View: 4794|Reply: 40
|
bagaimana lelaki ingin kaya!!
[Copy link]
|
|
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripadasunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satuamalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.
Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku."
(Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadiperkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi?Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukankenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cubakita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebihkurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini.Insya Allah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki.Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia memintajalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggahlagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin.Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikanRasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullahdan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapimasih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahaiRasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai RasulullahSAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya.Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapawaktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukanmasalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapiaku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki itu."Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senangapabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buatkali ketiga.
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanyaia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya iamasih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah danmenyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhkumenikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yangharus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kataRasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isterikeempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya.Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepadaketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungandan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupikeperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah"
(Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yangsendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) darihamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan.Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. DanAllah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. "
(Surah an-Nur : 32)
Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allahjika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu keranaAllah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosiol dapat dihindarkan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku musykil dengan cerita yang panjang samapai kawin 4 tu. ni hadith riwayat siapa ni?
Kemudian cerita panjang tu diselang seli dengan 2 hadith. Yang atas sekali tu riwayat bukhari. pendek aje hadithnya tapi kedudukan tulisan (riwayat bukhari) tu yang mengelirukan orang.
Akhir sekali yang tulis riwayat ibnu abbas tu aku pelik. Yang mana riwayat ibnu abbas? Yang last sekali tu ke? Atau yang cerita kawin 4?
bukan ke patutnya kita kata macam ni: dari ibnu abbas, rasulullah bersabda, "carilah rezeki dengan menikah" (riwayat xxxxxx). |
|
|
|
|
|
|
|
tapi moral story dia menarik....
tak sangka ada hikmat disebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 HazelNut's post
kalau cerita tu benar dan berlaku memang bagus.
tapi kalau cerita rekaan? cerita rekaan macam-macam ending kita boleh buat. nak yang bagus atau tak bagus. kemudian bila dah banyak sangat cerita rekaan, org pun naik bosan. lama-lama tak sampai juga matlamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 ibnur's post
Aku rasa yang part hadith suruh kahwin sampai empat tu..baru rezki datang, macam buat2 (bagi mewajibkan lelaki kahwin 4). Ada gak yang kahwin sorang, rezki murah...anak ramai dan sebagainya....bukankah anak yang ramai itu juga satu rezeki?. |
|
|
|
|
|
|
|
tu dia aihhhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 indah1285's post
Dan buat baju juga satu cara untuk mendapatkan rezeki yang halal juga membantu orang kelihatan cantik, betul tak IN? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 indah1285's post
mak aihh marah nye.....
tu bukan aku penulis nyer. aku hanya paste je.
untuk sama-sama ambil ikhtibar, itu je motif aku...
kawin satu pun murah apa rezeki...cuma aku tertarik kat cerita tu...
tak de la wajib kawin 4 dalam islam...
"apa yang kita pikir ni tak terlawan dengan ilmu tuhan, tuhan tau segalanya dan dia lah mengatur segalanya".
manusia boleh cakap apa saja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 HazelNut's post
persoalannya betul ke cerita tu atau direka2 jer (israilliyat) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 eastrun's post
betul tu eas...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 cak!'s post
sumber ini diambil dari kitab Al-Zawajir.....oleh Al-'Allamah Ibn Hajar Al-Hatimi...
so ni bukan cerita reka2....
cuma tajuk je agak catchy sikit...tapi ente kena cari maksud yang tersirat.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah juga terbaca cerita ni, tapi di mana ye.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|