CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5599|Reply: 21

mati semasa bersalin.......

[Copy link]
Post time 1-3-2008 10:08 PM | Show all posts |Read mode
baru dapat info bhw wife forumer bernama matdue telah meninggalkan beliau slps bersalin......

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=334728&extra=page%3D1


adakah ini dikira sebagai shahid? maaf krn mengemukakan pertanyaan pada masa paling kurang enak... tapi muskyil laa......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 09:00 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rajiun..

Takziah untuk matdue.

Bab syahid ni, tak silap saya ada satu hadith from Abu Dawud pasal mati semasa bersalin ni termasuk antara 7 sebab-sebab syahid selain dari killed in holy war. This hadith was also in Ibn Majah. But kalau tak silap the one yg related in Bukhari does not contain the 7 asbab tu other than to be killed in the holy war.

Kena check balik.. saya tak pernah bother sangat about that topic.

[ Last edited by  antiQue at 2-3-2008 09:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:29 AM | Show all posts
Berdasarkan hadits yang diberitakan dari Ubadah ibnush Shamit radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah shalallahu alaihi wassalam menjenguk Abdullah bin Rawahah yang tidak bisa beranjak dari pembaringannya, kemudian beliau bertanya :

"Tahukah kalian siapa syuhada dari ummatku? orang-orang yang ada menjawab:Muslim yang mati terbunuh" beliau bersabda:Kalau hanya itu para syuhada dari ummatku hanya sedikit. Muslim yang mati terbunuh adalah syahid, dan mati karena penyakit kolera adalah syahid, begitu pula perempuan yang mati karena bersalin adalah syahid (anaknya yang akan menariknya dengan tali pusarnya kesurga)" (HR. Ahmad, Darimi, dan ath-Thayalusi) menurut Imam Ahmad ada periwayatan seperti itu melalui jalur sanad lain dalam Musnad-nya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:30 AM | Show all posts
Al Fatihah... rasanya mmg antara mati syahid gak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:49 AM | Show all posts

Reply #3 zerozone's post

besar ye ganjaran untuk wanita yg meninggal time lhirkan ank
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 11:12 AM | Show all posts
ganjaran buat pengorbanan besar seorang ibu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2008 12:03 PM | Show all posts
Hadis Abu Hurairah r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan, dia mendapati sebatang dahan berduri lalu membuangnya. Allah berterima kasih padanya dan mengampuninya. Baginda bersabda lagi: Mereka yang mati syahid itu ada lima golongan: Mereka yang mati kerana taun, mereka yang mati kerana sakit di dalam perut, mereka yang mati lemas, mereka yang mati di bawah runtuhan bangunan dan mereka yang mati kerana berjuang di jalan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 12:28 PM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rajiun..
terlalu hebat pengorbanannya
moga allah mengampuni segala dosa2nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 07:41 PM | Show all posts

oh my ..

Al - Fatihah. Bless her.Be strong.

p/s:

Acong due to what????? complication aper? anak pun tak dapat diselamatkan jugak, ker? Ya Rabb..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:58 PM | Show all posts

Reply #1 Acong's post

wanita yang mati bersalin dikira syahid akhirat,kedudukan dia akan diketahui di akhirat.cara pengurusan jenazah tetap sama dimandi,dikafan,dan disolatkan,berbeza dgn syahid dunia iaitu berjihad fisabilillah mereka tidak dimandikan dan dikaankan,pakaian itulah yang menjadi penyaksian di akhirat kelak.wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 03:35 PM | Show all posts
kalau org tu tak smbhyg...
dan wat lain2 dosa
adakah dia akan masuk syurga sbb mati beranak????
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 04:35 PM | Show all posts

