View: 7996|Reply: 18
|
Jenama Sosej yg tidak boleh dimakan
[Copy link]
|
|
Aku dapat dari email...
Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah
dikenalpasti dicampur usus babi adalah
* Gourmessa
* Muller's Haus
* Dew Fresh
* Puteri
* Miami Butcher House
* Maspac
Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;
* Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
* German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
* Puteri Pan Pacific (Puteri)
* MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
* Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
* Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)
Projek Koordinator
PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah
* Palace of Golden Horses
* Coffee Bean Tea Leaf
* Hotel Equatorial
* Ikea Cafe
* Muller Sausage.
Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
hah... kan bagus nyatakan brand... baru la senang pengguna nak consume brand apa tanpa was was |
|
|
|
|
|
|
|
Contessa, aku bukan nk membantah tp sekadar bg pandangan .. pandangan je
kekadang msj2 thru email ni ade gak unsur sabotaj produk org lain. tp email yg contessa dpt ni mmg btul2 boleh dipercayai atau ...
just bg pandangan n nk mintak pendapat je. yg penting, boikot produk ISRAEL! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 hyie's post
Kak ipar dapat benda ni dari lecturer dia....so its up to u all to believe it or not....
Saya sekadar menyampaikannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
ok no prob thanks |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kalau betullah tu dari babi, mesti la dia tulis contains pork or sumthin. macam certain restoran kat malaysia ni.... kat first workd, genting cecco ada perasan sausage dia warna dia coklat cair... but i dont think it was pork. so cecco makan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by a.ceCCo at 22-2-2008 06:00 PM
bukan ke kalau betullah tu dari babi, mesti la dia tulis contains pork or sumthin. macam certain restoran kat malaysia ni.... kat first workd, genting cecco ada perasan sausage dia warna dia cokl ...
tak sumer ada tulis cam tuh......yang paling teruk, makanan yg ada kandungan pork nih.....ader cop HALAL JAKIM lagi......ini kira salah guna LOGO HALAL ler nih........yg jadi mangsa.....kiter ler... saper lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun sebenarnya lebih percaya emel2 begini berunsur kpd starategi pemasaran
mcm kes roti high 5
isunya kilang kotor
kemudian timbul pula sms pasal ada babi la hapa
supaya kita lupa pasal isu kilang kotor |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Duta lover's post
yup.....mungkin juga ini adalah satu strategi......pemasaran ataw pemusnahan......aper2 pon sebagai pengguna kita harus berhati2.......kita jgn IGNORE sumer tuh.....ttp cuba selidiki apakan benar pernyataan itu..........kesan buruk ataw baik adalah kepada sumer pengguna........ |
|
|
|
|
|
|
|
mencari yang halal dan bersih itu adalah satu tuntutan |
|
|
|
|
|
|
|
naper kalu dah tahu bende tu tak halal...jakim or pihak berwajib tak nak
kuarkan senarai brg2/produk2 tu....so senang la kiter nanti kan....tak pun
pantau balik tempat pengeluaran nyer...as far as the consumer is concerned...
selagi ader tanda halal dari jakim...kire halal la kan...so pada aku jakim kene la pantau....
dulu sibuk kuar pamphlet kat masjid negara ckp ubat gigi colgate tak halal....tapi
lepas tu dan2 jer ader pulak kuar ubat gigi yg kononyer islamik sesangat...pastu
sendiri declare suci dan halal....obviously ader unsur sabotage kan...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 contessa's post
Ikea bukan dah clearkan isu babi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kerengge at 22/2/2008 09:42 PM
tak sumer ada tulis cam tuh......yang paling teruk, makanan yg ada kandungan pork nih.....ader cop HALAL JAKIM lagi......ini kira salah guna LOGO HALAL ler nih........yg jadi mangsa.....kiter ...
