|
I have a problem at the moment, and i dont know what should i do and how should i react. Holla dah dihantui oleh masalah ni for weeks and benda ni sampai affect mood Holla and perasaan Holla pada hasben. Holla takut kalau masalah ini Holla pendamkan, lama kelamaan benda ini akan menjadi kudis and lama kelamaan bernanah dan jadi makin teruk. Tapi Holla memang tak senang duduk setiap kali mengenangkan pasal isu ni.
Baru2 ni Holla dapat tahu yang hasben Holla unfaithful. Holla tak tahu sejauh mana ketidakjujuran hasben Holla ni tapi Holla serba salah memikirkannya. Ini semua terjadi bila Holla terscroll hp hasben Holla. Bukan Holla tak percaya pada hasben sampaikan nak scroll hp dia, tapi sebenarnya masa time tu niat Holla hanya nak retrieve inbox dia sebab ade sms yang Holla nak forward ke hp Holla. Alangkah terkejutnya Holla bila Holla nampak ade sms2 yang mencurigakan tak kurang jugak dgn gambar2 perempuan naked. Holla terus ambik nombor2 telefon tu dan simpan. Niat Holla untuk mengetahui adakah gambar2 itu dtgnya dr hp perempuan ataupun teman2 lelaki satu opis dgnnya. Sedihnya hati Holla bila Holla cuba untuk call nombor2 tu nescaya tuan punya nombor2 tersebut adalah perempuan.
Tapi Holla cuba kuatkan semangat, tabahkan hati dan padamkan semua rasa2 negatif dlm diri. Holla cuba untuk tak memikirkan benda2 ni sebab Holla rasa baik Holla concentrate pada memperbetulkan diri Holla sendiri, lagipun drp gambar2 yang Holla lihat tu, sedikit pun tidak membuat Holla rasa rendah diri, malah Holla rasa bangga sebab sebagai seorang isteri Holla mempunyai sesesuatu yang lebih cantik dan menawan untuk ditawarkan pada hasben drp tuan punya2 gambar tersebut. Namun Holla percaya, mesti ade sesuatu yang disembunyikan oleh hasben Holla selama ini.
Masalah Holla sekarang ialah Holla rasa tertipu oleh hasben sendiri. Rupanya dlm diam dia ade sumber2 entertainment dia sendiri. Dan Holla rasa jijik setiap kali melihat dia dan terkenangkan gambar2 serta sms yang ade didalam hpnya. Holla tahu kalau Holla bangkitkan isu ini kepada hasben mesti akan perang besar jadinya, dah Holla yakin sampai kiamat pun hasben Holla takkan mengaku yang dia bersalah, balik2 diri Holla jugak yang akan dipersalahkan. Seolah2 perbuatan keji dia selama ini adalah rentetan drp kelakuan Holla. Holla dah masak dengan perangai hasben Holla.
Benda ini sebenarnya memperbataskan tugas Holla sebagai seorang isteri. Kerana bila sahaja Holla teringat pada peristiwa ini, mesti Holla akan serta merta rasa benci pada hasben dan rasa meluat2 yang teramat sangat. Holla masih menunaikan tanggungjawab Holla tapi perasaan itu akan datang secara paksaan dan bukannya ikhlas.. dosa Holla pada suami. Holla amat arif pasal syurga isteri di tapak kaki suami, tapi bagaimana pula dgn perasaan Holla, yang selama ini Holla pendamkan. Hanya semata2 kerana tidak mahu menderhaka dan menyakiti hati hasben.
Dalam diam Holla rasa semacam perkahwinan ini takkan kekal panjang jikalau perilaku hasben Holla kekal seperti ini dan Holla serahkan semuanya pada yang maha ESA. Tanpa sedar Holla membuat perancangan sendiri..merancang untuk pergi jauh meninggalkan hasben bila tiba masanya nanti. Kiranya Holla bukan yang terbaik ade baiknya Holla berundur sahaja dan menerima takdir ketentuannya drp menderita memendam rasa sepanjang hayat . Holla rasa itulah jalan terbaik. Holla merancang dlm masa setahun ini, kalau keadaan masih tidak berubah, Holla akan membawa hala tuju Holla sendiri.
