|
Saper yg penah dgr or mmg dah ada garden gini?Also known as Malaysia garden.Rasanyer Terra Garden yg start mende nih..
Meh aku ltk gambar skit yek..
Ni from Terra Garden... Aku nak tanya apa pokok2 yg sesuai? Senang ke nak maintain? Kalo yg ada garden nih leh le share yer.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Esmeralda's post
cantek....agak2 berapa ekkk dia abis? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Esmeralda's post
Cantiknyer....upah org ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mas916 at 2-7-2008 11:36 AM
cantek....agak2 berapa ekkk dia abis? 10K tapi dia siap buatkan satu laman...pokok2 pun byk dia kasi n tanamkan depan umah..i x snap pic lg pokok2 tu
malam lg cantek siap dgn spot light tepi pokok2 tu
nanti i amik pic malam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 2-7-2008 11:54 AM
Cantiknyer....upah org ker? terra garden yang buat
buai rotan tu i punya sendiri derang cuma drill ubah tempat...
if not my buai tu letaknya sebelah yg ada kolam tu |
|
|
|
|
|
|
|
nanti amik pic keseluruhan ekk...nk compare ngan laman umah saya....ble tak buat cam tuh....
berapa luas porch tuh?lepas buat keter ble masuk lg takkk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mas916 at 2-7-2008 01:23 PM
nanti amik pic keseluruhan ekk...nk compare ngan laman umah saya....ble tak buat cam tuh....
berapa luas porch tuh?lepas buat keter ble masuk lg takkk ok nanti i amik
masih bule masuk 2 kereta n tutup pagar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Esmeralda's post
Cantik..tahniah...nanti update lagi ye...(mula lagi berangan.....) |
|
|
|
|
|
|
|
Bentuk taman berjiwa bangsaBersama Desmond Ho
Pengarah Urusan Terra Garden Sdn Bhd
GURI berkerawang dan lampu adang antara kelengkapan unik taman neo Nusantara.
| Konsep neo Nusantara bertepatan dengan tema yang mewakili identiti Malaysia
PERKEMBANGAN industri taman dan landskap yang berkembang memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat dan pembangunan sosiol amnya. Kini, hampir setiap keluarga mengimpikan sebuah taman sendiri di halaman rumah.
Namun dalam kerancakan kita mewujudkan persekitaran taman yang cantik dan mempunyai gaya serta rupa yang diambil dari luar membuatkan kita lupa dengan keunikan dan kelebihan yang ada di negara kita sendiri. Bagi pendapat kami di Terra Garden, unsur taman yang mencerminkan seni dan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu dijadikan asas. Ia akan mempamerkan kekuatan dan perpaduan kaum serta menguatkan sesuatu tamadun dalam sesebuah negara.
Kami juga percaya, dalam usaha mewujudkan satu bentuk identiti taman Malaysia, kita masih lagi tercari-cari siapa kita sebenarnya dan bagaimana untuk kita ketengahkan. Ramai dikalangan kita mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi tetapi tidak tahu bagaimana untuk kita memperjuangkan dan mempraktikkan secara serius elemen seni dan budaya yang berbilang kaum dalam membentuk taman. Inilah sebenarnya satu nilai yang paling berharga perlu diterapkan dalam membentuk taman supaya kita bangga bila dikatakan inilah taman Malaysia.
Lebih penting, kita harus menerima terlebih dulu seni dan budaya yang wujud berkurun lama serta bangga sebelum kita mengetengahkannya. Kalau kita tak kenal budaya sendiri dan bangga dengannya susah untuk kita merealisasikannya. Jika sebelum ini kita bangga dengan keunikan dan kecantikan rupa serta gaya taman seperti Bali (Indonesia), Inggeris dan Zen (Jepun), mengapa tidak dengan keunikan budaya kita sendiri?
Contoh paling ketara ialah reka bentuk produk dan gaya hidup kini. Kita sering beranggapan barang import lebih bagus berbanding produk tempatan. Walaupun kita cuba membebaskan diri daripada belenggu penjajahan barat dalam aspek lain, hakikatnya kita masih lagi mengagungkan budaya asing. Kini, ketika kebanyakan negara lain sudah membina identiti mereka dan diterima pada peringkat antarabangsa, mengapa kita masih meniru dan menjadikan identiti mereka sebagai produk kita.
| BERI keutamaan spesies pokok tempatan untuk menyuntik seri taman.
| Cuba anda bayangkan, taman beridentitikan Malaysia dipenuhi salji di negara Eropah atau pelajar dan warga Malaysia yang menetap di luar negara bersama warga tempatan membincang dan bercakap mengenai taman Malaysia, sekurang-kurangnya mereka berasa 'cool' menjadikan contoh taman Malaysia sebagai alternatif untuk mencantikkan persekitaran.
