CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24916|Reply: 116

V E T [merged:kittihani/leotazz818/Syd]

[Copy link]
Post time 6-6-2007 04:34 PM | Show all posts |Read mode
assistant vetirinary officer (AVO)

salam smua..
muchi nk tau le sape2 de info psl AVO ni?
kalo de sape2 tau or pna bkja or sdg bkja as AVO cite la ckt yek..

[ Last edited by  ati1402 at 17-5-2008 10:36 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 06:30 PM | Show all posts
assalamualaikum,
AVO kerjanya more to administrative work (kalau kat kerajaan la) and membantu pegawai veterinar sekirnaya terdapat kes2 tertentu..
AVO selalunya berkerja di Jabatan Perkhidmatan Haiwan(JPH) atau Jabatan Hidupan Liar(perhililitan).
AVO selalunya berkelulusan Diploma KEsihatan Haiwan atau pun ada sesetengah kes, ada yg mempunyai Ijazah Bioindustri atau Ijazah pertanian.
erm...kalau ada apa soalan lagi,bo tanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2007 08:18 PM | Show all posts

Reply #2 authentic16's post

contoh2 kje avo ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 09:34 PM | Show all posts

Malaysia masih kurang pakar veterinar

Malaysia masih kurang pakar veterinar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 11:44 PM | Show all posts
ida mmg tringin nk join dlm bidang ni

tp mak ida prefer biomedic

jd ida ikot kate mak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 03:10 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Maaf cakap malaysia akan kekurangan banyak pegawai selagi karenah birokrasi masih terdapat dalam jabatan kerajaan. dan kalau adapun tetapi tidak serius dalam membela haiwan buat ape betul tak ?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2007 11:39 PM | Show all posts
wah bagus ni ... my doter awl2 lagi ckp dah bsr nak jadi doktor haiwan..sbb dia terlalu syg kn haiwan..suka sgt pungut kucing balik rumah mana2 yg patah kaki ker dia bleh urut gn minyak angin
sbb my parent tak bela kucing kami adik beradik agak tak berapa selesa dgn kehadiran kucing2 tu nk pgang pon takut, tapi macamana pon saya tetap akan sokong cita2 nya ! ( panjang plak bcerita )
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 11:48 PM | Show all posts

Reply #4 suria8782's post

besar sungguh cita2 anak sis ye..mulia tu..nnt ley tolong haiwan2 yg kurg bernasib baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 02:00 AM | Show all posts

Reply #4 suria8782's post

wah..bagus la..

saya dulu teringin bangat nak jadi vet tapi sebab form 4 dulu amik akaun jadi sampai skrg ni pun amik bisnes so tak tercapai la impian tu...huu..

mesti besh jadi vet..boleh take care haiwan dan macam2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 03:41 PM | Show all posts

Reply #6 nauze's post

xpe..insyaallah nnt kang anak2 pulak sambung cita2 tu..
mana tau...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 09:37 PM | Show all posts
tu la..

harap2 macam tu la..

uiks..kawen pun belum dah pikir masa depan anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 09:08 PM | Show all posts
ya lah kan ati, nauze ..harap akan datang pelapis/anak2 kita ni akan lbh mempunyai sifat2 penyayang terhadap sesama manusia n haiwann..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 11:44 PM | Show all posts

Reply #9 suria8782's post

tu la...

harap2 macam tu la...

haiwan pun makhluk tuhan yang perlu kita sayang dan amik berat jugak...kalau takde haiwan kat muka bumi, apelah yang akan jadi agaknya...kosong je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 09:53 AM | Show all posts
Alhamdulilah,
Akhirnya kerajaan mengkitiraf golongan veterinar.. Actually, ramai graduan veterinar yg ingin berkhidmat dengan kerajaan, tapi kerenah birokrasi mjdi penghalang. Bayangkan, setiap tahun SPA cuma mengambil 3-4 pegawai sedangkan JPH buat masa ini memerlukan 130 pegawai veterinar. So, sekarang, tugas SPA untuk memperbanyakkan pengambilan.
Ijazah Doktor Perubatan Veterinar merupakan ijazah perubatan, sama seperti ijazah doktor perubatan manusia. Maksudnya kursus Ijazah Doktor Perubatan Veterinar kursus 5 tahun, namun malangnya baru tahun  ini ia dianggap sebagai Kursus Kritikal. Kursus kritikal bermaksud, mana-mana pelajar yang terpilih untk mengikuti kursus ini, akan diberi biasiswa secara otomatik oleh JPA. Sebelum ini Kursus Kritikal cuma doktor perubatan, farmasi dan doktor gigi. Anggapan bahawa kursus ini susah mendapat kerja juga perlu ditolak ketepi, kerana 4 tahun kebelakangan ini, graduan veterinar dari Fakutli Perubatan Veterinar UPM hampir kesemuanya mendapat tawaran pekerjaan pada semester akhir iaitu sebelum mereka bergraduat.
Jadi diharap selepas ini lebih ramai lagi ingin mengikuti kursus Doktor Perubatan Veterinar, bestt wooo   

p/s
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 04:01 PM | Show all posts

Reply #11 authentic16's post

wow really!
ha nnt harap2nye Malaysia akan melahirkan lebih ramai pakar veterinar
tp jgn pula dh grad,berkhidmat pulak ke luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 10:23 AM | Show all posts
mudah-mudahan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2007 11:58 AM | Show all posts

