CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4459|Reply: 29

Rambut

[Copy link]
Post time 21-2-2008 08:11 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum

rentetan daripada soalan haku kat sini
http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=332376&extra=page%3D1&page=4

boleh tolong bincangkan tak?
kalau tak boleh , mintak tolong mergekan sahaja topic nih.....



persoalannya....aku pernah mendengar bahawa rambut ini adalah aurat yg kurang tuntutannya......
yg penting dada, kemaluan yg perlu ditekankan.....

sbb itu ramai perempuan yg memilih memakai baju kurung lengkap tanpa menutup kepala.....kerana ianya cukup utk menutup aurat kemaluan dan dadanya sahaja....

[ Last edited by  qurnia at 22-2-2008 08:33 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2008 12:39 PM | Show all posts
perlu dapat pengesahan ni, ..ramai berdosa nanti sbb was2
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 01:19 PM | Show all posts
In tak faham ar...

apa pasal dengan rambut...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 05:56 PM | Show all posts
bukan aurat pompuan semua kecuali tapak tangan & kaki je ke...
tapi yg cecco tau, yang pakai baju kurung but tak pakai tudung tu because nak tayang rambut. i mean,nak tayang fesyen rambut. bukan nya diorang tak tahu rambut tu sebahagian drpd aurat wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 01:28 AM | Show all posts

Reply #4 a.ceCCo's post

tu yang dalam avatar tayang apa pulak !!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 01:36 AM | Show all posts

Reply #5 ibnur's post

nak kena bancuh ker a.cecco nie?

mcmana boleh bercakap pasal aurat padahal avatar macamtue....:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2008 08:46 AM | Show all posts
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah RA ketika Asma' binti Abu Bakar RA. bertemu dengan Rasulullah SAW. Pada waktu itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda:

"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah datang masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Sabda Rasulullah SAW itu menunjukkan bahawa rambut wanita tidak tersenarai sebagai perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2008 10:11 AM | Show all posts
sorry semalam nak tulis panjang2 tapi tenet tak berapa baik.....

persoalan haku ni bermula masa kami bersembang2 mengenai isteri2 pemimpin yg lepas, kini dan masa akan datang yg kebanyakkannya tidak menutup rambut mereka.....dalam perbincangan ni ada seorang kawan tu telah mengeluarkan kenyataan...bahawa rambut tu bukan aurat yg berat seperti aurat kemaluan....(dada dan seluruh anggota tubuh)......masih dikira aurat tapi taklah seberat kita mendedahkan aurat dada, kemaluan, etc.....

bila haku mintak hujah/ayat...dia tak pasti sbb katanya dia pernah dengar dalam ceramah....so anyone here...care to shed some light on the isssue?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2008 10:14 AM | Show all posts
dewasa ini......mendedah rambut tidak lagi dianggap sebagai satu dosa....masing2 berhujjah semata2 utk menghalalkan apa yg Allah dan rasul telah larang.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 03:30 PM | Show all posts
Mengikut Doktor Wahbah Zuhaili pada fasal Aurat Mazhab Maliki :

Aurat itu nisbah bagi dilihat : Bagi lelaki ialah barang antara
pusat dan lutut. Dan bagi wanita dihadapan lelaki ajnabi ialah
sekelian badan selain muka dan dua tapak tangan. Dan jika dihadapan
mahram2nya ialah sekelian badan selain muka, kepala, leher, dua
tangan dan dua kaki melainkan jika ditakuti akan lazat maka haramlah
memperlihatkan yang demikian itu bukan kerana ianya aurat."
(Sumber Kitab Fiqh Islami Juz 1 m.s. 58
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by qurnia at 23-2-2008 10:11 AM
sorry semalam nak tulis panjang2 tapi tenet tak berapa baik.....

persoalan haku ni bermula masa kami bersembang2 mengenai isteri2 pemimpin yg lepas, kini dan masa akan datang yg kebanyakkan ...


