Jasadku masih terasa lemah. Bila-bila masa saja sekujur tubuhku ini bisa tumbang ke bumi dilanggar kekencangan angin. Sesekali badanku terasa seperti terapung
Tapi sayang, itu semua hanya tinggal kenangan. Buat kali yang pengabisan ini, biarlah aku memerah segala kudrat tenagaku yang ada untuk mengusung keranda ayah hingga sampai ke liang lahad. Biar seberat manapun beban keranda ayah, aku rela mengangkatnya tanpa rasa mengalah. Sekiranya benar roh orang yang telah mati dapat melihat keadaan sekeliling, aku yakin ayah akan tersenyum melihat anak lelakinya ini gagah mengangkat kerandanya.
Aku terjaga seketika dari tidur. Jasadku masih berada di atas tikar
mengkuang di ruang tamu. Aku tidak sedar yang aku terlelap sambil menonton tv sebentar tadi. Aku terdengar perbualan antara ibu dengan ayah. Mereka sedang duduk di atas kerusi rotan di ruang tamu itu juga. Mendengar perbualan itu, aku memejamkan mata kembali sambil membukakan telinga dalam keadaan yang masih terpinga