|
Sehari sebuah buku
PERNIAGAAN merupakan sumber rezeki yang paling banyak diceburi oleh manusia. Faedah serta kepentingan yang diraih daripada bidang perniagaan amat lumayan.
Tetapi untuk berjaya dalam bidang perniagaan bukan sesuatu yang mudah. Banyak rintangan perlu dilalui. Ada peniaga yang telah berjaya tetapi tersungkur disebabkan oleh pelbagai cabaran yang membelenggu dunia perniagaan.
Buku yang mengandungi enam bab ini memberi panduan bagaimana menjadi usahawan cemerlang dan berjaya.
Antara topik yang dibincangkan ialah ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya, kelemahan yang perlu diperbaiki serta perniagaan dari sudut Islam.
Pendek kata buku ini membantu usaha dan para peniaga bumiputera agar lebih maju dalam perniagaan.
Judul: Usahawan Cemerlang
Penulis: Saat Sulaiman
ISBN: 978-967-61-2118-5
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|