Malam Pertama Itu Indah dan Asyik? Mei 7, 2007 oleh Muhtar Suhaili
揫/b]Bila Malam Menjelma.. Memayungi Semesta.. Tercipta Rasa yang Terindah!擺/b] As-Sarawaki, 7 Mei 2007: Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima satu email yang telah diforwardkan oleh seorang sahabat yang berjaya menjentik hati dan rasa. Biasanya saya tidak begitu berminat membaca email-email yang diforward atau email-email berantai, tetapi email yang satu ini sesungguhnya telah menggugah jiwa saya. Ia tentang malam pertama!!
Apabilamenyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malamyang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiadatara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sahbergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu,beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia!Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang,persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialahmalam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalahmenyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!
Tetapi,pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lainyang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertamaperkahwinan?
Malam inilah yang menjadi isi kandungan email tersebut. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankahtelah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercintadan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
揫/font]Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?擺/b] Wahaianak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nantidi alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangatmengerikan. Malam yang kerananya para ulama |