CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11531|Reply: 46

Orang2 Ledang meh sini...!!!

[Copy link]
Post time 7-7-2008 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Hello korang sumer...!!!

Thread sembang daerah ni aku wujudkan khas untuk warga daerah Ledang sebagai tanda tahniah aku atas pembentukan daerah Ledang hasil pecahan daerah kecil Tangkak dari daerah Muar. Kalau korang musykil pekan2 mana masuk daerah Ledang, biar aku senaraikan kat bawah ni...
  • Tangkak (ibu daerah)
  • Sagil
  • Tanjung Agas
  • Kesang
  • Sungai Mati
  • Serom
  • Bukit Gambir


Selamat berforum buat warga daerah Ledang...!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 08:20 PM | Show all posts


selamat malam warga Ledang sekalian.......

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:36 PM | Show all posts

Reply #1 Squall-Leonhart's post

ade lagi kot... bekoh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2008 11:36 PM | Show all posts

Balas #3 szerone9\ catat

Yups, tu termasuk gak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 07:37 AM | Show all posts


mana orang Ledang lagi nie

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 08:24 AM | Show all posts
kawan bukan orang ledang tapi kawan pernah pegi ledang masa kawan darjah 6 dulu... haha citer zaman tok adon...

nyaaaaariiiisss... mati kat gunung ledang...  sejak tu tak pernah jejak lagi... tatuttt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2008 10:33 PM | Show all posts
aku ah orang ledang... hahhaha...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 02:30 AM | Show all posts

Reply #1 Squall-Leonhart's post

ish...x best2...dah biasa jd org muo tetiba kene jd org ledang pulak....tidak..tidak..tidak ...x rela tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2008 05:29 PM | Show all posts

Reply #8 kodoklawa's post

sama la ngan aku kod.. cam tak best lak nak mengaku org Ledang.. cam pelik jek bunyinya.. org dengar pun sure tak paham.. mesti kena sebut org muo gak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 12:57 AM | Show all posts

Reply #9 Airis's post

heheheh pelik ler dengor.. org ledang.. ermm kang nanti org ingat org dari gunung ledang.. pastu mesti ingat orang asli... huhuhuh kat kaki gunung ledang kan ade org asli
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 09:53 AM | Show all posts
Saya boleh diconsiderkan orang Tangkak juga sbb lahir kata sana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 08:21 AM | Show all posts
Pusat sumber beri pelbagai manfaat

LEDANG 4 Ogos - Warga pendidik serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu dekat sini berbangga dengan kemudahan pusat sumber sekolah itu yang mampu memberi pelbagai manfaat kepada mereka.

Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang kian meluas di seluruh dunia, sekolah itu turut tidak ketinggalan malahan kini mampu menyediakan khidmat pengunaan ICT tanpa wayar.

Selain itu, mereka juga berharap Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah berkenaan yang diadakan di sekolah itu sejak minggu lalu diharapkan mampu memperkemaskan struktur susunan pusat rujukan sekolah itu selari dengan kemajuan ICT.

Guru Perpustakaan Media sekolah itu, Salmi Haryati Mat Hussin, 26, berkata, melalui pusat sumber tersebut semua pihak akan memperoleh manfaat menggunakan segala kemudahan yang disediakan sama ada melalui Internet dan wayarles.

"Kemudahan ini bukan sahaja mampu diakses oleh pelajar dan guru, malah orang luar juga boleh menggunakannya selagi mereka berada di kawasan sekolah ini.

"Ini adalah salah satu kelebihan pusat sumber yang kini semakin berkembang pesat dan ini perlu dimanfaatkan oleh semua pihak," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

SMK Tengku Temenggong Ahmad yang mula dibuka sejak 1965 kini mempunyai seramai 640 pelajar tingkatan satu hingga enam serta 56 guru.

Menurut Salmi Haryati lagi, Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah yang diadakan ini diharap menjadikan pengurusan pusat sumber di sekolah itu mampu diperkemaskan dan lebih cekap, khususnya dalam penggunaan ICT.

Sementara itu, Guru Kanan Bahasa sekolah tersebut, Nizar Ali, 44, berkata, program itu mampu meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar dan ia selaras dengan perlaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) di setiap sekolah.

Beliau yang berperanan sebagai Setiausaha program Nilam sekolah itu berkata, pengurusan pusat sumber dan minat membaca di kalangan pelajar seolah-olah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan untuk kejayaan murid.

Program Nilam ialah sistem pembacaan buku rujukan di kalangan pelajar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran dan pelajar perlu melepasi beberapa tahap sebelum menerima gelaran jumlah buku yang pernah dibacanya.

Menurut Nizar, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Jauhari membabitkan pelajar perlu membaca sejumlah 72 hingga 143 buah buku sebelum diberi anugerah gangsa, diikuti perak untuk mereka yang membaca sejumlah 144 hingga 215 judul buku, emas (216 hingga 287 judul) serta nilam (288 judul ke atas).

Bagi kategori Rakan Pembaca pula, pelajar perlu membaca judul buku antara 100 hingga 199 sebelum dianugerah gangsa, diikuti perak (200 hingga 299), emas (300 hingga 399) dan nilam (400 judul ke atas).

"Saya berharap pelajar dapat memanfaatkan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah ini untuk meminati bidang bacaan yang disediakan di setiap pusat sumber," katanya.

Bagi Pengerusi Pusat Sumber sekolah tersebut, Nur Atikah Abas, 17, pelajar masa kini boleh dianggap bertuah kerana mereka disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk pusat sumber yang lebih canggih.

