CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7635|Reply: 40

Renault : Megane Coupe Cabriolet

[Copy link]
Post time 12-4-2008 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Renault bertaraf 5 bintang
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Dijangka menggempur pasaran tempatan tidak lama lagi, empat model Renault yang diimport sepenuhnya ini pasti membuatkan setiap peminatnya tidak lena tidur.


RENAULT New Grand Espace pasti dapat memenuhi
ekspektasi peminat MPV tempatan.

PEMINAT jenama dari Perancis, Renault pasti sangat berterima kasih kepada anak syarikat milik Tan Chong Motor Holdings Bhd. iaitu TC Euro Cars (TCEC). Alasannya mudah, syarikat ini jarang menghampakan golongan yang mengagumi teknologi dan versatiliti jentera Renault biarpun bilangannya tidak ramai.

Sesiapa pun akan mengakui bahawa sudah agak lama TCEC tidak hadir dengan produk baru Renault. Selain model Kangoo yang masih boleh dilihat di beberapa pusat pameran TCEC, model lain yang sebelum ini dipasarkan seperti Scenic, Espace dan Megane nampaknya semakin hilang daripada radar pengguna kenderaan tempatan.

Situasi ini sekali gus dapat menjelaskan kenapa kelibat jenama ini agak sukar untuk ditemui menjalar di atas jalan raya Malaysia.

Mengambil kesempatan sempena kemeriahan perlumbaan Formula 1 di Sepang baru-baru ini, TCEC telah mempamerkan empat model terbarunya sambil membawa salah seorang pemandu pasukan F1 Renault, Nelson Piquet Jr.

Sebelum rakan-rakan media menunjukkan kebolehan masing-masing memandu go-kart, majlis serba ringkas yang berlangsung di litar go-kart Sepang itu memberi peluang kepada kepada para wartawan yang hadir untuk melihat secara dekat model-model seperti Clio Renault F1 Team R27, Megane F1 Team R26, Megane Coupe Cabriolet dan New Grand Espace.

Sebagai satu testimoni terhadap komitmen Renault dalam menghasilkan kenderaan yang selamat, semua model ini telah dianugerahkan dengan penarafan lima bintang pada ujian Euro NCAP.

Menurut pihak TCEC, semua model CBU ini dijangka berada di pasaran tempatan menjelang pertengahan tahun ini.

* Clio Renault F1 Team R27

Menjadi penanda aras bagi segmen hatchback, model sebelumnya iaitu Clio Renaultsport 197 dilihat sudah cukup sempurna. Namun, bahagian prestasi Renault bersedia untuk membawa model ini ke tahap lebih tinggi dengan pengenalan model terbarunya Renaultsport F1 Team R27.

Model edisi terhad ini adalah model Clio Renaultsport 197 yang dibina di atas kerangka Cup (Cup Chassis) yang akan hadir sebagai varian pilihan berbanding model standard yang diperkenalkan pada tahun 2007.


MODEL Renault Megane F1 Team R26 pernah diangkat sebagai Best Hot Hatch for 2007 oleh majalah Autocar UK.

Dibangunkan di kilang Renaultsport di Dieppe, jentera terbaru dalam keluarga Clio Renaultsport ini diinspirasikan daripada kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh Pasukan F1-Renalut dalam Kejuaraan Dunia FIA. Maka, tidak hairanlah jika model ini turut berkongsi namanya dengan jentera lumbanya pada tahun lalu, R27.

Aplikasi kerangka baru ini membolehkan Clio Renault F1 Team R27 memiliki ciri pemanduan lebih sporty dan rigid. Ia dilengkapi dengan unit kuasa bersesaran dua liter 16V yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 200hp (145kW) dengan tork maksimum 215Nm pada putaran enjin 5,550rpm.

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan yang dicipta oleh pasukan Renault Sport Technologies. Bagi memastikan model Clio Renault F1 Team R27 ini sepadan dengan talaan kerangkanya, tempat duduk Recaro turut dipasang dengan beg udara sisi.

Menampilkan warna kuning, bersama angkup brek jenama Brembo berwarna merah, jentera ini memberi penekanan terhadap sifatnya yang atletik dan bentuk cukup menawan.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Clio Renault F1 Team R27 merupakan sebuah jentera sempurna dalam meraikan kejayaan Renault yang dinobat sebagai juara bagi kategori pengeluar selama dua tahun berturut-turut (pada perlumbaan F1 2005 dan F1 2006).

* Megane F1 Team R26

Dibangunkan oleh pihak Renault Sport Technologies, Megane F1 Team R26 ini disifatkan sebagai model paling sporty dalam keluarga Megane Renault Sport.

Dipilih sebagai Sports Model of the Year oleh majalah kereta Perancis berpengaruh, Enchappement, portfolio model ini terus cemerlang apabila majalah Autocar UK mengangkat Megane F1 Team R26 sebagai Best Hot Hatch for 2007.

