View: 52749|Reply: 259
|
Shenzen & Windows of the World, China
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by bdk2 at 14-1-2012 11:42
Shenzhen bebas motosikal
Oleh MOHD.AZLI ADLAN
Bandar raya ini dipagar dengan kawalan ketat imigresen China diempat pintu masuk dan pelancong asing yang hendak memasuki Shenzhenperlu mengemukakan dokumen perjalanan di pintu masuk berkenaan.
MONUMEN lima ekor kambing.
SEBAIK sahaja meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun diGhuangzhou, China pada petang 30 Disember lalu, saya terus menuju keShenzhen yang terletak di selatan.
Saya yang pertama kali menyambut fajar tahun baru di negara asingberharap kelainan sambutan daripada apa yang disajikan di Malaysia.
Namun, segala harapan yang berbunga itu meleset. Bukan sahaja tiadasebarang sambutan, malah kedatangan tahun 2008 seolah-olah tidakdihiraukan oleh kebanyakan masyarakat di sana.
Pada malam 31 Disember 2007, selain kedai serbaneka 24 jam, kedaimakan dan pusat hiburan, kebanyakan pusat perniagaan di bandar rayayang dikenali sebagai syurga membeli-belah itu ditutup seperti biasapada pukul 10.00 malam.
Namun, ketika jam menunjukkan pukul 11.00 malam, saya bersama Ezad dan Syafik meredah kesejukan menuju ke Jalan Shenan.
Kami bertiga bukanlah penggemar kopi tetapi entah kenapa, kamiteringin untuk menikmatinya di satu-satunya Starbuck yang terdapat dibandar raya itu. Namun, hajat kami tidak kesampaian kerana ia telahditutup pada pukul 10 malam.
Kami sebenarnya menyertai rombongan media selama empat hari keGhuangzhou dan Shenzhen anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak.
Ketika kami sampai, bandar raya ini sedang menempuh musim dingindengan suhu sekitar 17 darjah Celsius pada waktu siang dan menjunamsehingga tujuh darjah Celsius pada malamnya. Namun, ia tidakmenmenghalang kami membeli-belah.
Daripada barangan elektronik, telefon bimbit hingga ke tekstil,semuanya boleh didapati pada harga murah di bandar raya yang merupakansalah satu daripada lima Zon Ekonomi Khas (SEZ) di China.
Begitupun, boleh dikatakan hampir seratus peratus barangan yangterdapat di situ merupakan buatan tempatan. Jadi, jangan terpedayawalaupun dilabel dengan jenama terkenal, ia tetap dihasilkan di China.
Shenzhen yang bersebelahan dengan Hong Kong merupakan bandar terawaldigazetkan sebagai SEZ pada 1979 oleh Bapa Reformasi Ekonomi China,Deng Xiaoping.
Bandar raya ini dipagar dengan kawalan ketat imigresen China diempat pintu masuk dan pelancong asing yang hendak memasuki Shenzhenperlu mengemukakan dokumen perjalanan di pintu masuk berkenaan.
Melihat kepesatan bandar raya berkenaan yang dipenuhi denganbangunan pencakar langit seperti Menara Shun Hing (bangunan kesembilantertinggi dunia), mungkin ramai tidak percaya bahawa kira-kira 30 tahunlalu, Shenzhen hanyalah perkampungan nelayan yang cuma dihuni kira-kira30,000 penduduk.
Menurut pemandu pelancong kami, Chen Tiang Chung, 65, yang lebihmesra dipanggil Pak Chen, sejak menjadi SEZ, pertumbuhan ekonomimemecut melebihi 10 peratus dalam tempoh lebih 20 tahun sekali gusmengubahnya menjadi pusat kosmopolitan dengan lebih sembilan jutapenduduk.
Pak Chen secara berseloroh juga berkata, tidak seperti di Malaysia,kita tidak akan menjumpai walau seorang pun mat rempit di sini keranapenggunaan motosikal telah diharamkan di seluruh jalan raya di bandarraya ini sejak awal tahun lalu.
"Selain didakwa penyebab kecelakaan jalan raya tertinggi, dasarpemerintah Shenzhen yang mesra alam juga membawa kepada pengharamanini," katanya.
Salah satu tempat pelancongan terkenal di Shenzhen ialahPerkampungan Kebudayaan dan Tradisional China (PKTC) yang terletak diselatan bandar raya ini.
Taman tema seluas kira-kira 200 hektar ini lebih merupakan pusatsehenti yang mempamerkan kebudayaan, gaya hidup, hasil kesenian, kraftangan dan makanan daripada 56 etnik dari seluruh China.
| DUA etnik Ughur menjual sate di kaki lima di Jalan Beijing, Ghuangzhou.
|
Antara keunikan lain di taman tema yang dibuka pada 2000 ini ialah24 mini monumen terkenal yang terdapat di negara itu seperti TembokBesar China dan Kota Larangan.