Katanya, semua kemudahan ini wajar dimanfaatkan kerana ia mampu membantu pelajar untuk berjaya dalam pelajaran, berbanding kemudahan yang terhad di pusat sumber sekolah ketika ICT masih belum berkembang pesat.

"Semua pelajar harus menjadikan pusat sumber ini sebagai tempat untuk membuat rujukan, khususnya dalam bidang ICT dan bacaan kerana ia merupakan gerbang untuk kita melihat apa yang berlaku di seluruh dunia," katanya.

Rakannya yang juga Naib Pengerusi Pusat Sumber sekolah, Mohammad Aniyail Hairudin, 17, pula berkata, kemudahan pusat sumber ini digunakan oleh pelajar yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai kelengkapan ICT di rumah.

Malah, katanya, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting juga harus menggunakan kemudahan pusat sumber ini dan program khidmat bantu yang diadakan itu membolehkan pengurusannya dinaik taraf.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 08:24 AM | Show all posts
Khidmat WiFi pusat sumber

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Muar, bukan sahaja mempunyai ruang bacaan yang luas malah turut menyediakan khidmat Internet tanpa wayar untuk kemudahan pelajar, guru dan orang ramai.

LEDANG 4 Ogos - Kewujudan pusat sumber atau perpustakaan di setiap sekolah di negara ini semakin banyak selari dengan kemajuan yang dikecapi dalam sistem pendidikan negara.

Pusat sumber kini bukan sahaja berperanan sebagai tempat pelajar meminjam buku rujukan malah ia juga mampu menjadi tempat rujukan guru dan pelajar serta orang ramai, khususnya dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Sebagai contoh, pusat sumber di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, dekat sini kini mampu menyediakan perkhidmatan wayarles untuk kemudahan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan kemudahan itu.

Bertempat di sekolah tersebut, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) baru-baru ini mengadakan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah selama tiga hari bermula 28 Julai.

Objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan taraf pengurusan pusat sumber secara keseluruhan terutamanya dalam pengurusan bahan bacaan, fizikal iaitu susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbirannya.

Majlis perasmian penutup program itu yang padat dengan atur cara dan program bagi menjana pembangunan pusat sumber sekolah itu telah disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Muar, Ramli Abdul Samat yang mewakili Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor, Ishak Mahbob dan Pengetua SMK Tengku Temenggong Ahmad, Suradi Sarikon.

Dalam ucapannya, Ramli berharap program itu dapat menjadi motivasi kepada pentadbir sekolah untuk mewujudkan pusat sumber yang kondusif dan mesra pengguna dengan sokongan guru penyelaras.

"Prasarana ICT di setiap sekolah kini telah dipertingkatkan lagi dengan adanya pemasangan sistem komunikasi tanpa wayar atau hot spot.

"Sehubungan itu, jabatan berharap kemudahan ini akan menjadikan persekitaran sekolah sebagai pusat sehenti kepada pelajar, guru dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat menggunakan hujung jari," katanya.

Pusat sumber SMK Tengku Temenggong Ahmad kini beroperasi di aras 4 bangunan sekolah sejak sekolah itu mula dibuka pada tahun 1965.

Ia menyediakan lebih 7,000 bahan bacaan untuk kemudahan pelajar serta kini mempunyai kemudahan ICT tanpa wayar di persekitaran kawasan sekolah tersebut.

Sepanjang tiga hari berlangsung Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah itu, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk, sesi ceramah dan taklimat berhubung ICT untuk 30 peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar sekolah itu.

Program seperti, menurut Ramli, mampu meningkatkan penggunaan pusat sumber di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.

"Selain itu, program ini juga bakal meningkatkan tahap kemahiran guru dan pelajar dalam ICT serta meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah, selaras dengan perlaksanaan dan hala tuju Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam)," jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 02:14 PM | Show all posts
Bukit Serampang kira masuk Ledang jugak tak??
Originally posted by Squall-Leonhart at 7-7-2008 08:19 PM
Hello korang sumer...!!!

Thread sembang daerah ni aku wujudkan khas untuk warga daerah Ledang sebagai tanda tahniah aku atas pembentukan daerah Ledang hasil pecahan daerah kecil Tangkak dari d ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #14 sutera_abadi's post

termasuk laa kot ..takkan under pagoh pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 02:31 PM | Show all posts
dah lama tak masuk thread ni... terpandanglah pulak topic ni.... aku balik tangkak sabtu lepas... keluar jer Tol tangkak  ada signboard tulis... Selamat datang ke Daerah Ledang.. Pastuh aku tanya laki aku... sejak biler pulakk Tangkak tukor nama jadi Ledang... .. Boleh tak kalau aku cakap Tak Best.... .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2008 09:13 PM | Show all posts
salam...setiap hujung minggu aku jd warga LEDANG  .. isninday 2 jumaatday warga PG .. aku malas nak tuka add MuwO ke Ledang.. macam tak best jer hihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:20 PM | Show all posts
Salam semua.

Apa tujuan dipecahkan daerah Muar kepada Muar dan Ledang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 06:37 PM | Show all posts
Tanjung Agas dah bukan di daerah Muar.

Adakah nanti Sek Men Sains Muar ditukar nama kepada Sekolah Men Sains Ledang?

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 11:56 PM | Show all posts

Reply #19 blackpurple's post

aku akan bangkang sehabis2nya sesapa sesuka hati jek nak tukar nama sekolah kesayangan aku tu :@ :@

nak tulis komen kat paper sekali, ditujukan khas kpd menteri pelajaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.086949 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list