|
Telefon bimbit miliki fungsi robot
SEORANG pekerja Softbank Mobile, Kenichi Yuasa,
menunjukkan PhoneBraver yang boleh bertukar menjadi
robot di Tokyo semalam.
TOKYO - Kepada sesiapa yang berasa bosan kerana sering berbicara menggunakan telefon bimbit, sebuah syarikat di Jepun menawarkan sebuah telefon bimbit terbaru yang boleh bertukar menjadi robot untuk menjadi rakan anda berbual.
Gajet terbaru keluaran Softbank Mobile Corp. itu menyerupai robot kecil yang mempunyai tangan, kaki serta skrin yang memaparkan beberapa ekspresi wajah.
Telefon bimbit yang dikenali sebagai PhoneBraver itu diilhamkan daripada satu watak drama televisyen bertajuk Cellphone Investigator 7 yang akan disiarkan di Jepun tidak lama lagi.
Gajet canggih berkenaan akan dipasarkan pada April ini di Jepun tetapi harganya masih belum didedahkan kepada orang ramai.
Seorang jurucakap Softbank Mobile, Katsuhide Furuya berkata, sekiranya pengguna menghubungi seseorang terlalu kerap gajet itu akan menanyakan soalan seperti: "Adakah anda sering menghubungi dia kebelakangan ini?."
Pengguna boleh terus berbual dengan telefon bimbit itu dengan menjawab ya atau tidak atau jawapan ringkas yang lain.
"Telefon bimbit ini akan berkembang menjadi rakan rapat anda yang berbeza dan unik daripada sesiapa di dunia," katanya.
Gajet itu tidak boleh bergerak dengan sendirinya tetapi ia boleh membuat beberapa aksi dengan sendi yang boleh digerakkan. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Transformers... |
|
|
|
|
|
|
| |
|