You gave to me all of my life
To do as I please
I owe everything I have to you
Mother, sweet mother of mine
Mother of mine when
I was young
You showed me
The right way things
Should be done
Without your love,
Where would I be?
Mother, sweet mother of mine
Mother, you gave me
Happiness much more
Than words can say
I pray the Lord that
He may bless you
Every night and every day
Mother of mine
Now I am grown
And I can walk straight
All on my own
I'd like to give you
What you gave to me
Mother, sweet mother of mine (x2)
ahad nie maybe pegi makan je kot.. tig tak celebrate pasal bako takder ... nak celebrate ngan anak anak they all apa tau.. tecit lagik... so celebrate sendiri jelah...
anyway dah belikan my mom kain ari tu... so does my MIL..
tu jelah kot..
anyway enjoy la lagu nie..
this song is to all the mothers out there and to all going to be a mothers!!
:pompom:For my mom and all mothers out there :pompom:
Sehari Dalam Hidup
Sebelum fajar tiba dia dah terjaga
Tertunai subuh diiringi doa
Agar sekeluarganya dilindungi yang Esa
Bergegas ke dapur, sarapan diatur
Dan sedar tak sedar semua beredar
Walau sunyi dirumah
Bukan bererti tugas berakhir
Tak putus berhenti
Untuk memastikan mereka pulang ke syurga
Masalah hadir baru dia dipanggil
Dan lantas memberi ketenangan hati
Dia permaisuri dalam keluarga
Dia juga hamba di dalam istana
Tiada meminta sebarang balasan
Cukuplah sekadar dihadiahkan senyuman
Selepas senja berlalu
Dia akan menunggu
Kepulangan disambut dipintu
Walau hanya sekelip mata
Mereka kekamar
Dia memastikan semua terlena
Terbisik di hati 攨selesai tugasku厰
Itulah sehari dalam hidup ibu
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu
:flower::flower::flower:Happy Mother's Day:flower::flower::flower: Ibu,sungguh besar jasa & pengorbananmu...dr sebesar dua ibu jari hinggalah daku dewasa..belaian & kasih sayang mu tidak terhingga... Ibu:hug:Kaulah RATU hatiku :flower:
Siapa lah aku tanpa mu Ibu.
Siapa lah aku tanpa kasih sayang mu Ibu.
Ibu merupakan segalanya buat diri ku.
Ibu lah kawan karib ku.
Ibu lebih memahami ku.
Sejak lahirku, ibu telah berikan sepenuh kasih sayang.
Memberi galakan dan segala tunjuk ajar.
Supaya aku menjadi seorang yang berguna.
Supaya aku menjadi seorang yang patuh pada perintah agama
Ibu, tanpa mu disisi, siapa lah aku.
Ibu, telah banyak berkorban demi anak-anak mu.
Berkorban untuk semua ahli keluarga mu.
Tiada ternilai rasanya semua pengorbanan yang telah ibu berikan.
Aku sentiasa bersyukur dengan kehadiran mu, Ibu.
Bersyukur kerana kau adalah Ibu ku.
Bersyukur kerana Kau seorang Ibu yang tabah.
Tabah menghadapi segala cabaran hidup.
Susah senang semua telah Ibu tempuhi
Tabah ketika arwah ayah meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Aku sungguh kagum dengan ketabahan mu wahai Ibu ku.
Di kala suka dan duka, Ibu tetap mengukir wajah yang tenang berserta senyuman.
Senyuman yang penuh sejuta makna.
Di pertiga malam Ibu sudah bangun dari tidur mu.
Menunaikan solat yang dituntut oleh agama.
Sungguh kagum aku dengan mu Ibu...
Ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak,
Kesihatan, kejayaan dan kesejahteraan kami semua.
Semoga semua amal ibadah mu diterima Allah swt Ibu ku.
Aku rasa aku tak akan dapat menandingi mu Ibu.
Ibu... Oh Ibu.. kau tetap Ratu di hati ku.
Ibu kau adalah Ibu yang paling terbaik untuk ku.
Ibu tetap seperti dulu.
Walau aku sudah dewasa, Ibu tetap melayan ku seperti aku masih kecil.
Ada kalanya aku ingatkan Ibu, aku sudah dewasa.
Namun Ibu berkata "Kau anak ku, walau besar mana, tetap anak ibu".
Ibu jarang sekali menunjukkan rasa penat melayan anak-anak.
Walau suatu ketika dulu anak-anak ramai yang perlu Ibu uruskan.
Sekarang kami sudah dewasa, dan masing-masing berjaya dalam hidup
Semuanya berkat do抋 Ibu & arwah ayah,
Yang telah mendidik kami menjadi insan yang beriman, berguna serta berilmu.
Semoga setiap langkah Ibu akan diberkati Allah swt sentiasa.
Semoga hari-hari mu akan penuh dengan kegembiraan serta kasih sayang.
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasamu Ibu.
Tiada hadiah yang dapat menandingi segala jasa-jasa Ibu.
Aku hanya dapat berdo抋, semoga..
揑bu sentiasa dilindungi Allah swt.
Ibu sentiasa sihat walafiat dan sejahtera hendaknya
Ibu sentiasa berbahagia disamping keluarga.擺/color]
Setiap kali ku teringatkan Ibu
sudah pasti raut wajah Ibu yang tenang itu terukir difikiran ku.
"Selamat Hari Ibu" wahai Ibu ku yang tersayang.....
Mom, I may not have said "I love you" often... or hugged you as tight as I could. Sometimes I ever ended up hurting you, But today I want to let you know....
"it's your warmth & love that helped me grow!" Happy Mother's Day to You Mom!!!