CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2171|Reply: 0

Hemingway: Bukan (anjuran) bunuh diri

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2008 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Pernah Pada Hari Ini...

2 Julai 1961

Ernest Hemingways (1899-1961)

Hemingways and bunuh diri

Oleh Steve King

Tanggal hari ini pada 1961, sasterawan tersohor dari benua Inggeris, Ernest Hemingway, mencabut nyawanya sendiri pada usia 61. Bunuh diri seolah-olah bukan kematian luar biasa dalam empat generasi keluarganya, kerana bapa kepada Hemingway, turut berbuat demikian yang diikuti adik-beradik pengarang novel The Old Man and Sea itu, Ursula, Leicester dan Ernest serta cucu perempuannya, Margaux. Pada 2001, anak lelaki bongsunya, Gregory, meskipun tidak mengambil jalan itu untuk menamatkan riwayatnya, terma kematiannya sudah tentu di luar kematian semulajadi apabila meninggal dengan identiti barunya, Gloria.

Pelbagai perspektif yang menafsirkan tindakan Hemingway itu, dapat dikesan lewat memoir yang ditulis keluarga terapatnya. Isterinya, Mary Hemingway, tidak menolak kematiannya sebagai mulia, sambil mengakui ia tindakan menamatkan riwayat tetapi bukan melambangkan kekalahan. Bagaimanapun, beliau tetap menekankan fakta bahawa penyakit mental Hemingway semakin kritikal sebelum membunuh diri.

Tidak ada tafsiran lebih berani daripada tulisan adiknya, Leicester, yang menganggap: 揝eperti samurai yang berasa terhina oleh perkataan atau tindakan pihak lain, Ernest berasa dia dikhianati oleh tubuhnya sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.152798 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list