan kembali bibit-bibit cinta dan nilai kembali sejauh mana rasa cinta kamu berdua terhadap satu sama lain.
Jangan jadikan tempoh percintaan sebagai beban yang terpaksa ditanggung walaupun hatimu sudah tawar untuk si pasangan dan mata anda sering meninjau-ninjau prospek baru yang berdekatan.
Jujurlah kepada hati sendiri kerana jika tidak, anda hanya akan mengecewakan diri anda dan juga dirinya, dan sekiranya anda memilih untuk mendirikan mahligai perkahwinan dengan si dia, anda juga akan melibatkan keluarga dan ibubapa kamu berdua.
Rasa dalam bercinta itu penting kerana ia merupakan talian kasih antara kau dan si dia.
Jangan tidak diambil indah perihal rasa, buruk padahnya nanti.
Di zaman dahulu, walaupun banyak perkahwinan yang diatur keluarga, ianya kekal lama kerana pasangan bercinta dan mengenali satu sama lain selepas berumahtangga.
Namun di zaman ini terbalik ceritanya dan apabila sudah mengenali satu sama lain dengan begitu lama tanpa ikatan perkahwinan, sukar untuk melayari bahtera rumahtangga apabila rasa telah tiada.
Sebagai nasihat, apabila sudah suka janganlah bercinta lama-lama.
Jangan bercinta kosong tanpa tujuan, tidak baik untuk masa depan.
...credited to gua.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 biynio's post
jenh nak baca.... |
|
|
|
|
|
|
|
like my situation rite now...and i dont know what 2 do...he said he confused with his feeling rite now..either me...but i hope we can built the feelings again |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 masnina's post
tu la kan
x yah la tunang lama2
kalo aku x tahan la weh tunang lama2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cars at 3-2-2008 12:36 AM
like my situation rite now...and i dont know what 2 do...he said he confused with his feeling rite now..either me...but i hope we can built the feelings again
i had this situation b4..
As long as there's still love between u guys, there's always hope.
Good luck cars! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by masnina at 3-2-2008 02:31 AM
tu sb aku tak percaya dgn bercinta sblum kawen... sory to say
dulu, masa aku bukak thread kata nak kawen, sb tak nak bercinta lama2
ramai yg kata hold dulu sb alasannya: AKU MUDA LAGI
nas ...
Tahniah masnina sbb ambil langkah yg bijak..
tp jodoh masing2 xleh nak kata... maybe dah tertulis dia akn couple dgn somebody tu lama2 b4 kawen dgn org lain.
for me, kalau dah couple lama2, bertunang lama2 dan akhirnya kawen-takpe gak
drp tak kawen langsung kan...
tp akn cepat jemu la kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 biynio's post
Salam ...
Tambahan, istilah bercinta bukan utk SEBELUM KAHWIN jer ... Sebab tu lepas jer NIKAH habis dah zaman bercinta tu sbb dah di setkan nak romantik2, nak bercintan-cintun untk pasangan yang bercouple jer ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 halimijuliana's post
setuju... setuju...
selalu diorg set dlm mind lps dah kawin takde masa nak bercintan2 cam dulu
byk keje la sampai tak boleh nak catch up. |
|
|
|
|
|
|
|
emm ... aku x kisah kalo kwn @ tunang lame ..
ms btunang laa kite nk kenal pasangan ...
kdg2 ms kwn die x tunjuk perangai lg .. pas tunang br die tunjuk ..
tp walau ape pun ... kalo ade jodoh x kemana ... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pun..bila dah lama knl rasa cam bese je
nak dating pun dah malas..dah xexcited..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sangrimba at 5-2-2008 03:47 PM
mmg pun..bila dah lama knl rasa cam bese je
nak dating pun dah malas..dah xexcited..hehehe
kalau still syg kenala buat something utk spice things up... |
|
|
|
|
|
|
|
aku kawen umor 20 tahun, tengah hot blaja lg masa tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|