Keistimewaan model Megane F1 Team R26 ini terhasil daripada penggunaan kerangka Cup, lengkap bersama talaan baru yang sempurna di samping ciri limited slip differential bagi memberikan pengalaman pemanduan terbaik.

Enjin turbo dua liter 16V juga telah dipertingkatkan kuasanya sehingga mampu mencapai 230hp (169kW). Padanan dengan unit brek Brembo menjadikannya sebuah model hatch yang memiliki prestasi tertinggi dalam pasaran.

Malah, kotak gear manual enam kelajuan yang dipasang padanya membantu Megane F1 Team R26 memecut selaju 100 km/j dari titik pegun dalam hanya 6.5 saat sahaja. Sejak ia menjengah pasaran pada Mac 2003, sebanyak 13,000 unit Megane Renault Sport berjaya dijual di seluruh dunia.

* Megane Coupe Cabriolet

Merupakan jentera pertama di dunia yang dilengkapi dengan bumbung kaca boleh dilipat secara automatik, model Megane Coupe Cabriolet disasarkan buat mereka yang menggilai sensasi sebuah kenderaan cabriolet dan coupe.

Dengan kapasiti empat tempat duduk, ruang kargo seluas model saloon, unit audio berkualiti tinggi dan tahap penglihatan yang baik ke bahagian belakang, sememangnya Megane Coupe Cabriolet menawarkan lebih daripada sekadar sebuah cabriolet konvensional.

RENAULT Megane Coupe Cabriolet ini sarat dengan teknologi terkini.

Model elegan dan dinamik ini dijana menggunakan enjin bersesaran dua liter dengan kuasa maksimum 135bhp. Ia turut dilengkapi beg udara antisubmarining bagi tempat duduk hadapan dan dipasang dengan roll-hoops, yang menyediakan perlindungan optimum kepada semua penumpang sama ada ketika bumbung dibuka atau ditutup.

Sebagai tambahan, ia menggunakan kaca Venus 40 setebal 3.15 mm yang dibangunkan khas untuk mengurangkan kesan pancaran UV matahari, masalah silau dan keadaan panas di dalam kabin. Apa yang pasti, Renault Coupe Cabriolet menggabungkan unsur keseronokan ketika memandu tanpa perlu bimbang dengan apa jua keadaan.

* New Grand Espace

Selama lebih 20 tahun, Espace nyata menyerlah dalam segmen MPV, selain menetapkan tanda aras terhadap model pesaingnya dalam kategori sama.

Terpaksa berdepan dengan pasaran yang sangat sengit, model Grand Espace serba baru ini meneruskan status tersebut dengan reka bentuk lebih 'lembut', tetapi masih mengekalkan fizikal yang ekspresif dan moden.

Jentera ini dilengkapi dengan unit enjin dua liter turbo yang disifatkan terbaik dalam kelasnya dari segi prestasi dan keseronokan pemanduan. Bersifat versatil dan pelbagai fungsi, Grand Espace membuktikan tahap fleksibilitinya menerusi penggunaan tempat duduk belakang yang boleh digelongsorkan secara automatik.


RENAULT Clio F1 Team R27 sesuai untuk mereka yang mahukan jentera berprestasi tinggi.

Sementara ciri teknologikal yang ada pada MPV ini memberi manfaat dari aspek keselamatan dan kecekapan pengendaliannya. Misalnya, ia dilengkapi dengan sistem kestabilan elektronik (Electronic Stability Programme, ESP), brek parkir dan kawalan pendingin automatik yang boleh dikawal di bahagian hadapan serta belakang.


cissssss aku minat betul  renault megane coupe cabriolet tu!!!  sporty tul... spiking of renault ni.. mak kawan aku masa kat state pakai renault merah..  best keta ni... aku rasa kat sana  harga dia pun tak teruk sangat... kat m'sia ni.. aku kurang periksa lak.. tapi...  chehhh   coupe cabriolet tu memang cun~!!

[ Last edited by  amazed at 17-1-2009 06:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2008 08:00 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

ni haa harga renault di Msia.....mahal nak mampossss......


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2008 08:23 AM | Show all posts

Reply #2 t@t's post

woooooooo dgn gaji aku kerja janitor ni.. setahun pun tak mampu tat oiiiiii.. tunggu aku menang TOTO aje ler       tapi  cissssssss aku mimpi aje la megane coupe cabriolet tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 10:49 AM | Show all posts
mahal nye...


aku lagi x mampu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2008 11:18 AM | Show all posts

Reply #4 azz_azza's post

mungkin kiter  leh cong xi  cong xi..   
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:30 PM | Show all posts
Apsal penulis tak komen pasal harga sekali?