Dengan bayaran masuk sebanyak RM60, kita seolah-olah dibawamenjelajah ke segenap pelosok negara yang keempat terbesar di dunia ini.
Selain itu, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan tarian gabungan semua etnik di dewan khas.
Sebaik keluar dari dewan selepas menyaksikan persembahan tersebut,suasana riuh dari sebuah gerai makan menarik perhatian penulis.
Di celah-celah pengunjung yang memenuhi ruang hadapan gerai itu,saya menyusup masuk dan rupa-rupanya salah seorang pekerja di gerai itusedang menebar roti canai!
Sambil tersenyum, pekerja itu berkata sesuatu dalam bahasa Mandarin.Saya tidak sempat menemuramahnya kerana Pak Chen menyuruh kami segeramenaiki bas yang telah lama menanti.
| TERUJA melihat seorang pekerja restoran menebar roti canai.
|
Pada hari ketiga, kami kembali menuju ke Ghuangzhou yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Shenzhen.
Matahari di wilayah ini terbit sekitar pukul 7 pagi, namun padamusim dingin dari November hingga akhir Januari, matahari di kawasanitu tenggelam seawal pukul 5.50 petang.
Destinasi pertama kami ialah Taman Yue Xiu yang menempatkan limamonumen kambing. Mengikut legenda, haiwan itu membawa tuah kepadawilayah ini.
Selepas itu, kami dibawa ke tanah perkuburan Islam tertua di China.Penduduk tempatan percaya di situlah bersemadinya bapa saudara NabiMuhammad, Sa'ad ibn Abi-Waqqas yang dikenali oleh masyarakat tempatansebagai Wa-ke-su.
Sa'ad telah diutus oleh Nabi Muhammad untuk menyebarkan agama Islamdi bumi China pada zaman Dinasti Tang. Beliau merentasi Laluan Suteradan singgah ke Quanzhou, Hangzhou, Xian sebelum meninggal dunia dipenghujung laluan tersebut di Guangzhou pada kira-kira tahun 629.
Masjid yang begitu sinonim dengan seni bina bangunan klasik Cina itu kini ditadbir oleh Persatuan Penduduk Islam Ghuangzhou.
Berhampiran Masjid Huai Sheng, terdapat sebuah rumah api yangmenjadi bukti kawasan tersebut pada zaman dahulu terletak di muaraSungai Mutiara.
| LOCENG gergasi di PKTC.
|
Pada malamnya, kami cukup teruja berpeluang menyusuri Sungai Mutiara dengan menaiki bot pesiaran.
Dengan bayaran RM19.50, peluang menyusuri sungai ketiga terpanjangdi China ini sudah pasti tidak harus dilepaskan apatah lagi iamerupakan antara tarikan pelancongan yang terkenal di Ghuangzhou.
Sepanjang sejam 'belayar', kami begitu terpesona dengan keindahancahaya yang memukau dari kedua-dua tebing sungai dan beberapa bangunanberhampiran seperti Hotel White Swan, Hotel Landmark Canton, NanfangMansion, Hotel Aiqun, Hotel Guangzhou dan Hotel Gitic Riverside.
Selain itu, pelayaran ini juga menempuh sekurang-kurangnya 10jambatan yang merentasi Sungai Mutiara iaitu Renmin, Haizhu, Haiyin,Luoxi, Zhujiang, Guangzhou, Jiefang, Jiangwan, Huanan dan Hedong.
Ini menjadikan pengalaman menaiki bot ini sangat romantik bagi pasangan yang sedang hangat dilamun bercinta atau berbulan madu. |
|
|
|
|
|
|
|
shenzen ni syurga bagi orang lelaki...sebabnya ramai pompuan kat sana.
kuasa beli dorang ni tinggi...barang pulak murah je.
kalo waktu malam, boleh tengok ramai golongan remaja kuar jalan-jalan
dorang tak wat keje sekolah ke
dorang nye fashion memang pelbagai...
kalo sape nak bukak restoran yang menyediakan halal food..
memang boleh buat duit la...sebabnya susah nak cari restoran yang halal |
|
|
|
|
|
|
|
pesona swiss
he Interlaken OCT Hotel meraikan kegemilangan seni bina Eropah di lokasi tanah tinggi di timur Shenzhen, China.
PANORAMA indah The Interlaken OCT Hotel yang
diselubungi kabus di hadapan tasik.
PERKHIDMATAN AirAsia ke Shenzhen, China, bukan sekadar suatu panggilan penerbangan bagi memenuhi keinginan membeli-belah di jalanan kota modennya yang pesat membangun.
