CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10364|Reply: 8

RESEPI BUAH BOM

[Copy link]
Post time 21-7-2008 03:32 PM | Show all posts |Read mode
ada sesiapa tahu tak resepi "buah bom". (panggilan org terengganu)...Kat KL tak tahu org panggil apa...Ianya berbentuk bulat, kat dalam ada inti. Kat KL biasa inti kelapa, tp kat Terengganu biasanya letak inti sambal ikan...ianya dibuat dari tepung pulut, dibentuk bulat dan digolek ke dalam bijan sebelum digoreng. Kalau ada sesiapa tahu resepinya harap perturunkan lah yer...terasa sgt nak makan tapi tak tahu kan beli kat mana...lagi pun nak makan yg ada sambal ikan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 05:18 PM | Show all posts
ada org panggil onde2 goreng kan dik?


yg akak tau..
tepung pulut, sedikit tepung sago, garam dan air (ada org pakai santan). gaul hingga jadi adunan.
isi inti di tengah then bulat2kan.. salut ngan bijan, biarkan sebentar baru di goreng.

masa nak mengoreng, api tak leh terlalu besar dan minyak jgn terlalu panas, kalau tak nanti dia melotup!
tu pasai dia panggil kuih bom.. heheheheheee

[ Last edited by  cranko21 at 21-7-2008 05:21 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2008 07:37 AM | Show all posts
ar..arr yg ni arr cranko21...lissa terjumpa dlm thread MENU SARAPAN PAGI kolum ke 16. ada gambar sekali yg dikirim oleh ixora. tp tak reti nak copy gambar nya utk tempek sini...Terima kasih cranko....nanti ku try membuatnya....dsah lama teringin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2008 08:34 AM | Show all posts
sifu2 yg biasa buat tak der ker sukatan yg sebenar....maklum ler org tak biasa masak ni...risau gak nak pakai agak2 jer....Lagi pun bimbang meletup masa goreng...kot ada petua-petua sepaya tak meletup dan bijan tak lekat masa menggoreng...Harap sifu yg arif dapat bgtahu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 10:49 PM | Show all posts

Balas #1 alissa_sofea\ catat

kuih bom... klu yg mcm tuh... senang jek wat.

ada yg guna tepung beras pulut. tp yg oja penah wat guna ubi kayu yg diparut. tus sket air nye .campo tepung  sket. di uli bulat2. masukan inti kelapa + gula merah (gula apong). di goreng. dan di uli ngan bijan yg dah digoreng tanpa minyak.owh letak la garam sket. lupa lak. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 11:18 AM | Show all posts
Saya pernah wat kuih bom aka kuih paung ni. My hubby and opis mate suke. Buat Lisa, ni resepinya saya ambik dr thread Kuih Tradisi, resepi nHuda.

Kuih Bom/Kuih Paung

Bahan kulit:
4 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan air
Gula secukup rasa (jika suka)

Bahan Inti:
4 ekor ikan selayang (direbus dahulu dan diambil isinya)
1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah (diracik halus)
1 sudu kecil halba
Halia (diracik halus)
Garam secukup rasa
Cili merah untuk hiasan

Cara buat inti:
Masak ikan yang dikisar halus bersama santan dan garam hingga kering, tambah bawang merah dan halia  serta halba. Kacau hingga kering.

Cara-cara membuatnya:
Gaul tepung pulut dan kelapa parut dan garam, kemudian tuang air sikit-sikit sambil diuli menjadi doh lembut. Bulatkan dan masukkan inti. Goreng dalam minyak penuh, siap untuk dimakan. Makan panas-panas sedap

[ Last edited by  ida29 at 31-7-2008 12:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #3 alissa_sofea's post

lissa..resepi boleh tgk kat fotopages zira..ada tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:44 AM | Show all posts
kat kl org pangil kueh bom,tpi ader inti kelapa atau inti kacang merah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2009 07:50 AM | Show all posts
orang Trg panggil PAUNG
ni resepi nya

Bahan Kulit

4 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

4 ekor ikan selayang
1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
Cili merah untuk hiasan

CARA MENYEDIAKAN KULIT

Gaul tepung pulut dengan kelapa parut dan garam kemudian tuangkan
air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut

Buat bulat dan isikan ini. goreng dalam minyak yang panas.

CARA MENYEDIAKAN INTI

Sediakan kuali, satukan ikan yang telah dikisar halus dicampur
dengan santan dan sedikit garam. Masak hingga kering sambil dikacau.
tambahkan bawang merah dan halia yang telah dimayang serta halba
dan kacau lagi sehinga betul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.239562 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list