Discussing this issue is like opening a can full of worm .. discussion about rambut being awrah will always lead to a disaster

I came accross pernyataan sebegitu many times before... ada sebilangan orang yang menggunakan argument bahawa tiada direct / explicit command yang mengatakan "tutuplah rambut anda" di dalam al-Qur'an sebagai hujjah bahawa menutup rambut adalah hanya "preferrable", bukannya kewajipan yang nyata. In particular, they refer to An-Nur 31 as their argument :

And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts, and not to display their adornment except what is apparent of it, and to extend their khimars to cover their bosoms (jaybs), and not to display their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or what their right hands rule (slaves), or the followers from the men who do not feel sexual desire, or the small children to whom the nakedness of women is not apparent, and not to strike their feet (on the ground) so as to make known what they hide of their adornments. And turn in repentance to God together, O you the faithful, in order that you are successful
Ada so called contemporary muslim scholars yang menggunakan ayat ini sebagai hujjah untuk meletakkan apa yang ditekankan dan apa yg tidak ditekankan. Ayat yang saya merahkan itu terutamanya. Walaupun perkataan khimar wujud di dalam ayat tersebut, tetapi mereka mengatakan bahawa penekanan yang ditunjukkan oleh ayat tersebut adalah penggunaan khimar untuk menutup bahagian jayb (neckline to dada), tetapi rambut tidak ditekankan. Mereka mengatakan, sekiranya rambut merupakan part yang sangat penting, ianya sepatutnya telah pun dinyatakan di dalam ayat tersebut secara nyata. Ditambah dengan word khimar yang digunakan di dalam Qur'an, yang tidak semestinya bermaksud tudung kepala, malah boleh merujuk kepada apa-apa sahaja yang digunakan untuk menutup. The ambiguity (according to them) itu yang menyebabkan terkeluarnya pendapat sebegitu dewasa ini.
Ditambah pula hadith yg diriwayatkan oleh Abu Dawud (seperti yang diselitkan oleh zerozone di atas) mempunyai pelbagai argument tentang its authenticity.  
But personally, I would see it differently. Khimar in general term biasanya akan merujuk kepada tudung kepala (though I know some refers khimar as merely something to cover). Aqrab al-Mawarid mendifinisikan khimar sebagai kain penutup kepala. Tudung adalah tradisi orang Arab, Jahilliyah juga menutup kepala mereka, malah kita juga mengetahui bahawa wanita Yahudi juga dikehendaki menutup rambut mereka. Cuma mereka memakainya dalam keadaan togel membiarkan hanya rambut ditutup tetapi leher terdedah. Pada saya kehadiran khimar dalam ayat 31 surah An-Nur ini sudah cukup untuk menyatakan bahawa khimar ini masih relevant, cuma pemakaiannya perlu dilengkapkan lagi dengan melabuhkannya ke bawah menutupi sehingga bosom.
If we see from the ayat above, segala perkara juga diletakkan secara umum. Tidak ada pun tuhan kata, cover kemaluan kamu, Dia berkata, guard kemaluan, which means more than just covering. He doesn't need to ask you to wear underwear because it is accepted by normal society's standard that the part is private and need covering. He doesn't need to mention hair in the verse, because wearing headcover is already a tradition in the society, but the appearence of the word khimar is enough to tell that "ya.. ya.. continue wearing your headcover, but extend it a bit to cover other parts also". If ever God only want the women to only cover their breast, why did He use the word khimar in the first place? Why don't He just use other words like baju etc?

But well... I didn't intend to influence people to acquire my belief. I wrote the above in a very layman way.... it is easier to just play their game..


[ Last edited by  antiQue at 23-2-2008 05:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-2-2008 05:10 PM


Discussing this issue is like opening a can full of worm .. discussion about rambut being awrah will always lead to a disaster

I came accross pernyataan sebegitu many times before.. ...


Welcome back MOD...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 05:16 PM | Show all posts
erkk.. apsal all my perenggan bercantum ni? Few times I edited masih bercantum2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2008 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-2-2008 05:10 PM


Discussing this issue is like opening a can full of worm .. discussion about rambut being awrah will always lead to a disaster

I came accross pernyataan sebegitu many times before.. ...



seriously...that was my first time hearing rambut as non obligatory awrah....therefore i don't mean any provoking here and there....just wanna to know it's validity and so on....

tq sis on the elaboration.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 09:01 PM | Show all posts

Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."