Undeniable, Holla masih menyanyangi hasben Holla, tapi terus terang Holla sendiri tidak tahu apakah dia sendiri masih menyanyangi Holla seperti yang diikrarkannya dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
awak tak cukup superhot female agaknya ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 hollaback_girl's post
still a superhot female?????
try u plak send kat hubby u punye pic naked...ape die rase???
maybe kwn2 die forward or ade awek2 gatal yg saje nak tayang kat laki ko kot...
bahaye tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Puan Holla tadi u kata u ada sesuatu yang lebih menawan daripada the girl yang dalam handphone hasben u tuh..
so keep it up i think u cuba buat pembedahan besarkan payudara macam dolly parton sure ur hasben suka kan
ermm no laa i'm just joke
u tak payahlaa rasa tergugat hanya kerana suami u ada hiburan like that ok.. u and ur life and u still his wife just u cubalaa hindari daripada memikirkan perkara tersebut.. kalau u cuba tanya pada suami u habislah u.. i takut suami u melenting ermm i think u try belajar kick boxing sebelum nak tanya perkara tersebut.. well manalah tahu penumbuk melayang sebelum u teremosiional nak bersoal yer tak..
just belajar kick boxing dulu yer.. then baru attack okey this is my suggestion really trust me |
|
|
|
|
|
|
|
still a superhot female !!!
well itu yang buat saya confuse, i am still superhot kalau nak dicomparekan dgn pictures naked dlm my hasben's phone. But saya tak paham, kenapa dia masih nak simpan gambar2 mcm tu dlm hp dia sedangkan dia bole dapat lebih lagi dr itu dgn saya sendiri. Isteri dia yang HALAL.
Saya rasa sedih, seolah2 apa yang saya ade tak cukup menawan tak cukup bagus walau sehabis baik mana pun saya cuba. |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan manalah gatal nak tayang body sendiri kat your hubby tu? Masa you call no pompuan tu apa reaksi diaorg? |
|
|
|
|
|
|
|
senang2nya pompuan send naked pic...trend zaman moden ke? ..aku ketinggalan zaman kot...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aiva, terima kasih atas nasihat awak tu. memang betul kadang2 saya rasa honesty is not the best policy dalam hal ini. Sebab hanya disebabkan isu ini siapa tahu apa lagi yang akan menyusul nanti. Setakat ini, saya rasa hasben saya tak mengesyaki ape2 dan saya pun sudah rasa semakin tawar hati untuk mengetahui apa lagi yang ada dalam memory card hp dia. Saya takut semakin saya tahu, semakin sakit hati saya jadinya.
Langkah saya sekarang ialah dgn membuat semuanya seperti tiada apa2 yang berlaku. Tapi perasaan sakit hati dan meluat2 pada hasben kerap timbul, lebih2 lagi kalau kenangan itu tiba2 menerpa.
Semacam ape yang dia katakan selama ini, semuanya rubbish and full of crap. |
|
|
|
|
|
|
|
holla, u dah ada anak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya just call and hung up, saya hanya nak tahu tuan punya number itu adakah perempuan atau lelaki. Itu shj sudah cukup. Saya tak berniat untuk bercakap panjang lebar dgn betina2 tersebut sebab ternyata sudah taraf perempuan jenis apa yang mampu menghantar mms semacam itu..benda yang sama saya tujukan pada hasben. Suami jenis ape yang sanggup menyimpan picture naked betina lain didalam hp dgn tujuan untuk melihatnya semula acap kali.
Saya sedang mengandung sekarang, usia kandungan baru nak masuk 5 bulan. Ini anak yang pertama. Ini yang membuat saya bertambah sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hollaback_girl at 11-2-2008 01:39 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
still a superhot female !!!
well itu yang buat saya confuse, i am still superhot kalau nak dicomparekan dgn pictures naked dlm my hasben's phone. But saya tak paham, kenapa dia masih nak simpa ...
itu awak yg perasan agaknya, kena lihat dari perspektif suami bukan dari perspektif syok sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh.... lagi sorang laki kantoi sebab sms dlm telefon.
