View: 2011|Reply: 3
|
KITA SERING TERTIPU DEK NAFSU
[Copy link]
|
|
PENDAHULUAN :
LigaBolesepak Juara-juara Eropah hampir menuju kemuncaknya. Saingan semakinrancak ke pusingan kalah mati. Semalam dua malam kita dihidangkan aksimenarik 14 pasukan yang bertanding dalam pusingan kalah mati yangmendebarkan itu. Kecuali perlawanan Liverpool dan Inter Milan yangditangguh seketika disebabkan Liverpool terlibat dengan perlawanan ligadomestik Inggeris bertemu West Ham United.
RUGI MASA :
Mulalah peminat muslim di Malaysia bangun malam semata-mata untuk melihataksi menarik bintang terkenal pujaan mereka. Tidak syak, kelibat Kaka',Lionel Messi, Ronaldinho, Ronaldo, Tevez, Cesc Fabregas, Adebayor,Kanoute menarik perhatian. Justeru, orang kita sanggup bangun awal pagiuntuk menikmati siaran langsung bermula 3.30 - 5.00pg. Biarmengantuk..asalkan puas hati. Itulah gelagat nafsu.
KITA TERTIPU :
Sebenarnya kita tertipu, amat tertipudengan kepenggunaan masa. Masa untuk berehat disalahgunakan untukbersengkang mata. Waktu perdana ibadat (spt qiyamulail, berzikir danberdoa) dibazirkan kepada perkara yang sia-sia. Masya Allah! Orang kitasanggup bangun malam kerana bola. Tapi tak sanggup bangun malam untuk qiyamulail. Ternyata, Nafsu memperbolakan kita. Allahu Allah.
Sesetengah dari kita syok menonton di kedai mamak. Kekadang berlanjutan sampai 6.00pg dek masa tambahan perlawanan. Balik rumah tak juga mendirikan solat. Pergi kerja dalam keadaan berat dan penat. Bila bekerja banyak menguap. Allahu akbar!
MEREKA MENANG KITA TEWAS :
Tahniahkepada pasukan yang menang dan layak ke suku akhir. Antaranya sepertiManchester United, Barcelona, Fenerbahce dan kemenangan bergaya Arsenalke atas juara bertahan AC Milan 2-0 digelanggang lawan. Arsene Wengermula terbayang kejuaraan menjadi milik mereka lantaran mereka berjayamenyingkirkan juara bertahan.
Perlawanan semalam pulamenghidangkan kejayaan cemerlang Chelsea 3-0 ke atas Olympiakos. KelabPorto disingkir Schalke 04 dek tendangan penalti 3-1 setelah seri 0-0di saingan sebelumnya. Peminat Real Madrid nyata kecewa kerna kelab iturebah ditangan AS Roma 2-1 di Santiago Barnabeu. Menjadikan aggregateketewasan mereka 2-4. Ingat Ustaz JAKIM jumud ke?
HAKIKAT KALAH DAN MENANG:
Bagipasukan yang menang, mereka terus mengaut keuntungan lumayan. Pasukanyang kalah tetap menang jualan tiket, penajaan dan royalti siaran ligaJuara. Manakala Kelab, jurulatih dan pemain masing-masing terima habuan.
Rasionalnya, yang tewas secara hakikat adalah kita.Kalah judi/bertaruh 1-0. Kalah dgn masa rehat (tidur) 2-0. Kalah denganqiyamulail 3-0. Kalah dengan sia-siakan waktu (nikmat Allah) 4-0. Kalahdengan bil elektrik 5-0. Kalah dengan bil astro 6-0. Kalah kepadamamak/tauke kedai 7-0. Kalah kepada kerja 8-0. Kalah kepada mengantuk9-0 dan kalah kepada sms 10-0. Kalah bual 11-0 dan kalahsindir-menyindir 12-0. Kalau anda kalah secara total, terbukti anda tidak layak 'bermain'. Dan permainan anda itu amat memalukan. Allahu akbar!