Perihal student Vet(UPM) pegang anjing & babi

Tentu kita sudah membaca email tentang student melayu UPM bergambar dengang mendokong anak babi & anjing, Berbagai2 telaan dan andaian yg sudah kita buat terhadap adik2 Vet kita... Saya mengambil jalan tengah, selidik dahulu & cuba pelajari & memahami dahulu hukum hakam kita sebagai umat islam.... Di sini saya copykan (mungkin jugak lecturer Vet @ sewaktu dgnnya) utk menghuraikan apa yg terbelengu & ketidakfahaman tentang BOLEH @ TIDAK BOLEH(haram) didalam soal2 menyentuh anjing dan babi... Sama2 kita renungkan!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit
maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi intern et yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
V et erinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah
tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA
MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikitpengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan
Doktor Perubatan V et erinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang mas ter fisiologi di Fakulti Perubatan
V et erinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan
dengan peng et ahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripadaperbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar
yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor v et erinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi
mer awa t anjing atau babi. Bagi doktor v et erinar atau ringkasnya vet , yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan
mer awa t anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan r awa tan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada v et muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,
bagi v et yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat
pemeriksaan bagi me mas tikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-
penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan ny awa manusia. Terdapat
juga v et yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis,
organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan V et erinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, mer awa t dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila me mas uki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bers et uju dengan perkataan EURO 'desensitization EURO ' yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut
kepada saya. Sebagai v et , proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk mer awa t pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungj awa b kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh s et iap v et k et ika bergraduan.

sambungan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:04 PM | Show all posts
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan V et erinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, mer awa t dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila me mas uki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bers et uju dengan perkataan EURO 'desensitization EURO ' yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai v et , proses ini perlu kerana kami tidaksepatutnya jijik untuk mer awa t pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungj awa b kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh s et iap v et k et ika bergraduan.

Apabila me mas uki tahun ke 4, pelajar v et akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5.
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan EURO ' kumpulan ini
akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telahdit et apkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama
seminggu dalam s et iap amalan. Amalan-amalan ini ter mas uklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan r awa tan terhadap
anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis
penyakit serta r awa tan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi intern et itu adalah
gambar yang diambil oleh pelajar k et ika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan

saya, pelajar itu berkongsi gambar EURO ' gambar tersebut secara umum dalam intern et bukanlah bertujuan menghina agama atau
sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, mer awa t anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis EURO 'mughollazoh EURO '
iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh ses et engah mas yarakat melayu. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan
pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis EURO 'mughollazaoh EURO '
tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis EURO 'mughollazoh EURO ' kita dikehendaki
menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan
air EURO 'musta EURO 'mal EURO ' (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya
bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan mas yarakat melayu yang merasakan EURO 'geli EURO ' atau jijik terhadap anjing dan

babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak
dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi,
merasa kekok dan sedikit EURO 'geli EURO ' apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi k et ika kali pertama mengangkat
anjing untuk dil et akkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut
ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat
hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu
berniat kerana Allah k et ika melepaskan anjing buruan tersebut.Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan
dosanya dan di mas ukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang manater mas uk dalam tanggungj awa b manusia sebagai khalifah di mukabumi
untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan
ia perlukan r awa tan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat
apa yang dipelajari oleh v et berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan mer awa tnya ter mas uk dalam perkara fardhu kifayah
dan ia memenuhi sebahagian tanggungj awa b manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungj awa b v et untuk meng et ahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. V et dan
pelajar doktor perubatan v et erinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian
kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya
pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awa m
pula tidak perlu risau kerana najis ini EURO 'tidak berjangkit EURO 'maksudnya jika seorang v et hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas t et api mas ih belum menyamak tangannya, ia tidak EURO 'berjangkit EURO ' jika anda
bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan v et tersebut. T et api v et tersebut perlu menyucikan
tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika andabersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.
Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada ses et engah ustaz
untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awa m danmungkin berkala bagi v et seperti sebulan sekali supaya jika
terdapat najis EURO 'mughollazoh EURO ' pada badan yang tidak dik et ahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah
sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya v et seperti bagaimana v et muslim mer awa t kuda yang terlibat dalam lumba kuda,
apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika v et muslim
memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?

Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awa m, dikalangan v et atau pelajar v et sendiri yang saya sendiri tidak
mampu menj awa bnya dengan ilmu agama yang c et ek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang
kerjaya anda jika anda mencarinya EURO 'ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang,
dan yang indahnya, Islam sudah pun ada j awa pannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan
tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambiltanggungj awa b untuk memperb et ulkan salah faham mas yarakat khasnya mas yarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh mas yarakat yang bukan Islam terutamanya
mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan
kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah EURO 'jika anda melihat seekor anjing
yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi s et iap j awa pan anda EURO '. Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan EURO 'Tidak, kerana saya seorang Islam EURO '. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita
perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.

Wallahua EURO'lam

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperb et ulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan
dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada  [email=lapanjuta@yahoo]lapanjuta@yahoo[/email]. co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan V et erinar
Universiti Putra Malaysia




Mari sama2 kita bincang tentang haiwan yg selama ini dipandang hina & jijik oleh umat islam... macamana pendapat u all?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:04 PM | Show all posts
lorrr...kt sini pun kecoh gak ke topik ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by leotazz818 at 30-8-2007 11:58 AM
Tentu kita sudah membaca email tentang student melayu UPM bergambar dengang mendokong anak babi & anjing, Berbagai2 telaan dan andaian yg sudah kita buat terhadap adik2 Vet kita... Saya mengambil ...




Bagi org2 yang mengedarkan Gambar2 tersebut pula, tidak lain tidak bukan adalah atas tujuan utk mengaibkan mangsa... maka, tunggulah utk menerima balasannya di akhirat nnti....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.620668 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list