View: 2358|Reply: 5
|
Kesulitan nak daftar anak kat JPN...
[Copy link]
|
|
okey, aku nak mintak pendapat korang...
member hubby aku ada masalah besar, dia nikah kat siam dgn bini dia... taktau sbb apa pulak nikah kat sana. skrg dah dapat anak, so, ada masalah la kalau nak binkan nama anak dia..
korang tau tak camna nak settle? kesian pulak aku tgk.... |
|
|
|
|
|
|
|
oo susah tu kalau kawen seberang..
kena daftar dulu perkahwinan tu
kena bayar beberapa ratus nk daftar kawin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 iklilshaza's post
apa masalah nyer?
bukan ker kalo nikah kat siam, kena daftar kat Malaysia pastuh... Daftar jer la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kikilalat at 12-2-2008 10:15 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
apa masalah nyer?
bukan ker kalo nikah kat siam, kena daftar kat Malaysia pastuh... Daftar jer la...
nak daftar ambik masa lama mana? kawan laki aku takut denda beribu riban, takde duit nak bayar pastu masuk penjara tak pasal2 lak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 iklilshaza's post
JPN tidak mengiktiraf Surat Akuan Nikah luar negara w/pun perkahwinan tersebut sah dan diiktiraf di bawah Akta/Enakmen undang-undang keluarga islam negeri2.
Manakala bagi perkahwinan di Selatan Thailand, pasangan perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk pengesahan dan pendaftaran pernikahan yang bertentangan dengan undang-undang. untuk pasangan yg tinggal di WP, mereka perlu ke Mahkamah Syariah terus untuk mendapatkan borang permohonan tersebut. Bagi pasangan yg tinggal di Selangor, mereka perlu ke Unit Nikah Cerai dan Rujuk di Pej. Agama Daerah di mana mereka tinggal.
Perkahwinan hanya akan didaftarkan dengan Perintah Mahkamah dan setelah pasangan didakwa atas kesalahan berkahwin yang bertentangan dengan peruntukan dalam Bah. 2, Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.
Bagi mempercepatkan proses di Mahkamah Syariah, dokumen-dokumen seperti Surat Nikah Asal Thailand dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu oleh Institut Penterjemah Negara, photocopy pasport, photocopy IC hendaklah disediakan.
Proses pendaftaran nikah di WP lebih cepat berbanding di negeri Selangor, jadi saya cadangkan pasangan mendaftar di Mahkamah Syariah WP & JAWI.
Sekiranya pasangan tidak arif tentang undang-undang, dinasihatkan melantik peguam syarie bagi mempercepatkan proses.
Pendaftarankelahiran anak di JPN hanya boleh dibuat selepas mendapat Surat Perakuan Nikah dari Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aveosilver at 12-2-2008 10:26 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
JPN tidak mengiktiraf Surat Akuan Nikah luar negara w/pun perkahwinan tersebut sah dan diiktiraf di bawah Akta/Enakmen undang-undang keluarga islam negeri2.
Manakala bagi perkahwinan di Selata ...
terima kasih atas maklumat anda... |
|
|
|
|
|
|
| |
|