Agaknya enjin clio tu sama ngan savvy tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2008 02:15 PM | Show all posts
Renault Grand Espace......memang superb.....

suspension very good.....

Power to weight ratio very good....

Pick up good.....

Safety wise bloody damn good....

a very responsive car....

Roomy car......

I drive this car till now......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2008 05:44 PM | Show all posts

Reply #7 bravotwozero's post

whoaaaaaaa brader... bila kita boleh gi fishing       aku suker part ko kater responsive car...  mcm dak pompuan gak ler  keta renault ni ye...  depa nampak ko bawak renault grand espace  - teruih depa response kat  ko punya  peeee wittttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2008 09:49 PM | Show all posts
Just nak share pendapat aku la...

Renault merupakan kereta yg sgt bagus, semua org tau yang French car suspension, among the best in the world. Model-model yang baru nak masuk ni,mmg famous di luar negara. Even GOlf GTi MK5 pun fikir 2 kali if nak race dgn Megane R26 tu. Anyway, ada 2 perkara yang perlu diteliti oleh TC Euro(Renault Malaysia).

- Harga: Harga bagi model Megane R26 and Clio sgtlah tinggi untuk kereta kelas mcmtu. Di Malaysia, peminat-peminat kereta sport lebih cenderung kepada japanese car coz spare part tak mahal sgt, mudah didapati, dan bnyk local tuner utk improve the car. So, dgn harga more than RM200K, ramai akan memilih Subaru Impreza or Evo. Walaupun kebanyakan Impreza or Evo diimport oleh grey importer dan kebanyakannya recond, tapi dari segi performance and praktikal, Impreza or Evo better. If kita compare dgn continental car plak, Volkswagen Golf GTi harga lagi berpatutan, RM 200K and Volkswagen brand dah establish di Malaysia, semua org tau berbanding dgn renault. Utk Renault Espace, harga bagi aku dah ok, coz if kita tgk "brand new" Toyota Estima or Alphard pun harga range RM 260K - RM300K++ but for sure, Renault Espace better than both Toyota MPV.

- After Sales Service: Aku x tau tahap kualiti Renault Malaysia sebelum ni, but perkara ni adalah sgt penting kerana memandangkan tidak banyak kereta Reanault di jalan raya Malaysia, so hanya segelintir workshop saje yang benar benar arif dgn kereta ni. Dgn after sales service yg excellent, sales pun akan increase, so imej jenama pun akan naik.

Itu shjalah pendapat aku.

- Continental Car Lover -
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 11:04 PM | Show all posts

Reply #8 amazed's post

bukan aku punye lah....sewa jangka masa panjang.....dan aku x pakai kat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 11:08 AM | Show all posts
clio tu giler mahal..
baik aku amik GTI golf...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 12:59 PM | Show all posts

Reply #5 amazed's post

bole2...


duit ko 99.9 % duit aku o.1 %
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 01:20 PM | Show all posts
kalau RM200k++,baik baget amik estima atau alphard je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 07:11 PM | Show all posts
sangat berminat dengan renault kangoo
ok tak keta nih
walaupun ada yang kata rupanya tak semenggah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 13-4-2008 07:11 PM
sangat berminat dengan renault kangoo
ok tak keta nih
walaupun ada yang kata rupanya tak semenggah


aku pakai renault kangoo auto...

so far tak mengecewakan. dah sampai padang besar, kota bharu, kl 2 kali sebulan..
fc good, comfort superb. sampaikan tayar belakang dah pancit & hancur pun tak perasan..

rupa? tak semenggah? tak adalah..beauty is in the eye of beholder...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:23 AM | Show all posts

Reply #15 volvomania's post

camne fc dia ek
lebih ke 15 sen/km
keta nih 1.4 kan
memang dah lama berkenan
nak beli mpv macam avanza tu dah ramai sangat orang pakai
nak ambik livina tak mampu den
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #16 al-asil's post

fc dia agak kuat kalau town driving. abt 20sen per km.

tapi jimat kalau selalu long distance. aku balik kg dari kuantan ke tg karang, selangor. rm50/333km

tapi badan tak letih..suspension mmg sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 02:25 PM | Show all posts
baik bli savvy..enjin renault..3+K
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 03:55 PM | Show all posts

Reply #18 UsMay's post

tapi savvy bukannya mpv. kangoo boleh isi 7 org dewasa dengan selesa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 04:01 PM | Show all posts

Reply #19 volvomania's post

aah macam tak kena je nak banding kangoo dengan savvy

kangoo punya servis pulak camne
kena servis kat nissan kan
tapi tengok kat area kajang/bangi ni macam tak jumpa pulak
dah penah hampir2 test drive dulu
hehe tapi ada plak yang menggoda kata bentuknya kurang cun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.064437 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list