Kalau perlu sedar .. kita sebenarnya yang kalah. Kalah besar dan memalukan.Benar kata orang klate : "Bo..lah" Maksudnya..berhentilah. Niat nakberhenti..tapi itulah nafsu. Seringkali nafsu bangkit mengajak kitauntuk menghiburkan jiwa dengan perkara sia-sia. Justeru, Kita perlu bijak mendidik nafsu. Supaya ia kembali kepada Allah yang Satu.
RUGI WANG RINGGIT :
Peminatbolasepak semakin teruja dengan kejayaan pasukan mereka. Mereka mulamenggayakan citarasa masing-masing termasuklah memakai jersi pasukankebanggaan. Namun, tahukah anda bahawa jersi pasukan kebanggaan andaitu ada simbolik yang bertentangan dengan Islam.
Jersi MU contohnya mengandungi Red Devils. Iaitu lambang 'setan puaka' yang menjadi pujaan dan kepercayaan mereka. Islam menegaskan bahawa Syaitan itu musuh Allah yang paling nyata.
Jersi Barcelona, AC Milan, Inter Milan, Porto dll (termasuk Brazil, England, Denmark, Sweden DLL) pula berlambangkan salib kristianyang jelas dilencana kelab mereka. Jersi Liverpool pula gah denganCarlsberg sebagai penaja arak. Semua simbol ini diharamkan dengansepakat ulamak.
Sayangnya, perlambangan syaitan, salib kristian dan arak ini tidak diambil endah sebahagian muslim kita. Mereka memakainya tanpa segan silu.Jatidiri dan identiti terhakis sedikit demi sedikit. Lebih malang lagi,ada yang menggunakan jersi berkenaan untuk menunaikan solat.Rupa-rupanya tindakan kita 'haram' secara diam. Melakukan tindakanharam menyebabkan kita terhijab dari rahmat Allah yang Rahman.Nau'zubillah.
Orang kita sanggup berkorban ribuan ringgit untukmembeli jersi yang bertentangan syariat Islam. Tapi jarang yang sanggupmendermakan ribuan ringgit untuk membangunkan Islam dan umatnya. Sekalilagi kita tertipu dengan permainan nafsu.Ingatkan.. Tipah je tertipu. Rupa-rupanya ramai juga profesional,pensyarah, ustaz, cikgu dan orang awam kita yang tertipu. Termasuk aku.
Inilahsebahagian dari permainan dunia yang menipu daya. Kita kehilanganbanyak masa, tenaga, harta dan pahala semata-mata jadi hamba kepadadunia. Bukankah Rasulullah SAW berpesan : Sebahagian dari kecantikanIslam seseorang itu adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaatbaginya-(al-Bukhari).
Ulamak sufi jua selalu mengingatkan kita agar berwaspada dengan daki-daki dunia supaya ia tidak melomorkan kekotorannya ke dalam tasik hati kita. Sekaligus mengeruhkan pandangan hati kita terhadap kewujudan, kebesaran dan keagungan Allah SWT.
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, liga juara anda yang sebenarnya ialah Ilmu, Iman dan Taqwa.Jangan sesekali tertipu dengan nikmat dunia yang sementara. Tewas diliga dunia kemungkinan besar kita diisytihar sebagai calon neraka.Nau'zubillah min zalik.
Zamihan al-Ghari (Pej : 03-8922 2692 @ H/p 012-2465518)
http://al-ghari.blogspot.com/
[ Last edited by sayangpakwahab at 11-3-2008 03:10 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sayangpakwahab's post
benar saudara..kita seringkali tertewas..ramai yang sanggup berjaga malam untuk menonton perlawanan bolasepak,tapi sedikit saja yg sanggup berjaga malam untuk beribadah kepada Allah..janganlah kita dikalangan kalah di dunia kalah di akhirat..mari kita sama2 susun strategi menebus kekalahan sebelum terlambat..! |
|
|
|
|
|
|
|
hrmmm ....bguz tul tazkirah pg nih ...hrp2 leh jd peringtn tuk kiter yg semakin melupakan ibadah ..Amin.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|