Malah, ia adalah satu pilihan percutian terbaik bagi mereka yang menginginkan suasana istirehat yang berbeza dan istimewa.
| JENDELA kaca warna yang tinggi mengambil inspirasi katedral.
|
Destinasi yang memberi penghormatan kepada krew Alam Damai ini adalah The Interlaken OCT Hotel. Ia mencanang tarikan resort tanah tinggi berkonsep eko-pelancongan serta taman tema yang mengajak tetamunya kembali pada dakapan sentosa alam semula jadi.
Jelas berada dalam kelas tersendiri, penginapan ini muncul mewarnai status dan peta wisata di sebelah Asia Timur. Walau kewujudan resort ini tidak disertai jeritan keseronokan dari penumpang roller coaster atau kenaikan permainan kanak-kanak, ia tetap mempesona dengan elemen komersiol khusus.
Penginapan ini menawarkan pengalaman lima bintang gaya Eropah dari banyak aspek. Selain memperincikan konsep taman pertanian dan bunga-bungaan di sekitarnya, seni bina hotel ini mengambil inspirasi bangunan yang sama seperti di Switzerland. Nama Interlaken juga sebenarnya adalah sebuah kampung di negara Eropah tersebut.
| GARAPAN hiasan dalaman gaya Swiss-Eropah.
|
Rangkaian bangunannya, sama ada yang terhubung membentuk sebuah kompleks luas (Interlaken Hotel) mahupun yang terpisah mengikut kategori (Interlaken Residences) kesemuanya menawarkan sejumlah 299 bilik penginapan.
Facade umpama kastil diraja yang lengkap dengan menara mengiyakan pendapat ramai yang menyatakan bahawa lokasi ini seumpama Disneyland untuk golongan dewasa.
Binaan siling dan tiang tinggi seumpama katedral mewah dihidupkan di ruang lobi dan restorannya. Sementara itu, jendela kaca warna yang luas disempurnakan garis reka gaya Gothik. Ia dibina sedemikian untuk menjemput panorama indah tasik dan kontur bukit ke dalam kawasan hotel.
| MENIKMATI teh sambil menghadap lereng bukit.
|
Tetamu bukan hanya dimanjakan dengan kemudahan cita rasa elit di dalam bilik penginapan. Hotel yang diselubungi suhu sederhana dan sejuk ini memberi nilai tambah percutian dengan menyediakan hamparan padang golf, taman tanah becah, taman botani, ladang teh serta trek kereta api wap yang mengelilingi landskap bukit dan lembah.
Paling mengujakan adalah prasarana spa kesihatan bertaraf antarabangsa yang menawarkan variasi rawatan belaian tubuh. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu di dalam bangunan dan di lereng bukit yang terbuka, tetamu boleh memilih pelbagai pakej menarik.
Paling menarik di kawasan spa terbuka di lereng bukit, terdapat berpuluh kolam jakuzi yang masing-masing dengan 'isian' yang berlainan.
Antara yang masih dianggap normal adalah seperti kolam mandian susu, bunga-bungaan, buah-buahan, ataupun dipenuhi ikan-ikan kecil yang akan memakan sel-sel kulit mati di tubuh.
Selebihnya adalah pilihan kolam spa panas dengan elemen eksotik dan eksentrik seperti kolam mandian wain, coklat, madu, lada, dan sayur-sayuran.
| KETENANGAN ruang menunggu di bangunan spa.
|
Bagi yang ekstra berani, terdapat dua buah kolam mandian mengikut jantina terletak di lereng paling tinggi. Di situ, perimeter kolam hanya dilindungi rimbun pokok dan pengunjung kolam tidak mengenakan seurat benang pun! Sensasi exhibitionist atau keyakinan terhadap penampilan tubuh badan? Tetamu yang tentukan sendiri.
The Interlaken OCT Hotel amat terkenal dengan hospitaliti yang terperinci, sesuai dengan prestij dan harga yang dibayar oleh penginapnya.
Antara faktor bernilai tambah yang boleh dinikmati di sini adalah Premier Club Rooms and Lounge. Ia membenarkan penginap yang bermalam di bilik Premier Club menikmati pelbagai kelebihan termasuk perkhidmatan minuman percuma sepanjang hari.
Wanita juga tidak terkecuali diberi penghormatan istimewa kerana bilik tetamu Luxury Ladies direka secara elegan dan eksklusif untuk mereka.
Sentuhan ciri-ciri bergaya feminin termasuk penyediaan rangkaian luas produk spa dan perkhidmatan pelayan peribadi sedia digunakan tanpa batas.