Coffee Bean ada logo halal JAKIM.. pun disyaki ada unsur2 babi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 contessa's post
sib baik brand Ramly tak termasuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikutsukerjerk at 24-2-2008 09:59 PM
naper kalu dah tahu bende tu tak halal...jakim or pihak berwajib tak nak
kuarkan senarai brg2/produk2 tu....so senang la kiter nanti kan....tak pun
pantau balik tempat pengeluaran nyer...as far ...
akak pun selalu geram pasal nie... pas dah tahu ada yang tak bersih/haram/palsu...tak nak pulak uar2kan kat paper :mad2: ...menjadi kesalahan ker kalau dipamerkan nama produk yang tak jujur tu sebenarnya. .. kenapa jakim takut sangat....kalau dah cam nie...jelas sangat dia org tak hormat kat JAKIM and org islam sebenarnya.....tak heranlah hati orang islam sekarang nie makin keras utk terima kebenaran..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 mya_sara2's post
jangan buat sembarangan . . . . .
terbalik periok nasi nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Jenama Sosej yg tidak boleh dimakan
Aku dapat dari email
Minta maaf kalau sy meragui kenyataan berkenaan, sila sertakan sumber maklumat berkenaan yg jauh lbh sahih dr alasan 'aku dpt tau dari tok penghulu sedara sepupu dua belah kawan mak aku'.
Cthnya sepertiu dr Persatuan Pengguna Muslim atau makluman dr Jabatan Agama Islam sendiri.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
errr yang ni bukan yang tahun lepas ker 2 tahun lepas punyer ker???? kan ker dah operasi masa tu... bukan ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..tadi baca utusan...pengilang Omcorp kat Bukit Angkat, Kajang tuh, melayu islam punya kan.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ga&pg=ke_03.htm
Dulu jurutera kini tauke makanan
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Antara produk makanan sejuk beku keluaran omcorp yang mendapat permintaan menggalakkan daripada pengguna.
Semasa melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Texas, Amerika Syarikat (AS), Abang Omar Abang Ali bekerja secara sambilan di restoran makanan segera di sana bagi menampung kos hidup yang tinggi. Bagaimanapun pengalaman tersebut tidak disia-siakan dengan mempelajari kaedah pemprosesan pelbagai jenis makanan Barat berasaskan daging.
Kembali ke tanah air, Abang Omar sempat bertugas sebagai jurutera minyak dan gas tetapi hatinya memberontak bagi menunaikan fardu kifayah dengan mengeluarkan makanan berasaskan daging yang halal lagi suci bagi masyarakat Muslim negara ini.
Merealisasikan impiannya, pada 1995, Abang Omar membeli sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Selangor tetapi hanya memulakan operasinya dua tahun kemudian selepas mendapat Sijil Layak Menduduki (CF).
"Ketika mula untuk 'bertatih', kami menghadapi pelbagai masalah yang menyebabkan kilang Omcorp Sdn. Bhd. sukar beroperasi.
"Pada masa itu. Omcorp hanya menggunakan 200 hingga 300 kilogram daging sehari selain menghadapi pelbagai masalah termasuk cabaran semasa wabak SARS dan selesema burung," katanya ketika ditemui di kilangnya, baru-baru ini.
Biarpun ketika itu kerajaan memberikan penekanan dalam bidang teknologi maklumat (IT) tetapi Abang Omar tetap terus berusaha memajukan kilang makanan berasaskan daging.
"Kini selepas 10 tahun mengendalikan kilang ini, saya dapat merasakan kami berada di landasan yang betul memandangkan kini negara menuju ke arah pertanian," katanya.
Selepas beroperasi, sebagai Pengarah Omcorp, Abang Omar telah membuka empat buah outlet bagi memperkenalkan produknya selain memberikan tumpuan kepada kilangnya.
Abang Omar menambah, apabila produknya mula dikenali, Omcorp telah membekalkan sosej kepada beberapa tempat seperti restoran A&W dan MAS Catering.
"Ketika itu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membantu dari segi nasihat teknikal terutama bagi meningkatkan kualiti produk yang amat kami perlukan," katanya.
Abang Omar berkata, pihak MARDI terlalu banyak menghulurkan bantuan terutama dalam menyelesaikan masalah seperti kepakaran teknikal, meningkatkan jangka hayat serta analisis produk.