Apa la korang ni... dah hantar atau baca sms jiwang tu, pandai-pandai la nak delete! Buat pe nak simpan.... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Doreen, its true that beauty lies in the eyes of the beholder.
Walau saya hodoh sekalipun, itu masih tidak membenarkan hasben saya untuk membuat perlakuan sebegitu rupa. |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak nak berfikiran tertutup, dan saya menerima setiap pemodenan teknologi dan komunikasi. namun saya masih lagi kurang pasti dgn apa yang dicari2 oleh hasben saya selama ini. Adakah dia sangat dahagakan kasih sayang, belaian dan pujuk rayu dr perempuan2 lain yang bukan isterinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 hollaback_girl's post
girl,
i'm sure u ni baru kawin jer sb baru pregnant anak pertama..
so..maybe this is your 1st dugaan dalam perkahwinan..
1st thing..u kena belajar bersabar...bukan susah nak sabar pun sb bukan husband u pukul u or abaikan u..
salah husband u hanya sb dia simpan pic naked pompuan2 tu...alaaa..sama la dgn jantan2 kat sini yg simpan naked pic pompuan kat net nie...cuba tanya jantan2 kat sini sapa yg tak nengok pic gillian ape tah ke tu, actress hong kong naked pic yg tengah hot tu...kalau ada yg ngaku tak tengok, baik nya... (pssst..sapa tak tengok lagi, aku ada... )
u nak halang menda2 camni bukannya mudah sb laki u bukan nya anak patung or robot, tekan suis, buat A, A la dibuat nya..laki u tu human being..kadang2 naik gatai dia..dgn rasa saham yg tinggi pulak..bertambah2 lagi la miang dia..
the best advice i can give to you...improve yourself..kalau u meluat dgn hubby u, camne u nak perbaiki diri u...i jamin kalau u jadi lebih seksi dan lebih menawan (bukan dr kacamata u la...tapi dr kacamata laki u la)...takde nya laki u teringin nak negok naked pic org lain...kalau nengok pun, ajak u nengok sekali untuk jadi bahan ketawa... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagi ahkak dengan terus membiarkan suami hanyut dengan peel tu tanpa kita sebagai isteri menasihatinya hmmmmm tak eloklah...u need to ask him but bukan dalam keadaan emosi...dia kena tahu yang u tahu..lepas tu kalau dia teruskan jugak ...itu soal dia then baru u boleh fokuskan pada diri u....the rest perbaiki diri u and doa banyak2...buat seketika fokuskan pada diri u n anak dalam kandungan...pastikan dia tunaikan tanggungjawab dia as husband n future father...all the best sis...take step by step....u rasa hb u nak buat ke pompuan tu jadi bini dia....jgn mudah menyerah kalau ok...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
well i tell u what... i ada berhubung dengan seorang lelaki orang yang tak sedar diri... i ingat nak simpati laa kat dia then i tanya kenapa dia nak pasang lain sedangkan dia dakwa isteri dia kecil molek dan dah ada anak 2 orang sepasang
aku tak tahu lah apa lah laki laki ni nak agaknya..
until now masih melutut merayu nak adakan hubungan errr tau tau jerlaa sampai sekarang aku macam eee apalaa laki orang ni
dah ada halal nak buat perkara tak senonoh..
aku ni serkap jarang jer well aku ni tak delaa baik mana pun tapi aku tak sebodoh tuh nak jadik jahat bersama sama dengan lelaki macam ni tak sedar dek untung.... Ya Allah selamatkanlah aku hehehe ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ini perkara yang sama telah berlaku. tetapi ketika itu kami masih lagi belum berkahwin. Hasben memang ligat dgn internet, chatting, dan forum dan berkenalan dgn pelbagai lapisan orang. Dlm masa yang sama hasben juga pernah menjalinkan hubungan dgn beberapa kenalannya pada masa itu, walaupun untuk jangka masa singkat. Pernah terkantoi beberapa kali namun selang beberapa lama perkara yang sama diulangi semula seolah2 semacam tiada niat untuk menghentikan perbuatannya.
namun setelah berkahwin, apabila Holla nampak dia masih lagi berperilaku sedemikian rupa, Holla rasa memang hasben Holla ini takkan berubah sampai bila2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|