Riwayat Bukhari dan Muslim


adakah hadis ini dhaif?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 08:29 AM | Show all posts
kita ada ikan goreng
satu kita letak bawak tudung saji
satu kita letak je atas meja
selepas seharian balik dr kerja
rasa lapar, amik nasi...letak kicap
pergi atas meja
ikan mana yg kita lebih suka..
ikan dlm tudung saji...atau yg terdedah di atas meja tadi (tupun kalo ada lagi..mungkin kucen da ngappp)

maaflah..aku akui
ilmu di dada aku teramat sikit
aku tak dpt nak bg dalil atau hadis
tentang aurat

cuma pemahaman simple yg dan pendapat dr benak aku
aurat bagi aku..
seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

dalam analogi tudung saji tadi
bukan saja bermakna tak menutupi rambut
tapi, mungkin dr konteks pakai baju lengan tiga suku
pakai slua senteng dan sebagainya

sekiranya ikan tadi ditutup dgn tudung saja,
tapi...tudung saji itu sudah rosak dna lompang2
aromanya dpt menarik perhatian kucing dan serangga
kucing mungkin dpt mencongkel tudung saji tadi
malah lalat pun dpt menyelinap masuk

tapi...sekiranya kita memilih tudung saji yg terbaik..
kita timpa pula dgn apa2 supaya berat dan susah utk kucing mencongkelnya
maka..peluang utk ikan goreng kita tadi selamat adalah lebih besar, insyaAllah

alangkah gembiranya mak ayah kita pulang dr kerja
dpt makan ikan goreng tadi


selama ni aku juga cuai ttg menjaga ikan goreng
cincai2 sudah

harap2 dpt baiki sikap lalai menjaga ikan goreng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2008 10:26 AM | Show all posts
kalau aurat kaki cmne pulak? ade sesetengah kata aurat kaki kurang tuntutannye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 10:35 AM | Show all posts

Reply #11 antiQue's post

haku tak paham pendapat2 dr mereka yg dipanggil "contemporary muslim scholars"......mereka dgn begitu mudah memutarbelitkan apa yg Allah telah wajibkan dlm Quran.....mmg benar susuatu ayat Quran itu turun nampaknya umum dan kurang jelas tetapi Nabi saw telah pun menjelaskan lagi makna yg terkandung dlm ayat tersebut spt...

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."

Riwayat Bukhari dan Muslim

.....bukankah pernyataan itu sudah amat jelas........ini terkecuali dr mereka yg menolak Hadis sebagai sumber hukum......
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 02:08 PM | Show all posts
Secara jujurnya, saya sendiri sebagai seorang wanita, berasa malu dan meluat apabila melihat wanita muslimat yang lain membuka aurat dan adakalanya sehingga melampau- lampau. Mana tidaknya, pakaiannya sentiasa uptodate dengan fesyen terkini, yang singkat di sana, yang kecil di sini, yang nampak di sana, yang jarang di sini, terbelah sana sini. Yang jelasnya, saya sendiri dapat melihat lelaki lain melihat wanita tersebut seperti dalam kelaparan. Astagfirullah!!! Jom kita semak kat bawah ni beberapa kesalahan dalam menutup aurat :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber慣-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 憁enggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya....dan baca lagi di bawah ....
[size=100%][size=100%]KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut 慾uyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
態ukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis - Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :- " Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Riwayat Al-慤qayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
Dicatat oleh Siti_al di 17:01


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 11:27 AM | Show all posts
aku ada terjumpa bahagian yang amat menarik dalam buku
akhlak terpuji ke kunci syurga

Berpakaian tetapi telanjang
nabi bersabda
2 golongan penghuni syurga yg tidak pernah sy lihat,
golongan yg memiliki cemeti spt ekor lembu yg digunakan
utk menyebat manusia di sana sini
dan wanita yg berpakaian ttp bertelanjang, berjalan
berlenggok2, kepala mereka bagaikan bahu unta yg menyenget, ia tidak akan
masuk syurga dan mencium baunya dan sesungguhnya aroma syurga tercium
dari jarak sekian dan sekian


mengapa harus berhijab?

perkara ini menjadi amat membingungkan ketika sebahagian
wanita terus berusaha
mempersolkan hadis tersebut seraya berkata


"sesungguhnya Allah tidak pernah memerintahkan kami di dalam
Al quran agar mengenakan hijab. Namun ia memerintahkannya
kepada ibu kpd kaum mukminin ( iaitu isteri2 nabi)
sahaja sedang kami  tidak sama dgn mereka sebagaimana firman Allah;

Hai isteri2 nabi, kamu sekalian tidaklah sama dgn wanita lain (al ahzab ayat 32)

namun erti yg berdasarkan bahasa
al hijab adalah tabir atau penghalang antara dua org yg boleh dibuat dr kain penghadang atau tikar

Allah telah berfirman
"apabila kamu meminta sesuatu kpd mereka (isteri2 nabi) maka mintalah dr belakang tabir.
cara yg demikian itu lebih suci bg hatimu dan had mereka
( al ahzab ayat 53)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.536094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list