Kini dengan kerjasama dan tunjuk ajar MARDI yang berterusan, Omcorp telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan daging seperti sosej, papperoni, inti piza, burger, salami, sate, muffin dan terkini piza sejuk beku yang mendapat permintaan yang amat menggalakkan di kalangan pengguna.
Produk keluaran Omcorp dengan nama Omardeli boleh didapati di pelbagai pasar raya seperti Jaya Jusco, Giant dan Cold Storage serta hotel-hotel seluruh negara.
Abang Omar menambah, masyarakat Islam yang amat prihatin dan sensitif dengan keluaran produk halal telah membuka ruang yang luas kepada perniagaan beliau.
Ditanya mengenai cabaran dalam dunia perniagaan, Abang Omar berkata, semasa masyarakat kecoh mengenai sosej menggunakan bahan tidak halal tidak lama dulu, syarikatnya juga terkena tempiasnya.
"Mungkin kerana nama Omcorp tidak menggambarkan keislaman, ada yang menganggap syarikat kami dikendalikan oleh orang bukan Islam dan menuduh kami menggunakan bahan-bahan tidak halal.
"Sebenarnya sejak mula beroperasi kami telah menggunakan sarung selulosa yang dihasilkan daripada tumbuhan sebagai acuan sosej dan akan ditanggalkan selepas dimasukkan dalam air panas sebelum dibungkus dan dipasarkan," katanya semasa menunjukkan cara-cara membuat sosej.
Memandangkan produknya dieksport ke negara seperti Eropah dan Singapura, Abang Omar banyak mengimport bahan mentah seperti daging lembu dari negara Australia, Eropah dan China yang terjamin halal serta bebas daripada penyakit kuku dan mulut (FMD) bagi menampung keperluan kilangnya.
"Bagi pasaran ke luar negara, Omcorp telah berjaya memperoleh pelbagai pengiktirafan daripada negara ini seperti Veterinary Health Mark (VHM), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP)," katanya.
Kini sudah lebih setahun Omcorp mendapat kontrak membekalkan skysnack yang merupakan gabungan produk beberapa industri kecil dan sederhana yang dibungkus di kilangnya sebagai makanan ringan dalam pesawat syarikat penerbangan tempatan.
Bagi mempelbagaikan produk, Omcorp juga menghasilkan ikan keli dan patin salai bagi pasaran di hotel dan syarikat penerbangan tempatan.
"Bagi ikan salai, kami mendapatkan bekalan ikan air tawar dari Sungai Besar dengan kerjasama Jabatan Perikanan Selangor," katanya.
Ditanya mengenai perancangan 10 tahun akan datang, Abang Omar berkata, kini pihaknya menjalinkan kerjasama dengan MARDI bagi mengembangkan pasaran bakeri di dalam dan luar negara.
"Kami yakin akan mendapat pasaran yang luas memandangkan kini semakin ramai pengguna yang prihatin dengan produk halal," katanya yang mempunyai ketua chef yang bertanggungjawab membangunkan produk bakeri.
Selain itu Abang Omar juga akan cuba mencari pasaran baru bagi skysnack dengan syarikat penerbangan lain.
"Langkah ini penting bagi memperkenalkan jenama Omardeli sebelum memasuki pasaran luar negara," katanya.
Apa yang lebih membanggakan, Omcorp kini dalam usaha mengeksport sate ke Singapura menggunakan mesin sate ciptaan MARDI.
"Bagi pasaran yang lebih luas, kami perlu mendapatkan Agri-food and Veterinary Authority Singapore (AVA) dari Singapura sebagai batu loncatan untuk memasarkan produk kami ke negara-negara maju.
"Misalnya Singapura serta negara maju lain tidak mahu sate yang menggunakan kaedah manual kerana bimbang dengan status keselamatan dan kebersihan makanan.
"Mereka bimbang kecederaan yang berlaku semasa mencucuk sate yang akan menyebabkan pencemaran pada produk," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|