Reply #11 killer_mistake's post

mm baru nak tanya sama
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 05:02 PM | Show all posts
a'kum...ampun n mf krn tlewat mbaca artikel ni..di awalan,ucapan takziah kpd matdue skluarga..AL-FATIHAH.....tlah byk ttg SYURGA dibicarakan dr zaman keagungan pemerintahan nabi junjungan kite semua MUHAMMAD YA RASULLULLAH sehinggalah ke hr ini....KEMATIAN adalah 1 hakikat yg perlu kite terima krn itu adalah penamat khidupan kite di dlm alam fana ini n menunggu kehidupan yg kekal iaitu di hr akhirat klak...SYAHID adalah 1 perkataan yg cukup GAH di dlm hati n sanubari manusia yg benar2 BERJIWA islam..ttg pemergian arwah isteri kpd matdue,itu adalah hakikat yg x akan diketahui oleh sesiapa pun kecuali ALLAH SWT...mati ketika bperang utk agama,bangsa n negara adalah syahid yg terbilang..mati krn berpenyakit jua adalah syahid,mati krn sakit perut yg teramat sgt jua adalah syahid,mati krn lemas dilautan juga adalah syahid..n mgkn jua pengebom berani mati juga adlah mati syahid...n mgkn byk lagi kemungkinan2 yg x pernah kite ketahui ttg mati syahid ini n hanya ALLAH SWT sahaja yg mgetahuinya...n ttg kematian ketika bersalinkan kandungan juga dikatakan mati syahid...ttp kite sebagai umat MUHAMMAD jagnlh terlalu khuatir akan syurga n neraka krn itu bukanlah hak milik kite...berserah kpd ALLAH SWT semata2...niat n perilaku adalah tuntutan penting didlm agama islam..jk itu di amalkan dgn baik ketika hidup di dlm dunia ini,insya-ALLAH pasti ALLAH SWT akan menjaga kite disana krn kite telah menjaga perilaku n niat kite semasa hidup hanya semata2 krn ALLAH SWT...matdue,redhalah akan pemergian isteri kamu yg paling di cintai n di sayangi krn syurga n neraka itu x siapa yg tahu kecuali ALLA SWT hanya yg kite boleh harapkan agar amal kebaikan isteri kamu ketika hidup di dunia ini akan menjaganya di sana n tugas kite adalah senantiasa berdoa n bermunajat kpd ALLAH SWT agar diberi keselamatan ke atas rohnya disana...AMIN
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 10:46 AM | Show all posts
kalau boleh kita semua pun nak mati syahid kan!!!!! rasa2nya ada gak doa utk mati syahid ni tp x sure kat mane sy ada baca..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:54 AM | Show all posts

Reply #13 anonymous's post

ye..hanya Allah yang tau,namun kurniaan syahid ini amat besar bagi umat nabi Muhammad..beruntunglah sesiapa yg mati syahid..moga2 isteri Matdue dikalangan mereka..wasallam
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 01:12 PM | Show all posts
innalillah..

aku penah tgk gambo arwah ngan anak serta abang matdue

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 04:56 PM | Show all posts
Terima kasih semua... Arwah meninggal disebabkan jangkitan kuman pada darahnya yang berpunca daripada komplikasi selepas pembedahan Caesarean November 2007 lepas...

Anak yang dilahirkan waktu itu tiada masalah, arwah pun tiada masalah... Cuma pada 27hb Februari lepas dia mengadu sakit dibahagian perut dan mmg bleh nampak dengan mata kasar dibahagian abdomennya nampak dipenuhi dengan cairan...

Doktor yang memeriksanya di Emergency Room mengesyaki apendiksnya pecah, namun selepas dibuat pemeriksaan yang lebih rapa oleh pakar O&G, didapati ada ketulan besar di sebelah kiri uterusnya dan disyaki salur falopio kiri dan ovari kiri telah bengkak...

Selepas keadaan disemakin membimbangkan, dia terpaksa dibedah tanpa menunggu demamnya kebah terlebih dahulu... (suhu badan arwah dari masuk ke hospital kepada saat hembus nafas terakhir tidak turun daripada 40 darjah Celsius)...

Namun selepas bergelut untuk menstabilkan dia, pada Subuh Jumaat 29hb Februari 2008, dia dipanggil juga menghadap Ilahi setelah para doktor bertungkus lumus selama 30 jam melakukan CPR....

Innalillahi wainna ilaihi roji'uun....

Saya redha dengan pemergiannya, Saya percaya jika Allah lah yang merancang, itulah sebaik-baik perancangan. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kite ketahui...

Sesungguhnya saya telah menghalalkan segala apa jua pemberian saya kepadanya selama ini dan saya juga telah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah dia lakukan pada saya, dan yang paling utama, Saya meredhai arwah sepenuhnya selama mana dia bergelar isteri saya selama ini.

Terima kasih segalanya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 05:22 PM | Show all posts
Reply  #17 matdue77's post

Salam

So sorry krn lambat ucap takziah kat forum..  Ada member beritahu melalui phone masa hari kematian.  Sempat sedekah Al Fatihah je.

Innalillah wainna Illaihirajiun

Al Fatihah



Semoga roh allahyarhamah dirahmati Allah.

Takziah kpd kaum keluarga allahyarhamah.

[ Last edited by  fleurzsa at 13-3-2008 05:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 06:46 PM | Show all posts

Reply #17 matdue77's post

Beruntungnya isteri awak! Meninggal selepas melahirkan, di hari Jumaat pulak tu. Semuga rohnya sentiasa dicucuri dgn rahmatNYA

Me, tiap kali preggy, selalu beritahu hubby, me syahid agaknya. Kalau nak kahwin lg, tolong jgn abaikan anak2. Dan tiap2 kali me kata mcm ni, hubby akan kata... "maknanya tak syahid la tu!"
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 07:23 PM | Show all posts

Reply #19 HOTlips's post

saya pun akan minta maaf pada mak dgn mertua serta suami bimbang meninggal saat melahirkan..tapi tak sempat le nak wasiat  kawin segala! lebih2 lagi syahid tu!
suami akak kelakar jugak ye!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.295120 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list