View: 2316|Reply: 13
|
Sufi Abu Taleb meninggal dunia disini?
[Copy link]
|
|
Sufi Abu Taleb meninggal dunia22/02/2008 3:48am (UTUSAN)
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Salah seorang alumni Universiti Al-Azhar Mesir, Sufi Abu Taleb meninggal dunia di sini, semalam.
Agensi Berita Reuters melaporkan, Sufi yang pernah memangku jawatan Presiden Mesir selama lapan hari selepas peristiwa pembunuhan Anwar Sadat pada Oktober 1981 meninggal dunia dalam usia 82 tahun.
Namun agensi itu yang memetik berita dari Agensi Berita Kerajaan Mesir, MENA tidak menyebut punca dan lokasi Allahyarham meninggal di negara ini.
Arwah berada di sini bagi menghadiri pertemuan hampir 1,000 alumni Universiti Al-Azhar yang turut mengadakan Perhimpunan Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar kali ke-3 baru-baru ini.
ps. dia meninggal dunia kat malaysia ekk?? tp takeplah mlm jumaat mmg mati shahid lah... |
|
|
|
|
|
|
|
mati syahid tak kira apa malam pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 22-2-2008 09:20
mati syahid tak kira apa malam pun.
itu mati syahid berperang tp ini mati syahid akhirat.. salah satu darinya ialah mati pd hari jumaat! |
|
|
|
|
|
|
|
semoga rohnya dicucuri rahmatNya ..
org ckp kalo meninggal mlm@hari Jumaat terlepas siksa kubur .. btui ka? bergantung kpd amalan jugak kan ..? sekadar bertanya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda-tanda Husnul Khatimah
Setiap hamba Allah yang berjalan diatas manhajnya yang lurus yang berusaha meneladani kehidupan Rasulullah dan para sahabatnya ajmain tentu sangat mengharapkan akhir kesudahan yang baik. Allah telah menetapkan tanda-tandanya dintara tanda-tanda husnul khatimah itu adalah:
Pertama,mengucapkan kalimah syahadat ketika wafat
Rasulullah bersabda :"barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)
kedua, ketika wafat dahinya berkeringat
Ini berdasarkan hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,"Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya" (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
ketiga, wafat pada malam jum'at
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah "Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari jum'at atau pada malam jum'at kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari siksa kubur" (HR. Ahmad)
keempat, mati syahid dalam medan perang |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ulama2 yg mati malam selain jumaat. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku la... ada ulamak cakap kalau org tu tak beriman, mati subuh jumaat pun tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ibnur's post
Ingat lum ada org tulis lagi.... huhuu
setiap dosa dihitung biar sebesar zarah pun... tak kita mati apa malam... |
|
|
|
|
|
|
|
MATI SYAHID
SOALAN
Assalamualaikum,
Nama saya Ahmad Abid Bin Abdul Wahid, tinggal di Kuala Lumpur, bekerja
sendiri dan berkahwin.Soalan saya,
1. Adakah terhapus hutang seseorang yang Shahid? Ataukah dia (atau waris) perlu membayarnya?
2. Adakah terhapus dosa besar yang pernah dilakukan oleh seorang syuhada' seperti dosa zina?
JAWAPAN
Di dalam mazhab imam As-Syafi'e, syahid terbahagi kepada tiga:
1.Syahid Dunia dan Akhirat: iaitu mereka yang terbunuh ketika berperang dengan golongan kuffar, dan berniat semata2 untuk meninggikan kalimah Allah SWT. Bukan kerana riak dan tidak mengambil harta rampasan perang sebelum pembahagiannya.
2. Syahid Dunia: iaitu mereka yang terbunuh ketika berperang dengan tujuan untuk mendapatkan harta rampasan perang,walaupun disertai dengan niat untuk meninggikan kalimah Allah.Begitu juga mereka yang berperang kerana riak.
3. Syahid Akhirat: iaitu mereka yang mati akibat runtuhan, kebakaran, lemas,taun, ibu yang mati ketika melahirkan anak dan mereka yang dibunuh secara kejam.
Perlu dijelaskan bahawa perbahasan kita selepas ini adalah hanya untuk Syahid dari jenis yang pertama, iaitu Syahid Dunia dan Akhirat.
1.Hutang orang yang syahid.Adakah perlu waris membayarnya?
berkenaan dengan soalan ini,terdapat di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang maksudnya:
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'ash, sesungguhnya rasululaalah SAW bersabdaiampunkan oleh Allah bagi orang yang syahid setiap perkara(dosa dan kesalahannya) kecuali hutang.
dan di dalam satu riwayat lagi:
'Sesiapa yang mati di jalan Allah diampunkan baginya setiap sesuatu kecuali hutang'.
Hadis ini menjelaskan bahawa setiap dosa dan kesalahan sama ada kecil atau besar akan diampukan oleh Allah bagi syuhada',kecuali hutang yang ditanggungnya.Imam An- Nawawi di dalam Syarh Soheh Muslim berpendapat bahawa lafaz 'kecuali hutang'(illa ad-dain) di sini membawa maksud setiap kesalahan yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia(huquq al-adamin). Manakala setiap kesalahan yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah maka akan diampunkan.
Maka wajiblah bagi waris si syahid untuk membayar hutang yang ditanggungnya.
2.Ya, akan terhapus semua dosa besar termasuklah dosa zina. |
|
|
|
|
|
|
|
Kematian terindah adalah mati dalam perjuangan di jalan Allah. Orang yang mendapatkan kematian ini disebut syahid. Banyak sekali kebaikan bagi orang yang mendapatkan kematian ini, Rasulullah bersabda:
للشهيد عند الله ست خصال : يغفر له في أول دفعة من دمه - و يرى مقعده من الجنة - ويجار من عذاب القبر ، ويأمن من الفزع الأكبر ، ويوضع على رأسه تاج الوقار الياقوتة منها خير من الدنيا وما فيها ، ويزوج اثنتين وسبعين زوجة من الحور العين ، يشفع في سبعين من أقاربه
"Ada enam hal yang disediakan di sisi Allah untuk orang yang mati syahid: Diampuni dosa-dosanyanya sejak tetes pertama darahnya; diperlihatkan kepadanya tempatnya di surga; dijauhkan dari siksa kubur; diamankan dari guncangan yang dahsyat; diletakkan di atas kepalanya mahkota waqar yang terbuat dari permata yaqut, yang lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya; dinikahkan dengan 72 bidadari; memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya." (HR. Ahmad, At-Turmudzi, dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih) |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Quran > Surah A-li 'Imraan> Ayat 195
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Mati kerana penyakit taun merupakan syahid bagi setiap orang muslim |
|
|
|
|
|
|
|
salam In & Ibnur...
tlg bg more info plsssss!!!!! takkan segala hadis nih x sahih?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|