Selepas melakukan kajian terperinci, akhirnya tercetuslah taman beridentitikan Malaysia yang diberi nama Neo Nusantara. Ia direka berdasarkan lima prinsip pancaindera – pandang, dengar, hidu, sentuh dan deria rasa. Bukan itu saja, kelima-lima prinsip pancaindera ini disatukan dengan elemen abstrak seni budaya dan kraftangan yang terdapat di Malaysia. Dengan itu maka, terhasilah satu bentuk taman yang sempurna.
Dalam konsep taman Neo Nusantara, tidak sempurna jika sesebuah taman itu tidak mempunyai interaksi dengan persekitaran semula jadi. Penggunaan pangkin, elemen air, kekisi dan lain-lain yang diguna pakai berdasarkan adaptasi reka bentuk kraf dan budaya tempatan menyerlahkan lagi nilai budaya kita sekali gus dapat mengembalikan nostalgia.
Bau wangian bunga, bunyi desiran air atau titis hujan, hamparan rumput, suasana redup dan rasa buah yang segar boleh diwujudkan dalam konsep taman Malaysia. Bagi yang inginkan kelainan, boleh juga mempelbagaikan jenis tumbuhan di taman dengan menanam pokok herba. Selain berkhasiat, kebanyakan tumbuhan jenis ini menghasilkan bau wangi yang mampu memberi kesan ke atas kesegaran dan nyaman bila kita bersantai di taman.
Sejajar dengan tema hari landskap negara pada tahun ini iaitu 'Komuniti Penggerak Negara Taman' sememangnya cukup ideal bagi kita untuk bersama-sama menjayakan negara kita sebagai sebuah negara dalam taman menjelang tahun 2020. Peranan aktif pihak kerajaan yang dimainkan untuk merealisasikan sebuah negara yang indah persekitrannya perlu dipikul bersama.
Kepelbagaian spesies pokok dan tumbuh-tumbuhan di negara kita juga adalah satu kelebihan. Kita perlu bijak menggunakannya supaya spesies natif tidak diketepikan. Inilah di antara usaha yang juga perlu kita berikan perhatian. Jika tumbuhan herba kita sekarang ini sudah mendapat tempat dalam pasaran dunia mengapa tidak tumbuhan hiasan dan diwujudkan taman beridentitikan Malaysia di peringkat dunia?
Menerusi kajian, kaedah, rupa serta falsafah reka bentuk yang menerapkan unsur seni, budaya dan kraftangan berbilang kaum, konsep Neo Nusantara relevan sebagai satu alternatif konsep taman beridentitikan Malaysia. Ini terbukti apabila konsep taman Neo Nusantara menerima beberapa anugerah di luar negara melalui pameran dan pertandingan yang disertai.
Bukan setakat itu saja, apabila konsep taman Neo Nusantara yang menceritakan identiti Malaysia menerusi reka bentuk elemen perabot taman secara tak langsung mampu menarik minat warga negara lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara kita. Tanpa disedari, meletakkan nama negara dalam peta destinasi pelancongan dunia.
Berdasarkan pengalaman, ramai yang bertanyakan mengenai Malaysia apabila melawat taman kami dan ianya menunjukkan mereka berminat dengan konsep yang diketengahkan serta budaya dan persekitaran di negara kita. Sebenarnya banyak warisan budaya dan seni berbilang kaum boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk mewujudkan identiti taman Malaysia tanpa perlu kita mengambil pengaruh konsep dari luar.
Bagi menjayakan usaha ini perlu kita memupuk sifat cintakan negara dan budaya terlebih dulu. Bagi kami, taman yang beridentitikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu dizahirkan juga dalam jiwa setiap individu akan kepentingan memelihara adat, seni dan budaya. Sekiranya setiap dikalangan kita cintakan budaya, tidak kira apa juga gaya dan bentuk taman itu akan mempunyai jiwa sesuatu bangsa dalam sesebuah negara.
Oleh yang demikian, taman dan persekitaran yang dibentuk bukanlah semata-mata untuk kecantikan tetapi peranan yang dimainkan lebih daripada itu. Dalam usaha membentuk persekitaran taman yang mempunyai jiwa bangsa rakyat Malaysia, unsur seni dan budaya adalah ramuan utama perlu kita sama-sama meletakkannya supaya taman yang bakal dizahirkan kelak dapat mencerminkan identiti taman Malaysia.
Cantik berseri bunga cempaka,
Penyeri taman Neo Nusantara,
Seni budaya janganlah dilupa,
Itulah rencah Taman Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aduss...mana la si Esme ni...
aku nk tgk pic overall...taman dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
tera garden mmg cantik.... |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya..x de ke gambar lg |
|
|
|
|
|
|
|
ade gmbarrr lagi takk
santek betol..aku dh start berangan dah ni
tido malam pon tk lenaaa |
|
|
|
|
|
|
|
bila la dpt mcantikkan rumah cam ni...modal nyk ni woooo |
|
|
|
|
|
|
| |
|