Bercakap tentang pelayan yang menjaga kehendak personal penginapan, sesiapa sahaja yang bermalam di mana-mana bilik Premier Club layak menerima perkhidmatan pelayan peribadi 24 jam. |
|
|
|
|
|
|
|
window of the world, shenzhen
Post Last Edit by jonieluvjunee at 26-8-2010 01:34
maaf kalo thread ni dh de coz td search xjumpe lak... so sj post thread ni.. nak share pngalaman ke shenzhen tahun ni...
kt shenzhen de satu taman yg bg juni wajib kite pergi kalo kite dh smpai ke shenzhen ni... name tmn tu WINDOW OF THE WORLD (wotw)... dlm tmn ni... ade almost semua replika tmpt2 menarik n trade mark setiap negara di seluruh dunia ni... contohnye eiffel tower, niagara falls, opera house sydney, angkor wat, borobudur n byk lg... tp replika kecik je la... juz eiffel tower je cm besar n tnggi mcm menara... yg patung singa kt singapore pon ade... tp yg plik... bgunan malaysia xde pon... hehe..
wotw ni trbahagi ikut benua... benua asia, australia, eropah etc... so each benua ade mcm2 replika yg represent each country dlm benua tu... wotw ni sgt besar... n kitorg sdri pon x abes pusing sbb penat... tp utk mereka yg x larat, ade pengangkutan disediakan, n tren pon ade yg pusing satu wotw tu... so bg sesape yg nak lawat 7 keajaiban dunia dlm satu hari... disini la tempatnye...
sesape yg pnah pergi pon meh la share kt cni... rase cm nak pergi lg je.. nak abeskan mane yg x sempat ri tu... hehe... n lupe lak, kt wotw ni pon ade roller coaster tau...
[ Last edited by jonieluvjunee at 26-6-2008 08:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 jonieluvjunee's post
|
|
|
|
|
|
|
aku dah pernah gi gak best la tpt dia , lepas tu senang nak pegi kalau dari HK .. naik lrt turun last stesen |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 BDT5609's post
show off dr segi ape kah... alahai.. xde niat pon... nk share experience la.... sbb tgk xde lg org share psl shenzhen ni... n b4 pi shenzhen tu pon aku x tau kewujudan tmpt ni... so x slh kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 akira_nagasaki's post
haah... nek lrt dr hk ke shenzhen pon sejam lbey je... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan risau jonieluvjunee.. (panggey jonie udah le ekk.. panjang bebeno)
pepepun tq sb berani share dgn kitorg kat sini.. biase le manusia kat dunia ni ade yg appreciate n ade gak yg dengki.
tepek le lagi gambo pemandangan kt sana.. bunga2.. building.. greatwall..
bayan pun penah 2x dh ke window of the world / shenzen ni tp taun lepas kot.. ke 2 taun lepas.. (ntah xingat lak). so sekarang mesti dh ada perubahan. bayan just naik train dr hongkong. bayan rase dh penah tepek gambo kat sini.. kat thread HONGKONG kot tp takpe. kalau rajin bayan tepek balik 2-3 keping yek. |
|
|
|
|
|
|
|
cammm bestt jerrkkk...lehh gi nii jenjln ke sana...akan ku fikir2 kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
akan ku pikirin jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
yang paling best soping kat shenzhen tu.. tp kelaka la time aku pegi ari tu.. aku turun kat last stesen utk gi WOW tu.. then tatau nak keluar exit mana.. banyak sangat exit .. dah la semua tulisan cina.. satu patah haram aku tak paham. lastly tanya customer service tu pun terpaksa cakap yang paling simple je ..windows of the world.
then dia jawap J |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 akira_nagasaki's post
a'ah.. aku pun sepatah haram xpaham. sabo je aku kat sana.. sumer bende tulis bahase diorg jek. tp shopping mmg le heaven. aku habis beribu xingat.. beli brg tiruan first class.. .. diorg tiru sebijik cam ori wooo.
satu yg peliknye sape pun kt shenzen nie xtau english.. termasuk polis n org keje hotel.. PELIK! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kebayan at 27-6-2008 04:36 PM
a'ah.. aku pun sepatah haram xpaham. sabo je aku kat sana.. sumer bende tulis bahase diorg jek. tp shopping mmg le heaven. aku habis beribu xingat.. beli brg tiruan first class.. .. diorg tiru ...
bukan Shenzhen jerr kebayan oooiii...rata2 kat China ni depa tak rheti ckp english..akak rasa yg agak ok kat Beijing jerr tu pun maybe sbb ada olimpik kott.... |
|
|
|
|
|
|
|
bertuah korang dapat jln jauh2... |
|
|
|
|
|
|
|
aku malas betul nak gi negara owang yg payah nak communicate mcm ayam dgn itik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 BDT5609's post
oit en newbies
die tak show off le.
just nk share xperience.
[ Last edited by elbandito at 12-9-2008 01:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|